Anda di halaman 1dari 12

Contoh Soalan Ujian Bahagian A : Objektif

1.

Pihak kastam telah_________________ beberapa buah kereta mewah yang dibawa masuk ke negara ini secara haram. A. B. C. D. menyambar merampas merenggut mengambil Aras Taksonomi Bloom: Aplikasi

2.

Di antara perkataan-perkataan berikut, yang boleh memakai penjodoh bilangan cubit ialah I II III IV A. B. C. D. I, II, III I, II, IV I, III, IV II, III, IV Aras Taksonomi Bloom: Pengetahuan garam gula kunyit pasir

3.

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas. Aku ternampak Kak Sutina, pembantu rumah kami yang berbangsa Indonesia itu sedang memukul Farish. Rotan sebesar jari kelengkeng itu dihayunnya ke tubuh Farish. Farish teresak-esak menahan kesakitan. Tidak kusangka rupa rupanya Kak Sutina hanya berpura pura di hadapan kami. Inikah balasan Kak Sutina atas kebaikan mama dan papa? Tindakan Kak Sutina telah melampaui batas. Aku tidak dapat bersabar lagi.

Rangkai kata telah melampaui batas dalam petikan bermaksud A. B. C. D. sudah keterlaluan. sudah lebih daripada biasa. sudah tidak dapat dimaafkan. sudah agak kasar.

Aras Taksonomi Bloom: Kefahaman

4.

Apakah maksud kata ganda dalam ayat berikut: Murid-murid berasa sedih apabila mengetahui Cikgu Shamsudin akan berpindah.

A. B. C. D.

Maksud berulang-ulang Maksud tunggal Maksud saling Maksud jamak Aras Taksonomi Bloom: Kefahaman

5.

Padi yang ditanam di kawasan .. dikenali sebagai padi huma. A. B. C. D. herot-berot bukit-bakau hutan rimba tanah-tanih Aras Taksonomi Bloom: Aplikasi

6.

Ayah mengorek lubang untuk menanam bangkai kucing itu. Pilih perkataan berlawan bagi mengorek. A. B. C. D. menutup membalut menimbus membungkus Aras Taksonomi Bloom: Kefahaman

7.

Kita hendaklah berbelanja secara hemat supaya tidak dibebani hutang. Pilih perkataan seerti bagi hemat. A. B. C. D. waspada cermat bijak teliti Aras Taksonomi Bloom: Kefahaman

8.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I II III Jambatan itu sudah buruk tetapi masih kukuh. Abang tetap kukuh dengan pendiriannya untuk bekerja sendiri. Harga pasaran beras diramalkan kukuh pada beberapa tahun akan datang. IV Aktiviti gotong-royong dapat kukuh perpaduan.

A. B. C. D.

I, dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Aras Taksonomi Bloom: Analisis

9.

Mereka bekerja ______________ untuk menyiapkan rumah itu. A. B. C. D. bagai lebah menghimpun madu bagai ayam disambar helang seperti cacing kepanasan seperti cicak makan kapur. Aras Taksonomi Bloom: Aplikasi

Soalan 10 dan 11 berdasarkan gambar di bawah ini.

10.

Pokok yang tumbang _______________jalan itu telah menghalang laluan kenderaan. A. B. C. D. melepasi merintangi mengharungi menyeberangi Aras Taksonomi Bloom: Aplikasi

11.

Apakah kesimpulan yang paling sesuai untuk gambar di atas? A. B. C. D. Kenderaan berat telah menyebabkan kesesakan jalan. Hujan lebat telah menyebabkan pokok tumbang. Pokok yang tumbang telah menjadi faktor kesesakan jalan. Banyak orang menurun dari kereta untuk mengalirkan pokok yang tumbang itu.

Aras Taksonomi Bloom: Sintesis

12.

Pilih ayat yang betul. A. B. C. D. Fatin rindu akan keluarganya di kampong. Akan rindu Fatin di keluarganya kampong. Rindu akan keluarganya Fatin di kampong. Keluarganya rindu akan di kampong Fatin.

Aras Taksonomi Bloom: Penilaian

Bahagian B : Struktur 1. Bina ayat dengan kata hubung yang sesuai.

Perkhidmatan LRT mengatasi masalah kesesakan jalan raya. Perkhidmatan Komuter mengatasi masalah kesesakan jalan raya.

_______________________________________ _______________________________________

Mail berbual-bual. Man berbual-bual. Mereka menunggu bas.

_______________________________________ _______________________________________

Man menaiki bas ? Man menaiki teksi ?

_______________________________________ _______________________________________

Mail menunggu Man di stesyen LRT. Mail makan kacang goring.

_______________________________________ _______________________________________

Mail menaiki LRT. Man menaiki LRT. Mony menaiki komuter.

_______________________________________ _______________________________________

Aras Taksonomi Bloom: Sintesis

2.

Baca dialog di bawah, kemudian,lengkapkan jadual yang disediakan.

Siva: Awak ke mana semalam? Ali: Saya ke pameran barangan buatan Malaysia.

Siva: Saya telah ke sana dua hari lepas. Banyak barangan negara kita dipamerkan. Ali: Ya, benar, Siva! Barang itu bermutu tinggi, cantik dan tiada tandingan.

Siva: Selain itu, harganya murah dan tahan lama. Ali: Nampaknya rakyat negara kita pun hebat dan mahir. Mereka berniaga mengeluarkan barangan yang baik dan berupaya menghadapi saingan keluaran luar negara.

Siva: Itulah berkat rajin dan usaha gigih kita. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga dan membeli barangan tempatan.

Kata Adjektif

Antonim

Aras Taksonomi Bloom: Analisis

3.

Tuliskan huruf A-F pada ayat mengikut urutan yang betul. Guru Besar menyampaikan ucapan penghargaan kepada guru yang akan bersara iaitu Encik Shamsudin. Pengerusi Majlis menjemput semua guru dan murid menjamu selera di kantin sekolah. Guru dan murid-murid mengambil tempat masing-masing di dalam dewan. Encik Shamsudin menyampaikan ucapan yang terakhir di sekolah itu. Pengerusi Majlis menyampaikan ucapan alu-aluan. Wakil pelajar menyampaikan ucapan penghargaan kepada Encik Shamsudin.

Aras Taksonomi Bloom: Sintesis

Bahagian C- Soalan Esei

1.

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

Aras Taksonomi Bloom: Analisis

3. Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Rasuah perlu dibanteras kerana dapat menyebabkan runtuhnya peradaban manusia.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya rasuah dalam kalangan masyarakat ?

Aras Taksonomi Bloom: Penilaian

Anda mungkin juga menyukai