Anda di halaman 1dari 3

Skema SIVIK tingkatan 4 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 B C D D D A D B D D Kepentingan Rukun Negara: (a) prinsip kepercayaan kepada Tuhan sebagai modal penyatuan, kerjasama,

toleransi, dan hormat menghormati antara satu sama lain. ajaran setiap agama yang menyuruh penganutnya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, maka prinsip ini sudah tentu menjadi nadi penting yang membina jatidiri masyakat Malaysia (b) Melahirkan masyarakat yang setia kepada raja negara dan akur kepada pemerintahan serta undang-undang yang telah digubal (c) Keluhuran perlembagaan-Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjaminkecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. (d) Kedaulatan undang-undang- Undang-undang yang digubal perlu dihormati oleh semua lapisan warganegara bagi menjamin satu batasan dalam sebarang tindakan. (e) Kesopanan dan Kesusilaan- Melahirkan warga yang beradab, bersopan serta berteraskan nilai-nilai murni dan mewujudkan Negara yang aman dan makmur berteraskan kesopanan dan kesusilaan.

( 10 markah)

1(a) - Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. -Ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka. Peranan Sekolah -Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gengsterisme. -Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini. Kokurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar di dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. -Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya -Masyarakat juga boleh memainkan peranan mereka jika isu ini mahu diatasi sepenuhnya. Badan-badan luar terutama badan sosial atau organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai agen luar yang bertanggungjawab. Mereka boleh menjadi pengantara di antara sekolah dan pelajar. -Kerajaan memain peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. -Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan,

-Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko. ( Apa2 jawapan yang difikirkan sesuai diterima)

1(b) -Kembali ke pangkal jalan sekiranya pernah terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral -Membawa mereka atau mencadangkan untuk berjumpa kaunselor -Menyedarkan mereka bahawa setiap manusia bahawa manusia yang bertaubat tetap akan diterima tuhan -Menasihati mereka menjauhkan diri daripada terlibat dengan rakan-rakan yang tidak bermoral -Memberikan cadangan kepada mereka mengenai aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan bermanfaat -Menerangkan mengenai hukuman dan kesan apabila terlibat dengan aktiviti ini. ( 10 markah) 2) Keperluan bekeluarga dari segi social; (a) zuriat- apabila seseorang lelaki berkahwin dengan wanita secara sahmaka terbinalah keluarga yang paling asas (b) Memenuhi keperluan beragama- perkahwinan merupakan tuntutan agama dan perlu berkahwin secara sah , bilangan rakyat semakin bertambah dan meningkatkan jumlah warganegara (c) Mengelakkan berlakunya perbuatan sumbang- melindungi masalah zina yang merupakan masalah besar seterusnya mematuhi hokum agama serta adat. (d) Melahirkan jiwa yang tenang dan harmoni. Setiap insane yang bekeluarga merasa selamat dan tenang apabila memiliki keluarga seterusnya melahirkan rakyat yang hidup bahagia dan makmur

Apa-apa jawapan yang rasional dan sesuai diterima ( 10 markah )

Anda mungkin juga menyukai