Anda di halaman 1dari 6

Kertas kerja pelastarian semula bilik guru 2012

1.0 PENGENALAN

SMK Taman Daya telah ditubuhkan dan mula dibuka secara rasminya pada 4 Disember 1995 yang terletak di Jalan Rumbia 39, Taman Daya. Sekolah ini telah berkembang semenjak penubuhannya hingga kini dan Berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang saban tahun.

Namun fizikalnya semakin bertambah uzur. Oleh yang demikian, pihak sekolah melihat beberapa perubahan perlu dilakukan dengan segera agar ia selaras dengan perkembangan semasa. Bahagian utama yang perlu diubahsuai ialah BILIK GURU.

2.0 LATAR BELAKANG DAN KEADAAN SEMASA BILIK GURU

2.1 Bilik Guru yang terletak di blok B merupakan bilik yang digunakan bagi guru-guru untuk menyelesaikan segala tugas yang diberi serta sebagai tempat persediaan untuk menjalankan tugas sebagai pendidik.

2.2 Bilik guru ini juga merupakan tempat perbincangan dan perkongsian idea antara guru-guru untuk memantapkan lagi mutu pengajaran

2.3

Bilik guru ini tidak mampu menampung pertambahan guru sedia ada. Maka pihak Sekolah terpaksa memindahkan sebilangan guru ke bilik-bilik khas dan ada juga guru yang terpaksa berkongsi meja kerana kekurangan ruang untuk menempatkan meja tambahan.

Kertas kerja pelastarian semula bilik guru 2012 2.4 Tingkap daun (cermin besar berukuran 1 meter ) bukaan 45 tidak mencukupi untuk pengudaraan yang baik. Ini menjadikan bilik guru agak berkuap kepanasan Kipas mesti dipasang sepanjang masa, namun pengudaraannya masih tidak mencukupi. Suasana begini amat tidak sesuai untuk guru-guru membuat persediaan mengajar dan berehat.

2.5 Dengan ruangan yang begitu sempit dan sesak menyukarkan lagi pergerakan guru. Penyaman udara yang tidak berfungsi juga menambah lagi ketidakselesaan guru.

2.4 Dengan adanya sebuah bilik guru yang lebih selesa, diharap segala kerja dan Perbincangan dapat diadakan dengan lebih selesa dan kondusif.

3.0 TUJUAN DAN KEPERLUAN BILIK GURU


3.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi menaiktaraf dan mengubahsuai Bilik Guru Sekolah Taman Daya agar kelihatan lebih luas dan selesa

3.2 Penstrukturan semula bilik guru ini diadakan bagi menjadikan bilik guru lebih menarik dan teratur.

3.3 Keadaan Bilik Guru ini agak lama. Justeru itu, sudah tiba masanya bilik ini dinaiktaraf . 3.4 Almari tambahan perlu disediakan bagi mengelakkan guru meletakkan barang-barang peribadi di tempat yang boleh menyukarkan laluan keluar masuk

3.5

Ruang yang selesa dan perudaraan yang baik sangat diperlukan bagi meneruskan usaha dalam mendidik.

3.6 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua guru dan kakitangan akan lebih selesa dalam menjalankan kerja dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Kertas kerja pelastarian semula bilik guru 2012

4.0 OBJEKTIF
4.1 4.2 4.3 Dapat menjadikan bilik guru lebih menarik dan teratur . Dapat menjadikan bilik guru kelihatan lebih luas dari sebelumnya Dapat menjadikan guru lebih produktif, kreatif dan inovatif serta berprestasi tinggi dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa.

5.0 ANGGARAN PERUNTUKAN PENGUBAHSUAIAN DAN PLAN PENGUBAHSUAIAN


RUJUK LAMPIRAN 1

6.0 Penutup
Pengubahsuaian ini amat perlu demi keselesaan guru-guru SMK TAMAN DAYA. Keselesaan amat penting bagi menjadikan guru lebih produktif, kreatif dan inovatif serta berprestasi tinggi dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa dan diharap semua aktiviti yang
telah dirancangkan dapat dilaksanakan

SEKIAN TERIMA KASIH, Disediakan oleh: Disahkan oleh:

___________________ ( Zalawana Binti Abud karim) Naib Pengerusi KEBIRU 2012

__________________ ( Noraini Bt Yusoff) Pengetua SMKTD

Kertas kerja pelastarian semula bilik guru 2012

LAMPIRAN Keadaan semasa bilik guru

Keadaan yang sesak dan sempit telah menyekat pengudaraan

Ruang bilik guru yang terhad menyukarkan laluan keluar masuk

Kertas kerja pelastarian semula bilik guru 2012

Penyaman udara yang telah rosak dan tidak berfungsi menambah ketidakselesaan guru

Kekurangan almari dan tempat menyimpan barang serta ruangan yang terlalu padat menyebabkan meja guru tidak teratur.

Kertas kerja pelastarian semula bilik guru 2012

SALURAN DAN BENTUK SUMBANGAN SERTA PEMBIAYAAN PEMBINAAN YANG DIPERLUKAN Kami, Ahli Jawatankuasa KEBIRU berbesar hati untuk menerima sebarang bentuk sumbangan atau pembiayaan untuk merealisasikan harapan dan impian guru-guru SMK Taman Daya untuk memiliki sebuah bilik guru yang lebih selesa untuk melaksanakan tugas dengan lebih berdedikasi. Kami sedia menerima sebarang bentuk bantuan kewangan, sumbangan ataupun bantuan material seperti: a) Penyaman Udara b) Cermin Sliding Gelap c) Awning d) Kabinet buku kerja pelajar e) Bidai f) Meja guru tambahan g) Intercom h) Partition

Anda mungkin juga menyukai