Anda di halaman 1dari 13

Qiamullail

PENJANA JATIDIRI MUMIN


Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain
daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu
malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan
bacalah al-Quran dengan tartiil(Surah al-Muzammil ayat 1-4)
MUKADDIMAH
Fizikal, intelek, emosi, dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan.
Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut
ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong
dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah. Rohani pula dapat dibina
dengan menperbanyakkan ibadah ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.
Oleh itu qiyamullail merupakan salah cara membina rohani yang mantap dan seterusnya
menjadi penjana jatidiri setiap mumin. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan,
ketabahan, dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha
memenuhi ruang dan peluang yang ada.
PENGERTIAN
Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat
kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap
keredhaan Allah.
SEJARAH QIAMULLAIL
Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil
1-10)
Namun setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat
Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (Lihat surah al-Muzammil
20)
SEBAB NUZUL AYAT
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ibrahim al- Nakhi di mana Nabi sedang
berselimut dengan lihaf maka Jibril datang menemui baginda dan menyampaikan wahyu.
HIKMAH QIYAMULLAIL
Meningkatkan keimanan individu
Meninggikan darjat disisi Allah
Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
Melatih diri menjadi insan bertakwa
Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
Melatih diri mengharap keredhaan Allah
Memberi ketenangan jiwa (emosi)
Memberi kesihatan (fizikal)
Menajamkan akal fikiran
Meneguhkan kekuatan rohani
Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja(berharap) kepada Allah .
Dan lain lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

KELEBIHAN QIAMULLAIL
Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
Tenang hati dan fikirannya
Dimurahkan rezeki
Dihormati masyarakat
Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
Jika dia pemimpin ,dia akan disegani
Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada
rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)
WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL
Waktu untuk solat malam ialah selepas isya sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat
tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai
oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya
(solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari
H.R. Jamaah selain At-Tarmizi
PANDUAN BANGUN AWAL
Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya
Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang.
Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat
Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang
diniatkan
SURAH AL-KAHFI AYAT 108-110
4g)-E= OgOg 4pO7l4C
Ogu+4N L4OgO ^g ~ O-
4p~E NO4l^- -41-Eg`
geE)Ug O).4O Eg4L
NO4:^- l~ p EEL>
eE)UE O).4O O4 4Lu_
g)-u1g) -41E4` ^_ ~
.E^^) 4^ O=E
7Uu1g)` -/EONC O)
.E^^ 7_) O)
/g4 W }E 4p~E W-ON_O4C
47.g gO)4O Eu4OU
1E44N w)U= 4 ')O;+C
jEE14lg) gO)4O -4
^

108. Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya.109. Katakanlah: sekiranya lautan
menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis)
kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".110. Katakanlah:
Sesungguhnya Aku Ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan
kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia
mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada
Tuhannya".
Mematuhi adab-adab tidur
ADAB-ADAB QIYAMULLAIL
Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail
Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia
terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan
rahmat Allah kepadanya
H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Sahih daripada Abu Darda R.A.
Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada
tidur
Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan
membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran
SURAH ALI IMRAN
]) O) -UE= g4OEOO-
^O-4 -Ugu=-4
^1-- jOOgE+-4 e4CE
Oj+w U4:^- ^_
4g~-.- 4pNO7'O4C -.-
V41g~ -41ON~4 _O>4N4
)_)ONLN_ 4pNOO:E4-4C4 O)
-UE= g4O4OO- ^O-4
4L+4O 4` =e^UE= -EOE-
1EgC4 ElE4E:c E4 =-EO4N
jOEL- ^_ .E4+4O ElE^)
}4` =;> 4OEL- ;
+O4uC4Ou= W 4`4 4-g)U-Ug
;}g` O=^ ^_g .E4+O
E4^^) E4ugEc LCg1E4N`
Og1E4NC ^}ECe"g up
W-ON4g`-47 7)4O) E44`4* _
E4+4O Og^N 4L
E44O+^O Og]4 E44N
E4g>4*jOEc E4-4O>4 E74`
jO-4O- ^_@ E4+4O
E4g>-474 4` E4E>4N4 _O>4N
El)Uc+O 4 4^@O^Cq` 4O4C
gOE41^- ElE^) -)U^Cq`
E1E1)^- ^_j =E4c
_ _4O O)E+ 7Oq
4E g4N 74g)` }g)` OEO u
_/6^q W 7_u4 }g)` *u4 W
4g~-. W-NOE_E-
W-ON_@Ou=q4 }g` g-@O4Cg1
W-Oq4 O) Oj>O):Ec
W-OU4-~4 W-OUg~4
Ep4Og]E_ gu+4N
jg@4*jOEc _E4Ugu1_4
eELE_ O@O^_` }g` Og^4`
NOE_u^- 6-4O ;}g)` g4gN
*.- +.-4 +E4gN }ONO
-4OE1- ^_) El^^O74C
CUwU> 4g~-.- W-NOEE O)
gU):^- ^_g /744` 1)U~
O _.44` NeELE_E_ _ "^-)4
1E_)^- ^__ ^}
4g~-.- W-OE>- _+4O
+O eE4E_ O@O^_` }g` 4g^4`
NOE_u^- -g)-E= OgOg
L+O+^ ;}g)` g4gN *.- 4`4 E4gN
*.- OOE= jO-4O=g ^_g
Ep)4 ;}g` u- U4-:^- }E
}g`uNC *.) .4`4 4@O^q
7O) .4`4 4@O^q jgO)
4-gg=E= *. 4p+O4;=EC
ge4C4*) *.- 44E E1)U~
Cj^q _ -NO;_ E4gN
)_)4O ]) -.- 7C)O=
=O^- ^__ E_GC^4C
-g~-.- W-ON44`-47 W-+O;-
W-NO)=4 W-O7C)-4O4
W-OE>-4 -.- 7+UE
]O)U^> ^g

Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah
seberapa banyak yang disukai
Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail
Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya
bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-
orang yang mengingati Allah
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A.
Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan
mengantuk
Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali
darurat.
Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL
Solat sunat tahajjud
dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai
solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari
qiamat ditempat yang terpuji.
Al-Isra 79
Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam
H.R. Muslim
Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada solat fardhu, solat mutlak, dan
solat sunat yang lain.
Solat witir
Berzikir, bertasbih dan bertahmid
Membaca al-Quran
Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan
Allah
PENUTUP
Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang orang soleh,dan
golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan
sebaik baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.
Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah ? Adakah kita lupa
kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri
dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para abid yang bermujahadah
dengan ibadah malam mereka?Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang
menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu ?...........
Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan
dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya
menghayati dan merealisasikan wawasan
khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul.
Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kitadan generasi yang akan datang
merupakan amanah kepada kita
Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan,kemungkaran
,kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang
Yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini ?
Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur
sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh.
Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi cara melakukan hendaklah tiap
dua rakaat gengan satu salam.
Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah
mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah.
Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Tahajjud Rakataini Lilaahi Taala, Allahu Akbar.
Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala
Pada rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah
Selepas itu surah Al-Kafirun
Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas

























Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu
Ertinya: Oh Tuhanku
masukkanlah aku daripada
pintu kebenaran dan
keluarkanlah aku daripada
pintu kebenaran juga dan
kurniakanlah bagiku
daripadamu seorang penolong

Selepas memberi salam ucaplah doa :

Ertinya : Ya Allah
bagimu segala puji.
Engkaulah penegak
langit dan bumi dan
alam semesta serta
segala isinya.
Bagimulah segala
puji,Engkaulah raja
penguasa langit dan
bumi. Bagi Mulah
segala puji, Pemancar
cahaya langit dan
bumi., Engkaulah yang
hak dan janjimu adalah
benar ,dan
perjumpaanmu itu
adalah hak dan
firmanmu adalah benar
dan syurga adalah hak
dan neraka adalah hak
dan nabi-nabi itu hak
benar , dan Nabi
Muhammad SAW
adalah benar ,dan saat
hari kiamat itu benar
.Ya Allah kepadamulah
kami berserah
diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan
kepada engkaulah kami berhukum .
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang
kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan
yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbulalamin. Tiada daya dan kekuatan
melainkan dengan Allah
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik
untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar,
ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang
bersih dan kejayaan yang besar.











Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar. (At-Tahrim:
8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: Katakanlah; wahai hamba-hambaKu
yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan
dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak
orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk
hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia
harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati
manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan
bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu
mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang
sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau
dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri,
dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula. (Az-Zumar:
30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa
mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat
membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna,
lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
Waktu di lakukan bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk
melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
Lafaz niat: Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala. (Cukup
di dalam hati, ada perbahasan ulama tentang lafaz niat dlm ibadah sila rujuk kpd pakar feqah)
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas
itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-
sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Taala),

Ertinya: Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku
adalah termasuk orang-orang yang zalim.
Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan
hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada
Engkau ya Allah.

Ertinya: Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan
aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (
beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah
ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku
segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa
kecuali Engkau.

Doa Selepas Sembahyang Taubat
Doa Selepas Sembahyang Taubat

Selepas salam, bacalah:

Astarghfirrullahalazim X3
Subhanallah X3
Laillahaillallah X10
Al-Fatihah X1

Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, Engkaulah Tuhan yang
menciptaku. Akulah hambaMu dan aku akan mengotakan segala ikrar dan janjiku denganMu sedaya
upaya yang ada padaku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan perbuatan yang telah aku lakukan.
Aku mengaku kepadaMu terhadap nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan aku juga
mengaku dengan dosaku. Oleh itu ampunkan daku kerana sesungguhnya tiada siapa yang boleh
mengampunkan dosa melainkan Engkau.

Aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Besar, aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha
Besar, aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Besar. Tidak disembah yang lain, hanya Tuhan
Yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.

Aku bertaubat atas segala dosa yang aku lakukan dengan sembunyi atau terang, dan dosa kecil mahu
pun dosa besar kerana Engkau Maha Pengampun. Engkaulah yang membuka pintu hati, Engkau yang
menutup keaiban, Engkau juga melenyapkan segala kedukaan.

Aku bertaubat dari segala dosa yang aku ketahui dan tidak ketahui. Hanya Engkaulah, ya Allah Yang
Maha Mengetahui semua yang tersembunyi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah
Yang Maha Tinggi dan Maha Besar.

Ya Allah, sesungguhnya aku menyesali atas perbuatan maksiat yang aku lakukan. Berilah aku petunjuk
agar aku menerima kebenaran dalam hal ini. Aku berlepas diri dari semua agama lain selain dari agama
Islam.

Ya Allah, jika sekiranya pernah aku syirik dan syak dalam keimananku dan pengesaanku terhadapMu,
maka aku bertaubat dan ampunilah kesalahanku.

Akhirnya aku mengucap dan mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad
adalah pesuruh Allah.














Solat Sunat Witir
Solat Sunat Witir merupakan solat terakhir yang perlu dilakukan oleh seseorang pada setiap hari.
Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil sebab itulah ia dinamakan witir (ganjil). Paling sedikit 1 rakaat dan
yang paling banyak 11 rakaat. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga
terbit fajar.
DALIL
Hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, yang bermaksud :
"Adalah Nabi s.a.w solat di antara solat Isyak dengan terbit fajar sebelas rakaat, Baginda memberi salam
tiap-tiap dua rakaat dan yang penghabisannya satu rakaat"
Mafhumnya bahawasanya Rasulullah s.a.w mengerjakan solat witir (sekiranya 11 rakaat) maka bilangan
salamnya ialah 6 salam.
NIAT ]]]]]]]]]]]][

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat / 1 rakaat kerana Allah Taala.
DOA SOLAT WITIR


Maksudnya : "Yang diucapkan Maha Suci bagiNya, Yang Maha Suci, dan Tuhan kami, malaikat dan
roh. Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada pengampunan, ampunilah akan daku"
Atau bacalah doa ini :


Maksudnya : "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu iman yang kekal, kami
memohon kepada-Mu hati yang khusyuk, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami
memohon ditetapkan keyakinan yang benar, kami memohon (dapat melaksanankan) amal yang soleh,
kami memohon kepada-Mu tetap dalam agama Islam, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang
melimpah ruah, kami memohon kepada-Mu keampunan dan kesihatan, kami memohon kepada-Mu
kesihatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu kesyukuran di atas kesihatan yang Engkau
berikan, dan kami memohon kepada-Mu kecukupan, Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami
Solat kami, puasa kami, qiam kami, khusyuk kami, pengabdian kami, sempurnakanlah apa yang kami
lakukan selama solat ya Allah, ya Allah, ya Allah Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang."
Atau baca doa ini :

.
Maksudnya : "Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada pengampunan, ampunilah
akan daku, Ya Allah kami memohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga dan kami berlindung
dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan neraka"

Anda mungkin juga menyukai