Anda di halaman 1dari 4

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri. Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran. Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagaijenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produkluar negara.Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikaporang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkanbarangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkanproduk tempatan negara ini. Kita perlu memulakan usaha, kita perlu mencuba dan mempraktikkannyasebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika melancarkankempen berkenaan, Jumaat lalu.Dalam ucapannya itu, Datuk Seri Abdullah mahu rakyat mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan. Kenyataan Perdana Menteri itu seharusnya menginsafkan kita semua,kerana dengan mengutamakan barangan tempatan, ia membawamanfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.Pertama, ia akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Kedua, iamenggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untukmenghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing.

Selama ini kerajaan dan menteri hanya menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dalam usaha mengatasi kesan kejatuhan nilai ringgit di samping mengurangkan bahan import.Bagaimanapun, katanya, rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikanmaklumat lengkap serta tidak tahu mana satu barangan buatan tempatanatau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan. Marimuthu berkata, Fomca sejak dulu lagi menggalakkan tiga amalandiberi perhatian dalam pergerakan penggunaan iaitu beli baranganbuatan Malaysia, amalan menabung atau berjimat cermat serta tidakmembeli secara sewa beli."Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan,terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untukmengimport bahan itu," katanya. Berikutan itu, katanya, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumatmengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaanmengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit sekarang. "Langkah Fomca itu dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyatmembeli barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepadaproduk import," katanya. Beliau juga berkata tabiat pembaziran dan berbelanja melebihikemampuan pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turutmenyimbang kepada penurunan ringgit disebabkan merek mudahmemperolehi kemudahan kredit.Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja denganmengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus Geografi PMR saya ini tanpa sebarang masalah.

Pertama sekali,saya Nur Fatihah binti Jusoh pelajar tingkatan 3 Cemerlang mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah Agama Khairiah ,Puan Hajjah Shamsiah binti Mohd Radzi kerana memberi sokongan kepada saya menjalankan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Jusoh bin Mamat dan Tengku Bismuyazam binti Tengku Omar kerana membantu saya menyediakan bahan -bahan yang digunakan untuk menghasilkan laporan ini dan mengizinkan saya menemu bual responden di kawasan kajian. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Sejarah,Mohd Norizan bin Abdullah kerana meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dengan begitu dedikasi. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya,Ain Farzana,Humaira,Syakirah dan Quwwatin.Mereka telah memberi maklumat yang berguna kepada saya .Di samping itu,mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini. Akhir sekali,ucapan terima kasih saya tujukan juga kepada Pengurus Kedai Keropok Mak Adek ,Puan Rosmini binti Ali yang telah sudi ditemu bual.Bantuan yang diberi oleh beliau tidak ternilai harganya dan saya akan hargainya selama-lamanya.

SEJARAH KEROPOK MAK ADEK


Mak Adek Keropok telah diusahakan sejak 50 tahun yang lalu.Perniagaan ini dipegang oleh sepasang suami isteri iaitu Siah bt Omar dan Ali Kadir.Siah Omar mendapat jolokan Mak Adek kerana beliau adalah anak bongsu dalam keluarganya. Bagi permulaannya,mereka berniaga secara kecil-kecilan dengan hanya menggunakan beberapa orang tenaga kerja yang terdiri daripada penduduk sekitar dan juga hanya menggunakan tangan.Pasangan ini mendapat bekalan ikan segar daripada pemborong ikan.Produk yang dihasilkan ialah keropok ikan tambang dan juga keropok ikan parang.Hanya keropok keping yang dihasilkan.Tahun demi tahun,permintaan pelanggan semakin meningkat.Dan sekarang perniagaan ini telah diambil alih oleh anak bongsunya iaitu Rosmini Ali, dibantu oleh suaminya,Wan Azmi Wan Ibrahim,Pasangan ini telah memperkembangkan perniagaan ini dengan menambahkan tenaga kerja disamping menggunakan peralatan moden dan canggih.

Anda mungkin juga menyukai