Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A TUGASAN INDIVIDU

KOMPONEN II ( Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam ) Tugasan 2 Soalan 2A

Kita dikenali dari apa yang kita lakukkan berulangkali. Kebaikan bukan sekadar perbuatan, tapi satu tabiat. Aristotle

Huraikan lima elemen Tonggak 12 berikut yang dapat dijadikan amalan bersesuaian dengan pernyataan di atas.

Pendahuluan

Tonggak Dua Belas mencirikan dengan terperinci asas-asas pembentukan peribadi para penjawat awam , tanpa mengira peringkat, kedudukan dan jenis perkhidmatan. Semua peringkat penjawat awam akan mendapat manfaat dengan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas. Perkhidmatan awam itu sendiri akan menjadi lebih cekap, produktif dan mengutamakan kualiti jika prinsip-prinsip itu dijadikan budaya organisasi yang sentiasa mendapat manfaat jika semua penjawat awam dan organisasi yang mereka wakili menghayati prinsip-prinsip Tonggak Dua Belas.

Tonggak Dua Belas tersebut ialah: 1.Menghargai masa 2.Ketekunan membawa kejayaan 3.Keseronokan bekerja 4 Kemuliaan Kesederhanaan 5Ketinggian peribadi 6 Kekuatan sifat baik hati 7Pengaruh teladan 8 Kewajipan menjalankan tugas 9 Kebijaksanaan berhemat 10 Keutamaan kesabaran 11 Peningkatan bakat

12 Nikmat mencipta

Dalam dua belas tonggak peringatan ini, lima elemen akan diberi huraian terperinci yang mana dapat dijadikan amalan dan dilaksanakan dalam perkhidmatan sebagai penjawat awam khususnya.

1) The value of time (Menghargai masa) Orang yang menghargai masa menganggap masa itu emas . Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti kerugian kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Masa yang ada pada seseorang itu pada sesuatu hari mengandungi tiga bahagian: satu pertiga untuk bekerja; satu pertiga untuk tidur dan berehat; satu pertiga lagi untuk beribadat ( dalam erti ibadat khusus ) , bersenang-senang , melaksanakan tugas untuk keluarga dan masyarakat. Jika pmbahagian masa ini diikuti dengan sedar dan betul- betul, maka kita akan dapat meningkatkan produktiviti kerja.

Contoh: Seorang pegawai yang menghargai masa akan bertindak dengan segera setelah diarahkan oleh Ketua Jabatan. Setiap kerja yang perlu dilaksanakan dilakukan dengan teliti besesuaian dengan perancangan masa yang ditetapkan.

2) Ketekunan membawa kejayaan (The success of perseverance) Ketekunan beerti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada organisasi dan individu.

Contoh: Setiap guru yang diarahkan sebagai ahli jawatankuasa pelaksana untuk Hari Guru, masing-masing menjalankan tugas mengikut bahagian tugas yang ditetapkan. Jika semua guru bekerjasama serta melaksanakannya dengan penuh tekun, secara tidak langsung, kerja yang mengambil tempoh yang lama dapat disingkatkan.

3) Keseronokan bekerja (The pleasure of working) Kerja merupakan satu beban yang dilakukan untuk hidup, malah bagi kebanyakan manusia bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu, jika kita mengambil pendirian yang optimistic kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan. Bekerja hendaklah dijadikan sebagai satu ibadah Kerja itu hendaklah dijadikan cabaran Jika kerja itu kita anggap pengkhususan kita, dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.

Contoh: Penjawat awam yang cemerlang akan bekerja dengan penuh tanggungjawab dan penuh dedikasi. Setiap kerja serta tugasan yang diarahkan

dijalankan dengan amanah dan tidak akan terasa terbeban di bahunya sekalipun kerja yang dilakukan kemungkinan baru pertama kali dilaksanakan.

4) Ketinggian peribadi (The worth of character) Peribadi seseorang ialah the total personality - wataknya, sikpnya, perilakunya dan gaya membawa diri dalam pergaulan sesama manusia, baik dirumahnya sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakat umum. Pengalaman hidup biasanya membawa watak. Namun watak sahaja tidak cukup untuk membantu satu peribadi yang baik. Sikap yang positif dan terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adab dan sopan santun turut mewarnakan peribadi. Selain itu, gaya yang segak, kemas dan bersih menambahkan hiasan luaran peribadi.

Contoh: Seorang guru tidak hanya dinilai dari segi penampilannya sahaja, bahkan dilihat dari segenap aspek komunikasi serta cara bergaul dengan rakan sejawat dan juga masyarakat.

5) Pengaruh teladan (The influences of examples) Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat itu dipimpin oleh seorang pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat itu. Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik. Sebaliknya yang negatif boleh membawa padah yang buruk. Contoh; Guru

Besar merupakan Ketua Jabatan yang berperanan memimpin orang di bawahnya. Setiap gerak lakunya menjadi ikutan para guru. Jika beliau sendiri tidak menunjukkan kepimpinan yang baik, bagaimana orang di bawah dapat mencontohi beliau.

Penutup

Secara kesimpulannya, tonggak dua belas merupakan gabungan pelbagai nilai yang diterapkan kepada penjawat awam agar dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada masyarakat, yang mana setiap satu daripada nilai-nilai ini mempunyai kepentingannya jika betul-betul dimanfaatkan serta dilaksanakan sebaik mungkin

Rujukan 1. Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia ( KISSM ), Adnan Baharom, Anas Suray, Haji Daud Md. Saman, Kumpulan Budiman SDN kuala Lumpur. 2. Pendidik, Bil 46/ Mac 2008, pencetus idea masyarakat pendidik.
3. http://www.opensubscriber.com

Anda mungkin juga menyukai