Anda di halaman 1dari 2

0 PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN Arah Perkembangan mempunyai arah baik sewaktu peringkat belum lahir mahupun pada

peringkat sudah lahir. Arah-arah itu seperti: 1. Arah kepala ke kaki (cephalocaudal). 2. Arah tengah ke tepi (proximodistal). Mengikut arah kepala ke kaki, perkembangan bermula dari kepala dan bergerak ke arah kaki. Ini bermakna, perubahan awal pada struktur dan juga fungsi berlaku di bahagian kepala kemudian di bahagian badan dan akhir sekali di bahagian kaki. Kepala kanak-kanak kecil biasanya berat kerana perkembangan sudah banyak berlaku di bahagian kepala dibandingkan dengan bahagian lain misalnya bahagian kaki. Itu sebabnya apabila kanak-kanak ditiarapkan, dia hanya dapat mengangkat dadanya apabila ia dapat mengangkat kepalanya. Mengikut arah tengah ke tepi pula, perkembangan ini berlaku dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke hujung anggota. Sewaktu di dalam kandungan, iaitu ketika bahagian kepala dan badan sudah dikatakan cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan hanya merupakan puntung-puntung yang belum tumbuh. Secara beransur-ansur, puntung tangan ini akan memanjang dan berkembang menjadi tangan dan jari. Daripada segi fungsi, bayi yang dikandungi menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan tangan dan jari.

Susun atur tersendiri Corak perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri terlebih dahulu. Corak yang lazim ini tidak akan berubah, jika seseorang kanak-kanak yang dilahirkan awal, dia mungkin terlambat dalam beberapa aspek perkembangan, tetapi dapat sampai ke peringkat kanak-kanak lain seperti yang sepatutnya. Menyeluruh Pada peringkat awal kehidupan, seseorang bayi hanya dapat memberi gerak balas secara menyeluruh ke atas sesuatu rangsangan kerana tulang dan otot masih belum matang. Umpamanya, jika seseorang bayi cuba mengambil sesuatu benda, hampir seluruh badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangannya kerana jarinya masih belum dapat digunakan. Selepas besar, pergerakan bagi mengambil sesuatu benda hanya memerlukan jari sahaja tanpa menggerakkan sebahagian besar badannya. Emosi kanak-kanak juga berlaku secara menyeluruh. Misalnya pada peringkat awal, ketakutan kanak-kanak ditunjukkan secara menyeluruh. Kemudian ketakutannya hanya kepada perkara-perkara tertentu sahaja. Ternyata perkembangan itu berlaku mengikut proses pembezaan. Selepas proses pembezaan mencapai sesuatu peringkat ketentuan, proses penyatuan pula berlaku. Umpamanya, beberapa kemahiran yang terdapat pada terdapat pada seseorang adalah pemilihan dan gabungan beberapa tingkah laku yang menjadi penggabungan baru. Berterusan Perkembangan diri seseorang berlaku secara berterusan. Ia bermula daripada percambahan sehingga akhir hayat. Perkembangan ini berlaku pada kelambatan atau kecepatan yang berbeza-beza. Disebabkan perkembangan itu berterusan, apa yang berlaku pada satu peringkat mempengaruhi peringkat yang lain. Umpamanya, rumah tangga yang tegang pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak mempengaruhi sahsiah kanak-kanak seterusnya. Tanggapan negatif kepada ibu bapa yang kerap bertengkar sukar dihapuskan. Perkembangan dan pertumbuhan jasmani pada peringkat awal terutamanya pada peringkat kehamilan dapat menentukan sifat kanak-kanak sewaktu dewasa nanti. Sekiranya berlaku kecatatan kecil pada peringkat awal kehamilan, kecatatan ini membesar selepas ia dewasa nanti. Kecepatan Kecepatan dalam proses perkembangan tidak pernah sama. Anggota yang berlainan mempunyai kecepatan yang berlainan. Kanak-kanak yang tinggi kecerdasannya tetapi masih belum matang selalunya mempunyai perkembangan kecerdasan yang mendahului peringkat kematangan jasmani, kemasyarakatan dan emosi. Mereka selalunya susah menyesuaikan diri dengan kanak-kanak yang sebaya dan juga kanak-kanak yang lebih tua. Berkaitan dan mempengaruhi. Perkembangan dan pertumbuhan satu-satu anggota adalah berkaitan dan mempengaruhi perubahan keseluruhan anggota lain. Pertalian ternyata didapati di antara kematangan jasmani dengan kematangan mental. Kesan daripada keadaan ini, kanak-kanak yang cepat matang berbeza dengan kanak-kanak lain yang sebaya tetapi lambat matang. Perbezaan ini bukan sahaja terdapat pada keadaan jasmani mereka tetapi juga daripada segi mental dan tingkah laku. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa perkembangan itu adalah proses yang bersepadu melibatkan penyesuaian keseluruhan badan. Berbeza Setiap individu mempunyai corak perkembangannya yang tersendiri. Justeru, tidak semua kanak-kanak sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama. Frank (1950) mengatakan bahawa perkembangan hidup seseorang bergantung kepada pewarisan dan alam sekeliling yang amat unik. Walaupun kecepatan perkembangan mungkin berbeza-beza bagi kanak-kanak, perkembangan ini adalah kekal. Kanak-kanak yang berbadan tinggi pada satu peringkat umur akan berbadan tinggi juga pada peringkatperingkat umur yang lain, sedangkan yang berbadan rendah akan rendah juga kemudiannya. Lingkungan umur akal bagi kanak-kanak cerdas, sederhana dan lembap juga menunjukkan kekekalan sebagaimana sifat jasmani tadi. Perkembangan mental yang cepat akan berterusan cepatnya sedangkan kanak-kanak yang cacat otaknya tertinggal semakin jauh apabila dia semakin membesar. Kemajuan perkembangan kanak-kanak akan berkeadaan kakal dan ia bergerak maju atau berkembang mengikut kecepatan yang dimulakannya. Oleh sebab tiap-tiap kanak-kanak mempunyai sifat kecepatan perkembangannya tersendiri, maka tidak boleh diharapkan semua kanak-kanak itu mempunyai peringkat umur yang sama. Berperingkat-peringkat

Hidup manusia berperingkat-peringkat. Setiap peringkat dapat dibezakan melalui sifat yang nyata bagi peringkat itu. Sifat tertentu bagi sesuatu peringkat itu memberikan sifat keutuhan dan sufat yang unik. Walaupun terdapat peringkat-peringkat ini, tetapi garis-garis pembahagian tidak nyata bagi memisahkan di antara satu di antara satu dengan yang lain. Terdapat tujuh peringkat perkembangan yang ketara iaitu:

Peringkat Peringkat 1 Peringkat sebelum lahir sehingga bayi dilahirkan. 280 hari dalam kandungan. Peringkat 2 Peringkat bayi merah iaitu daripada masa lahir sehingga kira-kira 10 ataupun 14 hari kemudian. Peringkat 3 Peringkat bayi daripada umur 2 minggu sehingga kira-kira 2 tahun. Peringkat 4 Peringkat kanak-kanak iaitu antara umur 2 tahun sehingga akil baligh. Peringkat 5 Peringkat remaja iaitu daripada akil baligh sehingga peringkat dewasa iaitu kira-kira berumur 25 tahun. Peringkat 6 Peringkat dewasa. Peringkat 7 Peringkat tua.

Anda mungkin juga menyukai