Anda di halaman 1dari 6

TAHUN TARIKH MASA TEMA TAJUK OBJEKTIF

: : : : : :

4 Inovatif 20 Ogos 2013 8.15 9.15 YANG BAIK JADIKAN TELADAN PAK SENIK YANG INSAF Pada akhir pembelajaran,murid dapat: i) Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan kata adjektif

SISTEM BAHASA : Tatabahasa : Kata adjektif Kosa kata : bakhil, bermuafakat,gelagat,insaf, fakir, rezeki. Kemahiran Bernilai Tambah: Kecerdasan Pelbagai : Verbal Linguistik Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar,

Bahan bantu mengajar : Kad perkataan,petikan cerita

Penekanan Konsep 5P Penggabungjalinan Penyerapan Penilaian Pengayaan Pemulihan Pengisian Kurikulum : Mendengar dan bertutur, Membaca dan menulis : Ilmu dan tatabahasa : Penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya (melalui pemerhatian) : Membina ayat daripada kata adjektif yang telah disenaraikan. : Latih tubi bacaan :i. Ilmu : Kesusasteraan ii.Nilai murni : Keinsafan iii. Kewarganegaraan :Bertindak dengan wajar iv. Peraturan Sosiobudaya: Hidup bermasyarakat v. Kemahiran Bernilai Tambah

RANCANGAN HARIAN

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN

Set induksi (5 minit)

.Murid memilih kad-kad perkataan yang telah disediakan oleh guru. Contoh : kambing. .Guru menyuruh murid berkenaan membunyikan bunyi haiwan tersebut. .Murid membunyikan bunyi kambing dan murid lain meneka haiwan tersebut. .Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran.

Nama haiwan peliharaan. Bunyi haiwan peliharaan.

Langkah 1 (10 minit)

. Guru mengedarkan petikan cerita. .Murid-murid membaca secara senyap. .Murid bersoaljawab mengenai petikan cerita

Rujuk lampiran 1

Langkah 2 (15 minit)

. Guru memilih beberapa orang murid. Murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Langkah 3 (10 minit)

.Guru menerangkan tentang kata adjektif dan memberikan contoh-contoh kata adjektif. Beberapa orang murid menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan cerita di papan hitam. .Murid membina ayat mudah menggunakan kata adjektif tersebut

Langkah 4 (15 minit)

.Murid membina ayat menggunakan kata adjektif yang terdapat dalam petikan. .Nyanyian Bunyi Binatang. Rujuk lampiran 2 Rumusan dan penerapan nilai. .Kerja susulan(menjawab soalan pemahaman dalam buku teks)

Penutup (5 minit)

Bahan Sastera
LAMPIRAN 1

PAK SENIK INSAF


Pada zaman dahulu, ada seorang kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya luas. Haiwan ternakan juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun kaya namun dia sangat kedekut. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan kering sahaja. Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin. Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah. Suami Gayah Dolah, Tidak suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil itu. Dolah dan Gayah telah menjemput Pak Senik Ke rumah mereka. Pada hari tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat. Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan menyelerakan, kata Pak Senik sambil makan.Dia makan dengan berselera sekali kerana dia tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik. Dari mana kamu dapat daging kambing ni? Tanya Pak senik. Saya sembelih seekor kambing ayah,jawab Dolah ,selamba. Pak Senik sangat marah. Kamu mesti bayar ganti ruginya, jerit Pak Senik dengan kuat. Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti membayarnya ? balas Dolah.Pak Senik terdiam. Ayah sudah tua. Harta ayah banyak.Kalau ayah murah hati dan suka bersedekah tentu orang kampung menghormati ayah.Tuhan juga menggandakan rezeki ayah, jelas Dolah dengan lembut. Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa bersedekah lagi. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.

Bahan Sastera

LAMPIRAN 2 BUNYI BINATANG Saya ayam kok,kok,kok,kok Saya itik pak,pak,pak,pak,pak, Saya burung tweet,tweet,tweet,tweet,tweet, Kami bunyi Kok,kok,kok,kok,kok Pak,pak,pak,pak,pak, Tweet,tweet,tweet,tweet,tweet.

Kelebihan penggunaan teknik bercerita


TEKNIK BERCERITA Apabila kita melaksanakan teknik bercerita dalam menyampaikan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar, tindakan perlu diambil untuk menyesuaikannya dengan pengetahuan dan kemahiran murid. Teknik bercerita salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : a. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. .Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. b. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. c. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. d. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. e. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. f. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai