Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG Teori ini diperkenalkan oleh Donald E. Super pada tahun 1952.

Super adalah seorang pelajar doktor falsafah Kitson di Universiti Columbia. Teori ini bersumberkan konsep-konsep

kendiri yang ada dalam diri seseorang. Konsep-konsep kendiri ini dikatakan mempengaruhi pemilihan kerjaya serta kepuasan terakhir kerjaya seseorang itu. Pemilihan kerjaya yang dibuat oleh seseorang individu itu akan mencerminkan kesesuaian dan keselarasan dengan konsep kendiri seseorang dan akan dapat memberikan kepuasan maksimum bagi satu-satu pengalaman alam kerjaya seseorang individu itu. Teori ini asalnya dikatakan daripada idea rakan seangkatan Super iaitu Ginzberg (1951), tetapi Super menjadikannya lebih kompleks dengan menambahkan beberapa aspek seperti sosial perkembangan dan juga psikologi. Menurut Super, konsep kendiri pekerjaan seseorang itu terbina melalui pertumbuhan fizikal dan mental, pemerhatian terhadap kerja, mengenal pasti melalui kerjaya orang dewasa dan pengalaman-pengalaman umum yang diperoleh mereka. Apabila pengalaman dan pengetahuan semakin berkembang dalam hubung kaitnya dengan dunia pekerjaan, maka semakin sukar dan kompleks lagi konsep kendiri pekerjaan seseorang itu. Oleh sebab itu, Super lebih gemar menggunakan pendekatan daripada menggunakan teori dan beliau telah mencadangkan bahawa pendekatan yang dibawanya bolehlah diberikan nama differential iaitu pembezaan, development iaitu perkembangan dan social phenomenological psychology iaitu fenomena psikologi sosial. Super juga telah mengambil kira empat unsur utama dalam pendekatannya iaitu peringkat hidup semasa mencari vokasional, kematangan vokasional, pemindahan konsep kendiri kepada konsep kendiri vokasional dan corak kerjaya itu sendiri.

RUJUKAN http://www.guidance-research.org/EG/impprac/ImpP2/traditional/developmental

Anda mungkin juga menyukai