Anda di halaman 1dari 1

Pelan sendiri lagi gempak

Ketahui Lagi
Iklan

PETUA TIPS

Cara Mendirikan
Solat Sunat
Dhuha Berserta
Kelebihannya
OLEH SAMSIAH AHMAD

Advertisement

Selepas mengerjakan solat subuh di pagi hari, dan


meneruskan membaca al-Quran, apakah lagi
ibadah yang terbaik untuk diisi di pagi yang indah?
Sudah tentu dengan mendirikan solat sunat
dhuha. Apakah solat sunat dhuha itu?

Dari segi bahasa, ‘Dhuha’ bererti ‘matahari’ atau


‘cahaya matahari’, manakala dari segi syarak pula,
solat sunat dhuha adalah solat yang dilakukan
pada waktu matahari baru terbit.

Bilakah Waktu untuk


Mendirikan Solat Sunat
Dhuha?
Sesuai dengan maknanya, waktu ditunaikannya
adalah pagi, dalam waktu matahari telah naik
dengan sempurna sekitar satu galah tingginya
(tujuh hasta). Atau lebih tepatnya selama 20-30
minit selepas matahari terbit.

Lalu, tempoh solat ini berlarutan sehingga hampir


gelincirnya matahari atau sebelum masuk waktu
zohor. Setelah masuknya waktu zohor, maka
tamatlah waktu Dhuha (10 minit sebelum zohor).

Hukum Solat Sunat


Dhuha?
Hukum solat sunat dhuha adalah sunat. Maka
ianya tidak diwajibkan ke atas umat Islam. Namun
bagi sesiapa yang melakukannya akan mendapat
ganjaran yang besar bersama-sama kelebihannya.

Berapakah Jumlah
Rakaat Solat Sunat
Dhuha?
Samalah seperti solat sunat yang lain. Solat sunat
dhuha boleh didirikan dalam dua, empat, enam
atau lapan rakaat mahupun 12 rakaat, dengan
setiap dua rakaat disertai satu salam.

Pendapat dua rakaat adalah berdasarkan kepada


hadis daripada Ibn Umar r.a yang berkata bahawa;

“Rasulullah SAW bersabda; Firman Allah dalam


hadis kudsi (maksudnya): ‘Hai anak Adam, solatlah
keranaKu dua rakaat dhuha pada awal hari,
nescaya Aku jamin (kesejahteraanmu) hingga akhir
hari tersebut’.”

(Riwayat al-Tabarani)

Terdapat juga hadis mengenai pelaksanaan solat


dhuha sebanyak lapan rakaat;

“Riwayat daripada Ummu Hani r.a katanya


(maksudnya): ‘Bahawa Rasulullah bersolat Duha
sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan kota
Makkah. Baginda mengucap salam setiap kali
selesai dua rakaat’.”

(Riwayat Abu Daud)

Manakala, solat dhuha sebanyak 12 rakaat pula


adalah berdasarkan kepada hadis berikut:

“Daripada Ibn Umar r.a., katanya, ‘Aku berkata


kepada Abu Dzar, Hai, pakcik, berikan nasihat
kepada saya’. Jawabnya, ‘Pertanyaanmu itu sama
seperti pertanyaanku kepada Rasulullah SAW’. Lalu
Banginda menjawab (maksudnya): ‘Jika anda
laksanakan solat dhuha dua rakaat nescaya anda
tidak akan ditulis di kalangan orang yang lalai. Jika
anda laksanakan solat dhuha empat rakaat,
nescaya anda ditulis di kalangan Abidin, jika anda
laksanakan solat dhuha enam rakaat nescaya anda
tidak diikuti dengan dosa dan jika anda laksanakan
solat dhuha lapan rakaat nescaya anda ditulis di
kalangan Qanitin (sentiasa berdiri untuk beribadat).
Manakala seandainya anda laksanakan solat
dhuha 12 rakaat nescaya dibinakan untuk anda
istana di dalam syurga. Setiap tempoh masa, baik
siang, malam, atau saat-saat tertentu Allah
sentiasa menghulurkan sedekah kurniaNya kepada
mana-mana orang yang dikehendakiNya. Tiada
kurnia lain yang sering disebut-sebut oleh Allah
terhadap hambaNya, kerana kurniaan amalan zikir
(yang berterusan) kepada Allah yang dilakukan
olehNya’.”

(Riwayat al-Bazzar)

Imej via Cara Solat Jamak

Bagaimana Caranya
Melakukan Solat Dhuha?
1. Niat:

Lafaz Niat Solat Sunat Dhuha:

‫ِ )(َِ تَ َعا َلى‬+ْ َ ‫الضحى َر َك َعت‬


0 ‫ َة‬4 ‫سن‬
ُ ْ‫ص (لي‬
َ ُ‫أ‬

“Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana


Allah Taala.”

2. Rakaat pertama: Membaca surah al-Fatihah


dan diikuti oleh surah al-Syams.

3. Rakaat kedua: Membaca surah al-Fatihah dan


diikuti surah ad-Dhuha.

Selain membaca surah ini, boleh juga membaca


surah-surah lain yang dihafal seperti surah al-
Kafirun dan al-Ikhlas kerana tidak terdapat apa-
apa surah yang ditetapkan khusus untuk solat
sunat ini,

Doa yang Digalakkan


Dibaca
Terdapat juga saranan untuk membaca doa ini
ketika sujud terakhir solat sunat dhuha:

َ ‫اقُ ُك ْن لِي ُم‬4‫ارزُ ْق ِني َيا َرز‬


<‫ه‬4 ‫س‬ ِ ِ ُ ‫ه‬4 ‫ب لِي َو‬
ْ ‫اب ع ْل ًما َوح ْك َم ًة َو‬ ْ ‫َو َه‬

“Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha


Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah
rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi
Rezeki jadikan ia mudah bagiku.”

Bacaan doa di akhir sujud ini juga tidaklah menjadi


wajib, solat anda tetap sah sekiranya tidak
dibacakan doa ini, namun tetaplah berdoa dengan
bersungguh-sungguh kepada Allah SWT untuk
dikurniakan kebaikan kepada kita.

Selain itu. Terdapat juga doa yang digalakkan


dibaca selepas selesai solat sunat dhuha, sebagai
permintaan kita agar dimurahkan rezeki pada awal
hari tersebut.

‫ض َحاؤُك َوا ْلبَ َها َء َب َهاؤُك‬ َ ‫الض َحا َء‬ ّ ‫ن‬4 ِ‫م إ‬4 ‫ال ّل ُه‬
ْ ‫ص َم َة ِع‬
‫ص َمت ُ َك‬ ْ ‫وتُ َك َوا ْل ُق ْد َرةَ ُق ْد َرتُ َك َوا ْل ِع‬4 ‫وةَ ُق‬4 ‫ال َج َما ُل َك َوا ْل ُق‬
َ ‫َوا ْل َج َم‬

‫خ ِر ْج ُه‬ْ َ ‫ض فَأ‬ ِ ‫الس َم‬


ِ ‫ َ ْر‬gْ‫اء فَأَنْ ِز ْله َو إِ ْن َكا َن ِفي ا‬ 4 ‫م إِ ْن َكا َن ِرز ِْقيْ ِفي‬4 ‫ال ّل ُه‬
‫ط (ه ْر ُه َو إِ ْن َكا َن َب ِع ْي ًدا‬
َ ‫س ْر ُه َو إِ ْن َكا َن َح َرا ًما َف‬ ِ ‫َو إِ ْن َكا َن ُم ْع‬
( ‫س ًرا َف َي‬
‫فَ َق (ر ْب ُه‬
‫و ِت َك َو ُق ْد َر ِت َك‬4 ‫ائ َك َو َج َمالِ َك َو ُق‬ ِ ‫ائ َك َو َب َه‬
ِ ‫ض َح‬
َ (‫ِب َحق‬

+ ِ ِ‫الصال‬
َ ْ‫ح‬ 4 ‫ت ِعبَا َد َك‬
َ ‫آت ِني َما آتَ ْي‬
ِ

“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu


dhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu
kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan
perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika
rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika
ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar
mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih
jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah
Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang
soleh.”

Allah SWT selalu menjadikan setiap ibadah itu


berserta kebaikannya yang terlalu banyak. Begitu
juga dengan solat sunat dhuha yang padanya
terdapat keistimewaan tersendiri. Antara kelebihan
mendirikan solat sunat dhuha ini adalah;

1. Semakin dekat diri dengan Allah SWT


2. Sentiasa dipelihara Allah SWT
3. Dihapuskan segala dosa
4. Ganjaran pahala yang berlipat ganda
5. Doa mudah diperkenankan oleh Allah SWT
6. Rezeki yang dimurahkan oleh Allah
7. Dipermudahkan hal kehidupannya

Dengan itu, sujudlah kepada Allah pada waktu


dhuha sebagai kesyukuran kita kepada Allah SWT
yang Maha Pemberi lagi Pemurah. Semoga rezeki
yang diperolehi sentiasa diberkati oleh Allah, iaitu
rezeki daripada hati kita yang ingin menjadi
hampir kepadaNya dan sesekali tidak melupaiNya.
Amin.

Rujukan:
• Asas-Asas Fardhu Ain, Ustaz Sulaiman Endut,
terbitan Pustaka Haji Abdul Majid (2007)
• Ensiklopedia Solat, terbitan Telaga Biru (2011)
• Laman Web Rasmi JAKIM

Artikel Menarik Lain


Belajar sesuatu daripada artikel cara solat dhuha
ini? Jangan lupa untuk amalkan tips yang telah
dikongsikan. Jom baca artikel menarik yang lain.

• Cara Solat Jamak


• Doa Selepas Solat
• Solat Tahajud

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelajar ciptakan diet untuk orang malas. -17


Kg dalam 3 minggu!
FLASH

Resipi ini akan menjadikan payudara anda


lebih besar dalam 5 hari
BUST UP

Orang yang mengalami sakit lutut dan


pinggul mesti membaca ini!
ARTROPANT

Pelajar ciptakan diet untuk orang malas.


Turun 10 kg dalam 3 hari
FLASH

Rakyat malaysia boleh diluluskan pinjaman


tanpa mengira kredit
GELINTAR IKLAN

Lelaki, anda tak perlu Viagra jika anda


lakukan ini setiap hari
HORSEMEN

Sakit lutut & belakang akan hilang! Rakan


saya memberitahu resipi
FLEXOPTIMA

Kebotakan akan hilang dalam masa 2 minggu


Baca di sini!
HAIREX

Musuh diabetes sebenar telah dijumpai.


Tahap gula turun ke 4
INSINOL

Cara mengecutkan prostat dan meningkatkan


"rahsia lelaki"!
PROSTANIL

Nasihat juruelektrik: cara mengurangkan bil


elektrik dua kali
ELECTRICK

Sakit sendi sembuh dan kembali remaja


seperti 18 tahun!
ARTROPANT

Pakar urologi: prostat membesar? Lakukan


dengan segera
PROSTANIL

This Forex Tutorial Is Leading The Way For


Successful Trades!
FXPRO

Bermasalah di katil? Di sini ada penyelesaian


semula jadi
HORSEMEN

KONGSIKAN ARTIKEL INI

! " #

$  &

Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun


satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan

datang kepada kita. Apabila anda kongsikan
artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk
menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai
yang akan mendapat manafaat.

Penulis: Samsiah Ahmad

Merupakan salah seorang penulis di


Bidadari.My. Berminat dengan ilmu
kerohanian dan lukisan.

Tinggalkan Komen!

0 Comments Sort by Newest

Add a comment...

Facebook Comments Plugin

Anda mungkin juga menyukai