Anda di halaman 1dari 17

Page 1 of 17

PENGENALAN Cara-cara untuk memasang Sistem Operasi (Operating System / OS) seperti Windows 7 adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemilik komputer. Pengetahuan seperti itu dapat menjimatkan wang dan masa pemilik daripada menghantarnya ke kedai, malah jika berlaku sebarang masalah pada komputer yang tidak dapat dibetulkan, pemilik perlu memasang kembali OS atau Format komputer tersebut Panduan ini akan menerangkan cara-cara untuk memasang OS atau format pada komputer menggunakan perisian OS Windows 7. Peralatan yang diperlukan ialah sebuah komputer atau laptop, CD pemasangan OS Windows 7, CD/DVD Driver Installer yang dibekalkan bersama perkakasan, CD/DVD atau USB yang mengandungi perisian aplikasi yang lain seperti antivirus, Microsoft Office 2010, Mozilla Firefox, dan lain-lain. Berikut beberapa cara-cara atau langkah-langkah pemasangan Windows 7 disertakan bersama gambar pemasangan.

Page 2 of 17

LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN WINDOWS 7 LANGKAH 1 - Hidupkan komputer dan masukkan DVD pemasangan Windows 7 dalam pemacu DVD-ROM. - Sekiranya paparan skrin seperti gambarajah dibawah tidak muncul, sila RESTART kembali komputer / laptop.

NOTA: Pastikan Boot Device sequence ditetapkan kepada pemacu CD/DVD-ROM di dalam BIOS Settings.

Page 3 of 17

LANGKAH 2 - Paparan skrin mesej Press any key to boot from CD or DVD muncul, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci.

- Tunggu sehingga beberapa paparan skrin muncul atau proses LOADING siap.

Page 4 of 17

LANGKAH 3 - Paparan tetingkap Install Windows muncul. - Pilih pemasangan bahasa (Language to install), format masa dan mata wang (Time and currency format), dan input papan kekunci atau kaedah input atau (Keyboard or input method). Abaikan jika tiada sebarang perubahan dibuat. - Klik bebutang Next untuk proses seterusnya.

Page 5 of 17

LANGKAH 4 - Klik bebutang Install now untuk proses seterusnya.

- Paparan skrin berikut akan muncul. Tunggu sehingga paparan seterusnya muncul.

Page 6 of 17

LANGKAH 5 - Tandakan pada kekotak I accept the license terms sebagai persetujuan penggunaan OS Windows 7. - Tekan bebutang Next untuk proses seterusnya.

LANGKAH 6 - Pilih pilihan ke dua iaitu Custom (advance) untuk membuat pilihan partition atau driver mana yang hendak dipasang (install) OS Windows 7.

Page 7 of 17

LANGKAH 7 - Langkah seterusnya ialah memilih partition atau driver mana yang hendak dipasang (install). - Klik bebutang Next jika tiada sebarang perubahan. NOTA: Sila ke LANGKAH 12 jika tidak memilih pilihan Driver Options (advance)

Page 8 of 17

LANGKAH 8 - Klik Drive options (advance) jika ingin membuat atau menambah partition, format, dan sebagainya.

LANGKAH 9 - Klik New pada partition atau driver yang dipilih.

Page 9 of 17

LANGKAH 10 - Masukkan saiz kapasiti yang diingini. Contoh dibawah menunjukkan saiz partition sebanyak 40GB dimasukkan dan klik bebutang Apply untuk mengesahkan.

- Tetingkap mesej seperti berikut muncul memberitahu Windows akan mencipta partition tambahan iaitu partition SYSTEM REVERSED untuk fail sistem bagi OS Windows 7. Klik bebutang OK untuk mengesahkan.

Page 10 of 17

LANGKAH 11 - Paparan berikut muncul selepas partition siap dibahagikan. Pilih partition yang hendak dipasang (Install) OS Windows 7 dan klik Next untuk proses seterusnya.

Page 11 of 17

LANGKAH 12 - Proses pemasangan (installing) Windows sedang dijalankan. - Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

- Windows akan RESTART secara automatik selepas Installing updates.

Page 12 of 17

LANGKAH 13 - Selepas komputer di RESTART, paparan skrin mesej Press any key to boot from CD or DVD muncul semula, tetapi pada masa ini jangan tekan sebarang kekunci untuk proses selanjutnya.

- Paparan berikut muncul selepas paparan mesej tadi.

Page 13 of 17

LANGKAH 14 - Proses pemasangan (installing) Windows dilanjutkan. Tunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.

- Komputer akan RESTART sekali lagi secara automatik. Paparan skrin berikut akan muncul selepas proses RESTART.

Page 14 of 17

LANGKAH 15 - Tetingkap Set Up Windows muncul. - Taipkan nama sendiri atau yang dirasakan sesuai pada ruangan Type a user name dan tekan Next untuk mengesahkan. - Ruangan Type a computer name boleh diisi dengan nama sendiri, atau yang dirasakan sesuai atau abaikan sahaja ruangan ini.

LANGKAH 16 - Tetingkap Set a password for your account muncul. - Masukkan kata laluan yang sesuai dan kukuh pada ruangan Type a password dan masukkan kata laluan yang sama pada ruangan Retype your password untuk pengesahan kata laluan yang dimasukkan pada ruangan Type a password tadi. - Abaikan tetingkap ini dengan mengklik bebutang Next jika tidak mahu menggunakan kata laluan.

Page 15 of 17

LANGKAH 17 - Masukkan nombor siri produk yang disediakan bersama DVD pemasangan Windows 7 dan klik bebutang Next untuk langkah seterusnya. NOTA: Abaikan langkah ini jika nombor siri produk ingin dimasukkan kemudian. Pastikan kekotak Automatically activate Windows when Im online dikosongkan.

LANGKAH 18 - Tetingkap Help protect your computer and improve Windows automatically muncul. - Pilih mana-mana pilihan yang diingini. NOTA: Untuk DVD pemasangan Windows 7 yang bukan original, pilih Ask me later dari mengelakkan paparan mesej Windows Genuine muncul pada skrin bawah kanan jika komputer atau laptop dihubungkan dengan internet.

Page 16 of 17

LANGKAH 19 - Tetingkap Review your time and date settings muncul. - Pada Kekotak Time zone, pilih mengikut zon waktu atau mengikut ibu negara. - Ubah tarikh (Date) dan masa (Time) mengikut pada tarikh pemasangan Windows dan masa pada waktu itu. - Klik next untuk proses selanjutnya.

LANGKAH 20 - Tetingkap Select your computers current location muncul. - Pilih mana-mana pilihan yang sesuai. - Tunggu sehingga proses pemasangan dan tetapan terakhir dibuat selesai.

Page 17 of 17

LANGKAH 21 - Paparan Desktop dipaparkan menandakan pemasangan Windows 7 telah siap untuk digunakan.

LANGKAH 22 - Selepas proses pemasangan Windows 7 siap, proses seterusnya ialah pemasangan Driver Installer bagi perkakasan yang dipasang pada komputer atau laptop seperti kad bunyi (sound card), kad grafik (graphic card), dan sebagainya.

LANGKAH 23 - Proses seterusnya ialah memasang beberapa perisian aplikasi yang asas mengikut kegunaan seharian atau kehendak perisian. - Antara perisian tersebut ialah: a) Microsoft Office 2010 - Untuk mencipta atau membuka fail Word, Excel, dan lain-lain. b) Avira Antivirus - Untuk melindungi komputer daripada ancaman virus. Hanya pasang satu antivirus sahaja pada satu masa. Buang (Uninstall) antivirus yang lain sebelum memasang anivirus AVIRA. c) K-Lite Mega Codec Pack - Kod yang membolehkann pelbagai jenis video dimainkan d) VLC Player - Pemain media seperti video dan lagu. e) 7-zip - Untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z, dan banyak lagi. f) Adobe Flash Player - untuk memainkan YouTube, dan segala jenis video Flash di Internet. g) Adobe Reader - untuk membuka fail jenis PDF. h) Google Chrome - Untuk melayari web di internet.

Anda mungkin juga menyukai