Anda di halaman 1dari 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KOTA BHARU, 16109 KELANTAN DARUL NAIM

TUGASAN PROJEK PISMP SEMESTER 8

GURU DAN CABARAN SEMASA (INDIVIDU) NAMA NO.K/P NO. MATRIK SUBJEK KOD OPSYEN PENSYARAH T.HANTAR : RAMIZAH BT RAMLI :890415-09-5126 : JAN 09-02871 : GURU DAN CABARAN SEMASA : EDU 3109 : PISMP SN/PJ/SVK SEMESTER 8 : ENCIK CHE OTHMAN BIN CHE WIL : 9B SEPTEMBER 2012

KANDUNGAN

Perkara
Prakata Pengenalan Soalan (individu): Integrasi nasional disekolah Kesimpulan berdasarkan program Refleksi Rujukan Kolaborasi

Muka surat
3 4 5

14 17 19 20

Prakata
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapakan tugasan bagi subjek Guru dan Cabaran Semasa dengan jayanya untuk semester kali ini. Pertamanya, ucapan terima kasih kepada pensyarah bimbingan, Encik Che Othman yang telah banyak mencurahkan ilmu dalam segala segi bagi menyempurnakan tugasan ini.

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat yang telah banyak berkongsi buah fikiran dan idea dalam membantu melengkapkan tugasan ini. Tanpa kalian, mungkin sukar untuk saya melakukan tugasan ini secara seorang diri. Bukan mudah untuk mengeluarkan idea tanpa pembacaan serta di perhalusi dengan perbincangan dalam mencapai satu pemahaman pada diri saya. Jasa baik kalian tidak mungkin saya lupakan.

Kepada ayahanda dan ibunda juga tidak dilupakan yang telah memberi sokongan moral dan motivasi dalam menyiapakn tugasan ini. Tanpa sokongan kalian, mungkin anakanda mu ini tersungkur di tengah jalan.

Akhir sekali, saya mendoakan semoga kita akan dapat menjadi guru yang terbaik dalam melahirkan warisan kebanggaan.

Sekian

PENGENALAN

Istilah integrasi nasional berasal dari dua kata iaitu integrasi dan nasional. Istilah integrasi mempunyai arti pembauran/ penyatuansehingga menjadi kesatuan yang utuh atau bulat. Istilah nasional mempunyai pengertian kebangsaan, bersifat bangsa sendiri,meliputi suatu bangsa seperti cita-cita nasional, tarian nasional,perusahaan nasional (Kamus Besar Bahasa Indonesia: 1989 dalamSuhady 2006: 36). Hal-hal yang menyangkut bangsa dapat berupaadat istiadat, suku, warna kulit, keturunan, agama, budaya,wilayah/daerah dan sebagainya.Sehubungan dengan penjelasan kedua istilah di atas makaintegritas nasional identik dengan integritas bangsa yangmempunyai pengertian suatu proses penyatuan atau pembauranberbagai aspek sosial budaya ke dalam kesatuan wilayah danpembentukan identitas nasional atau bangsa (Kamus Besar BahasaIndonesia: 1989 dalam Suhady 2006: 36-37) yang harus dapat menjamin terwujudnya keselarasan, keserasian dan kesimbangandalam mencapai tujuan bersama sebagai suatu bangsa.Integritas nasional sebagai suatu konsep dalam kaitan dengan wawasan kebangsaan dalam Negara Kesatuan Republik

Indonesiaberlandaskan pada aliran pemikiran/paham integralistik yangdicetuskan oleh G.W.F. Hegl (1770- 1831 dalam Suhady 2006: 38)yang berhubungan dengan faham idealisme untuk mengenal dan memahami sesuatu harus dicari kaitannya dengan yang lain dan untuk mengenal manusia harus dikaitkan dengan masyarakat disekitarnya dan untuk mengenal suatu masyarakat harus dicari kaitannya dengan proses sejarah

INTEGRASI NASIONAL DI SEKOLAH

Saya telah menjalani praktikum selama 1 bulan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Bachok, Kelantan. Semasa berada di sekolah ini, pelbagai pengalaman yang diperoleh seperti bagaimana menguruskan program sekolah, bagaimana serta

mengendalikan

perhimpuan

sekolah,

menghadiri

mesyuarat

sekolah

menguruskan murid untuk aktiviti korikulum. Selain itu, saya juga belajar untuk berinteraksi serta berurusan bersama pihak sekolah terutamanya apabila melibatkan guru-guru serta pihak pentadbiran. Bagi praktikum kali ini, saya bersama rakan perlu merancang dan menguruskan program untuk sekolah. Kami perlu menganjurkan 3 buah program dalam masa 4 minggu berada di sekolah. Ini merupakan pengalaman pertama kali dimana saya perlu merancang , melaksana serta menguruskan program sepenuhnya bersama dengan rakan yang lain. Jadi, kejayaan atau kegagalan program ini bergantung kepada kami. Oleh itu, perancangan dan penelitian perlu dirangka sebaiknya agar hasil yang baik diperoleh. Akhirnya, kami telah memutuskan untuk mengadakan aktiviti atau program yang melibatkan penyertaan dari semua warga sekolah tanpa mengira pangkat, latar belakang dan kaum yang berbeza. Pada saya, penglibatan dari semua warga sekolah menunjukkan satu kerjsasama dan nilai yang baik di mana ia mewujudkan satu suasana harmoni dan mahabbah. Sewaktu pemilihan program yang bakal dijalankan di sekolah, kami telah membuat pemilihan program bersama pihak pentadbiran bagi memilih program yang dirasakan dapat menghimpunkan penyertaan daripada pihak warga sekolah. Akhirnya, kami telah bersepakat dan bersetuju bersama untuk memilih mengadakan 3 program yang dijalankan secara bergilir sepanjang tempoh 4 minggu. Program yang akan diadakan ialah Kom Kitar Semula,Pertandingan Kerceriaan dan Kebersihan Kelas dan

juga Program Inovasi Bahasa Inggeris UPSR. Setiap program ini berlangsung selama satu minggu. .Jadi, persediaan yang rapi perlu dilaksanakan. Perjalanan program-program ini telah dimulai dengan penyediaan kertas kerja. Setiap seorang daripada kami telah dilantik sebagai pengarah projek dimana segala perancangan, pengurusan dan pelaksanaan akan diketuai olehnya. Pengarah projek inilah yang akan menjadi penggerak utama dalam memastikan projek terlaksana mengikut rangka yang telah disusun. Semasa kami menyiapkan kertas kerja ini, suasana bilik guru begitu meriah dengan respon-respon yang positif dari pihak guru-guru. Kebanyakan guru bertanya kami mengenai perjalanan program dan pelaksanaannya. Ada juga guru yang tidak jemu bertanya untuk menghulurkan bantuan. Sikap yang positif ini merupakan penanda aras awal dalam menntukan masyarakat sekolah ini. Ternyata integrasi nasional ini telah bermula daripada guru-guru sekolah ini lagi. Jadi, suasana ini semestinya memberi impak positif kepada murid sekolah ini sendiri. Disebabkan saya merupakan pengarah bagi program Inovasi Bahasa Inggeris UPSR, saya telah membuat rujukan tentatif dan perancangan program daripada guru Bahasa Inggeris tahun 6, Puan Azilawati yang mengajar dan menguruskan program Bahasa Inggeris sebelum ini. Hal ini berikutan saya merupakan guru pelatih yang mengambil Sains sebagai major selain daripada Pendidikan Jasmani dan kesihatan serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai subjek. Oleh sebab itu, banyak perkara baru yang perlu diterokai dan dipelajari, terutamanya pembinanaan slot dan aktiviti yang sesuai dengan tahap murid. Hasil perbincangan ringkas dengan beliau, saya telah mendapat gambaran awal terhadap kefahaman dan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris. Kefahaman mereka yang lemah terhadap Bahasa Inggeris menyebabkan mereka malas dan tidak suka untuk menghadiri program . Maka, perkara itu peru diatasi melalui aktiviti yang menarik dan mudah untuk mereka fahami. Langkah ini diambil bagi memastikan murid hadir dan berminat untukmengikuti program ini sehingga ke akhir. Jadi,berdasarkan perbincangan kolaborasi bersama akhirnya kami telah bersepakat untuk memilih beberapa aktiviti yang sesuai untuk diisi sepanjang seminggu program berlangsung.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Ceramah motivasi, slot Ice Braking, slot Speaking Test, slot Vocabulary Quiz, slot 10 Alphabets, slot Bengkel Teknik Menjawab Kertas Soalan UPSR Bahasa Inggeris Kertas 1 & 2, dan slot Lets sing together . Kesemua aktiviti yang dirancang ini bakal dirangkum dalam program yang akan dilaksanakan. Cuma, kelainan untuk program ini ialah semua slot ini akan bermula pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang bermula pada hari Ahad sehingga hari Khamis. Pemilihan waktu pelaksanaan program ini diubah kerana pihak pentadbiran mahu waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) berlagsung seperti biasa dan tidak mahu mengganggu masa pengajaran guru. Pada saya, cadangan ini adalah baik dan perlu diteruskan kerana masa (P & P) penting kepada pelajar untuk menamatkan silibus subjek mereka. Selepas itu, kertas kerja dihantar kepada pihak guru besar untuk diluluskan. Semasa proses perbincangan bersama guru besar,berlaku beberapa penambahbaikan dan perubahan pada perancangan slot dan aktiviti. Pada saya, itu merupakan satu teguran yang membina bagi mencapai objektif program. Apa yang paling menarik ialah pihak pentadbiran setuju untuk menaja bahagian kewangan program. Ini merupakan satu titik permulaan yang baik dimana pihak pentadbiran mampu untuk memberikan kerjasama yang begitu baik dalam mencapai matlamat program. Biarpun pihak pentadbiran terdiri daripada berlainan jantina dan usia, mereka mampu untuk sepakat dalam meningkatkan kecemerlangan murid dalam UPSR. Integrasi yang ditunjukkan oleh pihak sekolah telah memberikan sesuatu yang positif kepada persekitarannya. Selepas itu, bermulalah urusan bagi melaksanakan perancangan program. Segala perjalanan dan aktiviti diperincikan bagi memudahkan proses pelaksanaan nanti. Perjumpaan dan perincian tugasan bagi setiap ahli jawatankuasa oleh kami berempat sebagai jawatankuasa utama diadakan. Selain itu, kami menerima tawaran pertolongan dari pihak guru-guru. Bagi menghargai kesudian mereka untuk membantu kami, satu mesyuarat telah diadakan bagi menerangkan perjalanan program yang akan diadakan. Mesyuarat ini merupakan perancangan guru besar yang mahukan

keterlibatan semua pihak sekolah terutamanya dari pihak guru. Oleh itu,beberapa jawatankuasa bagi program ini telah ditubuhkan dan dianggotai oleh guru-guru. Apa

yang begitu menyentuh perasaan saya ialah kehadiran dan komitmen guru-guru pada hari mesyuarat diadakan. Pada hari tersebut, kesemua guru hadir untuk mendengar taklimat yang diberikan. Hanya tiga orang guru yang berkursus tidak dapat hadir. Guru daripada kaum lain turut hadir biarpun berlainan bangsa. Sekurangnya, saya tidak berasa kekok dan terasing apabila melihat Cikgu Ching senyum semasa saya memberi taklimat. Cikgu Ching juga secara sukarela mahu menjadi pemantau dan guru disiplin bagi mengawal murid-murid. Ini menambahkan semangat saya untuk meneruskan progam. Dalam mesyuarat kali pertama ini, terdapat beberapa isu yang ditimbulkan. Antara isu yang diajukan ialah mengenai bayaran yuran kepada peserta program ini. Hal ini kerana murid-murid dari sekolah ini datang dari pelbagai latar belakang keluarga dan agama. Ada murid yang beragama Melayu, India, dan Cina. Terdapat murid yang datang dari keluarga yang berlatar belakang penjawat awam, swasta, bekerja sendiri dan juga bekerja kampung. Perbezaan taraf ekonomi dan kaum menjadikan ia satu perkara serius dan harus diselesaikan bersama. Hal ini kerana dikhuatiri menjadi isu sensitif dan boleh menimbulkan kesan negatif kepada sekolah. Selepas perbincangan dilakukan, semua bersepakat untuk mengenakan hanya RM 3 kepada semua murid tahun 6. Bayaran ini dikira sebagai cenderahati bagi membantu fotokopi bahan-bahan slot. Manakala,makanan murid untuk makanan tengah hari setiap hari akan diuruskan oleh pihak sekolah sepenuhnya. Selain itu, antara isu lain yang dikemukakan ialah mengenai murid perlu pulang dahulu ke rumah atau kekal selepas sekolah. Keputusan akhirnya dipilih di mana murid perlu kekal di sekolah sehingga program di sebelah petangnya dimulakan. Makanan akan di taja oleh pihak sekolah. Makanan juga akan disediakan menu kepada pihak kantin supaya lauk yang disediakan dapat dijamah oleh semua murid berlainan bangsa. Alhamdulillah, mesyuarat kali pertama ini berakhir dengan baik. Perjalanan bagi pelaksanaan program diteruskan kerana program ini

berlangsung pada minggu ketiga. Jadi,minggu kedua merupakan minggu yang paling sibuk dimana segala urusan aktiviti program, perasmian, jemputan penceramah perlu dilakukan dengan segera. Jadi, pengurusan masa secara produktif amat diperlukan

supaya segala pekara yang perlu diselesaikan segera dilaksanakan. Oleh itu, bantuan semua pihak perlu dimaksimumkan dengan baik. Sebagai ketua, saya juga perlu menghulurkan bantuan kepada anak buah disamping memantau pergerakan mereka. Tugas saya untuk program ini selain menjadi pengarah ialah menyediakan bahan yang diperlukan oleh setiap slot. Antaranya ialah menyediakan bahan untuk slot murid membuat soalan latihan bertulis bahagian A. Sebagai guru pelatih yang major Sains sudah semestinya saya tidak mempunyai sebarang rujukan untuk latihan tersebut. Namun, Cikgu Rozilawati sudi meminjamkan saya buku latihan Bahasa Inggeris. Banyak buku yang diberikan untuk saya pilih dan difotokopi. Saya juga perlu menyediakan teks untuk pengacara majlis sepajang minggu tersebut. Apa yang menariknya, saya perlu menyediakan teks dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Oleh itu, saya meminta bantuan Cikgu Ching untuk menterjemah teks saya dari bahasa Malaysia ke dalam bahasa Inggeris. Cikgu Ching nampak begitu suka semasa saya meminta bantuan beliau. Reaksi beliau amat menyenangkan saya. Saya juga perlu menyediakan surat pemberitahuan dan surat kebenaran muridmurid tahun 6. Selepas itu, satu taklimat diadakan bersama murid-murid untuk menerangkan serba sedikit perjalanan program dan penyerahan surat tersebut untuk ditandatangi ibu bapa atau penceramah murid. Selepas dua hari berlalu, respon ibu bapa serta penjaga murid sangat positif. Segala jangkaan saya meleset kerana surat yang diterima semua membenarkan murid untuk menghadirinya. Anggapan saya bahawa murid bangsa India dan Cina tidak akan dapat hadir adalah salah sama sekali. Ini bermaksud semua ibu bapa faham akan kepentingan pendidikan dan kesan prestasi pendidikan untuk anak mereka. Sebagai ketua, saya juga membantu rakan saya bagi menguruskan penceramah. Alhamdulillah, kami dipermudahkan urusan di mana kami mendapat pensyarah IPG sebagai penceramah. Kami juga telah mendapat penceramah untuk slot Menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 dan kertas 2 hasil bantuan guru besar. Segala persiapan yang dilakukan pada minggu tersebut berjalan dengan baik. Bergerak kepada minggu yang seterusnya, bermulalah perjalanan program yang sebenar. Pada hari tersebut, terdapat sedikit masalah apabila dewan yang akan

digunakan untuk perasmian adalah tidak cukup bilangan kerusi. Selain itu, susunan kerusi dan layar untuk majlis perasmian tidak sempurna. Namun, murid-murid tahun 6 muncul untuk memberikan bantuan. Mereka dilihat cuba untuk membina hubungan awal yang baik biarpun ini merupakan kali kedua saya berurusan dengan mereka. Saya kemudian meminta 3 orang wakil dari tahun 6 yang berbeza bangsa untuk menjadi pengaracara majlis daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Murid lelaki selebihnya akan menjadi wakil pelajar tahun 6 untuk membaca ikrar dan menerima sijil semasa majlis perasmian berlangsung. Jadi, segala latihan dan pergerakan untuk program yang akan bermula pada waktu petang ini dilakukan pada pukul 10.30 pagi semasa mereka diberikan waktu rehat. Kerjasama mereka amat baik dan ini memudahkan pergerakan latihan. Majlis perasmian program akhirnya dimulakan tepat jam 2.15 petang. Pergerakan murid-murid dan kerjasama guru-guru berjalan seperti dirancang. Kehadiran mereka tepat jam 2.00 petang. Semua murid tahun 6 berada di sekitar sekolah selepas masa persekolahan tamat. Semua murid tahun 6 menjamah makan tengah hari pada jam 1 tengahhari. Pada waktu Zohor, semua murid beragama Islam solat berjemaah disurau manakala murid beragama lain sudah bersiap sedia untuk masuk ke dewan.Majlis perasmian berlangsung hampir 20 minit dan diteruskan dengan slot pertama, Ice Breking. Bagi slot ini,kami sebagai penganjur utama yang menguruskan slot ini untuk kesemua tahun 6 yang seramai 85 orang. Kami membentuk 12 kumpulan berdasarkan kiraan nombor. Kami menggabungkan semua murid ini daripada pelbagai kelas supaya tiada diskriminasi. Selain itu, murid juga digabungkan dari pelbagai bangsa dan kaum agar mereka semua dapat bekerjasama dengan baik. Bagi slot pertama ini, setiap kumpulan dikehendaki untuk berbincang nama kumpulan beserta kata sorakan semangat untuk kumpulan masing-masing. Pada mulanya,setiap kumpulan kelihatan malu dan buntu bagi menentukan kata sorakan semangat untuk kumpulan sendiri. Namun,selepas kami selau urusetia mempersembahkan kata soraka kami, semua kumpulan kelihatan teruja dan mula bersemangat untuk melakukannya. Kemudian, setiap kumpulan di minta untuk mempersembahkan sorakan kumpulan masing- masing. Murid dari kaum Cina merupakan antara murid yang bersemangat dan aktif.Keseluruhannya, pada hari pertama ini semua peserta memberi kerjasama yang

baik. Pada permulaan ini, didapati murid dari kelas belakang kurang memberikan respon yang baik. Hal ini mungkin kerana mereka merasa rendah diri denga kelas yang lain. Walaupun begitu, saya yakin akan kemampuan mereka untuk menyerah pada harihari yang seterusnya. Hari kedua diteruskan dengan slot Ceramah motivasi oleh penceramah jemputan dari IPG Kampus Kota Bharu.Pada hari ini, segala perjalanan program dikendalikan oleh pensyarah terbabit. Berdasarkan slot yang dikendalikan oleh beliau, aktiviti beliau menggalakkan pergantungan antara satu sama lain. Setiap kaum dalam kumpulan maisng-masing akn diberi tugas masing-masing untuk menyelesaikan satu tugasan untuk kumpulan masing-masing. Jadi, kerjasama dan keyakinan pada rakan-rakan sendiri perlu supaya setiap kumpulan akan dapat menyesaikan teka-teki yang memerlukan bukti dari setiap kaum dalam kumpulan. Jadi, pada akhir tugasan ini semua kumpulan akan lihat setiap ahli kumpulannya mempunyai peranan yang penting dalam menentukan kemenangan kumpulan. Tiada istilah perbezaan kaum dan kelas yang berlainan. Pada saya, murid-murid telah mula mewujudkan integrasi antara kaum dengan sesama ahli kumpulan. Pada hari ketiga, aktiviti diteruskan lagi dengan slot Vocabulary Quiz dan 10 Alphabets.Aktiviti hari ini berbentuk pertandingan yang mana setiap kumpulan akan bersama- sama bertanding dan dibantu oleh seoang guru bahasa Inggeris bagi

membantu murid menjawab soalan. Pada saya, penyertaan murid bersama guru perlu dalam memastikan prestasi dan masalah murid dapat dipantau dan diatasi segera. Selain itu, hubungan murid dan guru dapat dipertingkatkan lagi. Sepanjang slot ini, guru-guru tidak jemu membantu murid yang lemah terutamanya menyelesaikan solan yang diberi. Murid-murid pula tidak jemu-jemu bertanya kepada guru. Ada sesetengah guru sanggup untuk memberikan secara percuma kamus yan dimilikinya bagi memastikan anak muridnya faham dan mampu untuk membuat latihan. Tidak kurang juga ada guru-guru yang sanggup membawa bekal kismis untuk muridnya sebagai memohon keberkatan untuk muridnya. Suasana yang syahdu ini menunjukkan bahawa segala jurang yang pernah membatasi dua golongan ini terhakis apabila masing-masing merasai diri mereka dihargai dan memberi kepentingan kepada yang lain. Oleh itu,

kefahaman dan kesedaran harus diberikan agar isu perkauman dan taraf sosioekonomi terhapus dengan sendirinya.

Hari keempat telah diadakan slot Bengkel Teknik Menjawab Kertas Soalan UPSR Bahasa Inggeris Kertas 1 & 2. Semua guru bahasa Inggeris datang dan memberikan sokongan kepada kami selain menambahkan input pengetahuan mengenai cara untuk menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 & 2. Penyertaan murid pada hari ini masih sama seperti hari pertama. Saya begitu gembira melihat kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh murid. Pada hari terakhir slot Vocabulary Exercise dijalankan. Kedua- dua aktiviti ini merangkumi aktiviti secara individu bagi melihat keupayaan mrid ntuk menjwab soalan secra indiidu. Walupun bgitu,guru-guru subjek ini msh memberi komitmen membantu murid-murid jika terdapat sebarang persoalan. Pada slot terakhir iaitu slot Lets Sing A Song kesemua murid dikehendaki menyanyikan lagu dalam Bahasa Inggeris dalam memantapkan sebutan bahasa

Inggeris mereka. Apa yang menarik, guru da murid sama-sama meyanyikan lagu tersebut. Kesemua murid tik kir murid Melayu, India dan Cin tanpa segan silu turut memuat gaya semasa menyanyikan lagu tersebut. Kesemua arga program memberi satu respon yang baik bermula program sehingga hari terakhir. Banyak perkara positif yang dpat diperhatikan sepanjang sebelum dan semasa program ini. Semoga program sebegini dapat membentuk integrasi antara pihak sekolah, phak guru dan murid-murid sekolah.

KESIMPULAN BERDASARKAN PROGRAM

Berdasarkan program ini, program Inovasi Bahasa Inggeris UPSR banyak kebaikan yang diperoleh sama ada kepada pihak sekolah mahupun kepada pihk guru pelatih sendiri. Apa yang menjadi perkara pokok dalam program ini ialah bagaimana program ini mampu untuk memupuk integrasi nasional antara warga sekolah termasuklah guru, pihak pentadbiran dan murid-murid. Hal ini kerana ia dapat memupuk perasaan sayang serta semangat dan menghakis perbezaan kaum, taraf hidup dan sosioekonomi. Antara kebaikan yang diperoleh dalam program ini adalah komitmen dan peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbiran. Hal ini terbukti dengan peranan guru besar sewaktu mula-mula pemihihan program ini. Beliau amat mementingkan peyertaan dari warga sekolah khususnya supaya semuapihak dapt melibatkan secara bersma. Selain itu, pihak pentadbiran juga sanggup untuk menyediakan bantuan kewangan untuk program ini supaya terlaksana. Ini merupakan peranan penggerak utama dalam memastikan program ini berjalan dengan baik. Selain itu, tualng belakang progam ini adalah kerjasama dan bantuan pihak guruguru. Biarpun progam ini merupakan program dari guru pelatih, tiada istilah untuk yang baru dan yang lama. Apa yang penting ialah kesemua warga guru adalah satu pasukan dalam satu kumpulan utama. Sikp ambil berat antra rakan sejawat dapat diperhatikan seawall program ini diluluskn kertas kerjanya oleh pihak pentadbiran. Guru-guru yang ringan tulang ikhlas mahu membantu meringankan kerja sebenarnya membakar semangat guru pelatih untuk meneruskan sehingga program tamat. Guru guru ini jug sanggup untuk turun padang memantu sambil menghulurkan tangan meringankan kerja. Mereka juga secara sukarela membantu anak murid mreka semasa murid-murid ini menjalankan aktiviti dalam program. Sikap mereka membuatkan anak murid berasa dekat dekat dengan guru mereka.

Porgram ini juga dapat memupuk semangat dan perpaduan antara kaum. Hal ini dibuktikan apabila murid-murid dikumpulkan ke dalam kumpulan yang berbeza agama dan kelas. Mereka berada dalam kumpulan tersebut sepanjang proram berlangsung. Ini ditambah pula sewaktu slot bersama penceramah untuk program motivasi, setiap murid yang berbagai bangsa diberi tugasan tersendiri untuk kumplan masing-masing. Ini menunjukkan semua kaum penting dan mempunyai fungsi yang terendiri untuk kumpulan masing-masing. Di samping itu, murid daripada pelbagai kaum diberi ugasn menjadi pengacara majlis untuk slot majlis perasmian. Ini menjadi contoh bahawa keserasian dan perpaduan boleh dipupuk apabila kitamemberi peluang kepada mereka untuk bekerjasama. Porgram ini juga telah mewujudkan satu suasana yang pek kepada kaum lain terhadap isu sensitif. Hal ini terbukti semasa mesyuarat pertama bersama pihak guruguru. Ada guru yang bertanyakan bagaimana pengurusan makanan tengah hari kpada semua murid kerana terapat murid yang tidak memakan daging. Perkara ini kemudianny diselesaikan bersama dengan cara ssetiap guru yang merupakan kaum lain memberi cadangan menu yang diraskn sesuai. Akhir sekali, satu menu mengikut hari telah dibentuk. Program ini juga mengurangkan jurang perbezaan antara taraf sosioekonomi yang berbeza. Hal ini dibuktikan apabila semua guru bersepakat untuk memohon yuran RM3 kepada semua murid supaya ibu bapa yang rendah pendapatannya tidka merasa terbeban dengan yuran yang perlu dibayar untuk menghadiri program ini. Ini merupakan salah satu cara untuk menarik murd-murid dapat hadirke program ini. Akhir sekali, pencampuran murid yang berbeza kelas ke dalam kumpulan sepanjang program diharapkan dapat mengurangkan jurang perbezaan tahap pemikiran murid yang berbeza. Hal ini kerana murid-murid yang berada dalam kelas yang bukan kelas pertama tidak merasa dirinya penting dan bermakna untuk sekolah. Selain itu, murid kelas yang lemah akan merasa rendah diri utnuk bergaul dengan murid yang berada di kelas hadapan. Jadi pencampuan ini menggalakkan percambahan idea dan sikap memahami antara satu sama lain.

Kesimpulannya, di harap program ini dapat memberikan satu impak yang baik kepada warga sekolah. Integrasi nasional tidak akan dapat dibentuk jika semua pihak tidak bersama sama berganding bahu membantu membinanya. Semoga semua beroleh manfaat daripada program ini.

REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Subjek Guru dan Cabaran Semasa ini merupakan satu subjek yang saya amat minati dan menarik perhatian saya. Pada permulaannya, saya menganggap bahawa subjek ini mengetengahkan isu pendidikan yang semasa dan muktahir sahaja. Namun, bila saya melalui kuliah ini bersama pensyarah saya, Encik Che Othman, barulah saya sedar bahawa subjek ini merupakan subjek yang dikuasai oleh guru permulaan dimana banyak isu yang menyentuh perkembanganb dahulub sehingga kini mengenai guru serta pendidikan. Secara jujurnya saya merasakan isu-isu dalam subjek ini membawa guru permulaan ke dalam satu suasana yang baru dimana banyak perkara yang harus diterokaib dan dikenali oleh guru permulaan. Suasana dan budaya tempat menjadi perkara asas yang perlu dialami dan didedahkan kepada bakal guru. Integasi nasional merupakan satu isu yang luas skopnya di mana integrasi ini diwujudkan supaya isu-isu ketidaksamarataan kurangkan jurang pemisahnya. Hal ini kerana apabila berlaku keretakan integrasi nasional, ia akan mengakibatkan wujudkan perbezaan budaya dan agama, ketidakpuasan hati serta kedudukan Geografi yang berbeza. Hal ini boleh memberi kesan seperti yang pernah berlaku kepada Tanah Melayu pada 13 Mei dahulu. Ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan perkembangan kemajuan Negara seterusnya akan merencatkan pembinaan Negara yang membangun. Oleh itu, kini timbul banyak cadangan dan perkara yang dibincangkan oleh pihak pentadbiran Negara dalam mengukuhkan integrasi nasional ini. Antara perkara yang direncanakan oleh pihak Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah menggunakan sekoalh sebagai medium untuk perpaduan dengan mewujudkan sistem persekolahan yang sama, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sekolah, pendedahan

kepada nilai melalui wujudnya subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta seminar kepada guru-guru untuk memupuk perpaduan antara guru yang lain.

Antara cadangan lain dari KPM ialah mewujukan aktiviti sekolah yang melibatkan penyertaan warga sekolah.Ini dapat dibuktikan dengan pelaksanaan program yang telah dilaksanakan oleh murid di sekolah saya baru-baru ini. Program Inovasi Bahasa Inggeris UPSR, semua warga sekolah memberikan komitmen dan kerjasama yang abik epnjang program pnyertaan. Penyertaan peserta dan guru-guru bukan dari kaum Melayu menjadi pengukur kepada kejayaan integrasi nasional yang menjadi salah satu matlamat Negara. Ini juga memberi gambaran awal kepada saya suasana dan budaya sekolah. Segala pengalamanyng iperoleh begitu bemakna dan terkesan di hati. Keimpulannya, dalam membicarakan iu-isu semaa pendidikan ini, kita sebagai guru erlu selalu untuk berfikir secara kreatif dan berada diluar kotak. Hal ini kerana cabaran sentiasa menanti kita dan kita harus menangani bijak. Semoga integrasi ini menjadi pengikat hubungan kita sehingga akhirnya. Sekian terima kasih.

RUJUKAN Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010): Guru dan Cabaan Semasa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Kuala Lumpur Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Shrifah Fkhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid. (2010): Guru dan Cabaan Semasa.Oxford Fajar Sdn . Bhd. Selangor

Dasar-dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan (2010):


[http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/460-nkra-pendidikan/11743dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html]

BORANG KOLABORASI

NAMA: Ramizah Bt Ramli NO. MATRIK:JAN 09-02871 KUMPULAN: PISMP SN/ PJ / SVK SUBEJK: Guru Dan Cabaran Semasa NAMA PENSYARAH: Encik Che Othman bin Che Wil Tarikh Topik Komen T. tangan

Anda mungkin juga menyukai