Anda di halaman 1dari 6

Financial Management I

Chapter 1 : Introduction To Finance 1.1 Kewangan Kewangan adalah satu bentuk proses pemindahkan wang antara individu dan antara organisasi Keputusan kewangan dilakukan berdasarkan kepada konsep asas, prinsip dan teori kewangan. Keputusan kewangan boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:o Keputusan pelaburan yang berkaitan dengan aset o Keputusan pelaburan yang berkaitan dengan liabiliti dan ekuiti pemilik o Keputusan pengurusan yang berkaitan dengan operasi kewangan bagi sesebuah sykt Pembuatan keputusan selalunya melibatkan beberapa aspek menganalisis kedudukan kewangan. Pengurus kewangan perlu melihat kepada perkara-perakara tersebut sebelum membuat keputusan:o Perlukah sykt melaksanakan sesuatu projek? o Adalah pelaburan yg dibuat akan mencapai kejayaan? o Bagaimana membiayai sesuatu pelaburan sama ada melalui pinjaman bank atau menerbitkan saham? o Bagaimana kedudukan tunai sykt utk tujuan operasi harian? o Tahap keperluan inventory? o Polisi dividen sykt? 1.2 Peranan Pengurus Kewangan a) Membuat Keputusan Pelaburan dan Pembiayaan Jangka Pendek dan Jangka Panjang b) c) Menentukan aset yg harus dibeli dalam jangka pendek dan jangka panjang Memilih kaedah pembiayaan jangka pendek dan jangka panjang untuk membiayai pelaburan Membuat Perancangan dan Ramalan Kewangan Membuat perancangan masa hadapan bagi sykt Kawalan dan Coordination Pengurus kewangan perlu bekerjasama dengan pengurus lain untuk mencapai matlamat syarikat

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

Financial Management I

d)

Berurusan Dengan Pasaran Kewangan Terdapat dua jenis pasaran kewangan iaitu o Pasaran Wang : Urus niaga instrumen jangka pendek yang mempunyai tempoh matang kurang dari setahun instrumen lebih cair. Contohnya seperti Bil Perbendaharaan, Sijil Deposit dan Nota Bank Negara. o Pasaran Modal : Urus niaga instrumen jangka panjang yang mempunyai tempoh matang lebih dari setahun.

1.3

Matlamat Pengurusan Kewangan a) Memaksimumkan Keuntungan Matlamat sesebuah syarikat adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Oleh itu, pengurus kewangan perlu memastikan bahawa keuntungan yang maksimum dalah dicapai dalam sesebuah syarikat. Keuntungan dinilai dengan melihat Perolehan Sesahan (Earning Per Share, EPS) dengan menggunakan rumus di bawah EPS = Untung Bersih Jumlah Terbitan Saham (Unit)

Walau bagaimanapun, Objektif syarikat utk memaksimumkan keuntungan tidak akan tercapai dan tepat disebabkan oleh 3 sebab utama o Aliran Masuk Keluar Tunai Aliran masuk dan keluar tunai tidak mengambil kira item-tem bukan tunai (Non-Cash) seperti susut nilai, hutang lapuk dan kerugian jualan aset. Oleh itu, item bukan tunai ini harus dimasukkan atau ditambah ke dalam pengiraan keuntungan bersih syarikat. o Jangka Masa Pulangan Masa pulangan merujuk kepada kemampuan syarikat utk mendapatkan keuntungan bagi sesuatu projek dalam jangka masa yang ditetapkan. Contohnya seperti dalam contoh di bawah. Project Project A Project B Year 1 RM100,000 0 Profit Year 2 0 RM100,000

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

Financial Management I

Jadual di atas menunjukkan kedua-dua projek akan memberikan keuntungan yang sama iaitu RM100,000. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi projek A diperolehi dalam tempoh setahun. Sekiranya syarikat melaburkan keuntungan ini dalam akaun simpanan tetap yang memberi pulangan faedah sebanyak 5% setahun, maka syarikat akat memperolehi RM105,000 pada penghujung tahun kedua iaitu RM5,000 lebih tinggi daripada projek B. o Risiko Risiko mempunyai hubung kait dengan pulangan. Semakin tinggi risiko sesuatu pelaburan, maka semakin tinggi kebarangkalian untuk memperolehi keuntungan. b) Memaksimumkan Kekayaan Pemegang Saham Tugas pengurus kewangan adalah untuk meningkatkan nilai syarikat yg seterusya akan meningkatkan nilai pemegang saham. Peningkatan nilai syarikat diukur dengan nilai harga saham. Semakin tinggi harga saham sesebuah syarikat, maka semakin tinggi nilai syarikat tersebut dan semakin tinggi pulangan yang akan diperolehi oleh pemegang saham. Ini seterusnya memberi gambaran bahawa nilai pemegang saham juga akan meningkat. 1.4 Masalah Agensi Hubungan agensi wujud antara satu atau lebih individu (prinsipal) dengan seorang agensi (agent). Prinsipal memberi kepercayaan kepada agent untuk membuat keputusan bagi pihak prinsipal. Dalam kewangan, hubungan agensi wujud antara pemegang saham dengan pengurus syarikat. Matlamat sykt adalah untuk memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Tapi tidak semua matlamat akan dipenuhi. Kebanyakan keputusan yg dibuat dalam sesebuah syarikat lebih fokus kepada kepentingan pengurus. Ini kerana pengurus yang membuat keputusan syarikat dan bukannya pemegang saham. Oleh itu, pemegang saham perlu mengawal dan memantau setiap tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pengurus agar matlamat syarikat dapat dicapai dan seterusnya mengurangkan masalah agensi.

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

Financial Management I

1.5

Jenis Organisasi Perniagaan Milikan Tunggal Pemilik Milik persendirian Perkongsian Dimiliki oleh 220 orang pekongsi Pekongsi Biasa (General Partnership) tanggungan liabiliti adalah tidak terhad Pekongsi Terhad (Limited Partnership) Tanggungan liabiliti adalah terhad setakat modal yang disumbangkan Lebih sukar daripada milikan tunggal Tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961 Memerlukan modal yang lebih besar daripada milikan tunggal Didaftarkan menerusi Pendaftar Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Diperoleh menerusi sumbangan pemegang saham Terbitan saham Syarikat Sdn Bhd Dimiliki oleh 250 orang rakan kongsi Syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat 1965

Penubuhan

Mudah untuk ditubuhkan

Modal

Tidak memerlukan modal yang besar Modal bersumberkan dari pemilik perniagaan Memiliki semua aset perniagaan Ditanggung sendiri oleh pemilik perniagaan Mudah

Aset Liabiliti

Aset adalah milik sarikat Liabiliti adalah tanggungan syarikat dan turut ditanggung oleh Pekongsi Biasa Mudah

Milik penuh syarikat Pemegang saham tidak menanggung liabiliti syarikat Tanggungan

Kebaikan

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

Financial Management I

ditubuhkan Kos yang rendah Tidak tertakluk kepada banyak peraturan Keuntungan tidak dicukaikan. Hanya pendapatan pemilik perniagaan yg akan dicukaikan Status kewangan adalah rahsia persendirian

ditubuhkan dengan kos yang rendah berbanding Syarikat Sdn Bhd Mampu mendapat-kan modal yang besar Rakan kongsi mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran

libiliti adalah terhad kepada modal yg dilaburkan Cepat berkembang dan mempunyai peluang memasuki pasaran kewangan Saham mudah dipindahkan dari seorang pemegang saham kepada yg lain

Risiko dan liabiliti syarikat dapat Modal yg lebih dikongsi antara ahli besar Jangka masa perniagaan yg lebih panjang Penubuhan yg lebih sukar Memerlukan modal yg besar Bayaran cukai berganda bayaran cukai syarikat dan cukai pemegang saham

Keburukan

Sukar mendapatkan modal yang besar Mungkin menang-gung hutang yang tidak terhad

Sykt dibubarkan jika salah seorang rakan kongsi meninggal, tarik diri atau bankrap Proses membuat keputusan yang rumit Rakan kongsi mempunyai tanggungan liabiliti yg tidak terhad Risiko perniagaan ditanggung oleh setiap rakan kongsi

1.6

Pasaran Kewangan Pasaran kewangan adalah tempat yang menghubungkan peminjam (borrower) dan pemberi pinjam (depositor) dalam ekonomi.

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

Financial Management I

Terdapat dua jenis pasaran kewangan iaitu o Pasaran Wang Ialah pasaran yang menjalankan urus niaga jual beli instrument kewangan jangka pendek yang mana mempunyai tempoh matang satu tahun atau kurang Mempunyai risiko kegagalan (default risk) yang rendah dan mudah ditebus. Risiko Kegagalan adalah risiko ketidak upayaan penerbit sekuriti atau instrumen kewangan untuk membuat bayaran kepada pemegang sekuriti apabila sekuriti tersebut mencapai tempoh matang. Contoh instrumen atau sekuriti adalah Bil Perbendaharaan Kerajaan, Nota Perdagangan (Commercial Notes), Sijil Deposit (Deposit Certificates) dan Banker Acceptance o Pasaran Modal Ialah pasaran yang menjalankan urus niaga jual beli instrument kewangan jangka panjang yang mana mempunyai tempoh matang lebih dari setahun Mempunyai risiko yang lebih besar berbanding pasaran wang. Contoh sekuriti ialah bond, saham keutamaan dan saham biasa Sekuriti jangka panjang didagangkan dalam 2 jenis pasaran iaitu Pasaran Utama : Memasarkan instrumen yang baru diterbitkan. Katakan sesebuah firma ingin mendapatkan modal daripada orang awam dengan menerbitkan sekuriti/instrumen baru (seperti saham). Penerbitan instrumen baru ini akan dipasarkan di Pasaran Utama Pasaran Kedua : Urus niaga instrumen khususnya saham di antara pelabur. Akan dilakukan dalam pasaran IPO (Initial Public Offering). Dalam pasaran kedua, pelabur yang ingin mendapatkan saham akan pergi ke Firma Broker (FB). FB akan mengenakan kos transaksi

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com)

Anda mungkin juga menyukai