Anda di halaman 1dari 2

KEMAAFAN HAPUSKAN DENDAM

ANTARA kemarahan, dendam dan kemaafan. Tiga istilah itu berada pada situasi
berbeza, namun ia berkait rapat antara satu sama lain.

Marah, dendam dan maaf, sudah tentu kemaafan yang lebih utama, tetapi terdayakah
kita untuk melupakan sesuatu perkara yang membangkitkan kemarahan begitu saja, khu
susnya perkara sensitif dan memberikan maaf kepada orang terbabit?

Dendam biasanya terhasil daripada perasaan marah, iaitu suatu perasaan membuak-
buak apabila ditahan seseorang dirinya kerana tidak terdaya atau dipendam untuk me
lepaskannya pada satu-satu ketika.

Perasaan marah yang ditahan dan terpendam di dalam batin hati itu kemudian bertukar
menjadi perasaan lain, dipanggil dendam, yang mungkin mengakibatkan senario berpan
jangan.

Dendam boleh diertikan sebagai perasaan berat hati yang bercampur perasaan benci
terhadap seseorang yang berterusan atau dalam beberapa waktu. Dendam, jika dituruti
boleh mengakibatkan perkara lain yang tercela, antaranya:

Perasaan hasad, iaitu menaruh rasa suka apabila pihak yang didendam itu
ditimpa bala bencana atau kesusahan dan berduka sekiranya pihak terbabit
mendapat kesenangan.

Memutuskan perhubungan baik sekalipun pihak yang didendam tetap ingin


mengekalkannya.

Tidak bersedia untuk menerima atau memaafkan pihak terbabit sebagai tanda
memandang hina dan rendah ke padanya.

Berdusta ke atasnya, mengumpatnya dan mendedahkan keburukan atau maruah


yang sepatutnya dipelihara.

Mengejek dan memperlinya.

Memusuhi dan menganiayainya.

Sekiranya perasaan dendam seseorang mendorong dirinya kepada tindakan seperti di


atas, sudah tentu keadaan menjadi bertambah buruk dan hukumnya menjadi haram.

Tetapi lain halnya jika dendam itu tidak mendorong kepada tindakan terbabit dan
perkara maksiat lain, bahkan hanya terpendam di dalam hati, tanpa diingkari hatinya,
sehingga boleh menegah dari melakukan perkara yang disunatkan terhadap pihak yang
didendam, seperti berwajah manis, bersikap lemah lembut, mengambil berat,
menyampai hajat, bekerjasama dalam kerja bermanfaat.

Begitupun, semua ini boleh mengurangkan nilai dan darjat seseorang dalam beragama,

Petikan Drp Harian Metro 11 Januari 2009 1 Oleh Nardir B Latiff


menghalang daripada mendapat kurniaan pahala yang melimpah dari Allah, walaupun
tidak mendedahkan diri kepada azab.

Justeru, langkah yang paling selamat ialah mengekalkan keadaan sebelum berlaku
dendam. Malah, jika terdaya tambahkan lagi kebaikan sebagai jihad nafsu kita dan
menolak pujuk rayu syaitan.

Sementara itu, orang yang didendam atau pihak kena dendam pula, dia mungkin
mengambil tindakan tertentu terhadap pihak yang berdendam, iaitu:

1. Mengambil tindakan yang setimpal dan yang dirasakan berhak diterima dari
perbuatannya dengan tidak terlebih atau kurang. Tindakan seperti ini dipanggil
keadilan atau mencari keadilan.

2. Berlaku ihsan kepada pihak yang berdendam, seperti memberikan kemaafan. Ini
disebut kemuliaan. Orang seperti ini sungguh mulia hati budinya.

3. Menzalimi dan menganiayai orang yang berdendam dengannya dengan sesuatu


yang sememangnya tidak berhak menerimanya. Ini disebut penganiayaan.

Pihak yang memilih tindakan yang ketiga adalah tergolong manusia yang berakhlak
rendah, tindakan kedua termasuk golongan soleh dan pertama adalah pilihan golongan
si ddiqin.

Islam mengharuskan mengambil tindakan yang adil ter hadap mereka yang
menyebabkan kita marah (atas ke benaran), iaitu yang disebut 'al-adl' namun Islam lebih
cenderung menggalakkan tindakan peringkat yang lebih tinggi dari itu, iaitu memberikan
kemaafan. Inilah yang disebut 'al-ihsan' iaitu berbuat baik atau bersikap baik.

Mungkin ada pihak bertanya, mengapa pula tidak di galakkan untuk melakukan sesuatu
tindakan terhadap orang yang berdendam, selagi tindakan itu adil dan saksama?

Sebenarnya bukan mudah untuk melakukan sesuatu tin dakan tanpa melebihi dan
mengurangi, dengan tindakan yang dilakukan ke atas seseorang. Malah, selalunya
tindak balas melebihi dari batas yang saksama dan ini menunjukkan ada kesulitan.

Justeru, sebagai langkah selamat dan menjamin kebaikan di antara pihak yang
berdendam dan kena dendam ialah memberikan maaf.

Islam memuji sifat individu yang dapat menahan marah, dengan tidak memuaskan nafsu
marahnya atau melepaskan perasaan marahnya dengan suatu tindakan, namun hanya
dengan menahan marah masih belum dapat mengikis perasaan dendam di dalam hati.

Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana dengan kemaafan
boleh meredakan ketegangan dan perasaan dendam.

Mereka yang dapat menahan marah, kemudian menyusul dengan kemaafan dapat
membersihkan hatinya daripada perasaan dendam.

Petikan Drp Harian Metro 11 Januari 2009 2 Oleh Nardir B Latiff

Anda mungkin juga menyukai