Anda di halaman 1dari 1

5.

0 PENUTUP

Dalam sesuatu proses pembelajaran, kehadiran guru sekurang-kurangnya adalah untuk memberikan arahan kepada pelajar untuk melaksanakan pembelajaran mereka. Namun, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan tanpa kehadiran guru. Penggunaan pelbagai jenis teknologi dalam pembelajaran melatih pelajar agar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan prestasi akademik mereka tanpa bergantung pada guru. Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam menyampaikan isi pelajaran. Penerangan dan penjelasan guru tentang sesuatu perkara akan menjadi lebih mudah difahami apabila guru dibantu dengan pelbagai bahan dan peralatan yang mampu menterjemahkan maksud yang jelas berhubung dengan penerangan guru. Kesimpulannya, teknologi dalam pengajaran ialah proses yang kompleks dan bersepadu, melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah serta mereka bentuk, menilai dan menyelesaikan masalah di mana proses pembelajaran itu bermanfaat dan terkawal, maka kita sama sekali tidak menyangkal aspek ESQ bagi melengkapkan dan menyempurnakan definisi teknologi dalam pendidikan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai