Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu Ya Allah

Ya Rahman Ya Rahim Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh Anak-anak yang menjadi amanah Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah Zuriat yang soleh solehah Dan agar berkekalan mempelai ini Sehingga ke dalam syurga Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Teguhkan iman kami Mantapkan aqidah kami Mudahkan urusan kami Murahkan rezeki kami Halalkan makan minum kami Berkatilah kehidupan kami Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ampunkanlah dosa kami, Dosa kedua orang tua kami, Dosa ahli keluarga kami Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa Baik yang zahir mahupun yang batin Yang kecil mahupun yang besar Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam

Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang

Amin Ya Rabbal Alamin.

Bacaan Al-Fatihah. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar. Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik. Ya Allah, Berkatilah Majlis Perkahwinan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada Kedua Mempelai Ini, (NAMA PENGANTIN LELAKI) Dan (NAMA PENGANTIN PEREMPUAN). Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua Mempelai Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkah Kepadamu Dan Atasmu Serta Mengumpulkan Kamu Berdua, Pengantin Laki-Laki Dan Perempuan, Dalam Kebaikan.

Bacaan doa penutup.

Anda mungkin juga menyukai