Anda di halaman 1dari 1

BIG Fasa 5,2012

Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

REFLEKSI Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai