Anda di halaman 1dari 11

TEORI

KONSTRUKTIVISME

CHE AZIZAN B. CHE RAZALI


KHAIRURRAZAQ B. MOHD FADILAH
PENGENALAN
 Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya
berasal daripada maklumat deria yang wujud
secara bebas dalam persekitaran yang diserap
ke dalam fikiran murid melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan
sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan
itu diperolehi dengan cara membina sendiri
oleh setiap murid melalui pengalaman,
renungan dan pengabstrakan.
PENGERTIAN
 Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa
murid mempunyai idea mereka sendiri tentang
hampir semua perkara, di mana ada yang betul
dan ada yang salah. Jika kefahaman dan
miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani
dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal
mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam
peperiksaan mereka mungkin memberi
jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
 John Dewey menguatkan lagi teori
konstruktivisme ini dengan mengatakan
bahawa pendidik yang cekap harus
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di
dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
PRINSIP-PRINSIP
KONSTRUKTIVISME
 Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip
pembelajaran ala konstruktivisme:
1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis
maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan
budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai
strategi pengajaran.
2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak
boleh menumpukan kepada intelek sahaja.
3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi.
Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi
seseorang adalah personal dan unik, pemahaman
seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.
4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui
pencorakan. Pengajaran efektif
menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan
konsep dan tema global.
5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan.
Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan
dan sikap.
6. Otak memproses bahagian kecil dan
keseluruhannya secara serentak. Orang
menghadapi masalah membelajari sesuatu jika
bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.
7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan
persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran
dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan
iklim.
8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak
sedar. Pelajar memerlukan masa untuk
memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi
pelajarannya.
9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis
ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan
sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan.
Pengajaran yang terlalu mengutamakan
pembelajaran hafalan tidak memajukan
pembelajaran ruang dan pembelajaran
berasaskan pengalaman boleh menghalang
pemahaman murid.
10. Pelajar memahami dan mengingati dengan
baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam
ingatan natural dan ruang. Pembelajaran
eksperimen adalah paling efektif.

11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan


dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah
harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.

12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah


dipelbagaikan agar murid-murid dapat
menyatakan kecenderungan masing-masing.
Adakah Anda Mempraktikkan
Pendekatan Konstruktivisme

Anda telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme


sekiranya:

 Murid berpeluang mengemukakan pandangannya


tentang sesuatu konsep.
 Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama
lain.
 Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan
mereka.
 Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang
rendah
 Pelajaran berpusatkan murid
 Murid merenung kembali proses pembelajaran
yang dilaluinya
 Murid menghubungkait idea asal dengan idea
yang baru dibina
 Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
 Murid digalakkan mengemukakan hipotesis
dan bukan guru menerangkan teori
 Guru mengemukakan soalan yang boleh
meransangkan murid mencari jawapan
 Guru tidak menyampaikan maklumat secara
terus kepada murid
 Murid banyak berinteraksi dengan murid lain
dan guru
 Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan
dan minat murid
 Murid bekerja dalam kumpulan
 Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'
 Guru mementingkan kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir
 Murid mengaplikasikan idea baru dalam
konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
kefahaman idea tersebut

Anda mungkin juga menyukai