Anda di halaman 1dari 2

Ubah Perkataan Dalam Perbualan Seharian

Kita bertemu dalam 8 siri tips bagaimana membina sikap positif yang kedua.
Tajuknya kali ni, ubah perkataan dalam perbualan seharian kita.
Kita bercakap, bercakap, bercakap, tapi kita tak kawal perkataan yang keluar
dari mulut kita, baik ke, buruk ke, ye tak?
Biasanya, kita kurang mengawal perkataan-perkataan yang kita ucapkan ketika
berbual. Suka hati kita nak cakap apa..
Tahukah Anda, perkataan yang keluar dari mulut kita sebenarnya mempengaruhi
mood dan attitude kita sendiri? Perkataan yang kita gunakan tatkala bercakap
melambangkan siapa kita dan cemana mindset kita.
Jika kita suka cakap yang kasar, yang besar, yang bongkak, ada caci maki, tak
puas hati dan cercaan, maknanya attitude kita negatif.
Jika kita suka cakap dengan tone suara yang terkawal, sopan dan jelas, diselang
seli dengan lawak jenaka, rasa persahabatan, mood kehepian serta bebas dari
umpatan atau caci makian, itu maknanya attitute kita positif. Attitude Yang
bagus, yang membuat orang senang nak senang dengan kita.
Untuk membina sikap positif dalam diri, Anda kena ubah perkataan dalam
setiap perbualan seharian.
Kawal apa yang Anda fikirkan dan yang Anda ucapkan. Selalulah cakap yang
baik-baik saja dan kalau boleh yang bersemangat membara. Jauhkan diri dari
selalu mengkritik atau bercakap pasal ketidakpuashatian Anda dengan
perbuatan orang lain.
Elak mencaci-maki, mencerca atau menengking. Elak seelak yang mungkin,
sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin, selama mana yang
mungkin!
Satu perkataan saja boleh mempengaruhi sikap, kerana satu perkataan boleh
menjadi ayat lalu ayat-ayat itulah yang ditangkap oleh minda Anda. Kesannya, ia
melekat di situ menjadi sebahagian dari apa yang selalu Anda ucapkan.
Tukar “kalau” menjadi “bila”.
Tukar “mustahil” kepada “boleh jadi”.
Tukar “boleh buat ke? boleh berhasil ke?” kepada “Saya percaya saya boleh
buat! Apa peluang yang saya ada?”. Bila diubah, terasa macam ada peluang dan
ada harapan untuk berusaha.
Contoh ayat-ayat positif yang Anda boleh praktikkan…
Aku boleh, sememangnya boleh!
Aku mahu cuba!
aku ada peluang untuk berjaya!
Aku tak mahu tangguh, aku mahu buat sekarang!
Aku mau buktikan!

Elak Sikap Pesimis


Tips bagaimana membina sikap positif yang pertama ni bertajuk elak sikap
pesimis. Untuk membina sikap positif, kita kena buang sikap negatif dulu.
Buang yang buruk-buruk, masukkan yang baik-baik. Ubah perangai lama,
gantikan dengan perangai baru..Ubah diri Anda!
Sikap pesimis adalah sikap-sikap negatif, seperti suka bersangka buruk, suka
berfikir yang bukan-bukan, pendengus, panas baran, tak menerima pendapat
orang, ego, sombong dan hidung tinggi.
Kita kena berubah. Ambil sedikit masa kaji dulu diri kita ni cemana sebelum kita
berubah.
Kaji dalam-dalam perangai kita ni dengan menganalisa tabiat diri. Cara paling
bagus, ambil sehelai kertas kosong dan tulis perangai yang kita nak ubah. Tulis
satu-satu. Jujur dengan diri sendiri.
Sebagai contoh, jika pada mulanya kita suka bersangka buruk, ubah menjadi
suka bersangka baik.
Jika dulu kita suka memandang rendah pada orang, tukar perangai tu menjadi
tabiat suka mengagumi orang lain dan selalu menghormati orang lain, walau
siapapun dia.
Jika dulu ada sikit-sikit ego atau suka menunjuk, tukar menjadi tabiat suka
bersederhana dan low profile. Sikap bersederhana lebih dihormati orang di
sekeliling.
Bila dah berubah, cemana kita nak jadikan perubahan tu kekal, bukan sehari dua
saja? Jawapannya, buat selalu dan lakukannya dengan kerap!
Seperti contoh di atas, selalulah bersangka baik, suka mengagumi kelebihan
orang lain, hormati semua orang, selalu bersederhana dan selalu low profile.
Amalkan kesemuanya selalu!.
Lama-kelamaan, bila dah terbiasa, sikap Anda berubah menjadi lebih positif
akhirnya!

Bagaimana Membina Sikap Positif


Tips motivasi kali ni bertajuk bagaimana membina sikap positif, saya akan
keluarkan point-pointnya secara bersiri, satu persatu. Ada 8 tips kesemuanya.
Anda perlu rajin masuk ke iMotivasi atau mendaftar terus bagi menerima artikel-
artikel terbaru di blog iMotivasi ke email Anda.
Artikel yang dihantar ke email Anda setiap jam 3 pagi adalah artikel sama yang
saya keluarkan di blog, tak lebih, tak kurang, tapi ngam-ngam.
Saya boleh tulis panjang-panjang, tapi saya tak nak Anda jemu dan jadi keliru
sebab terlalu banyak info. Jadi, biar yang ringkas, simpel, direct to the point.
Niat saya, moga dengan artikel ini dapat membantu Anda serta ramai pembaca
membina sikap positif.

Anda mungkin juga menyukai