Anda di halaman 1dari 2

Kekuatan dan kelemahan formatif dan sumatif.

Formatif :

Kekuatan Boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal dalam sesuatu masa yang tidak khusus atau khusus. Tidak mendatangkan tekanan yang berat kepada murid-murid, ibu bapa dan guru.

Melahirkan murid yang benar-benar memahami isi pelajaran yang dipelajari dan menguasainya dengan baik.

Sasaran boleh tertumpu kepada kumpulan, individu atau secara kelas.

Membantu guru mengesan murid yang lemah secara khusus dan terperinci berserta topik dan sub-topik yang gagal dikuasai dengan baik. Murid-murid dapat membuat refleksi kendiri dan memperbaiki kelemahan dalam sesuatu unit atau kemahiran yang telah dipelajari sebelum meneruskan pembelajaran kepada unit yang seterusnya dalam keadaan bersedia. Murid-murid meneruskan pembelajaran dalam keadaan telah menguasai pembelajaran yang lepas atau pun kemahiran yang asas sebelum mempelajari perkara yang lebih kompleks pada tajuk yang seterusnya.

Kelemahan Perlaksanaan ujian formatif adalah tidak selaras dalam sesebuah kelas, sekolah, daerah dan negara. Menyukarkan guru untuk membuat penilaian dan refleksi penilaian terhadap individidu murid sekiranya jumlah murid adalah terlalu ramai bagi sesebuah kelas. Tidak berjaya mewujudkan semangat persaingan antara murid untuk berusaha mendapatkan keputusan yang terbaik kerana pencapaian murid hanya bertujuan menguji kefahaman mereka dan tidak berlaku perbandingan dengan kelompok atau individu murid lain. Menyukarkan tindakan guru untuk membetulkan kelemahan murid serta merta semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana dikhuatiri mengambil masa yang lama jika gagal diurus dengan baik. Kelemahan murid adalah pelbagai dan tidak sama antara satu sama lain. Sukar untuk guru memberi perhatian kepada sesuatu kelemahan dengan tidak mengabaikan mereka yang lain. perlaksanaan ujian adalah tidak selaras antara suatu kelas dengan kelas yang lain atau sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain lantas kemampuan murid tidak diuji secara sama rata terhadap sesebuah unit pelajaran atau kemahiran. Murid-murid tidak dapat dibahagikan kepada kelas, kumpulan atau kelompok yang khusus berdasarkan keputusan ujian formatif kerana keputusannya didapati melalui ujian yang tidak formal dan tidak direkodkan. Seterusnya, ujian yang formal pula hanya dilaksanakan pada masa yang singkat dan menguji sebahagian kecil unit atau sesuatu kemahiran yang diajar pada ketika itu.

Guru dapat memperbaiki dan melakukan penambah baikan terhadap kaedah dan pendekatan yang digunakan semasa mengajar untuk sesi yang seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai