Anda di halaman 1dari 6

SKILL BERKOMUNIKASI SEBAGAI PEMBIMBING

1. Guru Sebagai Pembimbing di Sekolah

a. Peranan Guru di Sekolah Di sekolah, seorang guru mempunyai beberapa peranan yang tertentu. Peranan ini berkait rapat dengan tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah. Secara umumnya guru berperanan sebagai pembimbing kepada para pelajar. Mereka akan membimbing para pelajar untuk mencapai matlamat yang disasarkan dalam hal pelajaran dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, malah guru juga turut membimbing pelajar dari segi pembangunan sahsiah, perkembangan diri dan kesejahteraan emosi. Peranan secara khusus pula bergantung pada jawatan dan bidang kuasa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Sebagai contoh, ada guru yang dilantik sebagai guru disiplin, guru kanan mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling, guru penolong kanan, guru penasihat kelab / persatuan dan sebagainya. Maka, peranan guru dalam hal ini adalah tertakluk secara khusus dalam bidang yang dipertanggungjawabkan di sekolah. Namun, jika diperhalusi kesemua peranan ini mempunyai unsur-unsur bimbingan yang diperkatakan sebelum ini. Kesemua tugas ini bermatlamatkan supaya pelajar dapat dibentuk dan dididik mengikut acuan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Secara ringkasnya, peranan guru sebagai pembimbing di sekolah adalah jelas dan memberi pengertian yang signifikan dalam membangunkan warga pelajar dan sekolah yang sihat.

b. Personaliti Seorang Pembimbing Setiap individu mempunyai personaliti yang unik dan pelbagai. Bagi seorang pembimbing, mereka juga mempunyai trait personaliti yang tertentu. Menurut Holland (1997), manusia dapat dikategorikan kepada enam jenis personaliti, iaitu; Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan

Konvensional. Dalam keenam-enam jenis personaliti ini, 2 personaliti didapati selaras dengan ciri-ciri seorang pembimbing. Personaliti tersebut adalah jenis Sosial dan Artistik. Individu jenis Sosial dikatakan paling dominan dengan ciri-ciri seorang pembimbing. Mereka mempunyai minat yang tinggi untuk menghulurkan bantuan, suka menolong dan membuat kebajikan. Selain itu, mereka juga mahir dalam berkomunikasi dan mudah mesra dengan orang sekeliling mereka. Keadaan ini secara jelas memungkinkan mereka untuk menjadi seorang pembimbing yang baik. Menurut Holland (1997) lagi, antara kerjaya yang dikatakan selaras dengan personaliti Sosial adalah guru dan kaunselor. Sementara personaliti jenis Artistik pula merujuk kepada mereka yang mempunyai kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Selain itu mereka juga mempunyai kemahiran intrapersonal yang baik. Ciri-ciri seperti ini adalah penting bagi seorang pembimbing terutama sekali dalam usaha memahami masalah manusia yang kompleks. Sebagai contoh, seorang kaunselor memerlukan trait personaliti kreatif ini dalam mengaplikasikan kemahiran kaunseling dan mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi oleh klien.

c. Ciri-ciri Pembimbing Berkesan Seorang pembimbing yang berkesan mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Di sekolah, guru kaunseling selalu dijadikan rujukan yang utama dalam hal berkaitan perkhidmatan bimbingan. Menurut Goldfried dan Padawer (1982), kaunselor mempunyai kemahiran membimbing yang unik dan tersendiri. Keadaan ini memperlihatkan mereka mempunyai kekuatan dalam perkhidmatan bimbingan di sekolah berbanding dengan guruguru yang lain. Antara ciri-ciri pembimbing yang berkesan adalah seperti: i. ii. iii. iv. Personaliti yang menarik dan mudah didekati Kemahiran komunikasi yang baik Berkemahiran dan berpengetahuan Mempunyai asas kemahiran menolong yang baik

2. Kemahiran Komunikasi Sebagai Pembimbing

a. Kemahiran Komunikasi Sebagai pembimbing, guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang bagus. Komunikasi sangat penting dalam mengeratkan jalinan antara hubungan guru - pelajar. Melalui komunikasi yang berkesan, seseorang boleh menyatakan perasaan, pendapat dan mendengar dengan sewajarnya. Komunikasi yang baik merangkumi ciri-ciri berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Menggunakan nada suara yang sesuai dan disenangi pendengar. Butiran percakapan yang jelas dan mudah difahami. Ada elemen bertentang mata yang mesra (kontak mata). Memahami maksud sebenar di sebalik perbualan dengan jelas. Peka terhadap isyarat komunikasi lisan dan bukan lisan yang ditunjukkan. Pandai memilih masa yang sesuai untuk bercakap atau senyap. Mengormati dan memberi perasaan orang lain. perhatian terhadap

Sementara, terdapat juga keadaan yang menjurus kepada komunikasi yang tidak berkesan. Keadaan ini boleh mencetuskan ketegangan, salah faham, rasa tidak senang dan menjurus kepada pertengkaran. Malah yang lebih memburukkan keadaan, orang sekeliling akan merasa bosan dan tidak berminat lagi untuk berkomunikasi pada masa akan datang. Antara ciri-ciri komunikasi yang tidak berkesan adalah seperti:

i.

Bercakap sambil lewa. Memperlekeh pendapat atau pandangan orang lain. Bercakap tanpa henti atau terlalu diam. Mengalih pandangan bercakap. ke tempat lain semasa

ii. iii. iv. v. vi. vii.

Menggunakan bahasa yang kesat, kasar dan tidak sopan. Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap. Tidak peka kepada perasaan dan emosi orang lain.

b. Asas Kemahiran Membimbing Dalam Kaunseling Manakala dari aspek yang lain pula, seorang pembimbing boleh mempelajari dan mengaplikasikan kemahiran asas dalam kaunseling yang selalu dipraktikkan oleh kaunselor. Kemahirankemahiran ini akan membantu menyerlahkan lagi skill komunikasi sebagai pembimbing yang berkesan. Antara asas kemahiran membimbing dalam kaunseling adalah:
i.

Kemahiran Refleksi dan Parafrasa - Refleksi dan parafrasa adalah menyatakan semula apa yang diucapkan oleh orang lain dengan memberi maksud yang sama terhadap apa yang dikemukakannya. Kemahiran Mendengar dan Melayan - Kemahiran mendengar dan melayan sangat penting dalam proses kaunseling dan komunikasi. Pembimbing perlu mendengar secara aktif (mendengar dengan penuh minat dan memahami apa yang cuba disampaikan). Dorongan minima perlu disertakan dalam sesi komunikasi sebagai tanda pembimbing sedang melayan perbualan tersebut. Kemahiran Minta Penjelasan - Kemahiran ini memberi ruang yang luas kepada pembimbing untuk bertanya

ii.

iii.

tentang sesuatu perkara dengan lebih lanjut. Biasanya pembimbing akan menggunakan soalan terbuka atau tertutup untuk mendapat jawapan tersebut. Kemahiran ini akan dapat membantu pembimbing untuk mengetahui cerita atau permasalahan sebenar yang dihadapi supaya proses bimbingan dapat dijalankan dengan sebaiknya.
iv.

Empati (Empathy) - Empati adalah keupayaan kaunselor (pembimbing) memahami klien dari ruang rujuk klien itu sendiri. Empati bertujuan untuk mewujudkan rapport dalam proses membina hubungan awal dengan klien. Empati dapat meyakinkan klien bahawa anda secara sebenarnya memahami masalah yang dihadapinya dan klien akan lebih mudah berkongsi cerita seterusnya. Hormat dan Berbaik Sangka (Respect & Positive Regards) - Hormat dan berbaik sangka merujuk kepada keupayaan dan kemahiran pembimbing untuk menghormati dan menghargai setiap individu lain sebagai insan berguna dan mempunyai harga diri. Dalam konteks ini juga, pembimbing berminat membantu klien dan boleh menerima klien seadanya. Jujur dan Ikhlas (Genuineness) - Jujur dan ikhlas dalam konteks kaunseling bermaksud pembimbing telus dan tulen menjalankan peranannya tanpa berpura-pura. Ini akan dapat mencetuskan rasa saling percaya dan menghormati antara satu sama lain.

v.

vi.

Anda mungkin juga menyukai