Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN SELEPAS PERLAKSANAAN BINA INSAN GURU FASA 2

Selepas Program Khidmat Masyarakat ini, kami telah mendapat pelbagai input hasil daripada aktiviti-aktiviti yang telah diberikan. Program seperti ini amat berguna bagi kami kerana sebelum ini kami kurang diberi pendedahan mengenai programprogram seperti ini. Pembentukan insan guru berkualiti yang bakal ditempuhi oleh kami sebagai guru adalah amat mencabar kerana era pembangunan sains dan teknologi yang semakin pesat kini.

Secara keseluruhannya, objektif pembinaan insan guru yang berkualiti melalui program ini adalah berjaya. Sifat-sifat positif sebagai seorang guru dapat dibentuk melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Program ini secara langsungnya dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru pelatih dari awal hingga ke akhir program melalui pembentukan ahli jawatankuasa, perbincangan aktiviti-aktiviti, pembahagian tugasan dan sebagainya yang berkaitan dengan program khidmat masyarakat yang telah dijalankan.

Akhir sekali, program Bina Insan Guru semester 2 dapat memberi sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu yang berguna untuk diaplikasikan ketika berada di sekolah kelak apabila bergelar guru nanti.

Anda mungkin juga menyukai