Anda di halaman 1dari 10

PENYERAPAN PEMULIHAN DALAM PJK

OLEH : S.ROHINI N.KALAIMATHI AMIRUL FAIZ MOHD IKHWAN KHAIRUL AMILIEN

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menjadi rutin yang digemari oleh sebahagian besar murid-murid. Justeru, aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis boleh diterapkan melalui mata pelajaran ini.

Aktiviti lokomotor- melibatkan pergerakan anggota badan yang memerlukan murid-murid bergerak dan beredar Aktiviti bukan lokomotor- aktiviti yang melibatkan anggota badan yang dilakukan setempat

Kepentingan PJK

PERATURAN 1.Anda dikehendaki mendengar dan menyanyi sama-sama lagu yang ditayangkan. 2.Kemudian, fikirkan gerakan bukan lokomotor mengikut rentak lagu dan persembahkannya di dalam kelas.

PERATURAN 1. Setiap petak 1-6 akan diletakkan kotak berisi kad-kad perkataan. 2. Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk mengambil perkataan. 3. Peserta akan berdiri di garisan permulaan dengan membelakangkan gelanggang permainan. 4. Pundi kacang dibaling ke belakang melintasi atas kepala. 5. Sekiranya pundi kacang itu jatuh di petak nombor 5, peserta akan membuat lompatan statik melalui kotak 1, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya mengambil 4 kad secara rawak dan berjalan sebelah kaki melalui kotak 6. 6. Ahli kumpulan perlu membina ayat dan menulisnya di tempat yang disediakan. 7. Masa yang diberi adalah 3 minit dan pasukan yang membina ayat yang paling banyak dikira pemenang.

PERATURAN
1. Lima orang pemain akan berlari sisi hingga stesen 1 dan mengambil satu kad perkataan. 2. Kemudian meneruskan ke stesen 2 dengan membuat lompat katak. Pemain yang mengambil kad di stesen pertama tidak boleh meneruskan perjalanan. 3. Setelah mengambil satu kad perkataan yang boleh disambungkan dengan perkataan pertama tadi, 3 pemain lagi akan meneruskan perjalanan ke stesen 3 dengan berlari lutut tinggi. 4. Setelah mengambil kad di stesen 3, 2 pemain lagi akan bergerak ke stesen 4 dengan berjalan sebelah kaki. 5. Apabila selesai di stesen 4, pemain yang tinggal akan merangkak ke stesen 5 untuk mengambil kad yang terakhir. 6. Pemain yang terakhir akan memberi kad-kad tersebut kepada 3 orang ahli kumpulan mereka yang menunggu di lokasi tertentu untuk dicantumkan menjadi ayat. 7. Markah akan diberi kepada ayat yang betul.

Anda mungkin juga menyukai