Anda di halaman 1dari 3

Pemulihan Membaca

Pengenalan

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca: a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca) Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada. b) Faktor yang ada pada bahan bacaan Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan da n organisasi bahan grafik.

Aktiviti Pemulihan Bacaan

1. Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. Pengaja ran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat -alat sebutan bunyi seperti:  Bibir  Gigi  Gusi  Lelangit keras  Lelangit lembut  Anak tekak

 Lidah  Rongga tekak  Rongga mulut 2. Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid. Melalui aktiviti pemulihan, guru perlu memastikan murid -murid supaya menguasai dan menghafal huruf a sehingga z dengan urutan yang betul. . Justeru, guru perlu melaksanakan aktiviti berikut:
y y y y

Nyanyian lagu A,B,C,.. Menayangkan huruf satu persatu secara berulang Padanan abjad Menyebut huruf satu persatu secara berulang.

3. Latihan Pandang dan Sebut ju ga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. Latihan ini juga melibatkan penggunaan gambar untuki merangsang murid supaya bertutur. 4. Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk m enguasai kemahiran membaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklah permainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf, permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv, kvk, kv+kv, dan kv+kvk. 5. Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan, membina, menggunakan d an menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah menarik, dan memenuhi keperluan pancaindera.
Analisis Aktiviti Pemulihan Bacaan

Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor -faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan murid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat

membantu perancangan dan penyediaan proses pengajaran. Pengetahuan dan pemahaman guru dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman. Aktiviti pemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakan pendekatan, k aedah, dan teknik yang sesuai agar murid murid mampu menguasai asas kemahiran berbahasa iaitu membaca.

Anda mungkin juga menyukai