Anda di halaman 1dari 7

SULIT

3757/2

JABATAN PELAJARAN PERAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010


EKONOMI ASAS Kertas 2 Ogos / September 2 jam

3757/2

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. 2.

Kertas ini mengandungi enam soalan. Jawab mana-mana tiga soalan Bahagian A dan soalan Bahagian B.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak 3757/2 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak [Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT

3757/2

BAHAGIAN : A
Jawab mana-mana tiga soalan. 1. (a) Bagaimanakah unit-unit ekonomi membuat pilihan dalam menghadapi masalah kekurangan? [ 6 markah ] Gambar 1 menunjukkan dua contoh barang dalam ekonomi.

(b)

Gambar 1 Bezakan kedua-dua barang di atas dari segi ekonomi. [6 markah]

(c)

Maklumat berikut berkaitan dengan satu ciri sistem ekonomi negara X.

Harga barangan ditentukan oleh mekanisme harga Kerajaan mengawal melalui undang-undang dan peraturan

(i) (ii)

Apakah sistem ekonomi negara X Huraikan dua ciri lain sistem ekonomi tersebut.

[ 1 markah] [ 4 markah]

Hai Asmah. Dengarnya kamu dah bersara ya? Banyakkah ganjaran persaraan kamu dapat?

Ya, Maimunah. Saya dapat RM500,000. Tapi saya perlu menggunakan wang itu untuk menambahkan pendapatan saya selepas bersara.

Gambar 2 (d) Berdasarkan Gambar 2 cadangkan empat cara yang boleh dilakukan oleh Puan Asmah dengan menggunakan wang tersebut untuk menambahkan pendapatannya. [ 8 markah ] [Lihat halaman sebelah SULIT

3757/2 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

SULIT

3757/2

2.

(a)

Dengan bantuan gambarajah , bezakan diminta dengan perubahan permintaan

antara perubahan dalam kuantiti [ 6 markah]

(b)

Jadual 1 menunjukkan hubungan di antara peratus perubahan harga, peratus perubahan kuantiti diminta dan jenis barang. Barang X Y Z Peratus perubahan harga 10 20 30 Jadual 1 Apakah strategi harga yang akan diambil terhadap barang tersebut oleh seorang penjual yang ingin memaksimumkan keuntungannya. [ 6 markah] Peratus perubahan kuantiti diminta 2 150 30

(c)

Berikut adalah jadual pengeluaran dan kos sebuah firma. Mesin (unit) 5 5 5 5 5 5 5 Buruh Jumlah Keluaran (orang) 0 2 4 6 8 10 12 0 2 4 6 8 10 12 Kos berubah (RM) 0 P 132 Q 284 374 492 Jumlah kos (RM) 60 124 192 264 344 434 552 Kos purata (RM) R 48 44 S 43.4 46 Kos sut (RM) T 34 U 40 45 59 [3 markah] [6 markah]

(i) Hitungkan nilai bagi P, Q, R, S, T, dan U (ii) Terangkan hubungan antara kos purata dengan kos sut.

(d)

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan yang berlaku terhadap penawaran kereta nasional sekiranya kos input pengeluaran kereta nasional turun. [4 markah]

3757/2 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT

3757/2

3.

(a)

Berdasarkan peristiwa-peristiwa berikut, jelaskan kesannya ke atas pasaran gula tempatan. (setiap peristiwa adalah berasingan): (i) (ii) (iii) Kempen terhadap pencegahan penyakit diabetes. Perayaan Hari Raya Puasa. [3 markah] [3 markah]

Penanaman tebu yang semakin meluas kerana penerokaan tanah-tanah baru.. [3 markah]

(b)

Berikut adalah maklumat tentang aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor. Encik Misran bekerja di Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd. yang mengeluarkan baju berjenama Arrow. Beliau menerima gaji bulanan sebanyak RM2,000 dan membelanjakan RM150 untuk membeli baju jenama Arrow. [5 markah]

Lukiskan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor.

(c) Alat yang digunakan sebagai wang mestilah diterima umum sebagai media pertukaran dan nilainya stabil.

Terangkan fungsi wang berdasarkan pernyataan di atas.

[6 markah]

(d) Tahun 2008 2009 Pinjaman maksimum 90% 80% Tempoh kredit 7 tahun 6 tahun Kadar faedah 8.5 % setahun 9.5% setahun

Berdasarkan perubahan syarat sewa beli bagi tahun 2008 dan 2009, apakah langkah-langkah lain yang perlu dilakukan oleh Bank Pusat dalam memulihkan keadaan ekonomi tersebut?. [5 markah]

3757/2 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT

3757/2

4.

(a)

Terangkan kesan perubahan struktur ekonomi Negara Malaysia kepada pelaburan asing dan peluang pekerjaan. [6 markah] Maklumat berikut berkaitan dengan hasil kerajaan.

(b)

Syarikat Murni Sdn Bhd yang mengeluarkan motosikal perlu membayar cukai pendapatan syarikat selain membayar cukai eksais setiap tahun

Bezakan kedua-dua jenis cukai yang dikenakan kepada Syarikat Murni Sdn Bhd. [6 markah] (c) Terangkan perbezaan antara perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pembangunan. [6 markah] Kerajaan akan membuat pinjaman apabila perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan. Terangkan bentuk-bentuk pinjaman kerajaan daripada sumber luar negeri. [7 markah ]

(d)

5.

(a) Setiap negara mampu mengeluarkan barang untuk keperluan sendiri. Walaupun begitu, ia masih perlu menjalankan perdagangan antarabangsa.

Mengapakah negara itu perlu berbuat demikian?

[7 markah]

(b)

Jadual 2 menunjukkan maklumat imbangan pembayaran bagi Malaysia dalam tahun 2008. Butiran Barang Perkhidmatan Pengangkutan Perjalanan Perkhidmatan lain Urus niaga kerajaan Pendapatan Pampasan Pekerja Pendapatan Pelaburan Pindahan Semasa Imbangan Akaun Semasa Penerimaan 445437 (a) 21554 37192 28043 584 8129 (b) 6734 3151 (c) Jadual 2 [Lihat halaman sebelah SULIT Pembayaran (d) 74306 30806 (e) 42220 559 43752 3510 (f) 21329 481737

3757/2 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

SULIT

3757/2

(i)

Lengkapkan ruang yang bertanda (a), (b), (c), (d), (e) dan (f) dalam jadual di atas. [6 markah] Hitungkan imbangan dagangan. [1 markah]

(ii) (iii)

Apakah kesan imbangan dagangan tersebut terhadap kadar pertukaran Ringgit Malaysia. [5 markah]

(c)

Mengapakah sesebuah negara memerlukan pertukaran asing bagi menjalankan aktiviti ekonomi walaupun mempunyai mata wangnya sendiri? [6 markah]

BAHAGIAN : B
[ 25 markah ] Soalan ini wajib dijawab
6. Encik Azhar ialah seorang pesara guru yang telah menerima wang ganjaran sebanyak RM250,000. Beliau bercadang menabung 30% daripada wang ganjaran tersebut untuk tempoh satu tahun di sebuah bank perdagangan. Bank tersebut menawarkan kadar faedah 3.5% setahun bagi Simpanan Tabungan dan kadar faedah 4% setahun bagi Simpanan Tetap. Beliau membuat keputusan untuk menabung dalam Simpanan Tabungan.

Sementara itu Encik Azhar telah membuka perniagaan perabot secara kecil-kecilan dengan menggunakan baki wang ganjaran tersebut. Memandangkan permintaan terhadap perabot tempatan semakin meningkat, beliau bercadang untuk membesarkan perniagaannya tetapi beliau menghadapi masalah modal yang tidak mencukupi. Beliau telah berusaha mendapatkan modal daripada beberapa sumber.

Setelah berjaya memperoleh modal tersebut, perniagaan beliau semakin mendapat sambutan dan bertambah maju. Tiga tahun kemudian, beliau mendapati potensi industri perabot tempatan boleh dikembangkan ke peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, pasaran perabot tempatan menghadapi persaingan daripada perabot Indonesia. Encik Azhar berharap pihak kerajaan akan mengenakan sekatan-sekatan perdagangan antarabangsa untuk melindungi industri perabot tempatan tanpa menjejaskan hubungan diplomatik dengan rakan dagang.

3757/2 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT

3757/2

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut:-

(a)

(i)

Adakah anda bersetuju dengan keputusan menabung yang dipilih oleh Encik Azhar. Berikan alasan anda. [3 markah]

(ii)

Berapakah jumlah tabungan yang dibuat daripada jumlah wang ganjaran yang diterimanya. [2 markah ]

(iii)

Berapakah jumlah wang yang perlu dibayar oleh bank untuk membayar faedah Simpanan Tetap dan faedah Simpanan Tabungan. [4 markah ]

(b)

Selain daripada menabung di bank, Encik Azhar juga boleh menambahkan pendapatannya melalui pelaburan. Berikan tiga bentuk pelaburan yang boleh dijalankan oleh Encik Azhar. [6 markah ]

(c)

Terangkan dua bentuk sekatan perdagangan antarabangsa yang boleh kerajaan laksanakan bagi melindungi industri itu. [4 markah ]

(d)

Jelaskan kepentingan sekatan perdagangan antarabangsa, selain daripada untuk melindungi industri tempatan. [6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3757/2 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

SULIT

Anda mungkin juga menyukai