Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SPM PPG SEPT 2012

HBLS1103SMP PENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP


LECTURER:

ZAINUDIN BIN AB. GHANI


DISEDIAKAN OLEH: JOHN MIDIN ( 700617125557) MATRIX NO TEL. NO E-MAIL SUBMISSION DATE
1

: 7006171255572012 : 0145727111 : john.midin@yahoo.com : 09 Nov 11 Nov 2012

KANDUNGAN Tajuk 1. Pengenalan 2. Pendekatan 3. Prinsip-prinsip pembelajaran berasakan projek 4. Projek menanam sayur daun (sawi) 5. Langkah-langkah keselamatan 6. Projek bekas surat 7. Pengenalan Soalan 2 8. Rancangan Pengajaran Harian 9. Contoh Rancangan Pengajaran Harian 10. Lembaran kerja 11. Contoh Jawapan 12. Bahan Bantu Mengajar 11. Rujukan Muka Surat 3 3 4-5 5-6 7 7-9 10 10 - 13 14 - 16 17 18 19 - 20 21

Pengenalan Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ( KHSR ) diajar kepada murid tahap II. Mata pelajaran ini membantu penguasaan kemahiran praktis serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Sikap positif murid juga dapat dipupuk melalui mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti, murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, budaya kerja bersistematik, berdisiplin, bertanggungjawap dan bekerjasama. Murid juga dapat mengembangkan imaginasi dan kreativiti disamping mendedahkan mereka kearah keusahawanan.Mata pelajaran ini juga member kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja yang berasaskan kejuruteraan, rekabentuk dan perniagaan. Pembentukan masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan adalah selaras dengan hasrat Negara dan bersesuaian dengan teknologi yang pesat pada masa ini.Usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan kita peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung kearah ini, kemahiran praktis berasaskan rekabentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini.

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

Kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam tempoh masa tertentu. Melibatkan kutipan maklumat, analisis data dan persediaan laporan.Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali.Penilaian dibuat pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasilnya siap.Interaksi murid dengan guru berupa bimbingan dan perundingan adalah ciri penting dalam melaksanakan projek. Kaedah ini merupakan satu kaedah aktiviti dijalankan oleh individu atau sekumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah.Kaedah projek melibatkan pelajar memainkan peranan aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan topic yang dipilih.Projek biasanya memakan masa yang panjang dan ianya boleh dilaksanakan di dalam atau di luar waktu belajar biasa. Menurut Professor Kilpatrick (1871-1965), hasil pembelajaran murid lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang dengan cara yang menarik.

Prinsip-prinsip pembelajaran berasaskan projek

Aktiviti pembelajaran sepatutnya berfokus kepada penggunaan kemahiran pemprosesan maklumat daripada pemerhatian sehinggalah mensintesis.Perancangan aktiviti juga perlu mengaplikasikan peraturan-peraturan asas dalam konteks konseptual. Model yang disediakan oleh guru menjadi contoh dalam proses pembelajaran. Guru adalah pemudah cara dalam proses murid mengumpul maklumat dan melaksanakan projek. Pembelajaran inkuiri meletakkan murid-murid dalam proses pembelajaran yang aktif.Elemen seperti guru, sumber pembelajaran, teknologi dan sebagainya boleh membantu murid-murid dalam proses pembelajaran dan menyiapkan projek. Penekanan kepada kemahiran memproses maklumat,tingkah laku semula jadi pemikiran dan pemahaman tentang sesuatu konsep, berbanding dengan hanya melihat kandungan sesuatu bidang.

Langkah-Langkah Pelaksanaan Kaedah Projek. Objektif sesuatu projek perlu dijelaskan Pastikan bahan dan peralatan yang diperlukan mencukupi dan disediakan Murid-murid dibimbing dalam memilih dan melaksanakan projek mereka Penyeliaan perlu untuk memastikan projek Berjaya dilaksanakan Penilaian projek dibuat oleh guru dan murid-murid turut diberi peluang untuk menilai.

Kebaikan Kaedah Projek Kaedah ini melibatkan domain efektif,kognitif dan psikomotor Kaedah projek dapat mengembangkan sikap tanggungjawap, nilai kepimpinan dan inisiatif murid-murid Murid-murid belajar melalui pengalaman mereka semasa menjalankan projek Menyediakan peluang murid-murid bekerja di dalam kumpulan. Kolaborasi antara muridmurid akan memupuk semangat berpasukan dan seterusnya membiasakan mereka hidup bermasyarakat.

Kelemahan Kaedah Projek Projek biasanya mengambil masa yang panjang Bahan dan sumber terhad Murid mungkin melakukan kesilapan kerana kurang pengalaman dan pengetahuan.

PROJEK MENANAM SAYUR DAUN (SAWI) Alatan Tangan, Bahan dan Langkah Kerja Alatan Tangan Sarung tangan Sudip tangan Cangkul Serampang tangan Sudip tangan Pongkes Penyiram

Bahan-Bahan Biji benih Baja organic Racun kulat (thiram) Racun serangga (malathion) Air Tanah (batas)

Langkah Kerja Penyediaan Tanah 1. Murid-murid yang telah dibahagi kepada empat kumpulan diberi kawasan untuk tujuan membuat batas masing-masing 2. Batas berukuran 1m lebar, 3m panjang. Batas perlu dibersihkan, dicangkul dan digembur sedalam 15-25cm 3. Semasa mencangkul, untuk tujuan keselamatan, hanya dua orang murid mencangkul pada satu-satu masa.Mula mencangkul di tengah batas dan masing-masing mencangkul ke hujung kiri dan kanan batas 4. Buatkan jalur-jalur dan memanjang di atas batas yang sudah siap digembur

Penanaman 1. Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur rata ke dalam jalurjalur pada batas.

2. Selepas 10 14 hari, penjarangan dibuat mengikut jarak yang disyorkan iaitu 20cm antara baris dan 10cm antara pokok. PEMBAJAAN Baja organic digaulkan ke dalam batas untuk kesuburan pokok.Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut; Pusingan 1. 2. 3. Tempoh Sebelum menanam 2 minggu 3 minggu Baja Baja organik NPK 15:15:15 NPK 15:15:15 Jumlah/Batas 2.5kg 0.2kg 0.2kg

PENGAIRAN Sayur sawi memerlukan air yang banyak semasa tumbesarannya. Penyiraman ialah dua kali sehari pada musim panas. Sistem penyiraman renjis adalah digalakkan. KAWALAN RUMPAI/MERUMPUT Kawalan rumpai atau merumput dilakukan dua kali sepanjang umur sayur. KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT Jenis Serangga/Penyakit Ulat ratus (Army worm) Kutu kumbang Kawalan Sembur racun fenvalerate Sembur racun malation

Reput daun

Cabut dan buang pokok yang berpenyakit.

MENUAI Daun sawi dikutip pada 28 30 hari selepas menyemai.Sayur ini dituai dengan memotong pada paras tanah.Sayur ini juga boleh dituai apabila pokok mengeluarkan buahnya.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 1.Pakaian hendaklah kemas dan tidak mengganggu aktiviti 2.Tidak dibenarkan bergurau semasa melakukan aktiviti projek. 3.Alatan seperti cangkul, sudip tangan, pongkes dan alat penyiram mestilah diambil dan dikembalikan ke tempat asal oleh murid yang bertugas. 4.Daftarkan semua alatan dan bahan yang diambil dan dikembalikan.

PROJEK: BEKAS SURAT Alatan Tangan, Bahan-bahan dan Langkah kerja. Alatan Tangan 1.Pensel 2.Pembaris keluli 3.Sesiku L 4.Tukul Kuku Kambing 5.Ragum Meja 6.Apit G 7.Kikir parut 8.Gergaji kayu.

Bahan-Bahan 1.Paku kepala rata 2.Skru 3.Kertas las 4.1 keping papan berukuran 24cm x 24cm x 1cm 5.2 keping papan berukuran 24cm x 8cm x 1cm

6.2 keping papan berukuran 24cm x 3cm x 1cm 7. 4 keping papan berukuran 9cm x 8cm x 5cm x 3cm x 1cm

24cm 24c24cm

24cm

A
X2

24cm 8cm 8cm

B B
5cm

x2 X2

D
24cm 8cm

B
3cm

9cm x4

3cm

X2

LANGKAH KERJA

1. Baca lukisan kerja 2. Ukur, tanda dan potong papan mengikut ukuran 3. Membentuk pepenjuru kayu denganmenggunakan kikir parut dan kemaskan dengan menggunakan kertas las. 4. Memasang semua bahagian. 5. Buat kemasan projek.

MEMBUAT PROJEK BEKAS SURAT 1. 2. 3. 4. Ukur dan tanda papan (BAHAGIAN A) mengikut ukuran 24cm x 24cm x 1cm BAHAGIAN B, ukurannya 24cm x 8cm x 1cm,dua keeping, BAHAGIAN C, ukurannya 24cm x 3cm x 1cm, dua keeping, BAHAGIAN D, ukurannya 9cm x 8cm x 5cm x 2cm x 1cm, 4 keping.

2.Buat garisan bersudut tepat pada tanda pada bahagian A, B, dan C dengan menggunakan sesiku L. Bahagian D segiempat bukan bersusut tepat. 3.Gunakan apit G untuk mengapit papan dan potong mengikut garisan yang telah ditanda dengan menggunakan gerggaji kayu. 4.Gunakan kikir parut untuk membentuk dan meratakan bucu kayu.

MEMASANG KOMPONEN DAN MEMBUAT KEMASAN Pasang komponen dengan berhati-hati untuk mendapat hasil yang baik. Sapukan glu pada titik pertemuan bahagian A dan C,cantumkan dan pakukan dengan paku kepala rata. Sapukan glu pada titik pertemuan bahagian A dan D, cantumkan dan pakukan dengan paku kepala rata. Sapukan glu pada bahagian B,C, dan D, kemudian cantumkan dan pakukan dengan paku kepala rata. Buat kemasan dengan menggunakan kertas las dan sapu dengan cat kemasan, biarkan kering dan ulang sehingga 3 lapisan.

SOALAN 2

PENGENALAN Rancangan pengajaran disediakan untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkesan.Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FTK), unsure-unsur nilai, pengetahuan dan kemahiran digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, rohani, emosi,intelek dan social.Merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni untuk melahirkan insane yang seimbang. Untuk mencapai hasrat FPK, tenaga pengajar perlu merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar dengan menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, mengaitkan pengalaman murid dengan isi pembelajaran, menggunakan pelbagai media alam smulajadi,media cetak,bahan maujud dan media elektronik.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan Pengajaran Harian (RPH), didefinisikan sebagai satu rancangan pelajaran yang disediakan untuk mengajar pada waktu tertentu.Mengandungi objektif pelajaran, kaedah dan teknik, alat bantu mengajar, pengetahuan sedia ada murid, perkembangan, penilaian dan penutup. Antara kepentingan penyediaan RPH ialah untuk menentukan objektif pengajaran tercapai, menentukan isi yang cukup untuk disampaikan, menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian, merancang alat bantu mengajar yang akan digunakan, RPH yang disediakan dengan sempurna akan memberikan keyakinan kepada guru semasa mengajar. KOMPONEN-KOMPONEN PERSEDIAAN MENGAJAR 1.Butir-butir am. Butir-butir am merupakan maklumat yang perlu dimasukkan di bahagian permulaan persediaan mengajar.Terdiri daripada darjah, tarikh, masa, bilangan murid, mata pelajaran, topic, objektif,sumber pengajaran, kemahiran, penerapan nilai, dan kajian masa depan. Maklumat ini penting untuk merancang dan menyediakan: Bahan pengajaran sejajar dengan kebolehan murid Aktiviti-aktiviti pengajaran yang sesuai dan menarik Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid.
10

2.Pengetahuan Sedia Ada Mengikut Glaser (1962), pengetahuan sedia ada murid merupakan komponen penting untuk dipertimbangkan semasa menyediakan persediaan mengajar.Komponen ini dikenali sebagai tingkah laku kemasukan dalam model pengajaran. Ia merujuk kepada aras kebolehan murid sebelum bermulanya pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid yang dating kealam pembelajaran membawa bersama segala pengalaman mereka terdahulu yang disusun ke dalam schemata atau tori-teori kecil mereka.Pengalaman terdahulu yang dimiiki oleh murid ini hasil dari interaksi mereka dengan alam sekeliling. Pengalamanpengalaman ini terdiri daripada campuran pemikiran, pertimbangan, perasaan, dan kemahiran, yang mana nanti akan menjadi penghalang kepada pengalaman dan proses pembelajaran yang bakal mereka lalui. Pengalaman pembelajaran murid di bilik darjah akan mempengaruhi schemata struktur kognitif pelajar yang digunakan untuk menterjemahkan pengalaman bagi membina makna pengalaman tersebut.Dengan kata lain, murid-murid perlu menstruktur semula idea mereka supaya sesuai dan selari dengan fakta dan dapatan yang sebenar. Pengetahuan sedia ada merangkumi: Perkara yang telah dialami/pelajari oleh murid Perkara yang telah dialami oleh murid dalam kehidupan seharian Latar belakang social dan budaya murid Kebolehan intelek murid.

3.Objektif Pelajaran Objektif pelajaran perlu realistic dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat muridmurid.Objektif pelajaran perlu merangkumi aspek berikut: Situasi Tingkahlaku murid Tingkat pencapaian murid.

Beberapa pertimbangan ditentukan bagi menentukan objektif pelajaran. Antaranya ialah: Objektif hendaklah jelas dan boleh diukur Objektif disusun berperingkat-peringkat berdasarkan kebolehan murid Objektif hendaklah mencakupi pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai, Objektif menyatakan apa yang murid harus buat dan peringkat pencapaian.

11

Berikut adalah kepentingan objektif pelajaran kepada guru: Memberi arah kepada guru untuk mengetahui aras pencapaian murid-murid yang diharapkan Menjadi penentuukur pencapaian murid-murid dan sejauh mana memenuhi harapan guru Dapat menilai kemajuan sepanjang pengajaran dan seterusnya mengatur strategi untuk mencapai matlamat Guru dapat menentukan bahan P&P yang sesuai dan relevan Guru dapat menentukan strategi P&P yang berkesan dan Guru dapat menyusun aktiviti susulan.

4.Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) merujuk kepada segala bahan bantu belajar (BBB) yang diguna ketika sesi P&P.Guru perlu menggunakan pelbagai bentuk BBB yang merangsang penggunaan pelbagai deria murid-murid.Bahan-bahan yang biasa digunakan sebagai bahan bantu ialah: Model Kad imbasan Slaid Pita rakaman Carta TV, Radio Komputer dan LCD

Sumber P&P sepatutnya mampu: Menjadi daya penarik minat murid-murid Memecahkan kebosanan murid-murid Membawa suasana yang berkesan dan menyeronokkan Membantu murid-murid membentuk konsep dengan lebih mudah, cepat, dan jelas Menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna Memupuk pemikiran yang berterusan

5.Penerapan Nilai.

Penerapan nilai boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung.Beberapa contoh nilai murni adalah seperti:
12

Kerajinan Kebersihan Kejujuran Hormat-menghormati Adil Kasih sayang Bertanggung jawab Berterima kasih Bermasyarakat Bekerjasama

Tolong-menolong.

13

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajara Kelas Bil Murid Masa Topik Unit Pengetahuan sedia ada:

: ; : : : :

Kemahiran Hidup 6 Satria 28 Orang 10.40 11.40 pagi 1.9 Tanaman Sayur a) Penyediaan Tapak

1. Murid pernah melihat atau ikut serta ahli keluarga mengurus tanaman sayuran 2. Murid pernah melihat berbagai jenis sayur di tamu atau pasar sayur. Objektif Pengajaran: Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid akan dapat: 1. Manyatakan dari 3 peralatan perkebunan yang digunakan dalam aktiviti menanam sayur., 2. Menggunakan peralatan merumput, menggembur, menyangkul dengan betul dan selamat, 3. Melakukan langkah-langkah membina batas iaitu manyangkul dan menggembur. KBKK : Membuat keputusan, mengekategori Penerapan Nilai : bekerjasama, rajin, bersih, berdisiplin BBM : cangkul, pongkes, sudip tangan, serampang tangan, sarung tangan, baja organik, biji benih Langkah/Masa Set Induksi ( 5 Minit ) Isi Pengajaran Meneka benda dalam kotak misteri. -guru menyuruh murid-murid meneka benda di dalam kotak. -contoh jawapan: -tukul -playar gabung -sudip tangan
14

Aktiviti, pengajaran & pembelajaran Murid cuba meneka benda di dalam kotak misteri. Guru mangaitkan jawapan yang betul dengan topik pelajaran.

Catatan

-spana gabung -bateri Perkembangan Maksud tanaman sayur: Langkah 1 ( 5 Minit ) -sayur ialah sebarang tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang dimakan secara mentah atau setelah dimasak sebai ulam, dan lauk sebagai makanan ruji, bukan pencuci mulut atau snek. Langkah 2 ( 15 Mini ) Penyediaan tapak menanam sayur: -merumput -manyangkul -manggembur

Guru menyoal serta menerangkan maksud sayursayuran. Murid-murid memberikan contoh contoh sayuran di rumah, pasar dan lain lain.

Guru menyoal murid-murid di manakah sayuran di tanam. Jawapan murid dikaitkan dengan isi pelajaran. Guru menyoal murid-murid bagaimana untuk menghasilkan sayur yang subur dan cantik Contoh jawapan: -bubuh baja -siram dengan air dengan teratur -tanam di batas

Kaedah: Soaljawab KBKK: Membuat keputusan Nilai: Berani mencuba

Langkah 3 ( 10 Minit )

Alatan dan kegunaan: Penggunaan alatan -sarung tangan -sudip tangan -serampang tangan -Pongkes -cangkul -penyiram (nota kegunaan alatan dilampirkan )

Murid dalam 4 kumpulan. Kumpulan berhimpun dihadapan meja dalam bentuk ladam kuda untuk tunjuk ajar. Guru membuat tunjuk cara kaedah menyangkul, merumput, menggembur, menyiram dengan menggunakan alatan sebenar dengan cara yang betul dan selamat dihadapan semua murid.

Kaedah: Tunjuk ajar BBM: Cangkul, pongkes, sudip tangan, sarung tangan, serampang tangan.

15

Beberapa orang murid dari semua 4 kumpulan dipiligh untuk melakukan aktiviti di atas dengan bimbingan guru dan diperhatikan oleh murid lain.

Nilai : Berani mencuba

Langkah 4 ( 30 Minit )

Aktiviti kumpulan: Murid dalam 4 kumpulan berada di batas masingmasing: -merumput -menyangkul -menggembur

Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumnpulan mengikut warna merah, kuning, biru dan hijau di bawa ke kawasan batas sayur untuk aktiviti amali. Setiap kumpulan melakukan kerja-kerja menyangkul, menggembur merumput di batas masing-masing. Guru mengawal masa untuk melakukan kermahiran secara urutan.

Nilai : Patuh, kerjasama, yakin diri KBKK: Membuat keputusan BBM: alatan tangan

Penutup ( 5 Minit )

Guru menggunakan peta konsep semasa membuat rumusan. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai tugasan di rumah. Soalan berupa pengukuhan dan pengayaan disamping merancang persediaan untuk mengikuti pelajaran berikutnya.

BBM: Lembaran kerja

16

LEMBARAN KERJA NAMA : Jawab soalan berikut. 1. Senaraikan kumpulan sayur yang anda ketahui a) ____________________ b) ____________________ c) ____________________ 2. Isikan tempat kosong di bawah. Sayur daun a)_____________________ b)_____________________ c)_____________________ Sayur buah a)_____________________ b)_____________________ c)_____________________ Sayur ubi/bebawang a)_____________________ b)_____________________ 3. Nyatakan cara-cara untuk menyubur dan mencantikkan tanaman sayuran. a) ______________________ b) ______________________ NAMA KUMPULAN:

17

CONTOH JAWAPAN LEMBARAN KERJA: Unit : Tanaman Sayur Soalan 1 : 1. Sayur daun 2. Sayur buah 3. Sayur ubi/bebawang Soalan 2: 1. Sayur sawi 2. Sayur bunga 3. Sayur kobis Soalan 3: 1. Menyiram dengan teratur 2. Membubuh baja 3. Merumput. BAHAN BANTU MENGAJAR

1. Cangkul

2. Pongkes

18

3. Pencakar tangan

4. Sudip tangan

5. Penyiram

6. Sarung tangan

19

7. Baja organik

20

Senarai rujukan: Fadelah, A A.(2000) status dan pentingnya pengeluaran sayur-sayuran. Dalam panduan pengeluaran sayur- sayuran-ed. Kuala Lumpur, Mardi. Gareth, D and M. Lennartson,(2005) Oranic Vegetable Productio: A Complete Guide, Romsbury:Henry Doubleday Research Association. Ng Wee Choo, Salmiah Jaba & Koey, W.C (2003) Kemahiran Hidup Bersepadu: Teras dan Pilihan 2. Petaling Jaya:Vitel Star Sdn.Bhd. Sterea, T.K.G.Peter and O.P.Albert.2007. Vegetable Diseases: A Color Handbook.Manson Publishing.

21

Anda mungkin juga menyukai