Anda di halaman 1dari 6

PERANAN ASPEK AKIDAH

DALAM PEMBENTUKAN
INSAN
Pendahuluan

 Pembinaan insan perlu berasaskan kepada akidah, syariah, dan akhlak yang
akan membentuk intelektual, pegangangan hidup, dan tingkah laku individu
yang selaras dengan kehendak Islam.
 Oleh itu, Islam telah menyediakan panduan dan peraturan yang jelas untuk
mengurus segala aspek kehidupan. Firman Allah SWT:

ِ ‫ۡٱليَ ۡو َم أ َ ۡك َم ۡلتُ لَ ُك ۡم دِينَ ُك ۡم َوأ َ ۡت َممۡ تُ َعلَ ۡي ُك ۡم نِعۡ َمتِي َو َر‬


ِ ۡ ‫ضيتُ لَ ُك ُم‬
ۚ ‫ٱۡ ۡۡلَ َم د اِين‬
Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan
nimatKU kepada kamu, dan aku telah redha akan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
Akidah
 Bahasa: Simpulan, ikatan, atau pegangan.
 Istilah: Kepercayaan dan keyakinan yang pasti serta keputusan yang
muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan.
 Tunjang utama ajaran Islam, dapat membentuk kebersihan jiwa dan kekuatan
rohani serta menjauhi larangan Islam.
 Kemantapan akidah menjadi asas kepada keutuhan perhubungan suami isteri
dan ahli keluarga. Suami, isteri, dan anak yang mempunyai keimanan yang
teguh akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan
ikhlas bagi menggapai redho Allah.
 Asas akidah Islam ialah mentauhidkan Allah (Tauhid Rububiyah dan Tauhid
Uluhiyah)
Asas Akidah Islam

 Tauhid Rububiyah bermaksud hanya Allah sebagai Rabb (pencipta, pemilik,


pemerintah alam), yang berkuasa memberi rezeki, meghidup/mematikan,
mendatangkan manfaat/menghilangkan mudharat, berkuasa atas segala yang
dikehendaki, dan tiada diri ataum kuasa lain yang boleh
dijadikan/dinggap/dirasakan boleh berkongsi kuasa dengan Allah.

 Tauhid Uluhiyah bermaksud hanya Allah sebagai Ilah (Tuhan yang disembah).
Orang Islam yang beriman dengan keimanan sebenar, akan hanya menyembah
Allah, tidak meletakkan objek, perantara atau kuasa lain sebagia sembahan
dan pujaannya, atau pihak yang bersekutu dan setaraf dengan Allah.
Peranan Akidah kepada Individu
 Pegangan akidah yang teguh akan memberikan kesan mendalam kepada jiwa
individu sepertimana berikut:
1) Membebaskan diri daripada kekuasaan orang lain (hanya Allah Yang Maha
Berkuasa terhadap semua perkara).
2) Menjana semangat untuk berubah dan memajukan diri (usia dan peluang yang
Allah kurniakan kepadanya sudah ditentukan dan merupakan kesempatan bagi
melalukan terbaik dalam hidup-diri/ahli keluarga/masyarakat/bangsa/Negara).
3) Memberikan keyakinan bahawa Allah sahaja yang memberikan rezeki dan
Allah menyuruh berusaha mencari rezeki dengan jalan yang dibenarkan.
4) Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa dengan sentiasa mengingati
Allah.
5) Mengangkat darjat dan martabat di sisi Allah (merasa hamper da sentiasa
dalam pengawasan Allah shingga berusaha menjauhi maksiat).
6) Memperoleh jaminan daripada Allah bagi kehidupan baik di dunia dan akhirat.
Peranan Akidah dalam Rumahtangga
 Akidah yang mantap akan memberi pengaruh dan kesan kepada urusan
rumahtangga dan keluarga:
1) Mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Setiap anggota sentiasa ingat bahawa
tempat pergantungan menreka ialah Allah sehingga tidak mudah berputus asa
ketika berhadapan musibah/masalah. Dalam kehidupan berkeluarga dengan
sentiasa merujuk dan mengadu kepada Allah.
2) Menjadi keluarga yang berani dan kuat berusaha (keyakinan hidup mati di
tangan Allah

Anda mungkin juga menyukai