Anda di halaman 1dari 101

144. RAHSIA SEBILAH PEDANG Jilid 11 Nyak Sulaiman terus bangun, dia terpinga-pinga.

Kedua belah kelopak matanya digosok berkali-kali, perangainya tidak ubah seperti orang baru terjaga dari tidur yang panjang. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kamu berdua mari ke mari. Saya dan Nyak Sulaiman terus merenung ke arah datuk. Keadaannya tidak berubah, masih macam tadi dengan hujung jari kaki kanannya masih menyentuh hujung sarung pedang yang masih tegak. Ke mari cepatlah. Pekik datuk sambil menjegilkan biji mata ke arah saya dan Nyak Sulaiman. Agaknya, datuk marah kerana kami lambat mematuhi perintahnya. Bila melihat perubahan datuk itu, tanpa membuang masa saya dan Nyak Sulaiman segera mendekatinya. Kamu pegang hulu pedang. Tajam mata datuk tertumpu ke wajah Nyak Sulaiman yang nampak cemas sekali. Dada saya terus berdebar. Nyak Sulaiman masih kaku tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Pegang, ulang datuk. Saya, suara Nyak Sulaiman mengeletar. Iya, angguk datuk. Dengan rasa menggeletar Nyak Sulaiman memegang hulu pedang. Tangannya nampak bergerak-gerak. Pegang kuat-kuat, Baiklah, sahut Nyak Sulaiman. Datuk pun segera memisahkan ibu jari kakinya dengan hujung sarung pedang. Datuk pun melangkah tiga tapak ke belakang lalu berdiri lurus di situ. Wajah saya dipandang dengan tepat oleh datuk. Kepalanya dijatuhkan ke arah dada dan akhirnya diangkat perlahan-lahan hingga kami bertentang wajah. Saya pun menundukkan muka. Tamar. Saya segera panggungkan kepala. Renung mataku.

Arahan datuk saya patuhi. Tidak ada sesuatu yang aneh dan ganjil yang saya rasai di saat menentang mata datuk. Agak lama juga saya bertentang mata dengannya. Lebih dari lima saat. Perasaan saya tetap macam biasa dan rela mematuhi segala arahan yang bakal di keluarkan oleh datuk. Sekarang, kamu rapat kepada aku, langkah perlahan-lahn dengan tidak mengubah pandangan mata kamu dari mataku, sekarang kamu mulakan langkah, tutur datuk dengan perlahan dan teratur, nada suaranya yang lemah hampir di tengelami oleh ombak. Saya berazam apa yang disuruh oleh datuk akan saya patuhi dengan sebaik mungkin. Berhenti! Langkah segera saya matikan, kami bertentang wajah. Datuk pun menjatuhkan telapak tangan kirinya ke atas bahu kanan saya dengan kuat. Berkali-kali bahu saya digoncangnya. Sekarang Tamar, kamu buangkan meja hitam itu ke laut. Meja hitam tu, tuk? Biji mata saya jegilkan, hati saya jadi cemas dan berdebar. Rasa takut mula menguasai diri, saya jadi ragu-ragu untuk melaksanakan arahan datuk itu. Apakah tidak menjadi sesuatu yang buruk kepada saya bila meja hitam itu saya humbankan ke laut. Saya jadi serba salah. Cepatlah, jerkah datuk. Bagaikan ditolak sesuatu saya menghampiri meja bulat. Dengan sepenuh tenaga meja itu saya julang dan terus dibuang ke permukaan laut. Tugas sukar sudah saya laksanakan dengan jayanya, saya kembali mendekati datuk. Tugas kamu sudah selesai Tamar, sekarang giliran Nyak Sulaiman pula, kamu ikut aku, tengok apa yang aku buat, datang lagi arahan dari datuk. Saya hanya anggukkan kepala.

LANGKAH Datuk pun melangkah menuju ke arah Nyak Sulaiman . Angin laut terasa menyentuh kulit pipi dan deru ombak makin kuat memukul gegendang telinga. Saya lihat Nyak Sulaiman masih lagi memegang hulu pedang, muka nya bagaikan berpeluh. Badannya seperti mengigil. Datuk terus berdiri di depan Nyak Sulaiman. Mereka bertentang mata, tiba-tiba saja wajah mereka bertukar menjadi bengis dan garang. Mereka bagaikan berlawan antara satu dengan lain secara batin, rambut Nyak Sulaiman kelihatan jatuh ke dahi. Sepasang mata datuk dan Nyak Sulaiman kelihatan merah, macam biji saga. Tetapi, saya dapat mengesan kekuatan tetap berada di pihak datuk. Buktinya, setiap kali datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawah, Nyak Sulaiman seperti terhoyong-hayang. Walaupun begitu, dia tetap berusaha menentang datuk. Saya

kira, ada tenaga halus sudah meresapi ke dalam diri Nyak Sulaiman. Bagaimana datuk mahu mengatasi masalah ini? Kawan baik sudah jadi musuh. Saya berdoa semoga tidak ada kejadian buruk terjadi selepas ini. Dalam saat hati dan perasaan saya masih berkecamuk, tidak tentu arah, saya lihat tangan kiri datuk bergerak pantas, lalu menekan belakang tangan Nyak Sulaiman yang memegang hulu pedang. Keadaan bertambah tegang, mereka saling tolak menolak, seolah-olah mahu merebut pedang. Urat-urat di lengan Nyak Sulaiman kelihatan timbul, bagaikan akar membalut bumi. Di saat bertarung secara batin, datuk guna tangan kanan untuk memukul bahu kiri Nyak Sulaiman tiga kali berturut-turut, pada mulanya memang ada tindak balas dari Nyak Sulaiman, dia menghembuskan udara yang dikumpul dalam mulutnya ke arah datuk. Tetapi, datuk sempat melarikan wajahnya ke kiri. Hembusan itu tidak kena sasarannya. Bila angin yang dihembus tidak menepati tujuan, saya lihat Nyak Sulaiman jadi lemah. Kalau tadi dia bertenaga dan kuat, kini menjadi sebaliknya. Walaupun begitu, dia masih memegang hulu pedang dengan kemas dan kejap sekali. Tamar, jerit datuk. Iya tuk. Buka baju kamu, kibaskan ke badan Nyak Sulaiman tiga kali berturut-turut dari arah kiri. Elakkan kulit kamu dari terkena hembusan nafasnya. Agak terkejut saya mendengar perintah datuk. Rasa terkejut itu hanya terjadi beberapa detik saja dalam diri saya. Bila rasa terkejut itu hilang saya terus membuka baju dan mengibaskan ke arah Nyak Sulaiman. Baru dua kali kibas Nyak Sulaiman terus bersin, saya terlihat macam ada asap nipis keluar dari tubuh Nyak Sulaiman. Asap itu seperti ditiup angin, berkumpul seperti segulung kain basahan dan bergerak menuju arah laut lepas, lalu ghaib entak ke mana.

HABIS Sebaik saja asap nipis itu habis keluar dari tubuh Nyak Sulaiman, datuk segera memeluk dan mendukungnya lalu didudukkan di suatu sudut kapal. Walaupun tidak dipegang hulunya, pedang samurai itu tetap terpacak. Bagaikan ada makhluk yang tidak dapat dilihat memegangnya. Saya jadi terpegun melihat semuanya itu. Biarkan pedang itu di situ. Jangan diusik dan jangan disentuh, datuk pun menggamit saya di sisinya. Saya segera mendekatinya lalu membantunya

memulih Nyak Sulaiman. Usaha datuk tidak sia-sia. Nyak Sulaiman berjaya dipulihkan dengan baik. Boleh bangun dan berjalan. Bila disuruh oleh datuk membaca surah al-Ikhlas, dia dapat membaca dengan lancar serta jelas. Buat seketika kami (saya,Nyak Sulaiman dan datuk) lupa tentang pedang samurai yang tegak sendiri itu. Tiba-tiba kami dikejutkan oleh bunyi benda jatuh yang amat kuat. Bot yang kami naiki bergegar dengan hebatnya. Serentak kami menoleh ke arah pedang yang sudah terdampar atas lantai kapal. Memang tidak logik dan tidak masuk akal hingga sekuat itu bunyi pedang samurai jatuh ke lantai. Saya dan Nyak Sulaiman berpandangan, penuh kehairanan dan ketakjuban yang amat sangat. Datuk tetap tenang. Pedang yang tergolek di lantai tu, itulah pedang sebenar, bergetar suara datuk sambil merenung ke arah saya. Nyak Sulaiman yang baru pulih turut tercengang mendengar kat-kata datuk itu. Saya tak faham. Tanya Nyak Sulaiman. Mudah je. Mudah? Biji mata Nyak Sulaiman terbeliak Iya, sekarang sudah tak ada iblis menumpang di pedang tu, kamu tahu yang terbakar tadi, ibunya, sambung datuk. Saya menarik nafas kelegaan. Datuk pun melangkah menuju ke arah pedang yang tergolek dilantai lalu diambil dan ditatang separas dada. Dengan tangkas dia mencabut pedang dari sarungnya, lalu mata pedang itu ditayangkan kepada saya dan Nyak Sulaiman. Sarung pedang terus dipijaknya dengan kaki kanan. Pandangan saya dengan Nyak Sulaiman tidak berubah dari mata pedang yang kelihatan agak ganjil. Sekarang kamu berdua tengok sendiri macam mana rupa mata pedang ini, dengan senyum datuk bersuara. Mata pedang yang beberapa jam tadi saya lihat cukup tajam dan lebar, kini menjadi kecil dan berkarat. Bentuknya, tidak seperti apa yang saya lihat. Ini sungguh menakjubkan. Kamu sudah tengok sendiri, kamu tentu terkejut Tamar, mata datuk tidak berkerdip merenung ke arah saya. Datuk masukkan semula mata pedang ke sarungnya. Dengan kedua belah tapak tangan, dia menjulang pedang menuju ke bibir bot. Berdiri si situ, saya dan Nyak Sulaiman segera mendekatinya kerana ingin tahu apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh datuk. Lautlah tempat kamu, desis datuk. Pedang lama itu terus dihumban ke laut. Nyak Sulaiman tercengang dengan tindakan datuk itu. Datuk segera memusingkan badannya lalu berhadapan dengan kami.

Maafkan aku, pedang yang aku buang tadi, sebenarnya besi karat yang tidak berguna. Saya menyimpannya sebagai bahan sejarah, Nyak Sulaiman mempertahankan tujuan dia menyimpan pedang tersebut. Kamu sudah menerima akibat dari kegemaran kamu tu, Nyak. Haaa, Nyak Sulaiman tergamam mendengar cakap datuk. Dia bagaikan baru menyedari apa yang telah dialami dan dilaluinya. Nyak Sulaiman termenung panjang..

SINAR Dibawah sinar lampu bot yang agak malap itu. Datuk merenung wajah Nyak Sulaiman dengan renungan yang tajam dan penuh simpati. Kamu sayangkan pedang itu Nyak.. Nyak Sulaiman anggukkan kepala. Pada hemat aku, kawan yang menhadiahkan pedang itu, sebenarnya sudah tidak tahan dengan olah dan karenah pedang Jepun ni. Nak dibuang sayang, lalu diberikan kepada kamu. Akibatnya kamu yang tanggung padah. Nyak Sulaiman terus tunduk. Dia tidak memberi sebarang komen. Saya terus membisu, bot terus membelah ombak. Anak buah Nyak Sulaiman tiada seorang pun berkeliaran dekat kami, agaknya mereka menjalankan tugas masingmasing, Mungkin juga sedang tidur, fikir saya dalam hati. Pedang yang aku humban ke laut tu, dah banyak menetak batang leher manusia yang tidak berdosa, kata datuk lagi, aku harap kamu merelakan apa yang aku buat, demi kebaikan dirimu, keluargamu dan anak-anak kapal kamu, datuk menelan air liur. Memang itu yang saya harapkan demi kebaikan diri saya, jawapan Nyak Sulaiman itu, memang di luar jangkaan saya dan datuk. Saya terharu. Perlahan-lahan datuk menepuk bahu kanan Nyak Sulaiman, lima enam kali berturut-turut . Nyak Sulaiman seperti terharu dan dengan spontan tangan Nyak Sulaiman ditarik oleh datuk ke satu sudut yang agak lapang. Di situ, laut dan langit dapat dilihat dengan jelas, begitu juga dengan pengemudi bot yang hanya mengikut dan akur dengan perintah yang diberikan oleh Nyak Sulaiman. Dah masuk kawasan Selat Bengkalis, tak lama lagi sampailah kita ke Kuala Tungkal, jerit pemandu bot sambil menjengukkan kepalanya keluar dari bilik kecil, empat persegi.

Bagus, Nyak Sulaiman menegakkan ibu jari ke arah pemandu bot, kami mahu sembahyang subuh di masjid, sambungnya lagi. Jadi kita terpaksa berhenti di Kuala Tungkal, tidak terus ke Muara Jambi, tanya si pemandu bot lagi. Nyak Sulaiman segera anggukkan kepala. Gerak bot tidak selaju tadi, keadaan laut juga agak tenang. Deru ombak juga tidak sehebat tadi. Kini bot sudah pun berada di perairan Selat Bengkalis dan kian rapat ke pantai, mula mencari sasarannya pengkalan (Jeti) Kuala Tungkal. Langit Selat Bengkalis nampak cerah sekali, Hati-hati, jangan laju-laju nanti gelombangnya mengganggu perahu dan sampan kecil, itu saranan yang diluahkan Oleh Nyak Sulaiman kepada anak buahnya. Saya lihat pemandu bot mendengar dengan patuh sambil anggukkan kepala. Sayu sayu saya melihat cahaya pelita di daratan. Bintang timur di kaki langit jelas kelihatan. Ah! Sebentar lagi kaki ini akan menjejak bumi nenek moyang datuk. Ingin ku temui keluarga disini, hati saya terus berkocak. Akirnya, bot pun rapat kejeti, saya tidak dapat menghitung jumlah bot yang berada di sekitar kawasan jeti disebabkan keadaan agak gelap.

MENDARAT Bot pun berlabuh di jeti dan kami pun mendarat. Nyak Sulaiman membawa saya dan datuk kerumah kenalannya. Manakala anak buahnya tetap berada di bot. kami sampai di sebuah rumah yang halamannya cukup bersih, tidak berpagar tetapi di penjuru kiri dan kanan halaman terpacak buluh kuning yang sudah berdaun halus. Nyak Sulaiman memberi salam, setelah salam di jawap pintu rumah pun terbuka. Mana anak buah kamu, kenalan Nyak Sulaiman mengajukan pertanyaan sambil mempersilakan kami naik ke rumah. Nyak Sulaiman memperkenalkan saya dan datuk kepada kenalannya itu, kami bersalaman. Budak budak tu, sengaja saya suruh tinggal di bot. Saya bimbang kalau tidak ditunggu , nanti barang dalam bot kena geledah pula, Bagus tu, waktu akhir-akhir ini ada bot luar yang ditambat di jeti dirompak, hilang semua barang. Kerja siapa tu. Hai kamu bukan tak tahu, lanun kecil-kecil ni dah lama ada. Cuma sekarang baru mula mengganas. Jadi kamu kena beringat selalu, tutur kawan Nyak Sulaiman yang berbadan tegap, memakai baju Melayu teluk belanga, berkain pelikat bercorak kotak serta ketayap putih.

Di ruang tempat kami duduk, terdapat sejadah dan senaskhah Quran. Saya yakin, semasa Nyak Sulaiman memberi salam tadi, orang itu sedang membaca Quran sementara menanti waktu subuh tiba untuk pergi berjemaah di masjid. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, semasa Nyak Sulaiman memperkenalkan saya dan datuk kepada orang itu. Saya dan datuk disebut sebagai orang Semenanjung saja, nama kami tidak disebut. Dan nampaknya kenalan Nyak Sulaiman itu tidak berminat untuk mengetahui nama saya dan datuk. Semasa orang itu menyuruh isterinya menyediakan kopi, datuk segera bersuara. Tak payah, saya dan cucu guma mahu numpang mandi aje, kemudian nak berjemaah di masjid. Kalau dah begitu kata, saya menurut saja. Agaknya, orang itu tidak meneruskan kata-kata, sebaliknya merenung ke arah Nyak Sulaiman yang kelihatan dalam serba salah. Barangkali, Nyak Sulaiman menyedari kesilapannya kerana tidak menyebut nama datuk dan saya, serta daerah atau negeri asal kami kepada tuan rumah. Dia juga tidak memberitahu nama tuan rumah kepada kami. Tetapi, kerana ikatan rumpun bangsa dan agama yang dimiliki membuat kesilapan tidak menjejaskan atau menghalang kami berkomunikasi dengan baik dan teratur. Ya ini saya perkenalkan. Nyak Sulaiman tidak meneruskan kata-kata, datuk menghampiri tuan rumah lalu berbisik sesuatu. Dia sudah memberitahu namanya pada aku, nama cucunya Muhammad Tamar, turut tuan rumah dengan tenang, aku juga sudah memberitahu nama aku Haji Mat Nor, imam masjid di sini, lanjut tuan rumah. Maafkan saya, dengan wajah minta simpati Nyak Sulaiman merenung ke arah datuk. Tak mengapa, bagi diri saya, terlupa tersilap perkara biasa , sahut Haji Mat Nor dengan cara itu rasa malu Nyak Sulaiman hilang dengan sendirinya. Kalau begitu, pergilah mandi dulu. Kemudian kita berjemaah subuh, sebenarnya tentang kawan ni . Haji Mat Nor menepuk bahu kanan datuk, Nakhoda Amirul yang menguruskan perjalanan kamu ke mari, dah beritahu, sambutan Haji Mat Nor tersenyum. Datuk anggukkan kepala tetapi Nyak Sulaiman gelengkan kepala, barangkali dia kagum dengan cara Nakhoda Amirul bertindak dan mengatur perjalanan datuk dan saya ke tanah jambi. Saya dan datuk beredar dari ruang rumah menuju ke perigi yang dipagar dengan papan jati. Kerana air telaga terasa amat sejuk saya Cuma mandi dua baldi kecil saja. Sejuknya bukan kepalang, saya terus mengigil. Dalam keadaan mengigil itu saya segera berfikir betapi rapi dan tersusunnya kerja yang diatur leh Nakhoda Amirul sesuai dengan namanya yang bermakna PEMIMPIN ATAU PENTADBIR

TIADA Sekembalinya kami dari perigi, Nyak Sulaiman sudah tiada di ruang rumah. Kemana si Nyak? tanya datuk Balik ke botnya, dia sembahyang di bot. Lepas tu dia nak menyusur tepi pantai menuju ke Pulau Penyengat, dari situ dia nak ke Lampung akhirnya ke Madura. Berani berjalan jauh dengan bot kecilnya, kata datuk ragu-ragu. Haji Mat Nor tersenyum lalau berkata: Orang Acheh memang berani dengan laut. Hum. Datuk angguk kepala Penjelasan dari Haji Mat Nor itu memang ada logiknya. Sejarah sudah membuktikan, kalau orang Acheh tidak berani mengharungi laut sudah pasti mereka tidak sampai ke Pulauan Melayu. Malah ada beberapa negeri di Tanah Semenanjung pernah di kuasai oleh orang Acheh terutama di zaman kegemilangan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota dalam sekitar tahun 1613.

145. ILMU SI BANGAU PUTIH Jilid 11 Diluar, bayu subuh terus bertiup lembut menyentuh dedaun di hujung ranting. Geseran antara dedaun melahirkan irama yang tidak menentu nadanya. Kokok ayam masih bersahut-sahutan. Dingin subuh terasa menguasai kulit. Haji Mat Nor bangun dan terus mengemaskan ikat kainnya. Letak songkok putihnya dibetulkan begitu juga dengan baju yang dipakai. Dia membuka jendela merenung ke arah kaki langit. Subuh dah hampir, katanya sambil merapatkan daun jendela. Jadi, elok kita pergi sekarang? sahut datuk. Iya. Haji Mat Nor pun membuka pintu. Kami segera berangkat ke masjid. Sampai saja di kawasan halaman masjid, kelihatan para jemaah duduk di bangku sambil berborak sesama sendiri. Kalau tidak silap perkiraan saya, jumlah para jemaah yang ada di situ lebih kurang dua puluh orang. Saya dan datuk pun diperkenalkan oleh Haji Mat Nor dengan para jemaah yang ada.

Boleh saya mulakan azan Pak Imam, waktu dah cukup, tutur anak muda itu sambil menatap wajah Haji Mat Nor. Nanti dulu, tahan Haji Mat Nor. Saya lihat wajah anak mudak berkulit sawo matang itu segera berubah. Mungkin dia berasa malu, bila ditahan melakukan sesuatu di depan saya dan datuk yang dikiranya tetamu besar. Bagaimana, kalau kita, minta orang muda dari tanah seberang melaungkan azan subuh, suara Haji Mat Nor meninggi, ekor matanya menjeling ke arah saya. Dan perasaan saya mula gementar. Kenapa saya? Mengapa tidak anak muda itu. Dalam keresahan yang tidak menentu itu, saya lihat datuk senyum panjang. Dia pun mendekati saya. Mereka mahu menguji kamu, orang di sini, kalau budak sebaya kamu tidak tahu membaca Quran, berzanji, tak tahu sembahyang, tak tahu azan, tak boleh jadi imam atau membaca doa, dikira bukan anak muda yang sempurna, walau pun dia lulus sekolah tinggi, masih dikira tidak berilmu dan kurang iman, itu yang datuk bisikkan kepada saya. Bisikan datuk itu membuat saya didatangi semangat baru. Sesungguhnya saya tidak rela di anggap sebagai anak muda yang kurang iman atau tidak cinta pada agama. Tentu, memang saya boleh membuatnya, terpancut ungkapan itu dari kelopak bibir saya. Semua yang berada di situ berpandangan sama sendiri. Wah, ini sudah cukup baik, tutur anak muda yang ditahan oleh Haji Mat Nor daripada melaungkan azan. Dia mendekati saya, menjabat tangan dan memeluk tubuh saya dengan erat. Dengan sopan dia memimpin saya ke dalam masjid dan menunjukkan di tempat mana yang harus berdiri untuk melaungkan azan. Beberapa detik kemudian suara saya menguasai ruang angkasa Kuala Tungkal. Selesai melakukan solat, lalu dilanjutkan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh haji Mat nor. Perkara yang dibentang oleh Haji Mat Nor ialah berhubung dengan hal ketakwaan insan kepada Allah. Memang menarik dan mempersonakan cara Haji Mat Nor menyampaikan kuliahnya. Semasa saya mahu keluar dari masjid untuk menuju ke rumah Haji Mat Nor, saya dapati para jemaah berkumpul di muka pintu. Kerana datuk ada di kanan, Haji Mat Nor di kiri saya tidak merasa cemas atau bimbang dan terus melangkah ke ambang pintu. Di luar dugaan, sebaik sampai di muka pintu, para jemaah ada terus menyerbu ke arah saya, mereka menghulurkan salam persahabatan dan memuji saya. Dia sudah membuktikan kemampuannya, Haji Mat Nor terus memeluk saya, diharap ramai lagi anak-anak muda serumpun bangsa yang boleh diharap

seperti dia ni, tambah Haji Mat Nor. Kalau tadi saya dipeluk, kini bahu saya ditepuk. Segala-galanya atas izin Allah, kata saya. Ya atas kehendak-NYA juga kita berjumpa bangsa serumpun seagama di depan masjid, balas datuk lalu di sambut dengan senyum oleh para jemaah yang ada. Semua telapak tangan jemaah saya jabat penuh mesra. Ada juga yang sempat bertanya kepada saya tentang beberapa penduduk kampung saya yang menurut mereka ada pertaliankeluarga dan mereka juga menyatakan keinginan ke tanah semenanjung. SEDIA Sepanjang jalan pulang dari masjid ke rumah, perbualan datuk dengan Haji Mat Nor cukup rancak. Topik perbualan mereka berkisar tentang sejarah lampau tentang kehebatan pahlawan-pahlawan Melayu sama ada di Sumatera, Pulau Jawa, Tanah Melayu menentang pemerintaan sultan-sultan yang zalim. Pahlawan-pahlawan itu sanggup menggadaikan nyawa demi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan untuk rakyat jelata. Dari kisah silam perbualan melarat tentang kebangkitan orang Melayu di tanah semenanjung menentang Inggeris untuk merebut kemerdekaan tanah air dan orang-orang Indonesia pula menentang Belanda. Saya tidak campur dalam perbualan yang rancak itu, saya lebih banyak mendengar saja. Akhirnya, kami sampai ke rumah. Sarapan sudah tersedia. Harum bau kopi asli Jambi menusuk ke lubang hidung saya. Isteri Haji Mat Nor menghidangkan pulut kukus bersama telur goreng dan ikan gelama masin. Ada dua pilihan sama ada mahu makan pulut berlaukkan telor goreng atau ikan masin goreng. Bau dari hidangan yang tersedia membuka selera saya. Selera datuk saya tidak tau. Silakan. Haji Mat Nor meletakkan sepiring pulut di depan saya bersama secawan kopi tanpa susu yang masih berasap. Pada saat saya mahu menjamah pulut, isteri Haji Mat Nor meletakkan sepiring pisang nangka goreng. Kalau tak suka pulut, makan saja pisang goreng, tutur isteri Haji Mat Nor. Saya tersenyum. Banyak sangat makanan yang disediakan, kata datuk. Manalah banyaknya, sekadar untuk menjamu orang jauh, haji Mat Nor bersuara sambil tersenyum riang. Datuk juga turut senyum megah menerima penghormatan yang diberikan kepadanya. Kerana sudah menjadi kebiasaan kepada datuk tidak akan mengisi perut dengan bahan makanan yang berat-berat. Dia hanya mengunyah sepotong pisang nangka goreng dan setengah cawan kopi. Haji Mat Nor agak terkejut dengan

sikap datuk. Kenapa cepat berhenti? Cukuplah, makan pagi sekadar mengalas perut aje Agaknya makanan tak sedap. Subhanallah, semua makanan yang ada ini sedap-sedap belaka, sudah menjadi kebiasaan saya makan sikit, datuk berharap penjelasan itu akan membunuh segala keraguan yang mahu berbunga di hati Haji Mat Nor. Ternyata Haji Mat Nor dapat menerima dapat menerima penjelasan itu dengan hati yang terbuka. Datuk gembira sekali. Kami meninggalkan ruang dapur (ruang makan) menuju ke bahagian anjung dan terus duduk di situ. Bunyi kicau burung gamat sekali bersama sinar matahari yang memancar lembut.

Duduk sekejap. Awak nak kemana? Saya Haji Mat Nor tidak meneruskan kata-katanya. Dia seperti menyedari ada kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja. Dia tidak jadi berdiri dan duduk semula. Telapak tangan datuk segera dipegangnya erat-erat. Maaafkan saya, sudah menjadi tabiat bila cuaca pagi cerah dan elok, saya terpaksa membuat gerak silat di halaman rumah, kerana terlalu suka nak bersilat saya terlupakan awak, lanjut Haji Mat Nor. Datuk anggukkan kepala. Dia tidak kecil hati atau tersinggung dengan apa yang dilakukan oleh Haji Mat Nor. Silakan, ilmu yang ada mesti diamalkan, kalau berilmu tidak diamalkan ibarat perahu tidak berdayung, tingkah datuk. Saya setuju. Haji Mat Nor tepuk bahu kanan datuk dengan sopan. Awak mengamalkan ilmu silat bangau putih. Iya, angguk Haji Mat Nor. Gerak silat tu lembut, tetapi buah yang dilepaskan cukup padu, pantas dan laju. Betul, awak tahu tentangnya? Saya cuma belajar sekadar nak tahu saja. Tapi kalau sesak boleh dimanafaatkan, suara Haji Mat Nor lembut tetapi amat

mengesankan. biar saya mulakan, sambungnya. Silakan, kata datuk. Bersama kicau beburung di reranting, seiring dengan pancaran matahari pagi, saya lihat haji Mat Nor membuka dan mengorak langkah silat. Sungguh tangkas dan gagah sekali. Dan pengamatan saya ternyata ilmu silat bangau putih yang dimilikinya amat tinggi sekali. PELUH Haji Mat Nor menghabiskan masa empat puluh lima minit untuk berlatih. Bila seluruh badannya bermandikan peluh, barulah ia berhenti. Langkahnya bagaikan pendekar muda dalam usia menuju ke arah saya. Peluh yang di tampar sinar matahari nampak seakan-akan bercahaya berkilau di samping otot-otot yang menonjol di lengan dan bahagian dada dan leher. Dia bukan orang sebarangan, dia pendekar yang berilmu dunia dan akhirat. Bisik datuk ke telinga saya, di saat Haji Mat Nor sudah hampir benar ke kaki tangga. Apa yang di bisikkan tu. Memberitahu cucu, awak bukan sebarangan orang. Jangan sampai begitu sekali, kita ni manusia ada kelemahan dan kekurangan. Awak tak mahu bersilat? Biarlah dulu, nanti sampai tempat yang di tuju baru lah elok berlatih silat. Oh ya, Haji Mat Nor menyapu peluh di dahu dengan belakang tangan, semuanya sudah saya aturkan, tokoknya lagi lalu memijak anak tangga. Kemudian duduk di depan datuk. Saya lihat ada keresahan bermain di wajah datuk. Dua tiga kali dia mengedutkan dahi luasnya hingga kelihatan berlapis. Dia melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Ternyata Haji Mat Nor bagaikan mengetahui apa yang bergolak dalam batin datuk. Kamu kurang faham dan merasa pelik dengan apa yang aku cakapkan. Kata Haji Mat Nor. Datuk anggukkan kepala. Bukankah kamu berdua nak ke Jambi? Pertanyaan dari Haji Mat Nor membuat saya tersentak dari mengelamun panjang. Iya, cepat-cepat datuk menjawap. Dengan apa kamu berdua nak pergi ke sana? Tentulah dengan bot.

Sudah ada botnya? Sekejap lagi saya nak cari bot sewa yang mahu kesana atau naik bot penambang biasa Saya lihat Haji Mat Nor termenung panjang. Dua tiga kali menggosok pangkal hidungnya. Sepasang anak matanya merenung jauh ke halaman rumah yang di sinari matahari pagi. Datuk kelihatan aman dan bersedia mendengar sebarang komen yang bakal diluahkan oleh Haji Mat Nor. Bukan mudah nak dapatkan bot sewa, kalau tak buat tempahan awal-awal. Bot penambang juga susah, kalau orang luar, dia orang keberatan nak bawa, katakata Haji Mat Nor itu membuat datuk tersentak. Benarkah begitu? Soal datuk Haji Mat Nor anggukkan kepala. Saya orang sini, saya bukan orang luar, saya orang Jambi. Tapi awak sudah lama merantau, Haji Mat Nor renung muka datuk, perlahanlahan datuk anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat Haji Mat Nor. Datuk benar-benar dalam keresahan yang memanjang. Tetapi, terus berfikir untuk menguasai masalah agar perjalanan yang diatur tidak menemui kegagalan. Bagaimana cara yang mudah untuk kesana? Maksud saya mudah mendapatkan bot sewa atu mudah naik bot penumpang, itulah cara datuk meminta bantuan atau pertolongan dari Haji Mat Nor. Tidak dinyatakan secara terang-terangan, tetapi maksudnya cukup jelas sekali. Perkara ini lah yang nak aku bincangkan dengan kamu, sayangnya kamu tak dapat menangkap maksud aku tu., Haji Mat Nor mengakhiri ungkapan dengan senyum. Di luar sinar matahari terus marak, nyanyian beburung mula berkurangan. Beberapa orang penduduk kampung lalu di halaman rumah Haji Mat Nor. Saya diberitahu, mereka mengunakan halaman rumah tersebut sebagai jalan pintas menuju ke ladang untuk bercucuk tanam. Macam mana? Kamu setuju dengan apa yang aku atur? Maksudnya? Aku sudah berjanji dengan Fuad Hassan nak menyewanya botnya untuk membawa kamu ke Muara Jambi, duit cengkeramnya sudah pun aku berikan. Kalau setuju mari kita pergi ke rumahnya, kita selesaikan pembayaran sewanya.

Macam mana boleh jadi begini, kata datuk penuh dengan wajah yang terkejut. Haji Mat Nor terus meraba-raba hujung dagunya, Senyum terus bermain di kelopak bibir. Nakhoda Amirul yang menyuruh menyediakan semuanya itu, duit sewa pun disediakan bukan duit aku. Aku cuma menjalankan amanahnya saja, lanjut Haji Mat Nor lagi. Lagi sekali saya lihat datuk temenung panjang. Dia mengelengkan kepalanya dengan lemah lalu merenung wajah Haji Mat Nor dengan tepat. Tak saya duga sampai sejauh itu persiapan yang disediakan oleh Nakhoda Amirul, keluh datuk. Katanya, sebagai penghargaan kerana awak banyak membantu perjuangan rakyat Acheh menentang Belanda. Ah, apa yang saya buat sekadar kewajipan, menolong bangsa serumpun dan seagama. Saya tidak mengharapkan balasan. Sudahlah tu, tunggu di sini. Biar saya bersiap dulu, kemudian kita sama-sama jumpa Fuad Hassan, haji Mat Nor terus bangun menuju ke ruang dalam.

BERSIAP Sementara menanti Haji Mat Nor selesai bersiap, datuk mengambil kesempatan meluruskan sepasang kakinya. Saya pula tumpukan perhatian ke arah beburung yang rancak melompat di reranting pokok. Sayup-sayup terdengar suara merbuk, amat nyaring dan memikat. Saya juga terdengar burung terkukur yang bergok tiga dan hati saya terpikat. Tanpa disedari saya bergerak perlahan-lahan ke arah tangga. Hai, nantilah dulu Tamar, kita pergi bersama-sama. Segera saya menoleh ke arah Haji Mat Nor yang berdiri dekat datuk. Dia memakai seluar putih, baju kuning lengan panjang. Kopiah putih masih terlekap di kepala. Dia bukan nak kesana tu, dia terpikat dengan suara burung terkukur dan merbuk, kata datuk lalu disambut dengan ketawa oleh Haji Mat Nor. Saya tersipu-sipu malu.

Di rumah Fuad Hassan banyak burung merbuk dan terkukur, dia suka membela burung, tingkah Haji Mat Nor. Saya mampu terasenyum. Dibawah rimbunan dedaun dari pohon besar, sinar matahari masih mampu menjilat permukaan bumi yang kami lalui. Langkah kami cukup rancak sekali. Setelah melalui kawasan berpokok, kami lintasi kawasan tanah lapang yang

boleh dianggap sebagai padang kecil. Di hujung kawasan tanah lapang itulah terletaknya rumah Fuad Hassan. Halamannya cukup bersih dengan rumput yang menghijau, (baru lepas di sabit). Di bahagian halaman sebelah kanan terdapat pepokok buah-buahan seperti delima, mangga, rambutan, manggis dan bermacam-macam lagi. Kawasan tanahnya cukup luas, pada hemat saya lebih dari dua ekar. Berdasarkan pada pepohon buah-buahan yang saya lihat ternyata Fuad Hassan orang yang rajin bercucuk tanam. Semasa kami sampai, Fuad Hassan sedang mengumpulkan dedaun tua yang gugur di sudut halaman. Melihat kedatangan kami, dia terus berhenti dari mengutip dedaun tersebut. Dia segera mendekati Haji Mat Nor. Jadi sewa bot saya? Itu pertanyaan pertama yang dituturkan oleh Fuad Hassan tanpa memberi peluang kepada haji Mat Nor untuk memperkenalkan diri datuk dan saya kepadanya. Kita perlu berunding lagi Fuad. Berunding ? Fuad Hassan jegilkan biji mata. Iya, angguk Haji Mat Nor. Saya dan datuk hanya memerhatikan saja gelagat mereka. Haji Mat Nor dan Fuad Hassan bertepuk bahu antara satu sama lain dengan penuh mesra. Kalau begitu kita ke sana, duduk di pelantar bawah pokok kelapa gading, kita minum kopi dulu, baru seronok berunding. Baik juga tu, jom kita ke sana, sahut Haji Mat Nor. Kami pun segera melangkah ke tempat yang dimaksudkan. Dalam perjalanan ke tempat tersebut barulah Haji Mat Nor memperkenalkan diri saya dan datuk kepada Fuad Hassan (tadi sekadar bersalaman dan bertukar senyum. Sekali-kali datuk turut campur dalam perbualan yang difikirkan perlu dan wajar.) Kami terus duduk bersila atas pelantar yang dibuat dari papan. Tingginya dari permukaan tanah lebih kurang dua kaki dan mempunyai empat tiang dari kayu teras. Dari pelantar Fuad Hassan yang berusia lebih kurang enam puluhan mengangkat tangan ke arah dapurnya. Hati saya berdebar, saya ternampak kelibat gadis di jendela dapur untuk beberapa detik. Bagi menghilangkan debaran di dada saya pun menelan air liur dan menggigit bibir hingga terasa sakit. Saya terus merenung ke arah kawasan di luar halaman rumah yang dipenuhi dengan rimbunan pepokok kecil. Ada apa ayah?

Saya menoleh ke kanan. Lagi sekali dada saya berdebar, rasanya kelopak mata bagaikan tidak berkedip melihat sesusuk tubuh gadis terpacak kaku di depan mata. Aduh! Dia tersenyum dan terpamerlah lesung pipit di pipi. Sungguh mempersonakan dengan sepasang anak mata yang lembut menawan. Buat kopi untuk kawan-kawan ayah. Suruh emak kamu buat sikit jemputjemput. Kalau begitu kamu buat sendiri. Baiklah ayah. Supaya tidak ketara yang saya terpegun dengan gadis berkulit hitam manis itu, segera saya alihkan wajah ke arah lain tetapi ekor mata masih menjeling ke arah gadis tersebut. Dah besar anak kamu, kalau tak silap ini anak bongsu kamu. Namanya Nurul Hayat, kata Haji Mat Nor. Kuat juga ingatan kamu, dah tiga bulan dia balik dari Padang Panjang. Tak belajar sekolah agama lagi? Dah tamat. Rasa aku dia anak perempuan kamu yang lulus ujian silat Cakar Kera dengan Pendekar Seman. Dia belajar silat dengan aku cuma peringkat menengah saja. Iya, angguk Fuad Hassan.

146. BERTARUNG DI BATANGHARI Jilid 11 Hati saya menjadi kecut gadis yang nampak lemah lembut dan penuh sopan santun rupa-rupanya menguasai Cakar Kera dan Bangau Putih, Ini sungguh hebat, saya tak boleh main kasar dengannya, kalau main kasar alamat gigi saya tercabut atau tulang terkehel. Dia bukan gadis sebarangan. Celakanya, hati saya sudah terpaut dengan wajahnya yang bujur sirih. Dan gadis-gadis yang terlekat dihati terus padam dari ingatan saya. Nurul Hayat, kau cantik, jerit batin saya sambil mengigit lidah dan menelan air liur. Mata nakal saya sering saja merenung ke arah tingkap dapur dan mengharapkan Nurul Hayat segera keluar membawa minuman untuk kami. Saya jadi resah, tidak tentu arah.

Kenapa kamu nampak gelisah, tidak saya duga itu yang diungkap oleh Haji Mat Nor di saat sepasang anak matanya menerpa ke wajah saya. Dia tersenyum sinis. Agaknya dia nak minum, sabarlah, tingkah Fuad Hassan, satu sindiran yang amat tajam untuk saya. Datuk tidak memberi sebarang komen, dia hanya tunduk saja. Aku jadi sewa bot kamu, ini baki dari duit pendahuluan dulu, Haji Mat Nor hulur wang kepada Fuad Hassan. Saya lihat Fuad Hassan seperti keberatan mahu menerima wang tersebut. Dia nampak resah semacam sambil merenung ke arah saya. Bila nak bertolak? Tanya Fuad hassan. Lepas sembahyang zuhur, jawap datuk. Perbualan terhenti sebentar kerana memberi kesempatan pada Nurul Hayat mengaturkan kopi dan hidangan di depan kami. Kesempatan itu saya gunakan dengan sebaik mungkin untuk menatap wajah bujur sirih yang dilindungi selendang sutera warna kemerah-merahan. Mata nakal saya terus mengenyit ke arahnya sebaik saja dia meletakkan cawan. Saya kira genyitan itu pasti mendapat balasan dengan senyuman, perkiraan saya tidak tepat. Saya menerima kerlingan tanda marah yang dituruti dengan jegilan sepasang mata yang bersinar garang dan secara tidak langsung memperlihatkan ciri-ciri pendekar. Lagi sekali jantung saya berdegup dan terus merenung lantai. Nurul Hayat meninggalkan kami di pelantar. Sebagai anak muda, ekor mata saya yang nakal terus menyorot langkah dan lenggang-lengguk Nurul Hayat. Hati kecil saya sudah terpikat dengannya. Minumlah cepat, apa menung-menung, sergah datuk. Saya tersipu-sipu malu, kerana di saat datuk menyebut perkataan tersebut biji mata Haji Mat Nor dan Fuad Hassan tertumpu ke arah saya. Bagi menghilangkan rasa malu, kopi segera saya hirup. Biji mata Haji Mat Nor dan Fuad Hassan tidak lagi tertumpu ke wajah saya. Mereka terus mengunyah kuih dan menghirup kopi, perasaan saya jadi aman dan tenteram. Aku memilih menyewa bot kamu kerana itu kemahuan Nakhoda Amirul. Katanya, kamu boleh berlebih kurang dan arif dengan selok-belok Sungai Batanghari. Haji Mat Nor terus menjentik badan cawan dengan kuku jari telunjuk untuk beberapa kali. Kemudian menghirup sisa kopi yang masih ada untuk kali terakhir. Puas hati dengan bayaran sewa? Kalau tak puas hati cakap terus-terang biar aku sampaikan dengan Nakhoda Amirul, kalau kamu memerlukannya sangatsangat, boleh aku dulukan duit aku, cukup tenang Haji Mat Nor bersuara.

Ah, ini pun dah lebih dari cukup, lagi pun Nakhoda Amirul banyak membantu aku, sahut Fuad hassan. Kalau begitu biar kami balik dulu, Haji Mat Nor tepuk bahu Fuad Hassan. Saya dan datuk berpandangan. Macam mana kalau kita makan tengah hari di sini, permintaan dari Fuad Hassan yang tidak berapa saya senangi. Saya kira datuk juga keberatan untuk memenuhi permintaan tersebut. Minta maaf saja, jawap Haji Mat Nor. Bagaimana dengan awak pula. Saya juga minta maaf, lagi pun dah janji nak makan tengah hari di rumah sahabat saya ni, datuk meluruskan jari telunjuk ke arah Haji Mat Nor. Cepatcepat Haji Mat Nor anggukkan kepala. Lagi pun saya belum berkemas, tambah datuk lagi dan saya lihat Fuad Hassan anggukkan kepala aku dengan alasan yan diberikan oleh datuk. Dan kami pun berangkat meninggalkan kawasan rumah Fuad Hassan. Bila sampai dekat pokok bunga tanjung yang besar dan rimbun, saya menoleh ke arah rumah yang berbumbung limas itu dengan harapan Nurul Hayat akan muncul di jendela untuk memberikan senyuman terakhir. Harapan saya tidak menjadi kesampaian. Dalam putus asa itu, saya terus melangkah sebarangan. Entah macam mana kaki kanan tersepak seketul kayu. Akibatnya saya tersungkur ke bumi. Ke mana mata kamu? Orang berjalan merenung ke bumi, bukan renung ke kesana ke sini macam rusa masuk kampung, rungut datuk dengan wajah yang kurang menyenangkan. Dan terasa diri serba salah, hayun tangan dan langkah kaki semuanya tidak menjadi. Lebih menghampakan lagi bila terlihat Haji Mat Nor tersenyum sinis ke arah saya. Terasa tebal kulit muka, apa mahu dikata, itulah nasib diri yang sudah diamuk mabuk kepayang terhadap Nurul Hayat. Langkah saya teruskan.

BERANGKAT Setelah selesai makan dan sembahyang zuhur, Haji Mat Nor pun mengajak saya dan datuk ke pengkalan bot Kuala Tungkal. Sebaik saja kami sampai ke jeti (pengkalan) dari jauh sudah kelihatan Fuad Hassan berada di atas bot. Dia melambaikan tangan ke arah kami sambil menjeritkan nama Haji Mat Nor dengan lantang. Langkah kami panjangkan untuk mendekatinya. Bila hampir dengannya saya dapati botnya cukup besar. Bahagian badan bot dicat dengan warna biru macam

air laut. Bahagian atas pula dicat dengan warna putih. Saya harap awak selesa dengan bot ini, katanya sebaik saja saya dan datuk berdiri di atas botnya. Haji Mat Nor masih lagi berdiri di atas jeti. Selain dari kami tak ada orang lain, mulut nakal saya mengajukan pertanyaan. Datuk gigit bibir sambil mengelengkan kepala dengan pertanyaan yang saya kemukakan kepada Fuad Hassan. Memang tidak saya sangka sama sekali Haji Mat Nor yang berada di atas jeti dapat mendengar pertanyaan tersebut. Dia tersenyum lucu. Kenapa kau tanya macam tu, Tamar? Soal Haji Mat Nor. Sengaja nak tanya. Tak salah dia bertanya, biar saya berterus terang, Bila saya hantar mereka ke Jambi, masa balik bot saya kosong. Saya perlukan kawan maklumlah keadaan sekarang bukannya bagus sangat, kata-kata yang keluar dari mulut Fuad Hassan membuat saya tersentak begitu juga dengan Haji Mat Nor dan datuk. Siapa dia kawan yang kamu bawa? Fuad Hassan tersenyum dengan sepasang matanya merenung tajam ke arah Haji Mat Nor yang berdiri atas jeti dalam panas terik. Badan saya sudah berpeluh, rasa panas cukup perit mengigit kulit muka. Angin dari Selat Bengkalis tidak dapat menyejukkan seluruh tubuh. Datuk tetap tenang merenung ke arah ombak laut yang beralun. Siapa dia kawan kamu tu, Fuad? Ulang Haji Mat Nor. Perhatian saya dan datuk mula tertumpu kepada Fuad Hassan. Berdebar menanti jawapan darinya. Saya yang nak temankan ayah. Bila mata saya dan datuk tertumpu ke arah hujung bot, Nurul Hayat berdiri di situ dengan kain selubung yang menutupi sebahagian dari wajahnya. Saya tergamam untuk beberapa saat sebelum saya menghadiahkan senyum untuknya. Nurul Hayat segera masuk ke perut bot kembali. Saya menarik nafas hampa, saya kira alangkah baik nya kalau Nurul Hayat mahu berdiri di situ selama lima minit sambil menjatuhkan kain selubungnya untuk saya tatap wajahnya. Haji sekarang kamu dah tahu siapa kawan aku. Apa kamu yakin dia dapat menolong kamu kalau di serang orang jahat, Aku yakin dia boleh menolong, kalau masa pergi ada perompak nak rampas bot aku tak bimbang, sebabnya kami ada berempat, apa yang aku bimbangkan bila masa nak balik nanti.

Kalau kamu dah yakin dengan kemampuannya, dengan izin Allah kamu boleh mengalahkan musuh, kata Haji Mat Nor sambil mengesat peluh di dahi dengan belakang tangannya. Aku harap kawan kita dari semenanjung tidak kecil hati dengan cara ni, kalau dia kecil hati aku minta maaf. Aku terpaksa buat demi keselamatan aku, saya tahu kata-kata itu ditujukan oleh Fuad Hassan untuk datuk. Saya tak kecil hati, tak marah. Saya megah kerana awak beringat sebelum kena. Memang menjadi budaya kita orang Melayu, sediakan payung sebelum hujan, beringat sebelum kena, sahut datuk dengan sepontan. Datuk dan Fuad Hassan berbalas ketawa penuh mesra dalam sinaran matahari yang kian mengigit, Haji Mat Nor tumpang senyum dari jauh. Rasanya waktu yang baik untuk bertolak, matahari dah condong angin pun tak berapa kuat, kata datuk sambil merenung ke dada langit melihat awan gemawan yang bergerak perlahan-lahan ke arah utara. Saya mengikut saja, jawap Fuad Hassan. Biarlah kami pergi dulu, jerit datuk ke arah Haji Maat Nor. Silakan, semoga Allah menyelamatkan perjalanan kamu semua, diharapkan tak ada halangan yang menghalang, elakkan diri dari musuh kecuali sudah terpaksa, nasihat Haji Mat Nor. Fuad Hassan menyelinap ke dalam perut bot. Beberapa minit kemudian terdengar bunyi enjin bot. Air di pinggir bot nampak berbuih dan bergelombang. Fuad Hassan keluar dari perut bot dia bersalaman dengan Haji Mat Nor. Bot mula bergerak memisahkan badannya dengan jeti.

MEMUSINGKAN Setelah memusingkan badannya, bot pun menghalakan haluannya ke arah yang ingin ditujui. Bunyi jentera bot makin kuat, ombak dan alun buritan bot kian hebat. Saya dan datuk masih lagi merenung ke arah pelantar, begitu juga dengan Fuad Hassan. Kami berbalas-balas lambaian tangan dengan Haji Mat Nor. Tiba-tiba saya terfikir siapa yang mengemudikan bot yang kami naiki, sedangkan Fuad Hassan yang sepatutnya memandu bot masih berdiri di kanan datuk. Dada saya berdebar. Siapa yang bawa bot? Serentak dengan pertanyaan itu wajah Fuad Hassan saya tenung lama-lama. Dia tersenyum lalu membongkok mengambil sesuatu di atas lantai bot dan terus dibalingkan ke laut.

Iya, siapa yang bawa bot, tak mungkin bot berjalan sendiri, datuk yang mula perasan dengan apa yang saya katakan terus mengeluarkan pertanyaan. Siapa lagi kalau bukan Nurul Hayat, kata Fuad Hassan. Nurul Hayat, kata saya. Iya, anak saya tu serba boleh, kalau calang-calang orang lelaki tak dapat mengatasi kebolehannya, saya kira kata-kata itu adalah sindiran yang tajam untuk saya. Makin lama makin jauh jeti Kuala Tungkal kami tinggalkan, bot-bot yang berlabuh di situ nampak berbalam-balam dan akhirnya terus ghaib dari kuasa mata saya. Kami berselisih dengan beberapa bot yang sedang menuju ke Selat Bengkalis atau pergi ke Kuala Tungkal. Datuk dan Fuad Hassan sudah masuk ke perut bot, mereka tidak kuasa menentang matahari yang terus memancar keras. Walaupun badan sudah berpeluh tetapi saya masih rasa selesa berdiri atas bot. Terhibur rasa hati menatap kehijaun pepokok yang tumbuh di kiri kanan tebing sungai. Kicau burung adalah nyanyian yang terindah buat saya. Sesungguhnya menyusuri Sungai Batanghari yang panjang itu sungguh mengasyikkan. Saya rasa terhibur dan damai sekali. Rasanya saya tidak akan turun ke bahagian perut bot untuk baring atau duduk di situ. Angin dari Sungai Batanghari menghalau rasa panas dari tubuh saya. Di tengah-tengah keghairahan menatap panorama alam sekitar, saya terlihat kemunculan sebuah bot kecil dari sebelah kanan tebing. Bot kecil yang laju itu memburu dan memintas bot yang kami naiki. Tiga orang lelaki yang berada di dalamnya menjerit menyuruh kami berhenti. Fuad Hassan dan datuk segera keluar dari perut bot dan berdiri di sisi saya. Enjin bot dimatikan. Sebaik saja bot kecl itu rapat ke bot yang kami naiki dua orang lelaki melompat ke atas bot. lelaki yang melilit kain merah di kepala menyandang senjata api, manakala yang memakai topi cowboy membawa parang panjang memperlihatkan keramahan dan persahabatan,

Bawa senjata api, tanyanya Fuad Hassan gelengkan Makanan? Tak ada, jawap datuk Awak orang luar. Datuk anggukkan kepala. Biasanya oang luar banyak wang dan bawa emas, bila mahu ke Jambi. Awak

orang Tanah Melayu? Benar saya dari Tanah Melayu, saya tak bawa wang dan emas, saya mahu ke Jambi nak jumpa sanak saudara, kata datuk dengan sopan dengan lemah lembut. Si topi cowboy ketawa berdekah-dekah sambil gelengkan kepala. Tidak percaya dengan apa yang datuk katakan.

RENUNG Bila ketawanya berakhir si topi cowboy renung muka Fuad Hassan. Macam tadi juga dia memperlihatkan rasa persahabatan dan kemesraan, macam orang baikbaik. Orang ni sewa bot kamu? Iya? Duit sewanya mana, aku mahu duitnya. Tinggal di rumah, di Kuala Tungkal. Aku nak ambil bot ni. Itu tak patut, kerja saya dengan pelanggan belum selesai. Tak elok saya biarkan orang yang menyewa bot saya susah. Begini, kita buat perjanjian. Perjanjian apa? Fuad Hassan terkejut. Begini, kamu boleh hantar pelanggan kamu ke Jambi, masa balik nanti kamu di sini, masa tu kau serahkan saja bot ni kepada kami. Sekarang kami nak periksa dulu, mana yang patut kami ambil. Belum pun sempat Fuad Hassan memberi jawapan, kedua-dua lelaki itu terus masuk ke bahagian perut bot dengan wajah yang bengis. Siapa mereka? tanya datuk kepada Fuad Hassan. Orang jahat, lanun sungai, kata Fuad Hassan Hai, jangan buat kurang ajar, terdengar suara Nurul Hayat meninggi. Datuk dan Fuad Hassan berpandangan dengan wajah yang cemas. Anak kamu Fuad, nada suara datuk lemah. Tidak ada jawapan dari Fuad Hassan. Wajahnya gusar sekali. Saya melangkah dengan niat untuk menolong tetapi ditegah oleh datuk. Dalam saat perasaan yang serba salah itu, saya lihat Nurul Hayat berlari ke arah

kami. Dua orang perompak terus memburunya, sebaik sampai di tempat lapang Nurul berhenti, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dari kedua-dua lelaki itu. Dia ni siapa? lelaki bertopi cowboy mengajukan pertanyaan kepada Fuad Hassan. Anak saya. Dia kurang ajar. Kenapa kata macam tu Dia tak mahu menyerahkan gelang, cincin dan rantai yang dipakainya, bila rampas dia melawan. Sekarang kamu suruh dia serahkan barang-barang emas kepada kami, kalau dia mau hidup. Saya tak mahu masuk campur, itu urusannya. Sudah semestinya dia mempertahankan haknya. Kamu mahu anak kamu mati. Kalau janji Allah dia mati ditangan kamu, saya relakan, jawapan dari Fuad Hassan membuat si topi cowboy naik angin. Tanpa membuang masa dia menerpa ke arah Nurul Hayat dengan parang panjang tergenggam di tangan. Saya jadi cemas, bila melihat mata parang berkilau diterpa sinar matahari, satu pandangan yang cukup mendebarkan hati dan saya berharap Fuad Hassan tidak akan membiarkan anaknya bersendirian. Bantu dia, kata saya kepada Fuad Hassan Biar dia selesaikan sendiri. Dia perempuan tentu tak boleh lawan orang lelaki, bantu dia datuk, saya merayu kepada datuk. Ah, kamu selalu sibuk, duduk diam di situ, herdik datuk kepada saya. Tidak dapat saya gambarkan betapa kecewanya hati dengan sikap datuk itu. Tetapi, mata saya tetap tertumpu ke arah si topi cowboy yang menyerang Nurul Hayat bertalu-talu. Dengan ilmu pertahanan diri yang dimilikinya Nurul Hayat berjaya menepis serangan. Dalam satu gerakan yang pantas Nurul Hayat berjaya melepskan tendangan di pangkal bahu sebelah kanan si topi cowboy, tubuh yang tegap itu terhoyong-hayang lalu terkandas pada bendul bot. Parang panjang yang tergenggam di tangan terlucut lalu jatuh ke dalam sungai. Si topi cowboy tidak mudah mengaku kalah. Dia melompat tinggi dengan sebelah kaki kanannya diluruskan untuk memberi pukulan maut dipangkal leher Nurul Hayat. Sebaik saja dia melepaskan tendangan Nurul Hayat menyambar pergelangan

kaki si topi cowboy lalu dipulas dan dipusing dengan sekuat hati di udara. Sekujur tubuh Nurul Hayat turut berpusing macam gasing . Kemudian saya lihat Nurul hayat melepaskan tumbukan kencang dari tangan kiri ke bahagian kemaluan si topi cowboy. Terdengar jeritan dan serta merta Nurul Hayat melepaskan kaki yang dipegang . Tubuh si topi cowboy bagaikan terbang dan melayang lalu terjunam ke dalam sungai. Melihat keadaan kawannya itu, lelaki yang melilitkan kain merah di kepala segera bertindak dengan menghalakan senapang kampung berlaras dua kearah Nurul Hayat, belum sempat dia menarik picu senapang, Fuad Hassan menerpa ke arahnya untuk merampas senjata api. Satu pergelutan berlaku, semasa pergelutan terdengar bunyi ledakan. Dan saya lihat yang kepalanya dililit kain merah terkapar atas lantai bot. Darah keluar dari dadanya.

147. DIUSIK PENUNGGU SUNGAI Jilid 11 Apa yang terjadi di depan mata sungguh menakutkan dan saya tidak pernah terfikir yang Nurul Hayat begitu tangkas bersilat, bertindak pantas. Melompat bagaikan kuda, menepis serangan bagaikan harimau. Tidak diduga gadis yang lemah-lembut dan bersopan santun, boleh bertukar watak dengan serta merta menjadi bengis dan garang bila berdepan dengan musuh. Saya kira datuk juga mengkagumi kehebatan Nurul Hayat yang terpamer di depan matanya. Tanpa memberitahu dan meminta bantuan dari saya dan datuk, Fuad Hassan dengan dibantu oleh Nurul Hayat segera mengangkat sekujur tubuh lelaki yang kaku itu, lalu di buang ke laut. Datuk dan saya cuma melihat saja. Menyedari dua orang kawannya sudah menjadi korban, si perompak atau si lanun sungai yang berada dalam bot kecil segera melompat ke atas bot yang kami naiki. Belum sempat si perompak atau lanun sungai itu mengamuk dengan kapak besarnya, Nurul Hayat menarik tali bot yang terlonggok di bucu bot. Hujung tali bot dibuatnya bulatan dengan simpul hidup (maksudnya simpul yang boleh digerakkan) dan tali itu dilempar ke arah kepala perompak. Lingkaran (bulatan) tali terus masuk ke batang leher perompak. Kemudian tali yang sudah melingkari batang leher lanun sungai itu segera disentap dengan sekuat hati oleh Nurul Hayat. Leher perompak itu segera terjerut, tubuh perompak segera jatuh ke lantai, mengelitik macam ikan keli kena katuk. Beberapa minit kemudian sekujur tubuh menjadi kaku. Fuad Hassan dan Nurul Hayat segera mengangkat batang tubuh perompak itu dan terus dicampak ke sungai. Kapak milik lanun yang tersadai atas bot segera di ambil oleh Fuad Hassan. Dengan kapak itu di tangan Fuad Hassan segera

melompat ke atas bot milik lanun. Tanpa membuang masa Fuad Hassan segera menebuk lubang di bahagian tengah perut bot lanun dengan kapak. Alam beberpa detik saja air memuak menguasai ruang bot. Bila Fuad Hassan yakin bot perompak akan berkubur di dasar sungai Batanghari, barulah dia melompat ke atas bot miliknya. Bila dilihatnya ayahnya sudah selamat, Nurul Hayat pun segera bertindak memutuskan tali bot dan pencakuk besi (milik lanun sungai) yang terlekat pada bendul bot (milik Fuad Hassan) segera diputuskan dengan kapak. Nurul Hayat bergegas turun ke bahagian perut bot untuk menghidupkan enjin bot. Dan bot yang saya naiki segera bergerak perlahan-lahan, akhirnya bergerak laju, mencipta gelombang di permukaan Sungai Batanghari. Bila datuk merasakan suasana sudah aman, perasaan Fuad Hassan sudah tenteram, barulah datuk mendekatinya. Kenapa bertindak macam tu Fuad? Mengapa mesti bunuh dan mayatnya dibuang di sungai dan sampan mereka dibakar. Kenapa tak serahkan mereka di Balai Polis. Biar polis yang menghukum mereka bukannya kita, kata datuk dengan tenang sambil merenung awan di dada langit yang bergerak perlahanlahan. Memang inilah cara yang terbaik. Maksud kamu Fuad? Datuk jegilkan mata ke arah muka Fuad Hassan yang kelihatan amat letih sekali. Kalau diserahkan kepada polis dan dibicarakan, paling tinggi dia orang kena penjara dua tiga tahun, bila mereka dibebaskan dari penjara, mereka cari kita dan bunuh kita, sebelum kita dibunuh lebih baik kita bunuh dia orang. Inilah undang-undang di Sungai Batanghari, kalau tak cukup gagah dan dada kurang ilmu dan tak sanggup mati, jangan jadi tuan bot di sini, Fuad Hassan memberikan penjelasan. Datuk cuma anggukkan kepala, tidak memberi sebarang komentar. Bot terus membelah Sungai Batanghari menuju ke Kota Jambi. Pepohon di kiri kanan tebing sungai kelihatan menghijau dan bergerak lemah ditolak bayu. Kicau burung bagaikan mengalu-alukan kedatangan kami. Sesekali saya lihat monyet berlompatan di hujung dahan begitu juga dengan tupai. Semuanya menyenangkan hati tetapi, untuk melupakan peristiwa yang terjadi di depan mata memang sukar saya lakukan. Negeri Jambi ni, banyak terdapat peninggalan sejarah tetapi peliknya Sungai Batanghari banyak perompak, Fuad Hassan seperti merungut, matanya tidak berkedip melihat gelombang dan alun sungai yang bergerak ke tepian. Fuad, kata datuk, siapa yang jadi penyangak sungai ni, Fuad? Susah nak cakap, Fuad Hassan menarik nafas dalam-dalam. mereka tu dulu

jadi askar Belanda dan dianggap oleh rakyat jadi anjing kolonial, bila negara merdeka, orang ramai tidak dapat menerima mereka sebagai rakyat. Ada yang lari ke Belanda mana yang tak sempat lari jadi lanun sungai. Hal semacam tu bukan saja terjadi di sini tetapi terjadi juga di Sungai Musi dan beberapa sungai lain, lanjut Fuad Hassan dengan wajah yang serius. Saya kira datuk puas hati dengan penjelasan yang dihamburkan oleh Fuad Hassan. Buktinya datuk tidak mengemukakan sebarang pertanyaan lagi kepada ayah Nurul Hayat. Walaupun demikian Fuad Hassan masih ghairah mahu menceritakan tentang Sungai Batanghari yang sedang dilalui oleh bot miliknya.

BUKIT BARISAN Kata Fuad Hassan, Sungai Batanghari bermulu atau ulunya dari Bukit Barisan dan berakhir (hilirnya) di Selat Melaka. Panjangnya lebih dari 637 kilometer. Di zaman gemilangnya dulu Sungai Batanghari jadi laluan kapal dan perahu dagang dari seluruah benua. Dan cara kebetulan pula daerah Jambi jadi tumpuan pedagang Islam dari negeri-negeri Arab, sambil berdagang mereka berdakwah. Hasil perkahwinan penduduk setempat dengan para pekerja kapal dagang (ARAB) melahirkan manusia Jambi dengan wajah insan timur tengah dan patuh dengan ajaran Islam. Kerana itu kebanyakan pemuda Jambi berbadan tegap, hidung mancung, berkulit putih dan tinggi manakala yang perempuan dikatakan cukup jelita dengan raut wajah bujur sirih. Fuad Hassan juga menerangkan bahawa di Muara Jambi terdapat peninggalan sejarah berupa batu-batu granit, arca dan candi di kawasan seluas 10 kilometer. Di tempat tersebut khabarnya menjadi pusat Kerajaan Melayu dan Sriwijaya. Jambi zaman dulu cukup hebat. Tiba-tiba datuk bersuara. Ada kepuasan terpancar di wajahnya. Iya, memang hebat. Sahut Fuad Hassan seiring dengan senyum bangga secara tidak langsung menyelinapkan rasa megah dalam diri saya kerana datuk berasal dari tanah Jambi. Bot yang dikendalikan oleh Nurul Hayat terus bergerak dengan lancar membelah dada Sungai Batanghari yang airnya mengalir lembut. Fuad Hassan nampak aman dan tenang, dia sedar tidak ada halangan dan rintangan yang bakal ditemuinya. Saya buat tidak kisah dengan datuk dan Fuad Hassan, seluruh perhatian saya tumpukan ke arah bebuih dan dedaun yang diarak air ke hilir. Mungkin datuk dan Fuad Hassan merasa bosan berada di lantai bot atau mungkin mereka kehabisan bahan untuk dibincangkan, mungkin mereka jemu melihat pepohon di kiri kanan sungai dan mungkin juga mereka muak melihat air sungai yang mengalir. Itulah andaian yang berbunga di hati, bila saya melihat datuk dan Fuad Hassan beredar ke bahagian (perut) bot. Saya merasa aman, bila bersendirian di atas pelantar bot. Gerak-geri saya bebas terlepas dari pengawasan biji mata datuk. Saya boleh melakukan apa saja yang

saya inginkan. Sambil melihat air sungai yang mengalir, saya segera berkhayal mengikut kemampuan daya fikir saya. Segera saya bayangkan dalam kotak fikiran, secara tiba-tiba muncul buaya di permukaan sungai. Buaya ganas yang sebesar batang kelapa itu mengangakan mulutnya. Dengan ekornya yang panjang sang buaya membedal bot yang kami naik hingga pecah. Papan bot terkapar atas permukaan sungai dan kami terhumban ke air. Di saat kami berenang ketepian untuk menyelamatkan diri, saya terdengar jeritan Fuad Hassan. Bila saya toleh ke kanan terlihat kocakkan dan gelombang air yang kuat, rupa-rupanya Fuad Hassan sedang bertarung dengan buaya yang sedang membaham pangkal peha kanannya. Kemenangan menyebelahi buaya ganas, Fuad Hassan dijulang oleh buaya melepasi permukaan sungai dan beberapa saat kemudian Fuad Hassan yang agak di daratan ghaib dari penglibatan saya. Saya terus berenang seperti apa yang dilakukan oleh Nurul Hayat dan datuk. Tiba-tiba saya dapati beberapa ekor buaya bermunculan di permukaan sungai. Salah seekor dari buaya itu menyentap Nurul Hayat ke dasar sungai. Datuk juga jadi mangsa buaya. Pangkal bahu sebelah kanannya segera masuk ke rahang buaya. Memang dasar datuk yang tidak mudah mengalah, dia terus bergelut dengan buaya. Dengan kekuatan dua belah tangan, dia cuba membuka mulut buaya. Usaha datuk gagal dan dia pun ditarik ke dasar sungai. Saya tidak mahu ambil kisah dengan apa yang terjadi di sekitar saya. Dengan kemampuan yang ada, saya terus berenang ketepian. Sang buaya terus mengejar saya , makin kuat saya berenang makin cepat terasa letih menguasai diri. Saya jadi lemah dan tidak mampu untuk menyelamatkan diri, ketika itu saya rasakan dari hujung kaki ke pinggang sudah berada dalam mulut buaya.

MENJERIT Kerana tidak tahu apa yang saya harus lakukan, saya terus menjerit dengan sekuat hati. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Sayup-sayup saya terdengar bunyi kocakan air sungai bertukar menjadi tapak kaki manusia berlari atas lantai papan. Saya bertambah lemah dan akhirnya saya tidak tahu apa yang berlaku.. Tamar! Saya terdengar suara datuk dan serentak dengan itu muka saya dipercik dengan air dari hujung sirih sebanyak tiga kali berturut-turut. Saya buka mata dan saya dapati diri saya berada didalam perut bot. Dahi saya ditampal dengan cebisan daun sirih, kedua pergelangan tangan diikat dengan kain merah. Fuad Hassan terus mengipas badan saya dengan kipas daun salak berlapis lima. Kenapa dengan saya? Fuad Hassan tersenyum. Pertanyaan saya tidak dijawapnya. Wajah datuk segera saya tatap.

Kenapa dengan saya tu? Hum.. datuk tidak meneruskan ungkapan selanjutnya. Dia mengigit bibir dan membuang daun sirih yang berada di tangan kirinya ke dalam sungai. Buat beberapa saat daun sirih itu terapung-apung di permukaan air, terbuai ke kiri dan ke kanan mengikut alunan gelombang air yang dihasilkan dari gerak bot yang kami naiki. Akhirnya daun sirih itu terus diarak air menuju ke muara. Kenapa dengan saya tuk? Tanpa rasa putus asa saya terus bertanya. Datuk masih membisu, dia meyeluk saku bajunya dan mengeluarkan gelang yang dibuat dari besi (dikalangan keluarga saya gelang jenis ini popular dengan sebutan gelang Mekah). Tanpa berkata apa-apa datuk terus menyarungkan gelang tersebut ke tangan kiri saya. Semuanya ini membuat saya jadi bingung dan tidak tentu arah. Kenapa dengan saya tuk? Ulang saya lagi. Kamu terlalu lama berjemur tengah panas menyebabkan kamu jatuh pengsan, Fuad Hassan memberikan penjelasan. Datuk terus juga membisu. Kedua belah sendi pergelangan tangan saya terus diurut berkal-kali. Begitu juga dengan batang leher saya. Digosok hingga sampai ke pangkal daun telinga. Saya pengsan tuk? Hum, datuk terus mendengus. Dia berhenti menjamah kedua belah pergelangan tangan saya. Dia juga berhenti menggosok batang leher saya. Selagi tidak mendapat jawapan dari datuk, saya tetap resah. Bagi saya kata datuk adalah penamat. Kenapa saya pengsan tuk? Kamu biadap, jawapan datuk membuat saya tersentak. Saya segera bangun dan duduk di bahagian kepala bot, melihat air sungai yang mengalir. Saya rasakan bot yang dikendalikan oleh Nurul Hayat makin laju bergerak menuju ke kota Jambi. Kata-kata yang datuk luahkan tetap menjadi persoalan besar dalam diri saya. Kenapa begitu senang datuk menuduh saya biadab. Bot terus meluncur laju, meninggalkan kawasan tebing yang dikuasai oleh hutan belukar. Saya yakin, Nurul Hayat tidak menyedari apa yang berlaku di bahagian atas bot. Biadap macam mana tuk? Kamu gatal tangan Tamar. Gatal tangan? Saya tak faham dengan maksud tuk, kata saya dengan resah. Fuad Hassan mengikuti perbualan saya dengan datuk secara serius. Lagi sekali

saya menarik nafas dalam-dalam, masih belum terdaya menjangkau maksud dari ungkapan yang datuk luahkan. Tadi, semasa aku dan Fuad turun ke bawah sebelum kamu jatuh pengsan, ada benda hanyut lalu dekat bot, kamu usik benda tu. Kamu ludah dan baling dengan kayu, datuk renung biji mata saya dalam-dalam. Keresahan mula menguasai diri saya. Memang tepat apa yang datuk katakan itu. Saya tidak dapat berdalih atau mengelak. Saya segera anggukkan kepala. Kamu nakal, suka cari penyakit, sambung datuk lagi sambil menggosok batang hidungnya beberapa kali. Saya tunduk kaku sambil menarik nafas perlahanlahan. Bagaimana datuk dapat mengesan semuanya ini? Sesungguhnya, saya tidak menduga perkara sekecil itu boleh menimbulkan risiko yang berat untuk diri saya. Perkara itu saya lakukan sekadar untuk sukasuka, tidak lebih dari itu. Disaat saya memikirkan hal tersebut secara sepontan muncul dalam kepala benda terapung yang diarak air sungai di tepi bot. Besarnya sama dengan talam tembaga dan menyerupai bentuk bunga teratai yang terapung di kolam. Tetapi warnanya berbeza dengan warna teratai yang sering kita lihat. Saya lihat warnanya kehitam-hitaman, di bahagian tengahnya terdapat selonggok bebuih, macam buih sabun. Anehnya buih itu boleh mengembang dan mengecut serta mengeluarkan warna biru kilau-kilauan, akibat dipanah matahari. Di bahagian kelopak bunga terdapat tulang-temulang (saya kira tulang lembu atau kerbau) yang disusun rapi, tiga selari. Dilihat dari atas bot memang cantik dan menarik, menimbulkan keinginan dalam hati saya untuk mengusiknya.

TERDAMPAR Cara kebetulan di hujung kaki terdampar sepotong kayu yang panjangnya kirakira empat inci dan tebalnya sekitar empat inci. Kayu sepotong itu digunakan oleh Fuad Hassan untuk menahan sesuatu di atas bot. Tidak dinafikan, sejak saya berada di atas bot, kayu seketul memang menjadi perhatian saya. Boleh digunakan untuk mempertahankan diri jika diganggu oleh lanun sungai. Tanpa mahu berfikir panjang, kayu itu segera saya ambil. Cepat-cepat saya jenguk permukaan sungai. Benda yang berbentuk macam bunga teratai masih terapung-apung, berlegar legar dekat badan bot. Kayu ditangan segera saya lepaskan, tepat mengenai sasarannya. Benda yang menyerupai bunga teratai terus tenggelam dan timbul kembali dalam keadaan terbalik. Bila sudah terbalik segala-galanya menjadi jelas. Benda itu sengaja dibentuk demikian rupa dibuat dari anyaman buluh. Supaya benda itu berada dalam keadaan terapung bila dihanyutkan dipermukaan sungai, maka bahagian bawahnya ditaruh batang buluh kering. Saya merasa puas bila benda itu sudah terbalik, semua yang berada diatasnya

sudah berkubur di dasar sungai. Tangkai atau tempat meletakkan benda yang berbentuk bunga teratai terus hanyut ke hilir. Saya tersenyum puas. Tiba-tiba saya seperti mengalami kejutan elektrik, seluruh sendi bagaikan dicucuk dengan jarum. Saya seperti berada di alam yang fana, semuanya terasa sepi. Otak dan fikiran terasa kosong. Diri bagaikan tidak ujud didunia. Saya tidak tahu dimana saya berada dan perkara itu hanya berlaku untuk beberapa saat. Bila keadaan saya pulih seperti sediakala, fikiran saya mula dibayangi dengan hal-hal aneh yang tidak tentu hujung pangkalnya hingga saya mengkhayalkan kemunculan buaya di dada sungai yang berjaya mengkaramkan bot yang dinaiki. Sekarang kamu dah dapat menangkap apa yang aku maksudkan? Sebabnya juga dah kamu tahu. Fuad Hassan tidak bersuara tetapi, matanya sering menatap wajah saya dan datuk. Dia nampak seperti berada dalam keadaan serba salah dan dia tidak tahu apa yang kami (datuk dan saya) bincangkan. Minatnya untuk mengetahui tetap ada, ini berdasar gerak geri dipamerkannya. Sepatutnya kamu bertanya dan berfikir sebelum membuat sesuatu. Setiap benda yang hanyut dan pelik keadaannya, ada pemiliknya. Kamu usik harta orang dengan minta izin, tentulah tuan punyanya marah sambung datuk dengan ekor mata menjeling ke arah Fuad Hassan. Bot terus meluncur, kini sudah pun masuk perkampungan. Dan saya sekalisekala dapat menikmati bunyi kokok ayam jantan. Suasana tanah Jambi tidak banyak beza dengan keadaan kampung halaman saya. Kamu tahu Tamar., datuk berhenti cakap Tahu apa tuk? Benda yang kamu usik tadi ? Saya segera gelengkan kepala. Jangan kamu tak tahu, benda yang kamu terbalikan tadi ialah ancak jamuan atau pun sesajian untuk jembalang sungai, kamu rosakkan hidangan orang, marahlah orang. Nasib baik aku cepat sedar, kalau lambat dipulihkan, kamu akan bergolek-golek atas bot macam ikan atas darat, biji mata kamu terbeliak merah sebelum kamu terjun ke dalam sungai, cerita datuk lagi yang membuat saya merasa cemas dan seram. Setelah mendengar kata-kata dari datuk barulah Fuad Hassan mengerti dan faham dengan perkara yang (saya dan datuk) bincangkan. Kamu suka dengan nahas, kat Fuad Hassan. Tulang dan bunga untuk jin sungai atau jembalang sungai, tak ada siapa yang berani usik makanan makhluk ghaib, kalau terlanggar buruk padahnya. Seorang kawan aku cara tiba-tiba terjun ke sungai dan terus ghaib bila dia sengaja melanggar ANCAK yang dihanyutkan,

Fuad Hassan gelengkan kepala sambil menatap wajah saya serius sekali. Tanpa diminta, Fuad Hassan pun menceritakan yang lanun sungai amat takut bila terserempak dengan ANCAK yang dihanyutkan. Bila terserempak, mereka tidak akan melakukan rompakan atau memanggil pawang bagi menghalau penunggu sungai supaya jangan mengacau mereka. Jika ancak itu melalui kawasan kanak-kanak mandi, salah seorang dari kanak-kanak (terutama yang lemah semangat) pasti kena rasuk (histeria) atau mengalami sakit yang sukar diubati, kalau pun berjaya diubati si kanak-kanak itu akan mengalami gangguan jiwa (gila).

148. MEMBUANG ANCAK Jilid 11 Kononnya ada nelayan sungai yang memancing waktu malam terserempak dengan jembalang sungai menjilat dalam tulang-tulang dan memakan bunga yang terdapat dalam ancak di kawasan lubuk. Mereka melihat jembalang itu timbul di permukaan sungai dengan badan sebesar kerbau, mempunyai belalai macam gajah , kepalanya macam kepala sotong dan bermata satu yang memancarkan cahaya macam bara api menerangi keseluruhan bahagian lubuk. Sebahagian dari kulitnya mengerutu dan sebahagian lagi bersisik tenggiling. Dari hujung belalai terkeluar lidah yang cukup panjang berwarna kehijau-hijauan. Dari bawah lidahnya menitik air liur yang menyerupai buih sabun. Lidah yang panjang itu terus menjilat-jilat tulang hinga nipis. Masa jembalang sungai itu menjilat tulang, udang dan ikan berlompatan bagaikan bermain-main di sisinya yang jumlahnya cukup banyak. Semua ikan, udang dan ketam besar-besar belaka. Buaya pun menimbulkan badan seolaholah menjaga keselamatan diri jembalang sungai. Air sungai segera berombak dan melimpah ke atas tebing. Bila semua tulang dijilat, bunga dimakan, jembalang sungai terus mengibasngibas belalainya ke tepi sungai. Pokok dan tumbuhan yang kena libasan belalainya tunduk ke bumi. Sebelum menghilang diri dalam perut sungai si jembalang berpusing-pusing di lubuk menghempas-hempaskan badan di permukaan sungai hingga melahirkan gelombang yang besar mengarahkan kiri kanan tebing sungai. Begitulah ceritanya, entahkan benar, entahkan tidak. Saya sendiri pun tak tahu. Saya juga tidak berhajat untuk menyiasatnya. Buat apa cari penyakit, kata Fuad Hassan denga nada suara yang melucukan. Datuk dan saya tersenyum panjang. Sekarang, semuanya sudah terang. Kamu sendiri dah dengar cerita dari Pak Cik Fuad. Lain kali, kalau tengok benda-benda ganjil, janganlah gatal tangan pergi mengusiknya, ungkapan itu datuk tujukan kepada saya. Betul apa yang datuk kamu cakapkan tu, Tamar, Fuad Hassan mencelah. Saya

terdiam menelan air liur.

LANCAR Bot terus membelah arus Sungai Batanghari tetapi, tidak selancar tadi. Barangkali, demi keselamatan perahu-perahu kecil milik orang kampung yang berada di dada sungai menyebabkan Nurul Hayat memperlahankan laju bot yang dikendalikannya. Sampan yang dinaiki oleh pemancing nampak terumbang-ambing di sungai, dilambung oleh alun hasil dari gerakan bot yang kami naiki. Saya makin terhibur melihat pokok kelapa dan pepohon bacang yang sedang berbunga di sepanjang perkampungan di kiri kanan tebing. Pelik, kata saya. Apa yang peliknya, Tamar? Sahut Fuad Hassan yang mendengar keluhan saya. Siapalah yang buat kerja syirik, jamu hantu jembalang, hanyut ancak di sungai, saya hadapkan pertanyaan itu kepada Fuad Hassan. Saya kira, dia wajar menjawapnya kerana dia tahu selok-belok, perangai dan budi bicara, adat dan pantang larang orang-orang yang mendiami perkampungan di sepanjang Sungai Batanghari. Fuad Hassan ketawa kecil, dia menepuk bahu saya beberapa kali. Datuk hanya melihat saja gerak geri saya dan Fuad Hassan. Dengan tenang Fuad Hassan menarik dan melepaskan nafas. Dia merenung kearah tebing sebelah kiri. Saya masih menanti jawapan darinya. Hanyut ancak atau sesajian di sungai, sudah menjadi kebiasaan kebanyakan penduduk di sini, lebih-lebih lagi kalau terjadi kemalangan di sungai, mati lemas, sampan karam, ditangkap buaya atau kampung dilanda banjir. Penduduk yang terbabit terus mengadakan jamuan atau sesajian, begitu tenang Fuad Hassan memberi penjelasan. Di bawah hembusan angin sungai, saya anggukkan kepala. Datuk tidak memberikan sebarang komentar. Sepatutnya, perkara semacam tu tak patut terjadi. Bertentangan dengan agama, secara spontan terpancut ungkapan itu dari kedua belah bibir saya. Fuad Hassan tersenyum, saya tak tahu sama ada semua itu tanda gembira atau senyum mengejek. Benar cakap kamu, memang tidak patut perkara macam itu dilakukan. Semua orang tahu. Cara itu salah tetapi, ada juga yang membuatnya. Ini menunjukkan yang mereka kurang mendalam pada ajaran agama Islam, mereka lebih percaya pada kuasa ghaib, hantu syaitan dan ancak, saya kira Fuad Hassan melahirkan pendapat yang cukup jujur dan ikhlas. Kita harap lama-kelamaan perkara begini akan hilang. Diharapkan apa yang kita tengok dan lihat ini, adalah sisa sisanya yang akhirnya terus lenyap. Kita yang tahu harus membetulkan langkah mereka yang silap, sahut datuk. Fuad

Hassan mengangguk , setuju dengan pendapat yang datuk hamburkan. Tak apalah, kita cuba menghapuskan kerja-kerja syaitan ni, kita datangkan tokoh tokoh agama yang handal, luas pengetahuannya tentang kemajuan zaman moden, boleh bercakap dalam dua tiga bahasa, orang-orang yang suka membuat kerja-kerja begini biasanya orang yang pandai bercakap, jumlahnya tak sebanyak mana tetapi boleh mempengaruhi penduduk kampung di pendalaman, Fuad Hassan begitu ghairah apa yang tersirat dalam dirinya. Datuk tidak memberi komen sama ada menyokong atau membantah cadangan dari Fuad Hassan. Datuk hanya tersenyum yang menyembunyikan seribu rahsia. Secara mengejut saja Fuad Hassan meninggalkan saya dan datuk di atas bot. Dia menyelinap ke bahagian bawah. Lima minit kemudian dia muncul kembali di sisi kami. Kemana tadi? Tanya datuk. Beritahu anak saya supaya memperlahankan lagi laju bot dan cuba rapat ke tebing. Kota menyusur tebing hingga sampai ke tempat yang kita hajat. Begitu, jauhkan lagi, tanya saya. Tak jauh lagi, kau duduk diam-diam, jangan nakal-nakal, Fuad Hassan merenung ke arah saya dengan kerlingan yang agak luar biasa. Tiba-tiba saja saya merasakan gerak-geri yang diperlihatkan oleh Fuad Hassan kurang menyenangkan. Terasa diri seperti disindir dan dipermainkan. Bagi mengelakkan rasa marah berpanjangan dalam hati, saya mengambil keputusan mahu menjauhkan diri dari datuk dan Fuad Hassan. Belum pun sempat rancangan itu dilaksanakan, Fuad Hassan dengan nada suara yang agak tinggi memberitahu datuk yang dia mahu turun ke bahagian enjin bot. Kenapa? Soal datuk. Dah lama sangat aku membiarkan si Nurul Hayat bawa bot, dia dah letih tu. Kenapa dah dekat nak sampai, baru kamu sedar anak kamu letih. Kenapa tak bergilir-gilir membawanya sejak tadi, bukannya bila dah nak sampai baru bertindak. Aku terlupa, dia pulak tak merungut. Kau tengok haluan bot dah tak tentu arah, dia dah penat, boleh jadi dia dah mengantuk. Kalau begitu cepat bantu dia, kata datuk. Fuad Hassan bergegas ke bahagian bawah. Datuk pun mengekorinya dari belakang.

RIANG Apa yang terjadi membuat saya merasa riang. Pada hemat saya, bersendirian lebih aman dan menyenangkan. Tanpa mahu membuang masa saya pun mengatur langkah untuk menuju ke bahagian ekor bot. Saya terus duduk di situ melihat bebuih dan gelombang bagaikan hasil dari putaran kipas di dalam air. Bebuih dan gelombang bagaikan muncul dari bawah lalu berputar di bahagian ekor bot. Keadaan dan suasana yang saya nikmati itu memberikan kepuasan kepada diri saya. Kali ini, saya berazam tidak akan menganggu sesuatu yang saya nampak ganjil atau aneh di permukaan sungai. Sesungguhnya, saya tidak mahu pisang bebuah dua kali. Keasyikan saya tergugat oleh bunyi derap tapak kaki. Saya pun menoleh ke belakang. Nurul Hayat Bisik batin penuh debar. Dada terasa cemas dan nafas juga jadi sesak. Suara yang mahu diluahkan bagaikan tersekat di kerongkong. Cuma sepasang anak mata saja yang mampu merauti seluruh wajah Nurul Hayat yang tersenyum. Nurul Hayat terpacak di depan mata menatang dulang (dibuat dari kayu meranti bukit) yang berisikan dua cawan kopi dan sepiring kuih, barangkali kuih jemputjemput kerana bentuknya kecil dan bulat. Tanpa mengucapkan sesuatu, Nurul Hayat meletakkan dulang kecil di depan saya. Dia terus duduk. Darah gemuruh mulai menguasai saluran urat saraf seluruh badan. Sepanjang yang saya ingat, inilah kali pertama saya duduk di sisi gadis. Keadaan kami hampir berlaga kepala lutut. Dua tiga helai anak rambutnya yang terkeluar dari tepi kain tudung terbuai buai di main angin, menambahkan seri kejelitaan Nurul Hayat. Begitulah menurut hemat saya. Dalam usaha menghalau rasa gementar, saya mengigit bibir dan menggosok-gosok pangkal hidung. Sesekali saya mengigit kuku di ibu jari. Saya jadi resah semacam.

Tetapi anehnya, dalam rasa gementar itu saya masih mampu menjeling ke arah kulit pipi Nurul Hayat yang kemerah-merahan. Bau peluhnya amat menyenangkan, mungkin kerana terdapat karangan bunga cempaka dan tanjung tergantung di lehernya. Direnung sekali imbas memang tidak dapat dikesan atau dilihat karangan bunga tersebut kerana ditutup oleh hujung kepala (selindang) yang terdampar di bahagian hadapan bajunya. Tetapi, mata jahat saya dapat menyorot kuntum-kuntum bunga yang dicucuk dengan benang daun nenas dan dijadikan seperti kalung. Kenapa kamu nakal sangat?

Tiba-tiba saja Nurul Hayat menghalakan wajah ke arah saya. Kami bertentang wajah, bertentang mata, saya bertambah mengelabah, semuanya serba tidak kena. Sekejap meraba pipi, sekejap garu pangkal telinga. Kenapa resah gelisah saja, teringatkan kampung halaman, datang pertanyaan dari Nurul Hayat. Saya masih macam tadi, masih membisu. Cepat-cepat saya alihkan wajah ke arah lain, saya tidak mahu merenung wajahnya, tidak mahu menentang anak matanya yang saya kira mempunyai kuasa yang boleh membuat perasaan saya sedikit tidak tentu arah, membuat jantung saya berdegup hebat. Kamu tahu, syaitan dan iblis jika dipuja memang menjadi, kalau kita minta bantuan memang cepat dibantunya. Maklum sajalah, dia nak menarik hati kita supaya percaya dengannya. Bila kita dah percaya dan keyakinan kita kepada Allah bertambah goncang, kuasanya semakin kuat. Nurul Hayat bagaikan memberi ceramah kecil kepada saya. Dan sepasang matanya yang jernih merenung bebuih dan alun air dibuntut bot yang bergerak. Apa yang awak cakap ni? Sengaja saya tinggikan nada suara untuk menutup rasa gementar di hati. Tak usah berdalih, saya tahu semuanya? Tahu apa? Ayah saya dan datuk awak dah ceritakan pada saya, lucu, saya ketawa dan simpati dengan awak. Haaaaaa, mulut saya separuh ternganga. Nurul Hayat terus tersenyum. Bot yang dinaiki terus bergerak, air sungai terus menghanyutkan dedaun dan reranting kering yang jatuh di permukaannya. Sekali sekala terlihat kilasan ikan di air yang jernih. Minum, kamu dahaga. Saya segera menyambut cawan berisikan air kopi yang dihulurkan oleh Nurul Hayat kepada saya. Air kopi segera saya teguk. Terasa segar sekali. Kuihnya, hulur Nurul Hayat. Segera saya sambut dan suapkan ke mulut, lalu saya telan. Sedap? Tanyanya. Saya anggukkan kepala." Apa rasanya? Soalnya lagi. Macam rasa ubi kentang goreng, tapi baunya macam bau bawang putih, jawap

saya. Kamu suka? Pertanyaan terakhir yang diajukan itu membuat saya berada dalam serba salah. Apa yang harus saya ucapkan. Apakah saya mesti mengatakan SUKA, pada hal memang saya tidak MENYUKAINYA. Wajarkah saya berpura-pura untuk menyenangkan hati seorang gadis? Semuanya berlegar-legar dalam tempurung kepala. Saya berperang dengan perasaan saya sendiri. Kuih yang sudah hancur dikunyah terus saya telan. Nurul Hayat masih merenung gelombang air di ekor bot. Barangkali dia menanti jawapan dari saya. Air kopi saya teguk lagi tetapi, saya tidak memberikan jawapan terhadap pertanyaan Nurul Hayat. Kalau saya terus terang. Saya bimbang perasaannya tersinggung. Kalau saya berpura-pura, perasaan saya pula yang terseksa.

BOHONG Dalam keadaaan fikiran dan perasaan yang kacau bilau itu, secara spontan saya teringatkan kata-kata yang sering datuk ucapkan kepada saya: Jangan membohongi diri sendiri untuk memberi kepuasan pada orang lain. Perbuatan itu secara tidak langsung merendahkan mertabat diri kamu sebagai seorang lelaki. Kamu harus jujur pada diri sendiri, katakan sesuatu yang benar, cara itu tidak akan merugikan diri kamu dan orang lain. Jujur dan ikhlas pada diri sendiri, adalah sikap yang baik. Kenapa lambat sangat nak jawap, asyik menung aje. Nak jawap SUKA atau TAK SUKA pun nak fikir-fikir panjang, Nurul Hayat menyindir. Mungkin dia berbuat demikian kerana bosan menanti jawapan dari saya. Tak suka, tak sedap, sahut saya keras. Memang tak sedap. Mana ada ubat yang sedap, balasnya selamba. Ubat? Iya, kuih ubat. Saya kerutkan dahi, cawan di tangan saya letakkan atas dulang semula. Barangkali, Nurul Hayat mahu mempermainkan saya. Kali ini rasa gemuruh dan gementar sudah hilang. Saya jadi berani. Saya jegilkan sepasang biji mata ke arah Nurul Hayat. Kamu mempermainkan aku? Tidak, Nurul Hayat terus senyum. Aku tak faham.

Apa yang kamu rasa macam ubi tu, sebenarnya bawang putih yang digaulkan dengan tepung beras huma. Kemudian digoreng, dengan serius Nurul Hayat memberikan penjelasan. Melihatkan kepada gerak-geri dan gelagatnya membuatkan saya yakin dengan apa yang diucapkannya. Apa khasiatnya? Nurul Hayat mengambil sebatang ranting kayu, sebesar jari kelingking yang panjangnya tidak sampai sekaki, ranting kayu yang tersadai di bucu (entah dari mana datangnya) segera dilemparkan ke dalam sungai. Ranting kering itu terapung-apung dibawa ke hilir. Angin yang bertiup lemah menyentuh kulit muka saya, terasa amat menyegarkan. Apa khasiatnya, ulang saya lagi. Macam tadi juga, Nurul Hayat tidak memberi jawapan yang segera. Dia cuma tersenyum, sikapnya itu membuat saya hati panas. Dan saya mula ragu-ragu dengan kebenaran kata-kata yang dituturkannya berhubung dengan kuih yang sudah masuk ke dalam perut. Apa khasiatnya? saya mengulanginya untuk kali yang ketiga. Begini, tepung beras huma untuk mengenyangkan perut, menambahkan tenaga, menghilangkan lenguh-lenguh sendi dan melambatkan rasa penat. Khasiat bawang putih goreng pula, apa dia? Khasiat bawang putih goreng pula menghilangkan lemak, menghalau angin jahat dari dalam tubuh kita, mencegah dari sakit pinggang, menguatkan urat saraf. Sebenarnya, bawang putih kalau kita boleh makan dengan tidak digoreng lagi bagus khasiatnya. Makan bawang putih mentah boleh tapi, ramai yang tak tahan dengan baunya, kata saya. Fasal tu tadi digoreng. Menggoreng mesti pandai, jangan sampai rentung, tak payah pakai minyak, demikian Nurul Hayat memberikan penjelasan. Bagus, kata saya sambil menegakkan ibu jari kanan ke arahnya. Nurul Hayat tersenyum. Kemudin kami sama-sama menghirup kopi. Sama-sama mengunyah kuih yang tidak dinyatakan namanya kepada saya oleh Nurul Hayat. Laju bot terasa makin perlahan dan makin hampir dengan tebing. Kami masih lagi duduk berdekatan. Kalau tadi berlaga lutut, sekarang kami berlaga bahu, sudah saling jeling menjeling. Hati kecil mula terpikat dengan Nurul Hayat. Kamu perempuan hebat, pandai bersilat dan tinggi ilmu agama, saya mula memuji diri Nurul hayat. Huuuuuuuhhhh. suara Nurul Hayat meninggi dan dia menjeling tajam sambil mempamerkan wajah yang agak bengis. Saya terperanjat dengan tindak balasnya itu. Buat seketika kami tidak berkata-kata.

Jangan puji aku, kalau kamu mahu aku duduk di sini, bentak Nurul Hayat dengan tiba-tiba. Dia terus bangun sambil kedua belah tangan mengenggam penumbuk. Matanya merenung ke arah dada sungai. Dia menarik dan melepaskan nafas dengan resah sekali. Maafkan aku kata saya tersangkut-sangkut. Nurul Hayat membuka genggam penumbuk tangan kanan. Nafas resahnya nampak berkurangan. Maafkan aku, sebenarnya aku tak berniat nak menyinggung perasaan kamu, rayu saya lagi. Genggaman penumbuk di tangan kirinya terbuka. Nurul Hayat terus duduk kembali di sisi saya. Aduh! Senangnya rasa hati, perempuan yang keras hati dapat dilembut dengan rayuan. Saya senyum megah.

149. SYAITAN JADI DAMPINGAN Jilid 11 Setiap kali bahu saya bergesel dengan bahu Nurul Hayat timbul rasa cemas. Bila rasa cemas itu berakhir, timbul rasa ghairah yang tidak menentu, hati saya berdebar. Pada ketika masa itu juga saya terus menatap kulit muka Nurul Hayat yang kemerah-merahan. Di saat anak mata tertacap ke kulit mukanya, diam-diam saya melayani perasaan, saya khayalkan yang saya sedang membelai rambut hitamnya dengan penuh mesra. Bintik-bintik peluh yang membasahi pipinya saya kesat dengan hujung jari kelingking. Nurul Hayat ketawa dengan penuh mesra merestui apa yang saya lakukannya terhadapnya. Saya bayangkan, bila dia ketawa wajahnya bertambah jelita. Lekuk lesung pipitnya kian jelas dan nampak mendalam. Bibirnya yang nipis amat mendebarkan. Pendek kata apa yang ada pada diri Nurul Hayat tetap indah dan menarik. Kemudian, saya bayangkan hujung hidung saya terbenam ke kulit pipinya. Nurul Hayat ketawa dan mengeliat kegelian. Dia terus memeluk dan merangkum tubuh saya. Heeiii.. Serentak dengan jeritan kecil itu, terasa rusuk kiri saya di siku dengan kuatnya hingga perutnya terasa senak dan saya hampir tersungkur ke depan. Nasib baik saya sempat berpaut pada bibir bot. Kenapa kamu rebahkan badan kamu ke dada aku, tutur Nurl Hayat dengan wajah yang masam. Saya mula menyedari apa yang telah saya lakukan. Khayalan membuat saya terlupa keadaan keliling. Saya rasa malu yang amat sangat. Rasanya sudah tidak sanggup untuk berdepan dengan Nurul Hayat. Harga diri dan maruah bagaikan sudah hancur berderai. Bila Nurul Hayat merenung saya tepat-tepat, saya tersipu-sipu. Saya

buat muka tebal dan cuba tersengih macam kerang busuk. Cuma itu saja yang berdaya saya lakukan untuk menutup malu. Inilah akibatnya kalau suka berkhayal, tunggul disangkakan manusia. Budi bahasa, sopan santun semuanya hilang dan tenggelam dalam dunia anganangan yang tidak bertepi, memang tidak salah kata orang tua-tua, kalau perasaan ghairah dilayan, akan membaca bencana, menjadikan taraf manusia kepada taraf binatang. Kenapa dengan kamu Tamar, tiba lembik macam ayam mabuk tahi. Apa dah jadi Tamar, muka Nurul Hayat nampak merah padam, dia marah sangat. Aku terasa nak pening, perut rasa mual. Bot yang aku naiki ni, terasa tunggang balik, itu saja dalih yang mampu saya luahkan. Semoga dengan pembohongan itu, Nutul Hayat akan bersimpati dengan saya. Kamu jangan bohong dengan aku, Tamar. Kenapa aku mesti bohong, aku bercakap perkara yang benar, kata saya sambil membuat muka sedih. Nurul Hayat termenung sejenak. Saya terus buat pura-pura sakit dan cara kebetulan rasa senak akibat disiku oleh Nurul Hayat masih terasa, jadi mudahlah saya berlakon. Sekarang apa rasanya? Dah beransur kurang, Sekarang sandarkan badan kamu, luruskan kaki. Tenangkan fikiran kamu dan jangan ingat apa-apa, lanjut Nurul Hayat. Saya segera melakukan apa yang disuruhnya. Nurul Hayat gembira kerana saya patuh dengan perintahnya. Dengan perlahan-lahan Nurul Hayat mengesut ke kanan hingga jarak antara kami terpisah agak jauh. Jarak lutut saya dengannya terpisah kira-kira sekaki. Kenapa mengesut jauh, kata saya. Bukan apa apa biar senang kamu berehat nanti kalau kamu terasa pening, kamu tak merebahkan kepala kamu ke arah dadaku, katanya dengan senyum. Tidak dapat saya takrifkan erti senyum itu sama ada ikhlas atau sekadar untuk senyum saja. Apa yang pasti saya terasa seperti disindir. Kami terus membisu, Cuma bunyi deru enjin bot saja yang mengasak lubang telinga kami.

REDUP Sinar matahari kian tunduk, suasana terasa redup dan menyenangkan. Bot yang bergerak menghasilkan angin lembut membuatkan badan terasa segar sekali.

Saya masih belum dapat meneka apa yang tersirat di dalam kepala dan hati Nurul Hayat. Saya kira dalam menghadapi situasi begini, ada baiknya saya diam dan membisu seribu bahasa. Dengan tidak disangka-sangka Nurul Hayat terus bangun. Saya tergamam bila melihat dia berdiri sambil sepasang tangannya mencekak pinggang. Dia renung ke arah ekor bot berkali-kali, macam ada sesuatu yang dicarinya. Pandangannya beralih pula ke arah kiri dan kanan tebing sungai. Melihat keadaan dan gerak-geri Nurul Hayat menimbulkan seribu keraguan dalam diri. Saya segera bangun dan mengikut kelakuan yang dibuatnya. Saya juga tidak tahu kenapa saya harus jadi pak turut. kamu tak suka duduk di sini? Tak suka bercakap-cakap dengan aku? Saya cuba memecahkan suasana ang agak tegang. Aku sedang memikirkan, apakah perlu memberitahu kamu nama-nama kampung yang ada di sepanjang tebing sungai. Aku fikir, kamu perlu menerangkan kepada aku Nurul. Sebabnya? Aku pendatang baru ke daerah ini. Nurul Hayat mengigit bibir setelah mendengar penjelasan dan alasan yang aku kemukakan kepadanya. Tapi, saya tak meneruskan kata-kata itu. Nurul Hayat nampak rasa semacam tetapi matanya masih tertumpu ke arah pepohon yang tumbuh di kiri kanan sungai. Ada sesuatu yang nak kamu tanyakan pada aku? Nurul Hayat memancing, supaya saya meneruskan pertanyaan yang terhenti. Ada, Apa dia Tamar? Mudah saja aku harap kamu boleh menunaikannya, Nurul, Cakaplah terus terang, apa dia Tamar? Aku mahu kamu tunjukkan atau bawa aku ke kampung orang asli KUBU, khabarnya orang KUBU handal dalam ilmu dunia, turut saya penuh harapan. Nurul hayat termenung sambil mengerutkan kening. Kemudian dengan tenang dia menatap batang tubuh saya, dari atas ke bawah, dari bawah keatas beberapa kali. Kamu berguarau, Tamar.

Tidak, aku serius. Kamu jangan merepek Tamar, kampung kaum KUBU tu jauh di pendalaman, kalau kamu masuk kampong mereka, alamt kamu bertapalah di situ. Kamu jangan menakut-nakutkan aku ,Nurul. Aku bercakap pekara yang benar Tamar, kalau kamu betul-betul mahu, boleh aku cakapkan dengan ayah aku, baangkali dia boleh menolong kamu. Aku yakin, ayah aku tahu di kawasan mana kampung orang KUBU. Ah, aku tak mahu, aku cuma bergurau saja, aku nak usik kamu, Nurul. Kamu takut, suara Nurul Hayat merendah dan dia terus ketawa. Saya juga ikut ketawa tanpa sebab. Aneh, kenapa saya ketawa melulu? Timbul pertanyaan dalam diri dan dengan tenang saya tarik nafas dalam-dalam. Memang pada mulanya, saya berhasrat mahu meninjau perkampungan kaum KUBU. Tetapi, bila Nurul Hayat mahu meminta pertolongan Fuad Hassan bagi menjayakan tujuan tersebut, hasrat saya segera terbantut. Bila Fuad Hassan tahu dengan sendirinya datuk tahu, sebelum saya menerima apa-apa ganjaran dari datuk ada baiknya saya batalkan hasrat di hati. Elok juga kamu batalkan keinginan kamu tu, kalau kamu teruskan banyak risikonya, Tamar. Saya segera anggukkan kepala. Aku kira datuk kamu sendiri keberatan membenarkan kamu pergi ke kampung suku KUBU tu, sambung Nurul hayat membetulkan hujung selendangnya yang terlipat di celah ketiak.

PANAH Air sungai Batanghari yang dipanah matahari nampak berkilau-kilau bersama gelombang yang beralun perlahan. Anak-anak ikan kelihatan bergerak lancar dalam air dalam usaha menyelematkan diri dari disambar ikan-ikan besar. Saya terpegun melihat semuanya itu, jarang-jarang saya dapat menikmati suasana demikian. Bot terus membelah sungai Batanghari dengan aman. Saya dan Nurul Hayat masih berdiri. Sesekali terdengar suara datuk dan Fuad Hassan dalam nada yang kadang-kadang meninggi dan kadang-kadang rendah. Entah apa yang mereka bualkan, tidak dapat dipastikan. Tetapi, bot yang dikendalikan oleh Fuad Hassan tetap bergerak dengan sempurna. Kamu tahu Tamar, turut Nurul Hayat. Apa dia?

Tentang ilmu orang KUBU, Saya tergamam sebentar , memang di luar jangkaan yang Nurul Hayat mahu mengungkit kembali tentang hal orang KUBU yang pada hemat saya kisahnya sudah tamat. Ilmu orang KUBU memang menjadi, maklumlah hantu syaitan jadi dampingan mereka, sahut Nurul Hayat Maksud kamu, saya memotong cakapnya. Kita tak boleh buat sebarangan dengan mereka, kita harus bersikap hati-hati dengan mereka, jangan sesekali kita membuat sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mereka, jangan kita kacau mereka. Kalau kita kacau, kalau kita usik macam mana? Buruk padahnya, dulu ada orang muda di kampung aku bawa tikar bantal tak balik-balik, kaum kerabatnya tak tahu samada budak muda itu hidup atau mati.

Kalaulah betul cerita kamu ni, memang hebat ilmunya, kata saya sambil mengigit bibir. Biji mata saya terbeliak. Macam mana kisahnya sampai jadi macam tu, saya cuba cungkil rahsia. Nurul Hayat menggaru kulit pipinya yang kemerahan dengan hujung jari kelingkingnya. Semuanya kerana mulut, bukankah orang tua-tua dah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sebenarnya, anak muda itu ada bau-bau bacang dengan keluarga emak aku, Nurul Hayat berhenti bercakap. Dia garu pangkal lengannya berkali-kali. Hati saya berdebar kembali bila melihat kulit lengannya yang putih gebu. Saya jeling dengan semahu-mahunya.

Begini ceritanya Tamar, pemuda kacak itu kegemarannya memburu kijang dan memikat burung. Kadang-kadang dia masuk jauh ke dalam hutan sampai ke sempadan perkampungan orang KUBU, gaya Nurul Hayat bercerita membuat saya terpaku. Selalunya semua hasil buruan yang diperolehi disedekahkan kepada jandajanda yang susah dan banyak anak, diberikan kepada anak yatim. Kalau semasa memburu dia terjumpa kayu cendana, rotan dan macam-macam lagi hasil hutan, segera di bawa pulang kerumahnya untuk di jual kepada peraih dari luar.

Wang dari hasil jualan barang-barang tersebut digunakan untuk memperindahkan masjid, mengecat atau mengganti mana-mana bahagian masjid yang rosak. Membeli sejadah dan lain-lain keperluan untuk kepentingan para jemaah.

Kalau penduduk mehu mengadakan kenduri menyambut awal Muharam, Mauludurrasul dan sebagainya, mereka tidak perlu membeli lembu atau kambing kerana pemuda kacak akan membawa rusa atau kijang (hasil buruannya) sebagai lauk pauk untuk para jemaah. Kerana sikap murah hati, ringan tulang, rajin melakukan kerja-kerja amal tanpa mengenal penat lelah, nama pemuda kacak jadi sebutan setiap masa.

Mata kamu jahat, Tamar! Protes Nurul Hayat bila menyedari mata saya meratah kulit lengannya yang terbuka. Cepat-cepat dia membetulkan lengan bajunya untuk menutup kulit lengannya. Jelingan saya berakhir. Kulit kamu putih melepak, kamu cantik Nurul, kata saya berjenaka. Ini kamu kenal, Nurul Hayat genggam penumbuk lalu menghalakanke arah saya, dia cuba membuka silat, hati saya gementar dan cemas. Maafkan aku Nurul, aku cuma bergurau. Aku tak suka gurau begitu, batang tubuh aku bukannya gurauan tau, nada suaranya keras. Maafkan aku Nurul, lain kali aku tak buat lagi, kata saya. Dengan orang lain, kamu boleh bergurau tapi, aku bukan orangnya, kemarahannya terus berlanjutan. Saya jadi serba salah. Maaafkan aku Nurul, rayu saya lagi. Hummmmm, Nurul Hayat mendengus, wajahnya bertambah masam. Buat beberapa ketika saya merenung ke dada sungai. Semuga Nurul Hayat tidak melepaskan tendangan atau tumbukan silat yang boleh membuatkan tubuh saya terbuang ke dalam sungai Batanghari. Itu doa dan harapan yang berbunga dalam hati kecil saya. Maafkan aku, Nurul, saya merayu untuk kesekian kalinya. Baiklah, lain kali kamu buat lagi kamu tahulah padahnya. Saya amat gembira mencari keturunan di bumi Jambi. Kalau aku hulurkan tali cinta, belum pasti engkau mahu menerimanya. Itu yang beralun dalam hati nurani saya yang tidak mampu diluahkan meskipun Nurul Hayat berdiri di sisi.

Mendengar kata-kata itu, Nurul Hayat bersedia memaafkan perbuatan saya yang menyinggung perasaannya. Kemenangan besar untuk saya, hasil dari rayuan dan rasa rendah hati.

MENURUN Bila saya rasakan kemuncak kemarahannya sudah menurun ke paras beku, saya menjual senyum kepadanya. Dia membalas bersama dengan wajah yang riang. Sekarang kamu tentu sudi menceritakan kepada aku tentang pemuda yang menjadi tawanan anak dara KUBU, saya berusaha menghidupkan kembali cerita terputus di tengah jalan. Dua tiga kali Nurul Hayat menggosok pangkal hidungnya hingga kelihatan kemerah-merahan, menimbulkan rasa geram di hati. Kalau tak salah ingatan aku, perkara itu terjadi kira-kira tujuh tahun lalu, Nurul Hayat memulakan cerita dengan tenang dan teratur, masa itu umur aku baru tiga belas tahun, kejadian tu jadi buah mulut orang-orang kampung berbulanbulan lamanya. Macam-macam usaha dan ikhtiar dibuat untuk memanggil pemuda malang itu pulang. Semuanya gagal, tambah Nurul Hayat sambil matanya merenung tajam ke arah tebing sebelah kanan, macam ada sesuatu yang dicarinya. Kau pernah tengok pemuda itu? Soal saya bersama rasa cemburu. Pernah. Lawa orangnya? Tanya saya penuh debar. Lawa dan kacak, berkulit putih merah, tinggi dan badan penuh berisi. Handal bersilat dan main senjata, pandai berkasidah dan mengaji Quran, ramai anak dara kampung yang tergila-gilakan suaranya. Dia jadi pujaan sekampung. Termasuk kau, potong saya dengan resah.

Aku tidak tertarik dengannya, umur aku baru tiga belas tahun, aku anggap dia macam abang. Umurnya masa itu kalau tak silap aku sudah dua puluh lapan tahun. Walau pun ada hubungan keluarga, aku dapat bercakap dua kali saja dengannya. Emak dan bapa aku cukup keras mengawal aku, Nurul Hayat ketawa sebaik saja dia berhenti bercerita. Barangkali dia merasakan zaman kecilnya penuh keanehan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Gadis yang terpacak di sisiku adalah dara pingitan yang tersisih dari pandangan jejaka kampung, mereka tidak dapat melihat wajah ayu mendengar suaranya kecuali lelaki yang ada hubungan keluarga dengannya. Rasanya inginku miliki dirimu Nurul tetapi, aku anak dagang. Tetapi di samping memiliki sifat terpuji dia juga menyimpan sifat-sifat yang kurang sopan . Hanya kaum keluarga yang terdekat saja yang tahu sifat buruk pemuda kacak itu . Apa dia perangai yang tak baik tu, saya terus mendesak bila melihat Nurul Hayat berhenti bercakap. Dia seperti enggan bercerita, macam mahu

menyembunyikan sesuatu dari saya. Suka mengintai anak dara mandi, kata Nurul Hayat. Mengintai anak dara mandi, ulangsaya agak terkejut. Iya, katanya bersama senyum sinis, agaknya, kamu ada perangai macam dia, tambah Nurul Hayat. Saya tidak memberikan sebarang komen dan Nurul Hayat meneruskan cerita.

BURUNG Pada suatu hari, pemuda kacak membawa denak pemikat untuk memikat burung merbuk. Dia menyusuri tepi sungai menghala ke hulu, dia masuk ke arah sebatang anak sungai yang kualanya bertembung dengan sungai Batanghari. Tiba-tiba dia terserempak dengan anak dara KUBU mandi telanjang dalam sungai. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, begitulah terjadi pada si kacak. Dia membatalkan hasratnya mahu memikat burung merbuk. Denak pemikat diletakkan di dahan pokok dan dia meniarap di balik pokok besar mengintai bentuk tubuh anak dara KUBU yang jelas kelihatan di balik air sungai yang jernih bagaikan cermin. Bila si anak dara selesai mandi dia masih belum bergerak dari tempat persembunyiannya. Dia melihat setiap gerak-geri si anak dara dengan penuh minat bila anak dara KUBU selesai menutup bahagian buah dada dan bahagian sulitnya, pemuda kacak gelengkan kepala beberapa kali. Anak dara KUBU renung kiri kanan, atas bawah sebelum memulakan langkah pulang. Bila sudah yakin tidak ada musuh yang akan mengganggunya, maka si anak dara KUBU pun melangkah, di saat anak dara KUBU melintas di depannya, pemuda kacak keluar dari tempat persembunyian dan terus mengusik dengan berkata: Hai, tiga hari tiga malam mandi, badan awak busuk juga, tak ada siapa yang mahu. Anak dara KUBU merenung ke kanan lalu mengambil tiga helai daun pokok renek. Dia menoleh ke kiri pula dan tiga helai daun bersama ranting diambil. Semua daun dan ranting diramas dan dikepal bulat sebesar penumbuk kanakkanak yang berusia tiga tahun. Aneh sekali, daun yang sudah dikepal bulat bertukar dari hijau menjadi putih dan keras macam batu. Daun yang dikepal dibaling ke arah pemuda yang bermulut celupar. Kena badan pemuda tu? saya memintas cerita Nurul Hayat. Tak kena tapi, kena pokok tempat pemuda itu berlindung, cara anak dara KUBU

membaling kepalan daun hutan sunguh ganjil. Nurul Hayat menggosok kelopak mata kiri dengan jari telunjuk. Mungkin matanya terasa gatal, selesai gosok mata dia terus merenung permukaan air sungai, kemudia dia dongakkan wajahnya ke dada langit merenung awan gemawan yang berarak lembut. Ganjil macam mana? Soal saya tak sabar. ia tidak merenung pemuda yang mengusik malah dia berdiri membelakangkan pemuda. Dia balingkan kepala daun hutan dari depan ke belakang lalu kena pokok tempat pemuda menyorok. Si pemuda terus ketawakan perbuatan si gadis dengan menjerit BUSUK, BUSUK, BUSUK. Pemuda itu memang jahat, saya juihkan bibir ke depan, dan mata saya tetap menjeling ke dada Nurul Hayat dengan harapan hujung selendang yang menutup bahagian dadanya akan bergerak ke kiri dan ke kanan. Dengan itu memberi kesempatan kepada saya untuk menatap buah dadanya yang membengkak pejal di sebalik baju yang membelut tubuhnya. Ternyata harapan saya itu tidak menjadi kenyataan.

INDAH. Setelah puas menikmati keindahan alam semula jadi sekitar kawasan kedua belah tebing sungai Batanghari, Nurul Hayat menyambung kembali ceritanya yang terhenti. Mungkin tidak mahu perbualan menjadi panjang, gadis KUBU dengan membelakangi pemuda terus memintal-mintal hujung rambut dengan senyum, kemudian berlalu dari situ. Dalam beberapa detik saja gadis KUBU hilang dari pandangan mata pemuda nakal. Agaknya anak dara KUBU tu tentu cantik, kulitnya tentu merah macam kulit kamu, kata saya. Jaga mulut tu, nanti buruk padahnya. Soal orang kulit putih merah hitam legam ke, bukan soalnya, kita bercakap fasal ilmu orang KUBU. Maafkan aku. Berapa kali maaf, Nurul hayat jegilkan biji mata ke arah saya. Macam tadi juga, saya terus pamerkan sengih kerang busuk kepadanya..

150. DITAWAN DARA KUBU Jilid 11 Bot yang dinaiki makin rapat ke tebing, perjalanannya seolah-olah menyusur bibir tebing. Kalau boleh, biar bot berjalan tanpa berhenti di mana-mana, saya merasa senang duduk berdua dan berdekatan dengan Nurul Hayat.

Kehadirannya membuat saya lupa nama-nama gadis yang pernah mengetuk pintu hati kecil saya.

Menurut cerita Nurul Hayat, sebaik saja pemuda nakal yang dipanggil Unang itu mahu pulang ke rumah untuk membawa hasil buruannya iaitu seekor kijang dara, dia tidak menemui jalan pulang. Tanda-tanda penunjuk pulang yang dibuat pada pokok semuanya hilang. Apa yang ditemuinya ialah denai yang dilalui oleh anak dara KUBU. Denai itu ditemuinya di mana-mana.

Di hujung denai dia ternampak anak dara KUBU berdiri dengan keadaan yang amat menghairahkan. Bahagian kemaluan ditutup dengan sehelai daun yang lebar, begitu juga dengan bahagian buah dada. Gadis KUBU nampak cukup cantik, tidak selekeh seperti yang dilihat pada sebelah pagi.

Setiap denai yang terbentang di depan mengeluarkan bau yang cukup harum. Gadis KUBU menggamit Unang. Tanpa membuang masa Unang terus memburu si gadis hingga sampai ke kawasan perkampungan orang KUBU. Hasil buruannya terus dibuang. Sebaik saja memasuki ke kawasan perkampungan, Unang mendapati gadis KUBU duduk di atas pelantar kecil yang dibuat dari buluh kuning. Pelantar itu diletakkan di atas tanah lapang yang dikelilingi dengan garisan bulat. Garisan bulat itu tidak bersambung, bahagian garisan yang terputus diletakan ketul batu sungai yang diletakkan bertindih. Di situ juga dibakar sejenis sabut yang dihasilkan dari pokok hutan. Sabut yang dibakar mengeluarkan asap nipis. Terdapat lima garisan yang terputus tetapi garisan yang di depan gadis saja yang sabutnya dibakar. Tidak jauh dari garisan bulat, arah sebelah kanan terdapat seorang tua yang hanya memakai cawat duduk bersila di atas batu. Tangan kanannya memegang kayu bercabang dua. Rambut putihnya menutup sebahagian dari bahagian belakangnya. Mulut orang itu berkumat kamit membaca mantera. Setiap kali mentera selesai dibaca dia terus menghembus kearah Unang. Sebaik sahaja Unang melangkah dan berada dalam garisan, dia terus membuka baju dan seluar dipakai. Unang terpaku di situ dalam keadaan bogel. Gadis KUBU melompat dari pelantar lalu membalut tubuh Unang dengan kulit kayu. Unang benar-benar berada dalam dunia orang KUBU. Dia lupa dengan dunia luar. Dalam beberapa detik orang-orang KUBU, sama ada lelaki dan perempuan terus mengerumuni Unang. Lelaki tua yang duduk di atas batu terus bangun dan mengistiharkan Unang dan gadis KUBU menjadi pasangan suami isteri. Lama kelamaan Unang lupa pada bahasanya sendiri, makan pakai, bercakap dan patuh dengan pantang dan petua orang KUBU.

TUTUR Sejak itu Unang tidak pulang-pulang ke kampungnya. Ada orang yang terserempak dengan Unang tetapi, dia tidak bertutur dalam bahasa sendiri kecuali dan bahasa KUBU. Biasanya Unang selalu mengelakkan diri dari bertemu denagan orang kampungnya. "Itulah kisah Unang yang menyayat perasaan, kamu harus hati-hati, bila melihat keadaan orang yang aneh berkeliaran di jalanan, kamu harus mengunci mulut." Sebaik saja selesai mendengar cerita dari Nurul Hayat, saya anggukkan kepala dan berazam mahu mematuhi cakapnya. Saya tak mahu kisah Unang terjadi pada saya.

"Aku ingat pesan kamu," kata saya."

"Bagus, aku tak mau kamu jadi korban kerana kelancangan mulut sendiri."

"Benarkah Hayat?" tanya saya gementar."

"Iya," jawapnya lembut. Perasaan saya gementar, ada sesuatu yang beralun dan berombak dalam hati nurani saya, hati nurani seorang muda yang sedang memburu sesuatu yang indah dalam alam ini. Kata-kata yang lahir dari mulut Hayat mengambarkan ada sebuah janji dan harapan yang ditumpahkan oleh Nurul Hayat kepada saya. Setidak-tidaknya begitulah tanggapan saya. Wajah Nurul Hayat saya renung, dia juga merenung wajah saya. Anak mata kami bertembung, saya lihat Nurul Hayat menarik nafas, saya juga demikian. Tanpa disedari telapak tangan kami bercantum. Tergenggam dengan erat. Saya bagaikan lupa suasana sekitar, kulit telapak tangan Nurul Hayat yang lembut membuat saya terpesona.

Saya tersentak bila Nurul Hayat menarik tangannya. Dia terus tunduk sambil meletakkan mukanya ke kepala lutut. Saya tidak sedar berapa lama saya menggengam tangannya. Saya tahu Nurul Hayat terasa malu dan berdosa kerana menyentuh telapak tangan saya yang bukan muhrim. Saya tidak tahu siapakah di antara kami yang memulakan. bagi menenangkan perasaan saya cuba menyentuh bahu Nurul Hayat, di saat saya mengangkat tangan terdengar suara datuk. Niat segera saya batalkan. Saya terus menoleh ke belakang, datuk berdiri di tengah bot sambil merenung

tajam kearah saya. dari renungan itu saya dapat buat kesimpulan yang datuk kurang senang dengan perbuatan saya duduk berdua-dua dengan perempuan. Saya tahu perbuatan itu memang salah dan kurang sopan tetapi, apakan daya saya sudah terlanjur. saya cuba tersenyum, datuk terus jegilkan biji mata dan saya jadi serba salah. Datuk pernah berkata, bila seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk berdekatan, syaitan akan berada di tengah-tengahnya untuk menggoda. Entah mengapa kata-kata itu secara mendadak terus muncul dalam kepala saya. Bagi mententeramkan perasaan serba salah yang berkecamuk dalam hati, saya segera bangun. beredar dari sisi Nurul Hayat. Sudah tentu tindakan saya itu meniimbulkan rasa terkejut dalam diri Nurul Hayat. "Kenapa Tamar?" Tanyanya. "Renung ke belakang, kata saya tanpa menoleh ke arahnya. Dia segera menoleh ke arah yang saya katakan. Nurul Hayat segera faham, cepat-cepat dia bangun lalu beredar ke sebelah kiri bot dan saya beredar ke sebelah kanan.

TURUN Bila melihat kami sudah berjauhan, datuk tidak memberikan sebarang komentar. Dia terus turun ke bahagian enjin bot menemui ayah Nurul Hayat. Hati saya terasa damai, bagaimana perasaan Nurul Hayat?. Sukar untuk saya ramalkan. Walau apa pun, sudah sepuluh minit masa berlalu, saya dan Nurul Hayat terus membisu. Masing masing buat hal sendiri, merenung air yang mengalir, renung dedaun dan pepokok yang tumbuh di bibir tebing. Bila saya benar-benar yakin datuk tidak akan muncul lagi, perlahan-lahan saya melangkah ke arah Nurul Hayat yang berdiri membelakangi saya. Dia begitu asyik merenung rimbunan pepokok di tebing. "Hai! Apa yang kau fikirkan, Nurul?" Nurul Hayat segera menoleh ke arah saya. Dia senyum, tetapi sepasang matanya terus menyorot setiap liku bot. Macam ada sesuatu yang dicarinya. saya tahu, dia mencari datuk kalau-kalau masih berada di bahagian atas bot. "Cakap Nurul, apa yang kau fikirkan?" Ulang saya lagi. "Aku merasa terhibur, kerana bot kita sudah memasuki kawasan perkampungan," tuturnya dan saya anggukkan kepala. Bot terus bergerak dalam jarak yang agak dekat dengan tebing. "Jauhkah lagi Nurul?" "Kadang-kadang aku rasa pelik dengan kamu Tamar, sekejap kamu panggil aku

Hayat, sekejap kamu panggil Nurul. kamu panggil ikut sedap mulut saja," Nurul melahirkan rasa kurang senang. "Panggil apapun, orangnya tetap sama, sekarang aku nak tahu jauh ke lagi?"

Nurul Hayat gelengkan kepala sambil tersenyum panjang. Agaknya terasa lucu dengan perangai saya. Ikut suka kamulah, apa yang mahu kamu fikirkan tentang diri ini, fikir saya dalam hati kecil.

Bila melihat saya tidak memberi sebarang reaksi samada positif atau negatif. Nurul Hayat bersikap macam biasa kembali, seolah-olah tidak ambil kisah tentang apa yang mahu saya sebut mengenai dirinya. Itulah yang menyenangkan hati saya.

"Tak jauh lagi," jawap Nurul Hayat lembut. Dan tanpa diminta dia terus menyebut nama Kampung Olak Kemang, Ulu Gedung, Tengaj, Jelmu,Mudung Laut, Tahtul Yaman dan Tanjung Laut. Nurul Hayat juga menekankan bahawa kampung-kampung yang terletak di daerah Pelayangan dan Danau Teluk itu memang menyimpan suasana kehidupan yang amat bersahaja. Sejak dulu hinga kini para penduduk kampung tersebut masih mempertahankan cara hidup dan tradisi lama. "Kenapa ada Tanjung Johor di Jambi, sepatutnya nama ini ada di Semenanjung," potong saya yang sudah bosan mendengar tutur kata Nurul Hayat yang seolah mempamerkan rasa megah dan bangga dengan tempat sendiri. "Orang dari Johor yang membukanya sebab itulah dipanggil Tanjung Johor." "Aku faham sekarang tapi, adakah lagi keturunan orang yang membuka kampung itu Nurul? " "Itu aku tak tahu, kalau kamu nak buat penyiasatan aku boleh tolong." "Kamu memperolok-olokkan aku Nurul." Kata-kata yang saya ucapkan membuatkan Nurul Hayat terpampam. Di tengahtengah rasa terkejut itu, dia menarik nafas dalam-dalam untuk mencari ketenangan. Dan saya terus menatap air sungai yang mengalir jernih. "Kamu selalu memikirkan hal-hal yang buruk tentang aku , Tamar. Aku tak ada niat mahu mempermainkan kamu, aku bercakap benar."

"Aku ni kadang-kadang terlalu ikutkan perasaan, maafkan aku. Kalau kamu sedia menolong, beri masa pada aku untuk membuat persiapan dan perancangan yang teliti, Nurul. "

"Bila agaknya Tamar."' "Mungkin minggu depan, kalau datuk aku izinkan." "Kamu tak takut berjumpa dengan orang KUBU," kata Nurul Hayat, kemudian dia ketawa. Saya mengalami kejutan. Supaya tidak ketara saya terus tersenyum. Hati kecil saya segera membuat kesimpulan bahawa Nurul Hayat tidak serius dalam hal ini. Dia sekadar mahu menguji kesungguhan hati saya. Tak mengapa, kalau tadi dia tersinggung dengan tindakan saya, sekarang giliran saya pula menerimanya, saya mendamaikan hati yang mula baran. Nurul Hayat membetulkan tudungnya yang terlipas atas bahu kiri akibat di tiup angin. "Kau duduklah, aku ada hal," kata Nurul Hayat sambil memulakan langkah menuju ke bahagian tengah bot. "Kamu mahu ke mana Nurul ?" "Ke bawah, nak jumpa ayah." "Buat apa jumpa ayah, ada masalah ?" "Nak bantu dia, nak tengok macam mana dia rapatkan bot ke tebing," sahut Nurul Hayat tanpa mahu memandang wajah saya. Dia terus turun ke bahagian bawah bot. Saya terus duduk berdiri lutut. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan, apa yang pasti saya sun

gguh kecewa dengan sikap Nurul Hayat yang meninggalkan saya sendiri. Saya terus memeluk lutut sambil merenung ke depan, sayup-sayup ternampak jembatan Aur Duri. Bot besar dan kecil di samping sampan bergerak bebas di bawahnya. Tanpa disedari bot yang saya tumpangi sudah berada di kawasan sungai kota Jambi.

PELABUHAN Dari tengah sungai Batanghari saya merenung kota Jambi yang nampak tenang di bawah sinar matahari petang. bangunan lama dan baru berdiri seiring, saya tidak mengagak berapa luas dan besar kota tersebut, saya kira besarnya mungkin sebesar bandar Melaka.

Manusia dan kenderaan bergerak dengan aman. manakal di pelabuhannya berlabuh bot-bot besar dan tongkang. Bot-bot penumpang datang silih berganti. Semua yang saya lihat membuat saya terlupa tentang Nurul Hayat. Apa yang

ada di hati saya ialah rasa terharu yang amat sangat. Impian saya hampir menjadi kenyataan. "Itulah pekan Jambi, kita nak mendarat di situ. Kita mendarat di seberang pekan Jambi. Bila kita dah mendarat , aku kenalkan kamu dengan sanak saudara sebelah aku, bila ada masa kita pergi ke bandar Palembang dan beberapa tempat lagi," saya menoleh ke arah suara tersebut. Apa yang saya lihat ialah wajah datuk yang mempamerkan senyum. Saya tidak sedar, bila dia berdiri disisi saya. Mungkin kerana terlalu gembira menyebabkan datuk menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Penuh kemesraan.

"Tamar, aku tinggalkan tanah Jambi ni dulu , masa aku muda belia, masa aku bujang. Sekarang aku pulang dengan membawa seorang cucu," kata datuk dalam nada suara yang terharu. Matanya terus merenung ke arah permukaan air sungai Batanghari yang mengalir lembut. Datuk alihkan renungan ke bangunan di kota Jambi yang berdiri kaku. Saya kira batin datuk menemui kepuasan yang tiada taranya.

"Tamar !"

"Iya tuk."

"Kamu suka dengan apa yang kamu tengok ni?"

"Suka tuk."

"Kalau diizinkan Allah, selepas bertemu saudara mara datuk di sini, kita pergi ke tanah Kerinci,"

"Iya tuk," saya segera anggukkan kepala dan tidak kuasa mahu mengajukan sebarang pertanyaan lagi. Bosan, terlalu banyak rancangan yang tidak disusun muncul dalam kepala datuk. Bot terus bergerak.

"Kenapa tak turun di sini tuk?" Tanya saya setelah menyedari bot yang dinaiki mengubah haluan. Tidak menuju ke pelabuhan kota Jambi seperti apa yang saya harapkan, "barangkali ayah Nurul Hayat tak tahu yang kita nak turun di sini, tuk, "sambung saya dengan tenang. Datuk tersenyum lalu menepuk bahu kanan saya berkali-kali.

"Kita tak turun di pekan Jambi, Tamar. Kita mendarat di seberang pekan

Jambi,"ujar datuk lembut. Senyum kepuasan terus berlari di kelopak bibirnya. Benarlah, apa yang datuk katakan. Kerana itu bot ubah haluan ke arah tebing yang bertentangan dengan pekan Jambi. Makin lama bot makin dekat dengan daratan dan akhirnya rapat di tebing sungai.

"Ini Kampung Mudung Laut namanya Tamar," datuk memberikan penerangan, "orang-orang di Jambi menyebut kampung-kampung yang terdapat di tebing sebelah sini, sebagai Kampung Seberang," lanjut datuk lagi. Saya tetap macam tadi terus anggukkan kepala. Pertanyaan akan diajukan kepada datuk bila difikirkan perlu.

Enjin bot dimatikan tetapi bot masih bergerak menuju ke pelantar. Bahagian tepi bot sebelah kanan bergesel dengan bahagian tepi pelantar.

Badan bot bergegar. Nurul Hayat dan ayahnya segera keluar dari bahagian enjin bot. Dengan tangkas sekali Nurul Hayat melompat ke atas pelantar. Si ayah segera melemparkan tali bot ke arah Nurul Hayat. Dengan cekap sekali Nurul Hayat membelitkan tali bot ke batang kayu yang memang disediakan di situ.

Fuad Hassan segera melangkah ke atas pelantar. Datuk juga melangkah ke pelantar. Saya masih belum bertindak, masih tercegat di tengah perut bot. Nurul Hayat memandang ke arah saya dengan senyum.

"Hai, kenapa tercegat di situ macam patung, kemarilah," kata datuk. Saya segera melangkah danberdiri di bibir bot. Dengan penuh keyakinan saya pun melompat kerana tidak dapat mengimbangi badan dengan baik, saya terdorong ke depan dan terbabas ke tepi pelantar. Nasib baik saya dapat memeluk tiang tempat pengikat tali bot. Kalau tidak tentu saya jatuh ke dalam sungai. Nurul Hayat tidak dapat menahan rasa lucu, bila melihat saya memeluk tiang. Dia ketawa.

"Kenapa ketawakan orang yang susah," Fuad Hassan menegur kelakuan Nurul Hayat. Ketawa Nurul Hayat tersentap. Dia tersipu-sipu malu tetapi masih sempat memberikan kerlingan tajam kepada saya.

"Sampai di sini saja tugas saya," Fuad Hassan merenung wajah datuk sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Telapak tangan datuk dan Fuad Hassan bercantum erat.

"Terima kasih, budi kamu susah saya nak balas," sahut datuk. Telapak tangan mereka masih berpadu erat.

"Tak payah nak balas-balas."

"Apa kamu nak balik ke Kuala Tungkal? Hari dah petang benar, kalau tengok pada condongnya matahari dah pukul lima lebih." datuk dongakkan wajahnya ke arah matahari. Telapak tangannya dan telapak tangan Fuad Hassan tidak lagi bercantum.

"Tidak, kalau saya balik ertinya saya menempah bahaya," Fuad Hassan menarik nafas dalam-dalam, "boleh jadi saya berada di sini dalam sehari dua. Boleh jadi seminggu dua. Saya menanti dan berharap ada orang yang nak menyewa bot saya ke Kuala Tungkal, tidaklah saya balik kosong saja," lanjut Fuad Hassan.

"Maksudnya menyewa untuk bawa barang."

"Iya," angguk Fuad Hassan.

"Apa barangnya, Fuad."

"Macam-macam, kadang-kadang getah, hasil tanaman kampung dan apa saja," jelas Fuad Hassan penuh yakin. datu anggukkan kepala.

DIALOG

Dalam masa datuk berdialog dengan Fuad Hassan, saya mengambil kesempatan menjeling dan genyit mata ke arah Nurul Hayat. Dia tersenyum sambil mengetap gigi.

"Jadi malam ni kau bermalam di mana Fuad?"

"Bermalam dirumah adik ipar saya, " ungkap Fuad Hassan. Dia terus mencuit bahu Nurul Hayat memberi isyarat supaya bergerak. Saya jadi tak tentu arah. Tidak dapat memberikan lambaian tangan kerana mata datuk dan Fuad Hassan tertumpu ke arah saya.

Fuad Hassan dan Nurul Hayat melangkah ke arah sebuah kedai runcit. Saya gembira kerana datuk juga menuju ke arah kedai tersebut. Saya masih mempunyai peluang untuk berkata sesuatu dengan Nurul Hayat. Sekurangkurangnya menjeling atau melemparkan senyum ke arahnya.

Sebaik saja sampai di depan kedai runcit, lagi sekali datuk dan Fuad Hassan bertentang wajah. Saya bergerak ke sana, bergerak ke sini di belakang datuk. Cari peluang untuk bercakap dengan Nurul Hayat. Saya tahu dia juga resah gelisah macam saya. Malangnya kesempatan yang dicari tidak muncul. Hampa dan kecewa menguasai diri.

"Terima kasih atas bantuan awak," untuk sekian kalinya datuk berkata demikian. Amat keterlaluan menghargai jasa orang, cara begini tidak sesuai dengan saya.

"Pertolongan saya terlalu kecil," balas Fuad Hassan. Datuk senyum.

151. MISTERI KAIN HITAM Jilid 11 Beberapa orang yang lalu di depan kedai runcit segera menegur Fuad Hassan. Walaupun saya dan datuk tidak ditegur sapa, kami tetap mempamerkan senyum. Saya merasa kurang enak bila orang yang menegur Fuad Hassan menjeling ke arah saya dan datuk. "Begini, kita minum dulu," kata Fuad Hassan bila menyedari saya dan datuk kurang senang berada di depan kedai runcit. "Di mana?" Tanya datuk. "Di hujung sana, tu," jawap Fuad Hassan, sambil menuding jari telunjuk ke arah yang dimaksudkannya. Jarak antara kedai runcit dan kedai kopi cuma selang tiga buah kedai saja. Terletak di hujung deretan kedai. "Mari," ajak Fuad Hassan. Kami segera melangkah ke arah kedai tersebut. Sebagai orang yang sudah arif dengan perangai datuk yang tidak suka minum di kedai, merasai pelik dan aneh bila datuk memenuhi permintaan Fuad Hassan. Mungkin datuk berbuat demikian kerana mahu menghormati hati seorang kawan. Kami segera ke kedai kopi. Meja paling hujung jadi pilihan Fuad Hassan. Di situlah kami berlabuh. "Baru datang," tegur pemilik kedai. Fuad Hassan anggukkan kepala. Mereka berbalas senyum dan saya tumpang jeling ke arah Nurul Hayat yang tunduk merenung dada. "Ini kawan saya," Fuad segera memperkenalkan datuk dengan pemilik kedai. Mereka bersalaman. Saya lihat pemilik kedai berusia sekitar empat puluhan, berkulit hitam dan rambut keriting cukup peramah. Senyum sentiasa bermain di bibir dan saya merasa cemburu yang amat sangat, bila Nurul Hayat membalas senyumnya.

"Nak minum apa?" Tanyanya. "Saya teh susu," tentang Fuad Hassan memberi jawapan. "Encik minum apa?" Pemilik kedai renung muka datuk. "Beri saya air panas saja." "Air panas," ulang pemilik kedai yang merasa agak aneh dengan permintaan datuk itu. Fuad Hassan juga terkejut dengan karenah datuk itu. "Saya memang begini, suka minum air biasa bila di kedai," datuk membunuh keraguan dan rasa hairan yang tumbuh di hati Fuad Hassan dan pemilik kedai. "Ada pantang larang agaknya," pemilik kedai cungkil rahsia. Datuk tersengih sambil gelengkan kepala. "Memang tak ada pantang larang, datuk saya ni memang sejak dulu macam tu. Suka minum air biasa bila singgah di kedai kopi," kata saya, secara tiba-tiba. Fuad Hassan anggukkan kepala tetapi, pemilik kedai pamerkan senyum yang saya kira tersembunyi seribu persoalan.

"Kamu juga nak minum air biasa?" Pemilik kedai ajukan pertanyaan kepada saya. "Saya mahu kopi susu." "Awak pula nak air apa?" Pertanyaan untu Nurul Hayat. "Saya tak minum apa-apa." "Hai! Agaknya nak jaga kecantikan," usik si pemilik kedai. Hati saya makin membara. Pemilik kedai meninggalkan kami dan datang kembali bersama dengan barangbarang yang dipesan. Mungkin kerana kenal mesra dengan Fuad Hassan atau mahu menarik perhatian Nurul Hayat, pemilik kedai yang saya anggap separuh gatal terus duduk dekat Fuad Hassan. "Baru kali pertama datang ke sini?" Pemilik kedai renung muka datuk. Fuad Hassan yang sedang menatang cawan teh segera meletakkan cawan atas meja kembali. "Dia orang jati di sini, tetapi sudah lama merantau dan balik sekali sekala saja, awak tak kenal asal keturunannya kerana awak bukan anak jati di sini, awak orang luar, awak orang Acheh yang mencari rezeki di sini," sampuk Fuad Hassan. "Oh, maafkan saya kalau tersinggung," tutur pemilik kedai.

"Tak mengapa, ini perkara biasa. Usahkan awak, anak jati di sini terutama yang baru tak berapa kenal dengan saya," kata datuk merendahkan diri. Fuad Hassan terus menghirup air teh. Begitu juga dengan saya. Ekor mata Nurul Hayat menyorot setiap gerak-geri saya. Hati saya amat gembira sekali, bila pemilik kedai meninggalkan meja kami untuk melayani pelanggan lain yang baru masuk ke kedainya. Bila Fuad Hassan mahu membayar harga minuman, pemilik kedai tidak mahu menerimanya. Alasannya, kerana dia mahu meraikan kehadiran orang luar (maksudnya datuk) yang sudah singgah di kedai. Berkali-kali datuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya. Kami pun keluar dari kedai. "Hati-hati sikit, orang di sini suka menguji ilmu dan kepandaian orang, terutama orang yang berdagang di sini," Fuad Hassan mengingatkan datuk sebaik saja berada di depan kedai minum.

"Ini kisah baru, sebelum ni hal macam ni tak pernah terjadi di sini," balas datuk. "Begitulah adat hidup, sentiasa berubah. Dulu lain, sekarang lain, kita cuma terjaga jaga sudahlah, jangan sampai kita terjebak," lanjut Fuad Hassan lagi. Dan datuk akur dengan nasihat itu. RENUNGAN Dalam renungan beberapa orang yang lalu lalang di depan kedai sederet itu, datuk dan Fuad Hassan terus bersalam untuk sekian kalinya. Mereka berpisah mengikut kemahuan hati masing-masing. Nurul Hayat dan ayahnya menghala ke utara. manakala saya dan datuk menuju ke selatan. Kira-kira dalam jarak dua ratus kaki dari kedai minuman, saya dan datuk membelok ke kanan memasuki jalan enam kaki. Suasana terasa agak sunyi. Bayu petang yang bertiup menyentuh kulit muka membuat badan terasa segar. Kami terus melangkah. Sambil melangkah, saya merenung ke kiri dan kanan jalan enam kaki yang ditanam dengan ubi kayu. Dedaun ubi kayu yang hijau kelihatan bergerak lembut mengikut arah angin bertiup. Kebanyakan rumah didirikan di sebelah kanan jalan, letak atau jarak antara satu sama lain agak berjauhan. Rata-rata atap rumah di situ dari daun rumbia. Dindingnya dari papan dan ada juga dari tepas. "Jauh ke lagi tuk?" Tanya saya tercungap-cungap. Rasa sudah terlalu jauh saya menghayun sepasang kaki hingga terasa penat dan kaki pula lenguh.

"Lepas selekoh di depan sampailah kita," kata datuk sambil menuding telunjuknya ke arah selekoh tajam. Di sebelah selekoh tersebut terdapat pokok jati berdaun lebat. Saya meneruskan perjalanan dalam sinar matahari petang yang kian runduk.

Lebih kurang dalam jarak 50 meter mahu sampai ke selekoh tajam, saya seperti terlihat sesuatu yang melintas jalan. Bentuk benda yang saya lihat keadaannya menyerupai kanak-kanak yang berusia sekitar tujuh tahun. Kulitnya hitam legam dan agak kurus. Kepala nya gondol. Tiba-tiba saja bulu tengkok saya meremang. Cepat-cepat saya menarik hujung baju datuk hingga langkahnya terhenti. "Kenapa Tamar?" "Saya nampak macam ada budak kecil melintas jalan dekat selekoh." "Ah! Kamu jangan merepek," datuk segera menepis tangan saya bersama dengan kerlingan yang tajam. Dia meneruskan perjalanan dan saya pun meneruskan langkah yang terhenti. Sambil berjalan saya toleh kiri dan kanan. Sesekali saya merenung ke belakang. Entah mengapa, perasaan saya jadi cemas dan takut semacam. Sebaik saja sampai ke selekoh tajam, lebih tepatnya dekat pokok jati besar yang berdaun lebat, badan saya terus menggigil dengan serta merta tanpa sebab. Saya tidak boleh melangkah macam ada sesuatu yang memegang kedua belah kaki saya. Tulang-tulang sendi terasa lembik dan saya terus rebah ke bumi. "Tamar, kenapa kamu?" Datuk segera memeluk saya. "Kenapa kamu Tamar?" Ulangnya lagi. Saya cuba menjawap pertanyaan datuk tetapi, suara tidak keluar. Mulut mula berbuih. Kerongkong terasa kering dan pedih. Seluruh kulit badan terasa amat panas bagaikan terkena bara api.

Sinar matahari petang yang kian meredup (saya kira pada masa itu lebih kurang pukul lima setengah petang) terus menyimbah wajah. Kelopak mata amat sakit dan air mata terus mengalir. Datuk terus menggosok kedua belah tempurung lutut saya dengan ibu jari kirinya berkali-kali. Datuk berhenti menggosok tempurung lutut. Dia termenung, macam ada sesuatu yang difikirkannya.

"Kalau tak silap aku, dari sini tak jauh lagi nak sampai ke rumah kaum kerabat aku. Memang tak salah lagi, aku sekarang berada di sempadan tanah kaum kerabat. Ada baiknya aku rawat di rumah saudara mara, ini lebih baik lagi," saya terdengar datuk berkata sendirian. Tanpa membuang masa lagi, datuk terus mendukung saya. "Sekarang kita pergi Tamar."

Datuk pun memulakan langkah dengan berlari anak. Kenapa datuk berbuat

demikian? Timbul pertanyaan dalam hati. Mungkin datuk dapat mengesan sesuatu yang kurang baik. DUKUNG. Semasa berada dalam dukungan datuk, telinga saya dapat menangkap bermacam-macam bunyi aneh. Pada mulanya saya dapat menangkap bunyi desiran angin yang lembut. Kemudian bertukar bunyi ribut bersama dengan dentuman petir. Saya juga mendengar bunyi pokok tumbang, jeritan gajah dan ngauman harimau. Malangnya, apa yang saya dengar tidak dapat saya sampaikan kepada datuk kerana saya tidak boleh bercakap. Suara saya hilang. Datuk berhenti berlari anak. Tubuh saya diletakkannya atas rumput di sebelah jalan enam kaki. Datuk tinggalkan saya di situ dan dia terus berlari ke tengah jalan enam kaki. Berdiri di situ sambil berpeluk tubuh. Dan sepasang matanya tertumpu ke arah pokok besar tanpa berkedip. Saya hanya melihat saja apa yang datuk lakukan. Sepasang kaki segera dikangkang. Jarak kaki kiri dengan kaki kanan kira-kira dua belas inci. Kedudukan kaki kanan ke depan sedikit dari kaki kiri. Berulang kali datuk mengerakkan lehernya dari kanan ke kiri sambil ekor matanya melirik tajam ke arah pepohon renek sebelah kiri jalan enam kaki yang kelihatan bergoyang seperti dilanda ribut. Dedaun kering, reranting kering dan dahan-dahan yang ada disitu terus terangkat lalu berterbangan. Pelik sungguh, semua yang berterbangan itu menuju ke arah datuk. Setap kali dahan atau ranting kayu menyentuh tubuh datuk saya seperti terdengar suara orang berteriak keriangan. Ternyata datuk tidak ambil kisah dengan semuanya itu. Dia tidak mengelak dan juga tidak menepis. Dia merelakan dedaun, reranting dan dahan kayu menghujani tubuh badannya. Datuk menggerakkan tubuhnya dengan mengangkat kedua belah tangannya. Begitu juga dengan kakinya. Keadaan datuk seperti mahu memulakan langkah silat yang teratur. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya lalu membelakangi pokok besar.

Aneh! Semua benda-benda yang berterbangan tadi berpatah balik ketempat asalnya. Keadaan kembali aman dan tenang. Dan saya secara tak sengaja merenung ke langit, saya terlihat dua ekor burung helang terbang rendah sambil matanya merenung ke arah saya yang terlentang di bumi. Burung helang bagaikan bersedia mahu membenamkan paruhnya ketubuh saya. Mahu mengoyakkan kulit badan saya. Tentu saja saya menjadi cemas. Datuk segera mengarahkan kembali sepasang biji matanya ke arah pokok besar. Di saat datuk menumpukan seluruh perhatiannya ke batang pokok besar, kelihatan sehelai kain hitam entah dari mana datangnya melayang-layang di

udara.

Tiba-tiba kain itu mengibas kearah susuk kiri datuk. Saya mencari siapakah yang mengibas kain hitam ke arah datuk itu. Usaha saya gagal. Tidak ada apa yang saya lihat. Apa yang pasti libasan kain hitam yang nampak lembut itu memberikan kesan yang hebat kepada datuk. Saya lihat datuk tersungkur ke bumi. Bahagian belakang bajunya terbelah dua. Datuk mengeliat seperti menahan rasa sakit yang amat sangat. Datuk berjaya bangun dalam keadaan membongkok. Dia memeluk lutut sambil menekan kepalanya ke celah paha. Barangkali itu petua atau taktik datuk bagi menyelamatkan kepalanya dari terkena libasan kain hitam aneh. Disaat datuk bergelut melindungi kepalanya, libasan kedua pula menyusul. Ternyata libasan kali kedua lebih berbisa, menghasilkan api lalu membakar bahagian tepi baju datuk. Sebelum api itu marak dan melarat ke bahagian lain, datuk berhasil memadamnya. Belum pun hilang penat, libasan ketiga dari kain hitam datang lagi. Datuk menggolekkan tubuhnya di atas jalan enam kaki, macam kucing mandi pasir. Usaha yang datuk lakukan berhasil. Libasan kain hitam tidak mengenai sasarannya. BANGUN Datuk terus bangun. Berdiri dengan gagah sambil mendepangkan sepasang tangannya. Bersedia menanti apa saja, bak kata orang, membujur lalu melintang patah dan serangan ke empat terjadi serta merta. Kerana datuk sudah bersedia dengan tangkas dia menyambar hujung kain hitam. Dengan sepenuh tenaga datuk berusaha menarik kain hitam ke arahnya. Usaha datuk tidak berhasil, sebaliknya datuk seperti ke arah hujung yang bertentangan dengan arah datuk. Saya amati hujung kain (yang bertentangan dengan arah datuk) muncul dari rimbunan pokok senduduk. Hujung kain itu diikat pada ranting sebesar jari kelingking. Kalau difikirkan dengan fikiran yang waras, mustahil ranting sebesar itu tidak patah bila ditarik oleh datuk dengan sepenuh tenaga. Mesti ada tenaga ghaib yang menarik atau menahan kain hitam itu dari dikuasai oleh datuk. Kain hitam yang terentang itu cukup tegang. Datuk berhempas pulas mempertahankan dirinya dari ditarik oleh kain hitam itu ke arah rimbunan pokok senduduk. Muka datuk nampak merah padam. Peluh bagaikan mandi menguasai tubuhnya. Datuk tercungap-cungap tetapi, dia masih lagi dapat bertahan dari tempat dia mula berdiri. Mungkin kerana terlalu kuat menarik kain hitam menyebabkan sepasang telapak tangannya luka. Darah merah segera bercucuran ke bumi dan sebahagiannya meresap ke kain hitam yang dipaut. Saya terharu melihat keadaan datuk. Apakah daya, saya tidak boleh membantunya. Mahu menjerit suara saya tiada.

Mahu membantunya, saya tidak boleh bangun kerana tulang temulang sendi saya tidak berfungsi sama sekali. Datuk terus bertarung. Tiba-tiba datuk terus melaungkan azan. Suaranya nyaring dan lantang. Bergema keseluruhan. Dengan serta merta kain hitam yang teregang (tegang) menjadi kendur. Ranting tempat kain hitam melekat segera patah dan kain hitam yang terentang terus ghaib entah kemana. Tetapi sebahagian dari kain hitam yang berada di tangan datuk tidak pula hilang sebaliknya bertukar warna menjadi seperti tepung gandum bertaburan atas tanah merah. Datuk pun mengesat kesan darah di telapak tangannya dengan cebisan bajunya. Bila kerja itu selesai dia terus menatap sepasang telapak tangannya dengan teliti. Tiap garis dan lekuk di telapak tangan ditenung dengan tepat. Datuk membaca sesuatu, setiap jari dihembus. "Ahhhh....," datuk menjerit. Serentak itu dia terus membongkok. Sepasang telapak tangannya ditepuk di permukaan jalan tanah merah sebanyak tiga kali berturut-turut. Datuk duduk bersila atas jalan sambil menghalakan muka dan dadanya ke arah pokok senduduk. Apa yang dilakukan oleh datuk selanjutnya amat mengejutkan saya. Dia mengoyakkan bajunya yang dipakai. Dadanya terserlah lalu terkena pancaran matahari petang yang redup. datuk menumbuk bahagian dada sebelah kiri dengan tangan kanan sebanyak enam kali. Kemudian datuk menumbuk bahagian dada sebelah kanan dengan tangan kiri sebanyak lima kali. Datuk menarik nafas dalam-dalam.

"Sekarang aku bersedia, kalau syaitan tunjuk rupa kamu. Kalau kamu manusia datanglah kita bersalam," jerit datuk sekuat hati. Dia mengulangi kata-kata itu sebanyak tiga kali berturut-turut. Datuk terus berada di dada jalan. Dia tidak mengubah posisi kedudukannya. Lebih dari sepuluh minit datuk berada di situ. Bila datuk yakin cabaran yang dibuat, tidak menerima tindak balas, dia segera bangun lalu memetik beberapa lembar daun dari pokok renek. Datuk mendekati saya. Daun yang dipetik segera diramas dan digosok di setiap sendi tubuh saya. Kemudian datuk suruh saya bersenam ala kucing baru bangun tidur. Setelah selesa melakukan apa yang disuruh, seluruh tubuh saya berpeluh. Dan gegendang telinga tidak lagi didatangi bunyi bunyi yang aneh. Malah saya boleh bangun dan melangkah. Keadaan diri saya kembali normal.

"Sekarang apa rasa badan kamu, Tamar?"

"Saya rasa sihat tuk."

"Boleh kita teruskan perjalanan?" "Boleh," jawap saya dengan penuh semangat dan keakinan. Datuk pun memulakan langkah dan saya mengekorinya. Baru lima enam tapak melangkah, datuk berhenti berjalan. "Kenapa tuk?" "Tak ada apa-apa, kamu jalan dulu, aku ikut dari belakang." "Saya jalan dulu tuk?" Tanya saya penuh keraguan. Hati dan perasaan mula berdebar. Wajah datuk saya tatap. "Jalan, apa tunggu lagi," desak datuk. 'Saaaayyy...," kata saya gementar. Semasa saya mengekorinya tadi, saya terlihat benda-benda aneh yang menakutkan. Bila disuruh menjadi kepala jalan, tentu perkara yang lebih aneh dan dasyat dari itu akan saya alami. "Kenapa saya, tidak datuk?" Saya memberanikan diri memberi protes secara sopan. "Ikut saja cakap aku, jangan banyak soal jawap," datuk jegilkan biji mata. "Oh, kalau gitu saya jalan dulu tuk," kata saya tersengih. Datuk anggukkan kepala bersama segaris senyum yang terukir di bibir. Hatinya senang kerana saya patuh dengan cakapnya. TOLEH Tiga empat langkah berjalan, saya toleh ke belakang. Tentu saja, cara yang saya lakukan itu kurang disenangi oleh datuk. "Jalan terus, jangan toleh-toleh ke belakang," suara datuk meninggi. Cuping telinga saya terasa pedih dijentik oleh datuk. Kalaulah yang melakukan perbuatan itu bukan datuk, pasti saya maki atau kena penumbuk saya. "Ular." Saya menjerit dan terus melompat. Seekor ular hitam melintang jalan. Menghalang perjalanan saya dengan datuk. Dengan pantas datuk menolak saya. Dia ke depan mengambil tempat saya. Datuk menghadapi ular hitam secara perlahan-lahan panggungkan kepala. Datuk tumpukan perhatian kepada gerakan kepala ular itu. Di saat ular itu mahu melepaskan patukan, bagaikan kilat datuk menangkap

kepala ular. Badan ular dihempas ke dada jalan. Kemudian ular hitam dihumbankan ke dalam semak samun di seberang jalan. "Susah sungguh hidup ni kerana manusia tidak pernah jujur. Balik ke kampung halaman sendiri pun masih ada yang mahu menguji," rungut datuk. Rasa kesal tergambar di wajahnya. Datuk mengigit bibir, macam ada sesuatu yang difikirkannya. "Tamar." "Iya tuk, ada apa?" "Buka beg pakaian yang kamu bawa." Perintahnya segera saya akur. Datuk tukar baju koyak dengan baju baru, masih memakai seluar lama. "Nampaknya, aku tak boleh mengalah Tamar. Aku terpaksa berkeras," ujar datuk sambil menyingsing kedua belah lengan bajunya. Dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk pun memberi isyarat tangan agar saya beredar dari sisinya. Saya pun beredar dan mencari tempat perlindungan yang agak selamat. Dari gerak-gerinya ternyata datuk akan menerima tetamu yang tidak diundang. Datuk juga bagaikan tahu dari arah mana tetamu itu akan muncul. Dia pun berdiri betul-betul di hadapan sebuah busut jantan. Semua gerak geri datuk saya ikuti dengan teliti dari tempat persembunyian di balik sebatang pokok jejawi besar yang berjuntai dengan akar sebesar lengan budak berusia tujuh tahun. "Prraaaappp." Bunyi ranting kering di pijak. Saya jadi resah dan serba salah. Apakah saya mesti terus bersembunyi atau keluar dari tempat persembunyian untuk mendekati datuk. Saya tergamam, dari balik busut jantan muncul sesusuk tubuh dalam pakaian serba hitam. Kaki kanan orang yang memakai serba hitam memijak busut jantan. Dia berpeluk tubuh. Kepalanya juga dibalut dengan kain hitam. manakala bahagian pinggang diikat dengan kain kuning.

152. KETUANYA BOMOH WANITA Jilid 11 Bahagian depan (muka) ditutup dengan kain hitam yang nipis dan jarang. Ini membolehkan orang tersebut melihat sesuatu dengan bebas. Dan datuk macam tadi juga, berdiri dengan tenang. Sepasang matanya tetap menyorot setiap pergerakan orang yang berpakaian serba hitam di depannya. "Huuuhhhh..."

Orang yang berpakaian serba hitam melompat ke udara, setinggi lebih dari sepuluh kaki dan akhirnya berdiri atas busut jantan untuk beberapa minit sebelum melompat dan berdiri di depan datuk. Orang yang berpakaian serba hitam segera menghulurkan tangan untuk bersalam. Saya lihat datuk seperti keberatan untuk menyambut salam yang dihulurkan. Dan orang itu seperti memaksa agar datuk menyambut salamnya. Dia cuba berusaha menyambar telapak tangan datuk. Macam tadi juga, datuk terus mengelak. Ternyata perbuatan datuk itu menimbulkan kemarahannya. Kalau tadi dia menghulurkan tangan untuk bersahabat. Kali ini dia melepaskan penumbuk sulung yang kencang ke arah datuk. Datuk berjaya mengelak dan orang yang menyerang terbabas ke dalam rumpunan pepokok kecil. jatuh terduduk di situ dan dia bangun dengan pantas lalu menyerang datuk dari arah kiri. Datuk tidak dapat mengelak.

Satu tendangan yang padu dan tajam singgah di rusuk kiri. Datuk tersungkur dan bergolek kebumi menahan rasa sakit sambil mengerang. Saya jadi terharu melihat apa yang datuk alami. Tetapi, saya tiada daya untuk menentang orang yang berpakaian serba hitam. Orang itu bukan lawan saya.

Di saat datuk menahan rasa sakit, orang yang berpakaian serba hitam tidak mahu melepaskan peluang untuk menamatkan riwayat datuk. Dia segera melompat untuk menghentakkan sepasang kakinya ke dada datuk. Ternyata apa yang di rancangkan oleh si baju hitam dapat dibaca oleh datuk. Dengan pantas datuk menggolekkan tubuhnya di bumi, ligat macam gasing menuju ke arah kaki si baju hitam yang mahu memulakan lompatan. Kaki kiri si baju hitam (di bahagian buku lali) disambar oleh datuk lalu dipulas dengan sekuat hati. Si baju hitam tidak dapat mengimbangi badannya. Terumbang ambing macam sabut dilambung ombak. Akhirnya dia tersembam ke bumi. Dengan sedaya upaya datuk memeluk badan si baju hitam lalu melepaskan penumbuk ke arah perutnya. Saya terdengar suara pekikan dalam rasa senak yang amat sangat si baju hitam cuba menendang tubuh datuk. Ternyata datuk lebih cekap bertindak. Kain hitam penutup wajah segera di rentap dan dibuang oleh datuk ke dalam belukar. Datuk berhenti dari memeluk tubuh si baju hitam dan dia terus mencangkung di depan si baju hitam yang tewas.

"Kamu bukan lawan aku, pulanglah," kata datuk. Si baju hitam yang tewas segera duduk bersila di tanah sambil merenung penuh dendam ke wajah datuk. Tanpa diduga dia melepaskan tendangan dari kaki kiri ke arah kemaluan datuk. Mujur datuk menepis tendangan itu lalu menangkap kaki kirinya. Datuk rentap ke kanan hingga si baju hitam menjerit kesakitan. "Kamu bukan lawan aku," ulang datuk lagi.

"Ahhhh..." Si baju hitam bersuara dengan wajah yang amat pucat. Tanpa menunggu arahan dari datuk, saya terus mendekati si penyerang yang terbaring dengan keadaan terkangkang di bumi. Saya tatap wajahnya dan saya kira usianya sekitar 21-25 tahun. Air mukanya bersih macam orang bijak pandai. Dari raut mukanya, saya menduga dalam tubuhnya mengalir darah kacukan Melayu-Cina. Gerak matanya membayangkan dirinya seorang yang berotak cerdas. Ada tokoh untuk menjadi pemimpin dan pendekar. "Kenapa kamu serang aku? Aku tak buat apa-apa dengan kamu?" Suara datuk meninggi, tangan si baju hitam segera di kilas hingga keris di tangannya jatuh ke tanah. "Cakap kenapa kamu serang aku?" Desak datuk. "Ada orang yang suruh," katanya tercungap-cungap. Tangan yang dikilas segera datuk lepaskan. dan keris yang tersadai di bumi segera datuk ambil. Dengan tenang datuk menatap luk dan besi keris yang hulunya dibuat dari gading gajah dalam bentuk paruh burung lang (helang). "Duduk," kata datuk Si baju hitam yang terbaring di bumi merasai dirinya dalam bahaya. Dia segera akur dengan cakap datuk. Terus duduk mencangkung. Di wajahnya terpamer seribu penyesalan. "Jangan bunuh saya," rayunya "Aku tak bunuh kamu tapi, kamu mesti berterus terang dengan aku." "Maksudnya." "Mudah saja, kamu beritahu aku siapa yang suruh kamu buat semuanya ini," soal datuk lalu duduk bersila di sisinya. Cara datuk duduk nampak kemas sekali. Sengaja datuk berbuat demikian sebagai persediaan. Kalau si baju hitam membuat olah dengan senang dapat melepaskan buah silat. Si baju hitam termenung sejenak. Dia kerutkan dahi sambil melepaskan beberapa keluhan. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang yang bergolak dalam dadanya. Si baju hitam renung kiri, renung kanan. Nampak resah semacam. "Saya tak boleh tunaikan permintaan awak," dia bersuara. "Sebabnya?" Soal datuk. "Kalau saya dengar cakap awak, ertinya saya langgar sumpah. Saya tak boleh langgar sumpah," tutur si baju hitam tersangkut-sangkut bersama dengan wajah yang sangat hiba sekali.

"Kalau kamu langgar sumpah macam mana?" Tanya saya dengan mengejut. Datuk pun melemparkan kerlingan amaran yang tajam untuk saya. Seolah-olah memberi amaran supaya jangan turut campur dalam urusannya. Saya segera menarik nafas dalam-dalam. Kemudian menundukan kepala sebagai tanda minta maaf atas keterlanjuran yang dilakukan.

JAWAB Sebelum menjawap pertanyaan yang saya kemukakan, anak muda merenung ke langit. Dia lihat awan gemawan petang yang bergerak lemah. Dia juga melihat beberapa ekor gagak berterbangan di atas kepalanya sambil berbunyi dengan agak nyaring. Si baju hitam benar-benar berada dalam cemas. "Sekarang kamu terang dengan jujur, apa akibatnya bila melanggar sumpah," datuk mendesak. "Saya muntah darah. Dalam seminggu saya terus mati. Tolong jangan paksa saya langgar sumpah," rayu si anak muda itu. Saya lihat datuk jadi serba salah, termenung untuk beberapa saat. mencari akal untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya. Datuk tidak mahu kerana dirinya, si baju hitam akan menerima padahnya. saya pun diamuk keresahan, Memang tidak diduga begini jadinya. Saya kira setelah berjaya mengatasi halangan yang mencemaskan, perjalanan selanjutnya akan aman dan selesa. "Begini saja, kamu terangkan pada aku, siapa yang suruh kamu buat kerja ni. Cakaplah, kalau ada apa-apa hal aku bersama kamu. Aku jadi galang gantinya. Aku tak biarkan kamu kesaorangan," datuk memberikan harapan dan janji. Tetapi, si baju hitam masih ragu-ragu dengan janji itu. "Awak tak akan berjaya melindungi saya. Saya tetap dimakan sumpah, saya tetap mati." si baju hitam mula menangis. Dari perlahan -lahan terus meraung sekuat hati. Datuk segera memaut bahu si baju hitam sambil menekan ibu jarinya pada salah satu urat di sendi bahu kiri si baju hitam. Dengan serta merta si baju hitam berhenti menangis. Wajahnya yang pucat bertukar menjadi merah. Dari sedih bertukar menjadi garang, penuh dengan dendam kesumat yang amat sangat. "Benar-benar awak mahu menolong saya," si baju hitam menjegilkan biji mata ke arah datuk. Macam tadi juga, datuk terus anggukkan kepala. "Awak bersedia menghadapi kematian?" tanya si baju hitam . "Bersedia," jawap datuk

Si baju hitam gosok pangkal hidungnya beberapa kali. Tumitnya ditekan ke bumi

sehinga berlubang. Semua gerak-geri yang diperlihatkan itu diperhatikan oleh datuk dengan terperinci. "Awak banyak ilmu dunia," tanyanya lagi. Datuk gelengkan kepala. "Kalau awak tak ada semuanya tu, bagaimana awak mahu melawan mahaguru aku," si baju hitam makin bingung. "Aku mohon pertolongan pada Allah." Si baju hitam yang kebingungan itu tiba-tiba senyum sinis. Dia geleng kepala beberapa kali, membayangkan rasa kurang yakinnya atas kemampuan datuk.

"Pak Aji, Pak Lebai, Pak Imam, Tuk Kadi, guru agama semuanya kalah, tak ada doa yang boleh melawan ketua saya." si baju hitam bersuara penuh rasa bangga. Dia seolah-olah memperolehi kekuatan baru untuk menghadapi apa tindakan dari datuk. "Saya tak mahu langgar sumpah, saya mahu hidup lama," tuturnya sambil mengepal-ngepal penumbuk.

"Hei, dengar sini, mahaguru kamu tu bukannya Allah yang boleh menentukan panjang pendek umur seseorang," sahut datuk sambil sepasang matanya mengawasi gerak kaki si baju hitam.

"Saya tak mahu langgar sumpah," jerit si baju hitam dengan sekuat hati. Dia menunjukkan sikap aggresif

"Saya tak rela," katanya lagi. Nada suaranya tetap tinggi dan keras. Datuk terus membisu, tidak tahu apa yang harus dilakukan. datuk bagaikan terpukau dengan jeritan dan tindak-tanduk si baju hitam.

"Saya tak rela," dia mengulangi perkataan yang sama untuk kali yang ketiga. Saya terkejut, bila melihat si baju hitam bagaikan mendapat kuasa tertentu hingga boleh melompat melebihi paras pucuk pokok yang terdapat di situ. Dia kelihatan seperti terbang di udara dengan kedua belah tangannya terbuka, macam kepak burung helang. Suara jeritannya terus menguasai kawasan sekitar.

SIAP

Datuk menyuruh saya siap sedia. pada hematnya, besar kemungkinan si baju

hitam yang sedang naik darah itu akan bertindak melulu menyerang apa saja. Saya segera berlindung dalam rumpunan pokok senduduk. Datuk tidak berubah tempat dan bersedia menanti serangan dari si baju hitam.

Setelah beberapa minit berada di udara, si baju hitam kembali memijak bumi. Reranting yang kena sentuhan kaki dan tangannya terus bergoyang dan dedaun pun berguguran. Si baju hitam yang mendapat semangat baru lagi sekali mengatur langkah untuk melakukan serangan terhadap datuk. Ia pun angkat kaki kanan dan menghala penumbuk lalu menerpa ke arah datuk.

Aneh, langkah dan serangan yang diatur terus terhenti. Kenapa si baju hitam tidak meneruskan tindakan selanjutnya ? Rupa-rupanya datuk memaca sepotong ayat dari al-Quran untuk melemahkan gerak anggotanya. Saya lihat si baju hitam jadi lemah, tidak mampu angkat tangan dan kaki. Dia terus kaku di situ, macam patung, cuma kelopak matanya yang terkebil-kebil.

Dengan cepat datuk menerpa ke arahnya. Datuk pun meletakkan ibu jari kanan ke pangkal dagunya. Perlahan-lahan datuk tekan ibu jari hinga menimbulkan bekas di pangkal dagu si baju hitam. Setelah tiga kali berturut-turut datuk hembus muka si baju hitam, barulah saya lihat si baju hitam bertenaga kembali. Boleh menggerakkan tangan dan kaki.

"Sekarang aku tak mahu bertolak ansur dengan kamu lagi. Kalau tak beritahu, siapa ketua kamu, aku cekik kamu kemudian aku gantung di dahan pokok itu," datuk segera menuding jari telunjuknya ke arah pokok petai, "sekarang kamu pilih, kalau kamu tak beritahu, aku bunuh kamu. Kalau kamu langgar sumpah, kamu muntah darah. Seminggu lepas muntah darah kamu mati. Pilih salah satu, pada hemat aku kalau kamu langgar sumpah, kamu masih ada harapan untuk hidup," sambung datuk dengan wajah yang cukup serius.

Si baju hitam gigit bibir. Mungkin dia berada dalam dilema, tidak tahu yang mana satu harus dipilih. Saya lebih suka apa yang datuk ajukan. Dengan itu, tidak ada akan berlaku perkara yang tidak disenangi.

Saya terus gelisah kerana matahri semakin condong, tempat yang ditujui masih belum sampai. halangan dan rintangan juga belum tamat, kalaulah saya tahu jadi begini jadinya memijak bumi Jambi, tidaklah saya mahu mengikut datuk.

Jika ada sesiapa yang lalu di sini, pasti saya tahan. Saya minta orang itu membantu datuk tetapi, anehnya tak ada seorang pun yang lalu di jalan sepi ini.

Dalam kegelisahan itu, saya renung ke langit melihat awan petang yang bergerak lembut. Melihat beburung yang berterbangan. Saya renung ke arah

dedaun yang bergerak lembut disentuh bayu.

"Kamu kata, kalau langgar sumpah ada harapan untuk hidup," dengan nada suara yang lemah si baju hitam bertanya.

"Iya," datuk anggukan kepala.

Si baju hitam tunduk merenung bumi., kemudian perlahan-lahan dia angkat kepala hingga matanya bertemu dengan datuk.

"Cakap," sergah datuk.

Si baju hitam terkejut dan tergamam.

"Siapa suruh kamu jahanamkan aku," nada suara datuk kian keras. Sepasang biji matanya dijegilkan, tidak berkelip merenung wajah si baju hitam. Datuk membongkok lalu sepasang tangannya menepuk bumi tiga kali berturut-turut.

"Cakap, siapa suruh kamu datang ke sini. Cakap sebelum aku cekik kamu," kata datuk sambil menegakkan tubuhnya. Sepasang tangan dengan sepuluh jari terkembang diarahkan ke batang leher si baju hitam.

"Cakap sekarang," datuk maju dua tapak lagi hingga hujung jari jemarinya menyentuh kulit leher si baju hitam yang kelihatan cemas , tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

"Siap suruh kamu, cakap!" datuk terus bersuara.

"Bomoh perempuan," katanya terketar-ketar.

"Bomoh perempuan," ulang datuk.

"Iya, " balasnya gagap.

"Siapa namanya." desak datuk .

"Nama sebenarnya Halijah tapi orang panggil dia bomoh Minah Supandi."

"Halijah Supandi," kata datuk.

"Iya, iya." balas si baju hitam dengan terketar-ketar.

Tangan yang dihalakan ke batang keher si baju hitam segera di jatuhkan oleh datuk, kembali dalam keadaan asal. Datuk cekak pingang sambil mengkedutkan dahi, ada sesuatu yang datuk fikirkan. Datuk senyum panjang.

"Sekarang kamu boleh pergi dan jangan ganggu aku," datuk segera memusingkan badannya membelakangi si pendekar muda untuk meneruskan perjalanan. Saya segera keluar dari tempat persembunyian.

"Aduh!"

Datuk segera menoleh kebelakang, dilihatnya si baju hitam tersembam ke bumi. Mukanya berlumuran darah. Sebelum datuk menghampirinya, datuk suruh saya keluarkan golok perak dari dalam beg. Dengan golok itu datuk tetak pucuk palas yang belum kembang. Pucuk palas itu datuk buka satu demi satu. Darah yang berlumuran di muka si baju hitam datuk hilangkan dengan pucuk palas. Datuk dudukkan si baju hitam.

HITAM

Saya lihat muka si baju hitam jadi hitam, di mula bernafas tercungap-cungap macam ikan kekurangan air. Mula batuk tersangkut-sangkut tetapi tidak mengeluarkan darah. Dalam usaha mengurangkan beban yang ditanggung oleh si baju hitam itu, datuk suruh saya korek tanah untuk mengambil akar pokok petai, memetik daun keladi besar atau keladi gergasi untuk di jadikan bekas air.

"Kamu ambil air di tepi parit kecil, taruhkan akar petai, daun serunai laut, dan pucuk tapak kuda campuran semua dengan air di dalam daun keladi," kata datuk. Perintahnya saya ikuti dan cara kebetulan dari tempat ssaya duduk itu terdapat parit kecil yang airnya mengalir perlahan-lahan menuju ke sungai Batanghari. Ini memudahkan kerja saya. Semua barang-barang itu saya serahkan pada datuk.

Tanpa membuang masa barang-barang yang sudah bersatu dengan air datuk curahkan ke dada si baju hitam. Saya lihat si baju hitam meronta-ronta dan akhirnya terkapar atas tanah macam ayam kena sembelih, Bunyi nafasnya macam bunyi nafas kerbau.

"Biarkan dia di situ, sekejap lagi hitam dimukanya hilang dan dia pulih macam sediakala," ujar datuk penuh yakin. Saya anggukkan kepala . Bibir datuk saya lihat bergerak-gerak, entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak pasti. Lima minit sudah berlalu, si baju hitam masih terkapas dibumi. Saya jadi resah dan mula rasa bosan.

Saya tersenyum, bila saya lihat sepasang tangan si baju hitam mula bergerakgerak, mencakar-cakar bumi dan menarik apa saja di depannya. Datuk buat tidak tahu dengan perubahan ang berlaku terhadap diri si baju hitam.

Datuk masih macam tadi, tetap menggerak-gerakkan sepasang bibirnya, saya kira dia membaca ayat-ayat al-Quran.

Si baju hitam dengan saja terus duduk bersila. Benarlah seperti apa yang datuk katakan warna hitam di wajahnya sudah hilang. Dia tidak batuk lagi, nafasnya kembali lancar dan normal. Wajahnya nampak berseri dan si baju hitam pun segera bergerak ke arah datuk.

"Apakah aku selamat dari sumpah," tanyanya

"Dengan izin Allah, kamu tidak apa-apa."

"Tapi..."

"Tak ada tapinya, Allah berkuasa atas segala-galanya," datuk segera menerpa ke arah baju hitam. Disuruhnya si baju hitam itu bangun. Mereka bersalaman dan berpeluk-pelukan.

"Awak lindungilah aku," rayu si pendekar.

"Bukan pada aku minta perlindungan. Mintalah pada Allah. Dia Maha Mengetahui," datuk terus menepuk-nepuk belakang si baju hitam.

Di tengah-tengah suasana kemesraan dan keakraban itu, saya dikejut dengan tangis si baju hitam. Dia kian erat memeluk tubuh datuk, bagaikan tidak mahu di lepaskannya. Datuk terus menepuk-nepuk belakangnya hingga tangisannya berhenti dengan sendiri.

"Begini saja, kamu ikut aku. Bila sampai di rumah keluarga aku nanti, kita boleh bercerita panjang," begitu cara datuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya, " di rumah nanti banyak perkara yang mahu aku tanyakan kepada kamu terutama asal-usul kamu. Sebab-sebab ketua kamu mahu membunuh aku. Di sini bukan tempatnya untuk membunuh aku," sambung datuk lagi.

Mana mungkin si baju hitam mahu memenuhi pelawaan datuk, kalau permintaan itu dipenuhinya bererti si baju hitam mendedahkan dirinya dalam jurang bahaya. Demikian saya membuat kesimpulan.

"Saya setuju ikut awak."

Kata-kata yang diluahkan oleh si baju hitam membuat sepasang biji mata saya terbeliak. Kesimpulan yang saya buat memang tidak tepat. Sungguh mengejutkan.

Kesediaan si baju hitam menerima pelawaan datuk menggambarkan yang dirinya mahu keluar dari dunia lama menuju ke dunia baru yang lebih luas dan terbuka. Barangkali Allah sudah memberikan dia cahaya keinsafan dan kebenaran, fikir saya sendirian.

"Kalau sudi marilah," ajak datuk.

Si baju hitam pun anggukkan kepala dan melangkah seiring dengan langkah datuk. Saya cuma mengekori mereka dari belakang.

PERAMAH

Si baju hitam rupanya seorang yang peramah, sambil berjalan dia bercerita kepada datuk tentang pengalaman masa kecilnya yang bersuka berlari di celahcelah pokok besar, melastik burung dan mandi di sungai.

"Sepanjang jalan ni memang tempat saya dan kawan-kawan berjalan-jalan dan kadang-kadang mencuri buah jambu orang," katanya.

"Sekarang kamu tak buat kerja macam tu lagi," tingkah datuk.

"Iya tapi..." si baju hitam tidak meneruskan percakapan.

"Tapi apa?, Desak datuk tana memberhentikan langkah kaki.

Si baju hitam tunduk merenung permukaan bumi dipijaknya. Kerana tidak menjawap pertanyaan datuk dengan segera menimbulkan keraguan dan kesangsian dalam hati saya. Rasa mahu saya menyoal si baju hitam tetapi, kerana memikirkan perbuatan itu tidak disukai oleh datuk terpaksalah saya diamkan dalam hati.

153. DENDAM BOMOH WANITA Jilid 11 Di tengah sinar matahari yang kian runduk itu saya terus menggosok pangkal hidung dua tiga kali. Suasana yang diadapi membuat saya rasa marah dan geram. Kenapa datuk harus mengadakan undang-undang sendiri untuk saya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kenapa saya tidak boleh bertanya atau menyoal si baju hitam? Di saat saya berjuang dengan perasaan, tiba-tiba datuk batuk kecil. Hati saya berdebar cemas. Anehnya si baju hitam tetap macam tadi. Melangkah tenang sambil merenung bumi. Sesekali dia angkat kepala merenung ke arah pepokok yang terdapat di kiri kanan jalan tanah merah. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa bimbangnya dari saya. Matahari kian mengecil, angin bertiup lemah mengerakkan dedaun di hujung ranting. Tupai liar melompat dari dahan ke dahan. Beburung mula terbang rendah sambil berbunyi memanggil kawan-kawan supaya pulang ke sarang kerana sebentar lagi senjakala akan tiba. "Tuk," jerit saya. Seekor monyet botak (dari kepala hingga ke paras pinggang tidak berbulu, Dari paras pinggang ke paras punggung bulunya berwarna merah dan ekor berwarna hitam) bergayut di dahan sambil menyeringaikan giginya. Bersedia mahu melompat ke arah saya. Datuk dan si baju hitam berhenti melangkah. Merenung ke arah saya sebelum beralih merenung ke arah monyet botak. "Kita dalam bahaya," keluh si baju hitam. "Jangan bimbang, pedulikan semuanya, kita jalan terus," ujar datuk lalu mengajak saya dan si baju hitam meneruskan perjalanan. "Tetapi," terucap kata keraguan dari si baju hitam. "Tak ada tapinya, kalau dilayan kita yang binasa, mari," datuk segera menarik tangan si baju hitam. Anehnya, monyet botak melompat dari dahan ke dahan mengikut arah ke mana

kami melangkah. Si monyet botak bagaikan mengawasi apa yang kami lakukan. Suara jeritannya cukup keras menguasai seluruh kawassan sekitar. Bila saya menoleh ke arahnya, si monyet menunjukkan kemarahan yang amat sangat. Dengan gigi yang menyeringai bersedia untuk mengigit di mana-mana bahagian tubuh badan saya. Bagi menenangkan perasaan dan mententeramkan hati, saya membuat keputusan tidak mahu merenung ke arah monyet botak. Saya tidak mahu ambil kisah tentang monyet botak. Mahu menjerit sekuat mana pun, jeritlah. Kalau mahu melompat setinggi mana pun, lompatlah. Tetapi, kalau dia menyerang, bagaimana? Pertanyaan yang muncul dalam hati secara spontan itu membuat kepala lutut saya terasa lemah. Kalau tadi saya hanya mengetahui yang monyet botak itu bergerak dari dahan ke dahan, di sebelah kiri jalan. Kini saya mula terdengar bunyi monyet melompat dari dahan ke dahan di sebelah kanan jalan. Kalau tadi suara jeritan hanya dari seekor tetapi, kini bunyi suara jeritan itu kian bertambah. Saya tidak boleh mengawal perasaan dan terus menoleh ke kiri dan ke kanan. "Tuk, semua pokok kiri kanan jalan penuh dengan monyet, macam mengikut langkah kita tuk," nada suara yang meninggi. Datuk dan si baju hitam renung ke kanan jalan manakala datuk renung ke sebelah kiri. "Kita tak boleh mengalah, mahu di ujinya kebolehan aku," datuk berkata sambil merenung ke arah saya dan si baju hitam dengan renungan yang tajam membayangkan rasa marah yang amat sangat. "Kamu berdiri di situ renung ke kanan, Tamar renung ke kiri. Belakang kamu berdua mesti bertemu, renung ke arah masing-masing, jangan ubah, jangan toleh kiri, jangan toleh kanan. Jangan tegur apa yang aku buat , bila aku kata 'selesai', kita semua melangkah macam tadi," datuk keluarkan arahan. Saya dan si baju hitam anggukkan kepala dan segera mematuhi dengan apa yang datuk suruh datuk segera mengelilingi kami tiga kali berturut-turut. Suara monyet tetap kedengaran bagaikan suara orang bersorak. Selesai saja datuk mengelilingi kami, dia segera membongkok mengambil sehelai daun tua di hujung kakinya. Daun itu diramas-ramasnya hingga hancur menjadi serbuk. Dan serbuk daun itu dicampakkan ke kiri dan ke kanan jalan. Aneh, suara jeritan monyet segera berhenti. Datuk pun membuka langkah silat yang disebut SILAT MONYET BETINA yang banyak mengunakan gerak kaki kiri dan tangan kanan. Gerak dua anggota itu cukup pantas. RATUS Kerana gerakan itu terlalu pantas, datuk dilihat seolah-olah berdiri sebelah kaki. Tangan kanannya seolah olah menjadi beratus-ratus tangan. Tubuhnya menjadi lembut boleh dilentur, boleh di lipat untuk mengabui mata musuh yang mahu menyerangnya. Pada hemat saya,SILAT MONYET BETINA jarang di temui kini, malah dikatakan

sudah pupus, tidak ada pendekar yang dapat mewarisi atau mempertahankannya untuk di warisi oleh generasi sekarang. SILAT MONYET BETINA itu dikatakan berasal dari daerah YUNAN (sebuah daerah di Republik Rakyat China) yang penduduknya agama Islam. Silat tersebut dibawa oleh para pengembang agama Islam ke daerah tersebut sekitar tahun 680 Masihi. Meurut ceritanya, para pengembang agama Islam itu memanfaatkan silat tersebut, bila mereka di serang oleh pihak musuh yang ingin merampas harat benda mereka. Pada mulanya silat tersebut tidak dipanggil SILAT MONYET BETINA. ada nama lain. Begitu juga dengan geraknya. Bagi menyesuaikan dengan keadaan setempat, ilmu mempertahankan diri itu dipinda atau diubah suai dengan suasana setempat. Berdasarka pada cerita tersebut , tidak keterlaluan kalau kita membuat kesimpulan bahawa ilmu mempertahan diri pada awalnya dimiliki oleh mubaligh Islam yang akhirnya diubah dengan pelbagai nama hingga menghilangkan identiti asal dari mana ilmu mempertahankan diri itu bermula. "Tamar." Suara datuk yang meninggi itu membunuh apa yang berlegar-legar dalam kepala. Ubah renungan mata kamu ke arah aku. Tetapi, belakang kamu mesti bertemu dengan belakang kamu, mulakan langkah dari kiri," lanjut datuk lagi. Sambil bercakap itu datuk tetap mengatur langkah silat. Apa yang datuk sebut, segera dipatuhi. Suasana sebenarnya bertambah gawat dan cemas. Semua monyet yang bergayut di pokok kiri kanan jalan ghaib dengan serta merta kecuali monyet botak. Dari dan terus melompat ke atas jalan berdepan dengan datuk. Tubuhnya yang tadi kelihatan kecil terus bertukar menjadi besar, sebesar kambing jantan (runduk) Dalam sekelip mata saja, monyet botak itu menyerang datuk. Mujur datuk dapat mengelak. belum pun sempat datuk mencari kedudukan yang selesa, bagi mengemaskan kedudukannya , monyet botak menyerang lagi. Monyet botak juga saya lihat memperagakan silat. Pertarungan antara manusia dengan binatang ini ternyata kemenangan berada di pihak datuk . Binatang mengunakan kekuatan sedangkan manusia mengunakan kekuatan dan akal. Tanpa menerima sebarang sepakkan datuk, penumbuk dari datuk, monyet botak keletihan. Datuk lebih banyak mengelak dan mengajak monyet botak menyerang dengan cara itu tenaga dan kekuatan monyet botak beransur lemah dan akhirnya keletihan, tergolek atas jalan. "Selesai," jerit datuk

Saya dan si baju hitam segera kembali dalam keadaan asal (seperti sebelum didatangi monyet botak) untuk memulakan perjalanan menuju ketempat yang di hajati.

"Terlalu banyak halangannya," kata datuk seperti merungut , masa itu saya dan si baju hitam sudah pun berjalan lebih dari dua puluh langkah mengekori datuk. Saya menoleh ke arah monyet botak yang terkapar di belakang. Saya dapati monyet itu sudah tiada di situ. "Kamu menoleh ke arahnya dia sudah hilang," saya terkejut mendengar cakap datuk itu. Rupa-rupanya dia boleh mengesan apa yang saya lakukan. Walaupun dia tidak menoleh kearah saya. Inilah kebolehan datuk yang saya kagumi. "Sebenarnya, sebelum kita mulakan langkah tadi si monyet tu dah ghaib. kamu tahu, itu monyet jadian. Mana ada monyet tak berbulu sekerat badan," lanjut datuk lagi. Saya dan baju hitam hanya anggukkan kepala. Demi keselamatan dan menghindarkan kebimbangan, jarak saya dengan si baju hitam sengaja saya dekatkan. Begitu juga dengan si baju hitam, dia sengaja mendekatkan dirinya dengan datuk sehingga menganggu langkah datuk. SAMAR Hari sudah beransur samar-samar. Saya tidak tahu berapa banyak lagi saya harus melangkah. Saya renung ke langit melihat awan serta sekawan keluang yang terbang tinggi. Badan yang berpeluh membuat saya tidak selesa berjalan. "Saya tahu, bila saya ikut awak, banyak rintangan yang awak terima," mendadak saja si baju hitam bersuara. "Kita hadapi bersama, aku mahu kamu jadi orang baik-baik," sahut datuk. "Mudah-mudahan hajat awak dikabulkan oleh Allah." "Begitulah hendaknya." Datuk dan si baju hitam berhenti bercakap tetapi, kaki terus melangkah. Bunyi kicau burung mula berkurangan. Hati kecil saya masih mengharapkan, datuk mendesak si baju hitam supaya menjelaskan kenapa dia tidak meneruskan percakapan tentang dirinya dan kawan-kawannya yang suka mencuri buah jambu. Kerana tidak ada percakapan yang berlaku antara kami bertiga membuat suasana agak sunyi. "Siapa nama kamu?" soal datuk. "Andi Kamarool, maafkan saya kerana tidak menerangkan nama saya kepada awak." "Tak mengapa. orang yang bermusuh tidak akan memberitahu namanya kepada lawannya, sekarang kita dah bersahabat, wajarlah aku bertanya begitu, kamu ni, aku anggap macam cucu aku," begitu tenang datuk bersuara. Si baju hitam segera menoleh ke arah saya sambil menghadiahkan senyuman persahabatan. "Sekarang cuba kamu ingat, sebelum kejadian monyet botak menyerang kita ada pertanyaan aku yang tak kamu jawab." saya jadi terkejut dengan pertanyaan yang datuk ajukan kepada si baju hitam. Pertanyaan diluar dugaan

itu sebenarnya jawapan terhadap keraguan yang bersarang dalam hati saya. Si baju hitam mengerutkan kening, dia cuba mengingati sesuatu. Dua tiga kali dia meraba dan menggaru batang leher. Kemudian dia tersengih. Barangkali dia sudah dapat mengingati, apa yang datuk maksudkan. "Saya ingat." "Bagus, sekarang kamu jelaskan, aku nak dengar," Si baju hitam renung kiri kanan jalan. Tarik nafas dalam-dalam. Langkah kakinya tetap macam tadi, debar di dada saya kian kencang, ingin mengetahui apa yang akan diucapkan oleh si baju hitam. "Saya cuma nak tanya, kerana saya rasa pelik. Macam mana awak berdua boleh lalu ikut jalan ini?" jawapan dari si baju hitam membuat saya dan datuk tersentak. Kami saling pandang memandang. bermacam-macam persoalan dan tanggapan muncul dalam kepala saya, akibat jawapan dari si baju hitam. Agaknya, datuk juga terfikir seperti yang saya fikirkan. hati saya mula tidak aman. "Kenapa kamu tanya hal macam itu, Andi?" Si baju hitam tersenyum. "Kenapa kamu tersenyum!" sergah datuk. "Jalan ni sudah berbelas-belas tahun tidak di gunakan oleh orang-orang di sini. Ada jalan baru yang elok, tidak merbahaya, kenapa tak ikut jalan tu," suara si baju hitam lembut penuh sopan. Datuk berhenti melangkah dan merenung ke arah saya. kerana datuk berhenti secara mengejut, si baju hitam jadi tercengang-cengang. "Kenapa?" Tanyanya cemas. "Tak ada apa-apa, cuma aku nak beritahu kamu. Sengaja kami pilih jalan ini, kami tak suka jalan baru, bagi kami jalan lama banyak kenangan dan seronok untuk kami lalui," datuk memberi alasan (sebenarnya datuk berbohong) sambil tersenyum ke arah saya dan si baju hitam. "Begitu, tapi jalan lama merbahaya," tingkah si baju hitam. "Merbahaya? Maksud kamu," saya lihat datuk gigit bibir. Si baju hitam renung ke langit, renung kiri dan kanan jalan. Macam ada sesuatu yang dicari dan di curigai. TANGKAP Datuk dapat menangkap keresahan dalam diri si baju hitam. Dia pun menepuk bahu kanan si baju hitam sambil memberikan isyarat supaya meneruskan

langkah yang berhenti. Saya tetap macam tadi, sentiasa cemas dan tidak mengizinkan saya berada dalam jarak agak jauh dengan si baju hitam. kalau boleh mahu rasanya jalan beriringan. "Andi," suara datuk merendah. "Iya, ada apa?" "Kalau kamu rasa tak sedap hati, terus terang dengan aku, jangan simpan dalam hati," lanjut datuk kerana dia mula menyedari yang si baju hitam mula rasa gelisah. Sering sahaja merenung ke udara dan menoleh ke kiri dan ke kanan jalan. Kami terus melangkah, saya kira tidak berapa lama lagi sampailah ke tempat yang dituju. "Saya nak beritahu satu hal...," si baju hitam bersuara. "Apa dia?" Sanggah datuk . "Sejak jalan ini tak digunakan oleh penduduk kampung, macam-macam cerita timbul. Jalan ni dijadikan laluan manusia yang mengamalkan ilmu batin. Pada mulanya dikuasai oleh Pawang Ali, bila Pawang Ali mati bertukar kepada Dukun Sumbing, orang Batak. Dukun sumbing muntah darah dan berak darah kerana kalah berlawanan ilmu kebatinan dengan Bomoh Munah Supandi," si baju hitam berhenti bercerita. Dia menarik nafas dalam-dalam dan berusaha mendekatkan tubuhnya dengan tubuh datuk. Langkah mereka hampir mahu berlaga. "Itu saja ceritanya Andi." "Ada lagi." "Kalau ada teruskan." "Selepas Dukun Sumbing mati, Bomoh Minah Supandi terpaksa berdepan dengan tiga orang bomoh lain. Semua bomoh tu dapat dikalahkannya. Bomoh yang kalah tu, dipotong lehernya. darahnya diambil untuk diminum oleh anak muridnya. Badan bomoh yang kalah tu dikerat dua belas dan di tanam di bawah busut jantan." "Busut jantan tempat kamu melompat tadi," potong datuk. "Iya." "Kamu minum darah manusia?" Risik datuk lagi. "Tidak, belum sampai giliran saya. Giliran saya ialah minum darah awak," turut si baju hitam dengan tenang. Saya terkejut mendengar cerita itu. darah saya tersirap dan badan saya mula mengigil. Hal-hal yang buruk mula terbayang dalam kepala saya. Patutlah, dia berusaha mendekatkan dirinya dengan datuk. Rupa-rupanya dia ada maksud untuk membunuh datuk.

Anehnya, datuk tidak merasa tergugat atau cemas dengan apa yang dituturkan oleh si baju hitam. Walaupun si baju hitam secara terang-terang menyatakan dia mahu minum darah datuk. "Jadi, kamu sekarang mengidam darah aku," kata datuk sambil ketawa kecil. Saya cuma senyum tetapi, si baju hitam gelengkan kepala." Tidak, saya tak berniat macam tu. Saya nak buang semua yang jahat." "Bagus, kalau itu cita-cita kamu, sekarang jangan cerita atau sebut tentang hal bomoh tu. Kalau ada niat simpan saja dalam hati," cukup tenang datuk bersuara. "Kenapa?" Si baju hitam ingin tahu. "Sampai kerumah nanti, kau cerita," jawab datuk. NYAMUK Saya mula terasa nyamuk menyerang telinga kanan saya. Semuanya itu tidak saya hiraukan, langkah kami semakin cepat. Masing-masing mahu sampai ke tempat yang di tuju. Hari bertambah samar, sayup-sayup terdengar suara ungka di kaki bukit memanggil kawan-kawan pulang. "Kalau tak silap pengagak saya, kira lima rantai lagi sampailah kita ke kawasan kampung, cuba lihat tu ada asap orang kampung membakar sampah," si baju hitam bersuara. Jari telunjuknya menuding ke arah kepulan asap yang nampak berbalam dalam suasana samar menjelang senjakala. "Aku pun fikir macam tu juga," sahut datuk. Dialog yang diucapkan oleh datuk dan si baju hitam amat mengembirakan hati saya. Tanda-tanda pengembaraan yang amat menyeksakan ini akan berakhir. Saya sudah tidak mampu mahu melangkah lebih jauh lagi.

Sayup-sayup kedengaran bunyi terkukur dan merbuk peliharaan tingkah meningkah. "Kita dah dekat nak sampai Tamar," datuk menoleh ke arah saya. Kata-kata itu saya sambut dengan kegembiraan.

Setelah melepasi dua kawasan yang berbukit kecil , kami berdepan dengan kawasan lapang yang agak tinggi, seluruh kawasan itu di tanam dengan pokok tebu, betik pisang, ubi kayu, ubi keledek dan berbagai-bagai lagi jenis tanaman yang biasa di tanam dalam kawasan berhampiran perkampungan. Setelah melalui kawasan tanaman tersebut, kami berdiri di hujung tanah tinggi merenung ke bawah, ke arah kawasan perkampungan yang agak luas. Kami dapat melihat masjid yang di kelilingi berbelas-belas rumah.

"Tamar." "Iya tuk." "Mari dekat aku, begitu juga aku Andi." Saya segera mendekati datuk. Berdiri di sebelah kirinya dan si baju hitam berdiri di sebelah kanannya. Di wajah datuk terbayang kepuasan dan kebanggaan yang amat sangat. "Kau lihat Tamar," datuk menuding jari telunjuknya ke arah kawasan perkampungan, " itulah kampung nenek moyang aku, di rumah besar sebelah kanan masjid itulah, aku dilahirkan," sambut datuk. Aku renung ke arah masjid yang datuk maksudkan. Rumah besar di kanan masjid kelihatan masih kukuh. Ada kumpulan kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia belasan tahun bermain gasing. "Ini juga kampung halaman saya tapi, sudah lama saya tinggalkan, saya tak tahu apa khabar emak dan bapa saya, adik beradik saya. Kaum keluarga saya," sampuk si baju hitam. Mulut datuk terlopong, barangkali terkejut dengan pengakuan si baju hitam. "Sejak bila kamu tak balik ke sana?" tanya datuk. "Sejak saya jadi pengikut Minah Supandi." "Hummm..." suara datuk terkulum, " agaknya aku kenal kedua orang tua kamu. Orang tua kamu memang anak jadi kampung ni," sambung datuk lagi. "Orang tua saya asal dari Sulawesi, di Ujung Padang, jelas si baju hitam. "Tapi sudah lama menetap di situ." "Agaknya begitulah," si baju hitam tersenyum. "Tak kira di mana berasal sama ada dari Jawa, Sumatera, Tanah Melayu, Kalimantan kita semua adalah serumpun. Agama sama, ada budaya sama, bahasa pun hampir sama," ujar datuk sambil menatap sepasang biji mata si baju hitam. Datuk menepuk bahunya dua tiga kali. Saya tersenyum, datuk sudah dapat menerima si baju hitam menjadi sebahagian dari kerabatnya. Semoga selepas ini, si baju hitam tidak akan memperlakukan atau memperlihatkan tindak-tanduk yang boleh membuat datuk dan saya merasa curiga terhadap dirinya.

"Mari kita ke sana," Datuk menarik tangan saya dan si baju hitam. Kami pun mula melangkah menurun cerun bukit dengan hati-hati. Di antara kami bertiga, ternyata langkah

datuk sungguh bersemangat dan rancak sekali. Sebaik saja kami masuk ke kawasan kampung tercium bau sampah yang dibakar. Suara kanak-kanak jelas kedengaran begitu juga dengan suara burung terkukur dan merbuk peliharaan sahut-menyahut. Suara kerbau menguak dan suara lembu mengemuh. Kami terus masuk ke tengah kampung bagaikan pahlawan pulang dari medan juang.

"Assalamualaikum, mahu ke mana," seorang lelaki mncul dari rumpun pisang dengan parang panjang ditangan. matanya merenung wajah datuk.

"Mualaikum musaallam saya...," jawap datuk.

"Kamu Mat Diah," jerit lelaki itu memotong cakap datuk. Parang panjang dicampaknya ke tanah. Dia menerpa lalu memeluk datuk dengan erat sekali, "kamu balik, patut dua hari lalu mata kanan aku sebelah atas berkedip pagi, berkedip petang rupanya nak tengok orang jauh," riang benar suara lelaki yang saya kira usianya jauh lebih tua dari datuk. Kening dan rambutnya sudah putih. Begitu juga dengan janggut dan jambang tetapi, dia kelihatan gagah. Air mukanya bersih. Penglihatannya cukup terang, nada suaranya keras bertenaga.

LANGKAH

Dari apa yang saya lihat ternyata orang tua itu, bukan tua sebarangan. Tua berisi ilmu dunia dan akhirat. Atur langkah dan gerak tangannya membayangkan yang dirinya memiliki ilmu mempertahankan diri yang tinggi.

"Kamu tak kenal aku? Belum pun sampai lapan puluh tahun dah lupa," sambung orang tua itu bila melihat datuk terkebil-kebil macam mengingati sesuatu,

"Saya ingat-ingat lupa, kalau tak silap saya Haji Bagus," kata datuk ragu-ragu. Orang tua itu tersenyum.

"Betullah tu, kita ni saudara dua pupu dari sebelah ayah kamu," orang tua itu terus menepuk-nepuk bahu datuk, " mari ke rumah aku dulu, hari dah senja tak usah pergi ke rumah lama," sambung orang tua itu. Dan datuk patuh dengan permintaannya.

"Rumah pusaka tu, terbiar begitu saja ke abang aji, " datuk bertanya sebaik saja memijak anak tanga pertama rumah haji Bagus. Haji Bagus tidak menjawab. Dia hanya tersenyum saja dan menyuruh orang rumah membuat kopi. Dia juga memerintahkan telaga (tempat mandi) di kosongkan untuk memberi lalun kami

bertiga mandi dulu. Maklumlah waktu maghrib hampir tiba. Kerana kedudukan masjid dengan rumah Haji Bagus tidak jauh, kami masih ada kesempatan untuk menikmati air kopi panas yang disediakan oleh orang rumah Haji Bagus. "Saya bagi air suam," kata datuk sebaik Haji Bagus meletakkan cawan kopi di depannya. Haji Bagus renung sepasang biji mata datuk dengan renungan yang luar biasa. Renungannya cukup tajam sampai ke jantung hati dan ruang fikir datuk. Lebih tepat dengan renungan makrifat. "Saya ikhlas, saya tak berapa suka kopi, beri saya air suam," nada suara merendah. Haji Bagus segera meletakkan cawan kopi ke dada talam kembali. Haji Bagus memegang pergelangan tangan datuk sebentar.

"Aku percaya dengan cakap kamu," kata Haji Bagus sambil tersenyum. Dia segera menyuruh orang rumahnya membawa segelas air suam. Arahan Haji Bagus segera ditunaikan.

154. CICAK HITAM DALAM BILIK Jilid 11 Beduk di masjid pun dipalu orang, tidak lama kemudian suara azan maghrib bergema ke seluruh kampung. Kami segera bangun. Haji Bagus bergeas ke ruang dapur. Tidak lama kemudian dia kembali menemui kami.

"Saya dah suruh orang rumah masak lebih, saya suruh sediakan makanan yang sedap untuk kamu semua," Haji Bagus renung muka saya dan si baju hitam.

"Niat nak bermalam di rumah lama," celah datuk sambil ketawa. "Begitu, walau macam mana pun makan malam di rumah saya dulu," terdengar nada suara Haji Bagus bersahaja. Datuk tersenyum sambil menggosok hujung hidungnya berkali kali. Kami pun menuju ke muka pintu, si baju hitam turun dulu, diikuti oleh saya, datuk dan diakhiri oleh Haji Bagus. Azan terus bergema. "Dimana kamu jumpa budak baju hitam tu, kalau tak silap aku kenal dia. Budak tu dah lama ghaib dari sini, katanya menuntut ilmu batin dengan Munah Supandi, bermacam ikhtiar dibuat oleh emak bapanya, dia tak juga mahu balik. Tiba-tiba dia mengikut kamu pula Mat Diah," suara bisikan Haji Bagus ke telinga datuk dapat saya dengar agak jelas.

"Nanti lepas sembahyang Isyak, lepas kita makan boleh saya cerita. Panjang ceritanya," itu jawapan yang datuk berikan. Ternyata jawapan itu amat

menyenangkan Haji Bagus. Buktinya, dia tidak mengemukakan pertanyaan selanjutnya. KERUMUN Malam itu, selesai sembahyang maghrib dan isyak, datuk dikerumuni oleh para jemaah yang kebanyakan usianya lebih tua ari datuk, dan yang seusia dengan datuk ada kira-kira lima enam orang saja.

Para remaja yang muda buat tidak kisah dengan apa yang berlaku di masjid. Mereka tercengang dan berbisik sesama sendiri sambil melemparkan renungan yang sinis ke arah datuk. Tindak tanduk para jemaah muda itu dapat dikesan oleh Haji Bagus.

"Orang ni, anak jati kampung ni. Berpuluh-puluh tahun duduk di Tanah Melayu. Arwah orang tuanya mewakafkan tanahnya untuk mendirikan masjid tempat kita berjemaah, orang tuanya juga mewakafkan tanahnya untuk dijadikan kubur," kata-kata Haji Bagus itu membuat para jemaah muda buka mata. Mereka merenung ke arah datuk dengan penuh rasa kagum. "Rumah besar sebelah masjid yang selalu kita gunakan untuk majlis nikah kawin, berkhatan dan macam-macam lagi majlis....," secara mendadak saja seorang tua turut bersuara dari arah kanan saya. Semua biji mata tertumpu ke arah lelaki tua itu. "Dia beranak di situ, rumah dan pinggan mangkuk yang kita gunakan bila kenduri kendara milik orang tuanya yang diwakafkan untuk kita semua. Dia balik ke kampung macam berdagang di rantau orang, ada tanah, ada rumah tapi bukan haknya," sambung orang itu penuh semangat. Datuk hanya gelengkan kepala.

"Saya balik ke sini kerana saya rindukan pada kampung laman, rindu pada saudara-mara, terutama golongan tua yang ada pertalian darah dengan saya," secara mengejut datuk bersuara. Semua yang ada dalam masjid anggukkan kepala.

"Budak yang pakai baju hitam, seluar hitam, ada hubungan apa dengan awak," tanya seorang anak muda dalam lingkungan usia tiga puluhan. "EH, berbudi bahasa sedikit, hormatilah orang tua," sergah haji kepada anak muda itu, "dia cucu saya, tak suka saya tengok dia biadap begitu dengan orang tua," tambah Haji Bagus, bila dia melihat datuk terpampan dengan tindak tanduknya. Penjelasan yang diluahkan oleh Haji Bagus membuat datuk menarik nafas panjang. Membayangkan kelegaan yang amat sangat.

"Maafkan saya," kata cucu Haji Bagus dengan wajah sedih. Datuk segera mendekatinya, dua tiga kali datuk gosok belakang cucu Haji Bagus. "Aku maafkan kamu," bisik datuk ke telinganya, " orang muda jangan cepat naik darah. Kalau cepat naik darah, nanti ramai musuh dari sahabat," tambah datuk, anak muda mulut celupar terus anggukan kepala. "Terima kasih kerana nasihat yang berguna," kata anak muda itu sambil merenung lantai masjid. Para jemaah mula bercakap sesama sendiri. Mereka memuji anak muda mulut celupar yang mahu mengakui kesilapan sendiri. "Untuk pengetahuan jemaah semua, budak ini...," datuk menuding jari telunjuk ke arah si baju hitam, " ... dia tiada pertalian darah dengan saya tapi, dia adalah sahabat seagama dengan saya. Cerita bagaimana saya berkenalan dengannya, rasanya tidak elok saya ceritakan di sini. Walau apapun, dia adalah saudara Islam tuan-tuan semua," sambung datuk dengan wajah yang tenang dan di akhiri dengan senyum. Semua wajah para jemaah berada dalam bola mata datuk. "Tak apalah, kalau begitu kita lupakan saja," terdengar suara seorang jemaah. "Saya bersetuju, eloklah kita bersurai," sahut yang lain. "Saya tak puas hati, kalau tidak di terangkan dengan sebenar," tingkah yang lain pula. Saya lihat datuk resah semacam. Sudah ada dua kumpulan yang berbeza pendapat di dalam masjid yang berpunca dari rasa tidak puas hati. Jika perkara ini di biarkan tergantung (tanpa penyelesaian) pastikan akan menimbulkan hal yang tiada diingini. Mungkin ada yang menaruh prasangka yang buruk terhadap saya dan datuk. Saya kira datuk tidak akan membiarkan bengkak menjadi bisul. RAMALAN Ternyata ramalan saya tidak meleset. Datuk berbisik sesuatu pada si baju hitam. Selesai saja datuk berbisik, si baju hiam melangkah ke depan. Berdiri di tengahtengah jemaah. Saya lihat ada jemaah yang tercengang-cengang, malah ada yang merenung pintu masjid. Barangkali sebagai persiapan untuk lari, sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Si baju hitam bagaikan mengetahui apa yang berada dalam hati para jemaah. Dia pun menghiasi wajah seriusnya dengan senyum. Haji Bagus tetap berhati-hati dan melihat gerak-geri su baju hitam dengan penuh teliti sekali. "Apa yang dikatakan oleh orang tu memang benar. Kami tidak ada pertalian darah keluarga. Tetapi, kami mempunyai ikatan saudara seIslam yang cukup kuat" dengan tenang si baju hitam memulakan percakapan, " saya tahu apa

yang ada dalam hati perut tuan-tuan semua. Tuan-tuan yang ada di sini kenal saya, kalau tak kenal saya tapi kenal ibu bapa saya, saudara-mara yang lain," sambung si baju hitam. Di bawah sinar lampu gasoline, dia menatap wajah para jemaah. Bagaikan minta simpati. "Malah ada kawan-kawan yang sama-sama main gasing dengan saya di dalam masjid ni, buat tak kenal dengan saya. Sebabnya saya jahat, Menuntut ilmu dengan bomoh wanita. Kerana malu emak bapak saya tinggalkan kampung ni....." si baju hitam tidak meneruskan ucapannya. Wajahnya nampak sedih sekali. Dia tundukkan muka renung lantai masjid. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kemudian menelan air liur. Semua yang ada dalam masjid terdiam dan berpandangan sesama sendiri. "Tahukah tuan-tuan, saya disuruh oleh tuk bomoh membunuh orang ini," jari telunjuk si baju hitam menghala ke arah batang tubuh datuk. Ada yang gelengkan kepala sambil mengucap panjang. Datuk tersunyum sambil anggukkan kepala membenarkan apa yang dikatakan oleh si baju hitam. "Tetapi, ilmu yang ada pada diri saya belum cukup, dikalahkan dengan cara zahir dan batin. Saya terpaksa ikut dia dan berjanji untuk jadi orang baik-baik. Saya nak bertaubat. Kalau tuan-tuan semua sangsi dan masih renung serong dengan saya, susahlah saya. Dengan perkataan lain, tuan-tuan mahu selamalamanya saya berkawan dengan iblis. Di manakah letak dan rasa tanggongjawab seorang Islam, jika tidak sanggup memberi maaf dan bimbingan kepada orang Islam yang sesat untuk kembali ke jalan Allah," nada suara si baju hitam agak tinggi. Dia merenung ke arah datuk. "Orang ini memberitahu saya," lagi sekali jari telunjuk si baju hitam menuding ke arah datuk, " katanya, Allah amat sayang kepada orang yang sedar dan mahu mengaku kesilapan sendiri. Ajaran Islam tidak menolak pengikutnya yang mahu memilih jalan yang baik," sambung si baju hitam. Saya lihat dia tersedu. Datuk menepuk bahu kirinya meminta dia bertenang. "Sabar, kalau mereka tidak mahu menerima kamu, ada kampung lain yang mahu menerima kamu. Bukankah Islam itu berada di mana-mana, anggaplah ini cubaan pertama kamu," anak telinga saya masih dapat mendengar suara datuk berbisik dengan si baju hitam. Dengan segera si baju hitam panggungkan kepala. Dia senyum ke arah para jemaah. Dia bagaikan mendapat kekuatan baru. "Sekarang semua sudah jelas, terimalah dia kembali. Kita tunjukkan kepadanya jalan yang harus di laluinya, sesuai sebagai seorang Islam," secara mengejut datuk bersuara. Saya perhatikan orang yang berada dalam masjid diam terpaku. SALAM Paling mengejutkan saya, tanpa diminta atau disuruh para jemaah mengerumuni si baju hitam. Bersalaman sebagai tanda persaudaraan seagama. Malah ada yang secara terang-terangan bersedia melupakan perbuatan si baju hitam

terhadap diri mereka. Masing-masing mengharapkan si baju hitam segera bertaubat. "Syukurlah, kamu sudah sedar," seorang tua dalam lingkungan tujuh puluhan memeluk si baju hitam. "Dulu aku nasihatkan kamu, kamu marahkan aku. Kamu ajak aku berlawan. Sekarang kamu sendiri dapat buat kesimpulan samada nasihat aku dulu betul atau silap," sambung lelaki tua itu lalu melepaskan sepasang tangan yang memeluk si baju hitam. Akhirnya, semua para jemaah meninggalkan masjid. Tanpa diduga, beberapa orang jemaah yang ada pertalian darah keluarga dengan Haji Bagus dan datuk, turut mengiringi kami pulang ke rumah Haji Bagus. Saya tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian, mungkin di luar pengetahuan saya, Haji Bagus memang ada menjemput mereka. Walau apapun, kedatangan sebilangan kecil para jemaah itu memaksa isteri Haji Bagus menyediakan makan malam lebih daripada yang di hadkan. Sesungguhnya, malam itu keadaan rumah Haji Bagus bagaikan kenduri kesyukuran. Haji Bagus terpaksa bertungkus lumus membantu isterinya membawa dan menyusun hidangan. Melihat kepada keadaan hidangan yang disusun, saya kira isteri Haji Bagus bagaikan tahu yang suaminya akan mengundang tetamu. Bila hidang sudah lengkap tersedia, Haji Bagus meminta datuk membaca doa selamat. Permintaan itu segera di patuhi oleh datuk. "Silakan, kita makan apa yang ada sikit sama sikit," kata Haji Bagus sebaik saja datuk selesai membaca doa. "Langkah kanan kita malam ni, hajat hati nak bertanya keadaan saudara mara kita di Perak, tiba-tiba dapat nasi pula," salah seorang tetamu bersuara, matanya melirik tajam ke arah hidangan yang tersedia. "Tuah orang, rezeki kita," sahut yang bersongkok baldu merah, memakai baju melayu potongan teluk belanga, berkain pelikat dengan corak kotak besar. "Musuh jangan dicari, rezeki jangan di tolak, makanlah apa yang ada," ulang Haji Bagus lagi. Jemaah yang hadir segera menjamah nasi. Selesai makan, badan terasa segar, mata bertambah terang. Borak pun makin panjang. hampir jam sebelas lebih para tetamu yang tidak diundang itu angkat punggung dari rumah Haji Bagus. Pulang ke rumah masing-masing. Bila malam kian larut membuat badan terasa dingin. Tetapi, Haji Bagus masih bercerita lagi dengan datuk. Peliknya, datuk tetap melayaninya, walau pun dia tahu saya dan si baju hitam mula resah semacam. "Bagaimana kalau kami tidur di rumah lama," datuk bersuara. Ternyata pertanyaan itu kurang menyenangkan Haji Bagus. Dia segera mengedutkan dahi. Dua tiga kali Haji Bagus menggaru hujung dagunya dengan jari kelingking.

Dari gerak-gerinya, saya yakin Haji Bagus agak keberatan mahu memenuhi permintaan datuk. "Aku fikir, tidur sahaja di rumah aku. Malam esok baru tidur di rumah lama," penuh diplomasi Haji Bagus bercakap. "Lagi pun tempat tidur telah disiapkan," campur Hajjah Mimah, isteri Haji Bagus yang terjengul di pintu dapur yang memisahkan ruang dapur dengan ruang tengah. Saya dan datuk bertukar pandangan. Si baju hitam hanya tunduk merenung lantai. Entah apa yang di fikirkannya, sukar untuk saya ramalkan. "Usah banyak cerita, tidor saja di sini. Lepas sembahyang subuh kita pergi ke situ, tengok keadaan dalam rumah, kita bersihkan dulu, sebelum tidur. maklumlah rumah lama tidak diduduki macam-macam benda boleh menumpang. Entahkan ada ular bertelur, kala menumpang. Entahkan ada lipan singgah. Bila dah dibersihkan dan dah selamat bolehlah kamu tidur di situ," Haji Bagus bersuara lagi. Ketika itu saya sudah tidak mampu untuk menegakkan kelopak kulit mata. Tanpa rasa segan dan silu saya pun merebahkan badan ke atas lantai. Saya tidak peduli apa kata datuk atau Haji Bagus. Saya sudah mengantuk sangat. Dalam hal ini, ternyata saya tidak keseorangan. Si baju hitam sudah dua tiga kali tersengguk-sengguk, Tetapi, dia tetap duduk dan berusaha menjegilkan sepasang biji matanya. Datuk masih belum memberi kata putus sama ada mahu terus bermalam di rumah Haji Bagus atau bermalam di rumah lama? Haji Bagus terus menanti kata muktamad dari datuk. "Bagaimana mahu tidur di rumah pusaka?" "Bila dua orang membuat permintaan, ertinya saya terpaksa mengalah. Jadi malam ini saya tidur di sini, itu kata pemutus dari datuk dan Haji Bagus tersenyum manakala isterinya tersengih. Penuh rasa bangga kerana tetamu tidak menghampakan harapan mereka. TIDUR Maka datuk pun dianjurkan di bilik depan, dekat anjung. Si baju hitam di bilik tengah. Sedangkan saya disuruh tidur di bilik tepi, dekat pintu dapur. Sudah tentu saya kurang gembira bila di tempatkan di situ. Sebabnya saya berjauhan dengan datuk. Bermacam-macam sangkaan yang buruk-buruk tumbuh dalam kepala saya. Wajarkah, saya minta bilik lain. Kalau itu saya lakukan, ertinya saya sudah keterlaluan. Jadi, dengan hati separuh rela, saya mesti bermalam di bilik tepi. "Semuanya sudah sedia, bila rasa mengantuk masuklah," dengan senyum Haji Bagus bersuara, "saya tak boleh tahan lagi, mata dah rasa berat. Biar saya masuk dulu," "Silakan," sahut datuk.

"Saya harap semuanya dapat tidur dengan nyenyak, subuh esok kita berjemaah bersama sama." "Saya pun berharap macam tu, " riang benar nada suara datuk. Haji Bagus pun melangkah, lalu masuk ke ruang dapur. Memang bilik tidurnya terletak di situ. Tingkapnya menghadap sebuah danau kecil. Macam selalu, tidak kira berada di mana, datuk yang suka tidur lewat, memulakan tugasnya membaca Quran sebelum tidur untuk sejam dua. Kemudian dia bangun untuk melakukan sembahyang Tahajud. Tidur kembali dan bangun menjelang subuh untuk membaca Quran dan sembahyang subuh. Bagaimana caranya untuk menyatakan kepada datuk yang saya tidak mahu tidur dalam bilik tepi. Sementara itu, saya lihat si baju hitam keluar masuk bilik. Dia nampak resah dan cemas semacam. Macam ada sesuatu yang dibimbangkannya. Kelakuan si baju hitam disedari oleh datuk. Tindak-tanduknya membuat hati saya bertambah berat untuk tidur sendirian di bilik tepi. "Ada apa Andy?" Si baju hitam tersengih, berdiri kaku di depan datuk. Kedua belah tangannya di luruskan ke bawah dengan sepasang matanya tertumpu ke wajah datuk. "Cakap, apa dia masalah kamu," desak datuk lalu menutup Quran kecil lalu disimpan dalam beg khas. "Cakap apa dia masalah kamu," ulang datuk. Si baju hitam terus membisu merenung lantai. Cara yang di perlihatkan oleh si baju hitam itu sudah pasti tidak disenangi oleh datuk. Saya terus didakap keresahan. "Kenapa diam? Cakap terus-terang dengan aku sebelum darah aku naik," datuk mula mengertak. Matanya mula nampak merah. Wajah datuk juga nampak serius. "Ada cicak hitam besar dalam bilik saya," suara si baju hitam bagaikan berbisik. Saya segera mengigit bibir. Secara mendadak saja bulu tengkuk saya mula meremang. "Pelik, mana ada cicak hitam," datuk bagaikan merungut. "Besar mana?" Tanya saya "Sebesar kucing hitam." "Apa kamu buat dengannya," soal datuk. "Saya tak buat apa-apa, dia duduk dekat pelita minyak tanah. Bila saya cuba dekat, cicak itu menjulurkan lidahnya ke arah saya," lanjut si baju hitam. Wajahnya nampak cemas sekali. saya pun melihat jam dinding yang tergantung.

Sudah pukul satu pagi. "Syaitan," keluh datuk sambil menggenggam penumbuk. Serentak dengan itu, terdengar lolongan anjing sayup-sayup. Suasana malam yang sepi memudahkan anak telinga saya menangkap bunyi desiran angin malam yang menyentuh dedaun pokok di luar rumah. Saya juga mendengar bunyi telapak kaki orang berlari di bawah rumah. Mahu rasanya saya beritahu datuk tetapi, bukan masanya. Dan saya kira datuk juga mengetahui keadaan di luar rumah. "Tak apa biar aku tengok." Datuk pun segera bangun. Cara datuk agak luar biasa. Mula-mula dia luruskan sepasang kakinya. kemudian kaki kanannya didirikan. dia meletakkan telapak tangan kiri keatas tempurung kepala lutut kanan. Datuk pejamkan mata seperti orang bertafakur selama beberapa minit. Bila matanya dibuka semula, datuk terus 'berselawat' sebanyak tiga kali berturut-turut. Selesai selawat datuk tarik nafas dalam-dalam, tiga kali berturut-turut. Matanya merenung kearah dinding tanpa berkedip. Dengan sekelip mata, datuk terus bangun berdiri bagaikan pendekar. "Mari kita tengok," suara datuk meninggi, lalu dia menyuruh si baju hitam berjalan dulu. Baru lima langkah berjalan, Haji Bagus muncul dengan lampu suluh ditangan. "Apa halnya abang haji," datuk bertanya. "Saya terdengar bunyi orang perempuan menangis," Haji Bagus renung muka datuk sejenak. Sudah tentu, apa yang Haji Bagus ungkapkan itu membuat kami bertiga terkejut dan tercengang. "Pelik, tak ada orang perempuan bersama kami, macam mana pula abang haji boleh dengar suara orang perempuan," kata datuk. "Saya juga fikir macam tu, pelik dari mana datangnya suara orang perempuan tu," Haji Bagus mula resah. Dengan lampu suluh dia menyuluh ke setiap ruang rumah. "Andi Kamarool jumpa cicak hitam besar dalam biliknya, agaknya suara cicak tu macam suara orang perempuan," beritahu datuk. "Pelik," Haji Bagus gelengkan kepala. "Ini yang membuat saya pening kepala abang haji. " "Usah bimbang, kalau begitu mari kita tengok." "Jum." balas datuk.

SELIT Kami pun melangkah menuju ke bilik Andi Kamarool. Kerana tidak mahu menjadi orang terakhir, saya segera menyelit antara datuk dengan Haji Bagus. Si baju hitam terpaksa berada di belakang. Dengan terketar-ketar Haji Bagus menolak daun pintu yang tertutup. Sebaik saja bilik terbuka, tidak ada apa yang dapat dilihat. "Tadi pelita elok menyala, kenapa sekarang dah padam," tutur si baju hitam. "Agaknya cicak hitam yang padamkan," sahut saya. "Eh kamu banyak cakap pula, tak boleh diam," datuk memarahi saya. Haji Bagus berdehem dua tiga kali. Tanpa banyak cakap cahaya dari lampu picit bergerak dari sudut ke sudut bilik. "Aduh,"jerit Haji Bagus. Serentak dengan itu lampu suluh ditangannya terlucut, macam ada kuasa yang memukul pergelangan tangan Hai Bagus, bila dia menyuluh ke arah tiang di sebelah kiri bilik. Haji Bagus mengerang menahan rasa sakit. "Ada benda yang memukul tangan saya, keras macam kayu," itu yang dinyatakan Haji Bagus kepada datuk. Dengan segera datuk memegang tangan Haji Bagus lalu diurutnya dua tiga kali. "Bagaimana rasanya tuan haji." "Dah tak terasa sakit lagi." "Hati-hati kita dalam bahaya," datuk mengingatkan. Haji Bagus segera mengambil lampu suluh di atas lantai. Lagi sekali Haji Bagus menyuluh ke arah tiang, di sudut kiri bilik. "Lihat," kata Haji Bagus. Semua biji mata tertumpu ke arah cahaya merah saga yang melawan sinar lampu suluh Haji Bagus. Mungkin kerana terkejut atau tergamam dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lampu suluh ditangan Haji Bagus terjatuh untuk kali keduanya. Datuk segera mengambil lampu suluh yang tersadai di lantai. Tetapi malangnya lampu suluh itu tidak berfungsi dengan serta merta. "Ambil lampu gasolin dan gantungkan di sini." Saya segera menurut kata Haji Bagus itu mengambil lampu gasolin di ruang tengah. "Sangkutkan pada palang pintu."

Arahan Haji Bagus saya patuhi. Bila cahaya dari lampu gasolin menyimbah ke seluruh sudut bilik, semuanya tergamam tidak berkata sepatahpun. Semuanya terkejut bila melihat seekor cicak ganjil, berwarna hitam duduk terperup di sudut bilik. "Ini binatang yang kamu katakan Andy," datuk ajukan pertanyaan kepada si baju hitam. "Iya." "Bala apa yang datang ke rumah aku," Haji Bagus merungut. "Sabar tuan haji, dengan izin Allah yang jahat tetap hancur yang baik tidak binasa," balas datuk.

155. LEMBING PUAKA Jilid 11 Saya benar-benar resah dan cemas. Tidak ada seorang pun yang berani melangkah bendul bilik. Datuk bagaikan terpukau, tidak dapat berbuat apa-apa. Kelopak matanya pejam celik merenung ke arah binatang ganjil di sudut bilik. Saya terus berdoa, supaya datuk tidak akan menyuruh saya melangkah bendul untuk mendekati binatang ganjil itu. Datuk angkat tangan kanan separas pinggang, beri isyarat supaya kami undur dua tapak ke belakang. Isyarat yang di beri segera dipatuhi. Haji Bagus, si baju hitam dan saya undur dua tapak ke belakang. Datuk juga turut berbuat demikian. Suasana malam yang sepi membuat hembusan dan tarikan nafas kami jelas kedengaran. Tamar. Ya tuk. Ubah kedudukan lampu gasolin, sangkutkan sebelah kiri palang, biar cahayanya tertumpu ke arah cicak hitam, aku nak tengok gerak-gerinya. Arahan datuk segera saya patuhi. Apa lagi yang kau nak suruh kami buat, Mat Diah, cakaplah, cukup tenang Haji Bagus bersuara tetapi, nada suaranya membayangkan kecemasan, Bertenang Abang Aji, Iya, angguk Haji Bagus. Saya lihat wajah si baju hitam pucat lesi. Dia nampak cemas dan resah. Sekejap renung ke kanan, sekejap renung ke kiri. Apa yang pasti setiap gerak-geri datuk tetap menjadi perhatiannya. Maju.

Datuk angkat tangan. Kami maju dua tapak ke depan dan berhenti sebaik saja sampai ke paras bendul. Nampak dengan jelas, tanya datuk. Nampak, jawab kami serentak. Saya lihat, badan cicak ganjil itu sama ukurannya dengan badan kucing siam yang cukup dewasa. Berwarna hitam. Matanya tertonjol keluar macam mata udang. Memancarkan cahaya merah kemerahan. Lidahnya diangarkan dua kaki. Ekornya keras macam akar kayu dan mempunyai dua warna, separuh hitam separuh putih. Bau hanyir macam bau darah. Sekadar untuk menguji sama ada cicak ganjil itu ganas atau tidak, datuk mencampakkan segumpal kain buruk ke arahnya, bagaikan kilat ekornya menyambar kain buruk itu lalu disumbatkan kedalam mulut. Dan lidahnya yang panjang mula merewang-rewang ke kiri dan ke kanan menyambar apa saja yang sempat ditelan. Datuk mencampakkan lampu suluh milik Haji Bagus ke arahnya. Lampu suluh disambut dengan pantas oleh ekornya lalu disumbat ke mulut. Cicak ganjil yang duduk diam mula mengerakkan badannya, Mula merangkak ke arah kami, pada mulanya dia menuju ke arah datuk tetapi, akhirnya mengubah haluan ke arah si baju hitam. Si cicak melibaskan ekornya ke arah si baju hitam, mujurlah si baju hitam sempat mengelak, ekor cicak yang terkena dinding mengakibatkan papan dinding terbelah dua. Si cicak bertambah berang. Kali ini si cicak mengunakan lidahnya yang panjang. Setiap kali lidahnya mahu menjamah pakaian si baju hitam, cicak ganjil segera menarik lidahnya masuk ke mulut dan cicak itu berguling-guling atas lantai macam ada sesuatu yang mencucuk kulitnya. Saya segera renung ke arah datuk. Rupa-rupanya secara diam-diam datuk sedang melawan cicak itu dengan cara tersendiri. Datuk membaca beberapa potong ayat Quran dan menghembuskan ke arah cicak, setiap kali dihembus cicak itu seperti kepanasan. Tanpa diduga, cicak yang besar bertukar menjadi macam cicak biasa. Pada saat itu, terdengar bunyi suara perempuan menangis dan meratap yang tidak diketahui biji butirnya. Jangan ke mana-mana, kita tunggu sebentar sebelum keluar, beritahu datuk. Kami pun mematuhi cakapnya. Setelah sepuluh minit menanti, tidak ada apa yang terjadi. Tempat cicak ganjil segera diperiksa. Di situ, Haji Bagus menemui tulang jari telunjuk manusia dan beberapa helai rambut. Di samping dua ekor belalang, seekor berwarna kuning dan seekor berwarna merah. Datuk tidak pula mengusik barang-barang tersebut.

Untuk keselamatan si Andi, eloklah dia sama Tamar dan saya tidur sebilik, datuk renung muka Haji Bagus. Eloklah begitu, untuk keselamatan, sahut Haji Bagus lalu merapatkan daun pintu bilik. Esok kita selesaikan kerja yang belum selesai, datuk memberikan janji pada Haji Bagus. MELANGKAH Dengan tenang Haji Bagus menuju ke bilik tidurnya. Tanpa membuang masa, saya dan si baju hitam segera masuk ke bilik datuk. Sebaik saja mahu meletakkan kepala atas bantal, terdengar suara datuk bercakap dengan Haji Bagus. Kenapa Abang Aji berpatah balik? Hati tak berapa sedap, kenapa kita tak ambil barang-barang dalam bilik tu ? Tak payah ambil malam ni Abang Aji, siang esok saja kita ambil. Tak merbahayakah biarkan barang-barang tu di situ? Dengan izin Allah. Kita selamat. Kalau dah begitu kata kamu, senanglah hati aku. Usah bimbang Bang Aji, pergilah tidur. Baiklah. Terdengar bunyi telapak kaki Haji Bagus memijak papan lantai menuju ke bilik tidur. Tak lama kemudian berkumandang suara datuk membaca al-Quran. Si baju hitam yang terbaring di sisi saya, keadaanya tetap seperti tadi, resah semacam. Apa yang dibuat semua tidak kena. Sekejap dia duduk, sekejap dia baring. Sekejap meniarap, sekejap menelentang. Kenapa? Tanya saya yang merasa terganggu dengan tindak tanduknya itu. Badan aku Tamar. Kenapa dengan badan kamu? Sekejap terasa panas, sekejap terasa sejuk, hati aku rasa tak tentu arah. Mahu aku cakap dengan datuk. Tak payah, tak payah aku boleh mengatasinya. Terpulanglah pada kamu, kata saya dengan putus asa. Mungkin kerana terlalu

mengantuk, saya tidak dapat mengikut tindak-tanduk si baju hitam selanjutnya. Saya terus tertidur. Saya terjaga, bila ibu jari kaki kiri direntap oleh datuk dengan kuat sekali. Saya toleh ke kiri dan saya lihat si baju hitam tersenyum panjang. Dia sudah mandi dan mengenakan pakaian lengkap untuk ke masjid. Bangun, pergi mandi,. Boleh kita sama-sama jemaah di masjid, si baju hitam bersuara. Hati saya meradang dengan sikapnya itu. Cuba mahu mengajar saya. Sial! Kutuk saya dalam hati sambil menunjuk buku lima ke arahnya. Cepat bangun. Apa yang dimenungkan, pergi mandi kita jemaah di masjid, sampuk datuk yang kurang senang dengan cara saya melayani karenah si baju hitam. Saya tidak ada pilihan, terpaksa bangun menuju ke perigi dalam dingin subuh yang menyengat. Kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk, saya basahi tubuh dengan dua gayung air saja. Si baju hitam senyum lagi, bila dia lihat saya dalam keadaan mengeletar menyarungkan kain dan baju ke tubuh. Sakit benar rasa hati saya dengan sikapnya itu. Kalau tidak ada datuk di sini, sudah pasti saya lepaskan penumbuk sulung ke dahinya. Sudah siap? tanya datuk. Sudah, jawab saya serentak dengan si baju hitam. Kalau begitu tunggu apa lagi. Jum kita ke masjid. Jum, balas si baju hitam. Dan kami pun keluar dari rumah menuju ke masjid. Sudah ramai para jemaah menanti dan saya disuruh oleh Tuk Siak melaungkan azan subuh. Sudah pasti permintaan itu tidak saya hampakan. Atas permintaan para jemaah datuk pun menjadi imam. Selesai sembahyang para jemaah di hadapkan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh seorang ulama terkenal dari Kedah. Sebelum ulama yang diundang khas itu pulang, datuk sempat berkenalan dengannya. Ulama dari Kedah itu memberitahu datuk, dia menetap di Mekah dan pulang ke kampung halaman (Pokok Sena) dua tahun sekali. Setiap kali pulang ke tanah air, dia akan menjelajah ke setiap negeri di Semenanjung. Kemudian ke Pattani (Selatan Siam) ke Sabah, Sarawak, Brunei, Selatan Filipina, ke Pulau Jawa dan ke Sumatera. Dia memberi ceramah agama secara percuma di setiap masjid yang dikunjunginya. Dia berbuat demikian semata-mata untuk mengembangkan dan menanam rasa cinta umat Islam pada agama yang dianuti. Menurutnya, berdakwah demi mengukuhkan ajaran Islam adalah tanggongjawab setiap orang Islam yang berilmu. Orang Islam yang tidak mahu berdakwah

sesama Islam dan bukan Islam, bukanlah orang Islam yang benar-benar memikul tanggongjawab sebagai orang Islam. Ulama itu juga berpesan kepada datuk supaya melakukan kebaikan kepada makhluk Allah yang terdiri dari manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lainlain lagi di samping berusaha memperkembangkan syiar Islam walau dengan cara apa sekalipun, ketika masih hidup. Kerana perbuatan itu dihitung di alam akhirat kelak. Terlalu banyak yang dicakapkan oleh ulama dari Kedah kepada datuk dalam waktu yang terhad itu. Dan datuk begitu khusyuk mendengarnya. Setelah menikmati sebungkus nasi lemak, secawan kopi serta sebiji pisang emas badan terasa segar. Tidak dapat saya pastikan samaada si baju hitam mengambil sarapan atau tidak. Tetapi, datuk tetap macam biasa, tidak akan mengisi tali perutnya dengan makanan yang berat-berat pada sebelah pagi. Dengan segelas air suam sudah mencukupi baginya. Para jemaah yang sudah kenyang, seorang demi seorang meninggalkan masjid. Saya masih lagi tersandar di dinding masjid. Malas benar rasanya mahu bangun. Perut rasa kurang enak, mengelodak semacam. Kerana tidak mahu ditegur oleh datuk, saya segera beredar dari ruang makan masjid menuju ke ruang serambi. Berdiri di situ dalam keadaan serba tidak kena. Kenapa kamu, muka berkerut semacam aje!. Datuk renung muka saya. Sakit perut tuk. Hum, itulah akibatnya. Kalau dapat makan semua nak disumbat dalam perut, rungut datuk bersama kerlingan yang cukup tajam. Apa yang terdaya saya lakukan hanyalah tersengih, macam kerang busuk. Saya nak ke jamban tuk. Hum, pergi cepat, balas datuk lalu disambut dengan senyuman oleh si baju hitam. Haji Bagus dengan beberapa jemaah yang berada di serambi masjid turut senyum panjang. Dalam keadaan tersipu-sipu kerana malu, saya pun melangkah ke bilik air yang terletak di sudut masjid. RANCANGAN Seperti yang dirancang sebelumnya, acara pertama pagi ialah melihat sekitar kawasan rumah lama. Acara kedua yang disusun ialah membersihkan luar dalam. Saya dan si baju hitam sudah bersedia untuk melakukannya. Tunggu dulu, kata datuk. Saya dan si baju hitam tidak jadi melangkah. Kami berpandangan sesama sendiri dan merenung serentak kearah datuk yang berdiri dekat rimbunan pepokok

kecil. Kamu tahu apa yang dia nak buat Andi? Aku tahu Tamar. Begitulah perangai datuk, walau dimana berada. Dia tetap melakukan kebiasaannya mandi embun yang kemudiannya dituruti dengan latihan gerak badan (iaitu silat ringan) hingga badan berpeluh. Bila amalan itu selesai dilaksanakan, barulah dia makan pagi ala kadar (yang di sediakan oleh isteri Haji Bagus, saya kira semuanya diatur oleh Haji Bagus, bila dia melihat datuk tidak makan di masjid tadi) . Walaupun di pelawa oleh Haji Bagus, saya tetap menolak dengan senyuman. Meskipun hati kecil ingin menjamahnya. Bila pelawaan itu diajukan kepada si baju hitam, ternyata dia tidak menolak. Saya lihat begitu bersemangat sekali dia makan kuih tepung bungkus dan minum kopi. Bagaimana Abang Aji? Boleh saya mulakan sekarang. Dari anjung rumah Haji Bagus dongakkan muka ke langit menatap matahari pagi yang kian meninggi. Bolehlah tapi, hati-hati maklumlah rumah lama. Saya faham maksud cakap Bang Aji tu, datuk mula bangun dan melangkah ke pintu lalu berheni di situ. Abang Aji tak ikut sama? Kamu pergilah dulu, sekejap lagi aku datang. Baiklah, jum kita pergi sekarang, Tamar. Datuk merenung ke arah saya dan si baju hitam. Kami pun segera bangun. Sampai saja di depan dirumah pusaka, kami tidak terus masuk. Terpaksa berlegar-legar di depan pintu yang tidak berkunci. Datuk terus menemui Tuk Siak yang berada di perkarangan masjid . Boleh saya masuk ke rumah ni, kata datuk kepada Tuk Siak. Saya lihat Tuk Siak yang sedang membersihkan halaman masjid gelengkan kepala sambil menatap wajah datuk. Ah kamu, kenapa begitu sekali. Bukankah rumah ini peninggalan orang tua kamu. Betul rumah peninggalan orang tua saya tapi, sudah diwakafkan dan ada penjaganya. Saya mesti minta kebenaran dulu, balas datuk tenang. Dan Tuk

Siak yang berusia lebih dari setengah abad itu lagakan gigi bawah denga gigi atas berkali-kali. Iya, kamu bercakap perkara yang benar. Aku izinkan kamu masuk. Nah! Ambil ini, Tuk Siak segera menyerahkan sejambak kunci kepada datuk. Buat apa? Bukankah pintunya tidak berkunci, ujar datuk sambil mengerutkan kening dan dahi. Tuk Siak segera menepuk bahu kanan datuk berkali-kali, ekor matanya merenung ke arah saya dan si baju hitam. Datuk saya lihat seperti kebingungan. Sejambak kunci dari Tuk Siak sudah berada di telapak tangannya. Memang pintunya tak berkunci tetapi, ada biliknya yang berkunci. Bilik yang berkunci tu pula ada rahsianya. Inilah kelebihan diri kamu. Tahu adat dan budi bahasa. Pergilah masuk, kalau ada apa-apa masalah panggil aku, aku nak jemur sejadah, tutur Tuk Siak lalu meninggalkan datuk yang sudah memulakan langkah menuju ke muka pintu rumah papan besar yang bertiang banyak. Bahagian dapur rumah lama tidak menggunakan tiang. Terletak di atas tanah yang bersimen. Sekeliling kawasan dapur disimen setinggi lebih kurang satu kaki. Keadaannya nampak kemas dan kejap sekali. Tidak terdapat lumut menempel pada simen. Nampak bersih dan cantik. Setelah memberi salam dan membaca beberapa potong ayat al-Quran dengan hati-hati datuk menolak pintu. Masuk, perintah datuk. Saya dan si baju hitam meluru ke dalam rumah. Tanpa menunggu arahan selanjutnya dari datuk, saya terus membuka tingkap. Cahaya matahari pun menerpa ke lantai dan setiap liku ruang dapur. Semuanya nampak bersih dan teratur. Pinggan mangkuk, kuali dan periuk belanga diselimuti dengan kain kuning bagi mengelakkan dari terkena debu dan habuk. GANJAK Dari ruang dapur kami berganjak ke tangga menuju ke ruang bahagian atas. Berada di bahagian atas yang luas hati terasa lapang. Saya segera membuka tingkap di sebelah kiri ruang. Cahaya matahari menyimbah masuk. Ruang yang luas itu, jika diadakan jamuan boleh memuatkan lebih dua ratus orang. Di sebelah kiri ruang yang luas itu, terdapat dua bilik yang berkunci, begitu juga disebelah kanan tetapi, sebuah saja bilik yang berkunci. Bilik yang tidak berkunci, sebelah pintunya terbuka separuh. Rumah besar. Tapi sayang, tak ada orang yang duduk, kata saya kepada si baju hitam. Dia anggukkan kepala. Dan datuk yang mendengar kata-kata saya itu cuma tersenyum saja. Berkuap panas, saya merungut.

Kalau nak angin, pergi buka ibu tingkap, datuk renung muka si baju hitam, barulah terasa sejuk, tambahnya lagi. Kali ini anak matanya memandang ke muka saya. Di mana ibu tingkapnya tuk,soal saya. Di sana. Datuk pun menudingkan jari telunjuknya ke dinding ruang di depan saya. Dengan tenang saya melangkah ke situ. Saya jadi bingung, tidak ada tandatanda di situ ada tingkap, kecuali jerjak besi sebesar ibu jari kanak-kanak tingginya hampir sepuluh kaki. Saya menghitung jerjak besi itu dari kanan ke kiri. Jumlahnya lebih dari dua puluh bilah semuanya. Saya terus meraba papan berlidah yang menjadi dinding ruang. Ternyata saya masih gagal mencari ibu tingkap yang datuk katakan itu. Hati kecil saya terus bertanya, bagaimana rupa bentuk ibu tingkap itu? Adakah dia berbentuk bulat, bujur atau leper.? Kenapa teraba-raba, buka sajalah, suara datuk keras. Saya tak jumpa tuk. Yang kamu jamah tu, itulah ibu tingkap. Kamu tengok bahagian tengah papan berlidah. Di situ ada tanda bulat sebesar ibu jari, kau tekan benda itu sehingga berlubang. Kemudian kamu tengok bahagian tepi sebelah kanan, ada buluh kecil sebesar ibu jari kaki orang tua, panjangnya kira-kira sejengkal. Dalam buluh tu ada tali, bawa buluh tu keluar dari kawasan jerjak besar, begitu datuk memberikan panduan. Semuanya saya ikut. Tunggu aku datang, kata datuk bila dia melihat saya berjaya mengeluarkan buluh tersebut. Datuk pun mendekati saya lalu mengambil buluh dari tangan saya. Dia mengeluarkan dua utas tali dari dalam buluh. Ini kamu pegang dan ini untuk aku, bila aku kata lepas kamu lepaskan tali serentak dengan tali yang aku pegang, datuk memberikan penerangan dan saya mendengarnya dengan teliti sekali. Tamar. Iya, tuk. Bersedia sekarang. Iya, tuk, saya pun memperkemaskan diri. Lepaskan. Tali ditangan saya lepaskan. Dinding dari papan berlidah terangkat ke atas setinggi lebih dari tujuh kaki. Bahagian bawah yang terjulur, penuh dengan

ukiran awan larat yang sungguh menarik. Begitu juga dengan bahagian papan dinding sebelah tepi yang tidak terangkat. Penuh dengan ukiran. Angin pun berebut-rebut masuk ke ruang yang luas. Badan kami terasa dingin sekali. Sejuk rasa mata memandang dedaun yang menghijau dari ruang rumah. Ini kebolehan dan kesenian orang kita, bila papan dinding yang terangkat itu di jatuhkan, tidak seorang pun tahu itulah ibu pintu, ukiran-ukiran yang kita tengok terus hilang. Hanya tukang rumah yang betul-betul saja yang boleh membuatnya. Biasanya tukang rumah jenis itu, mahirnya semula jadi atau di pelajari dari keturunan mereka yang sebelumnya memang pandai membuat rumah orang-orang besar atau istana raja sejak zaman dulu, datuk memberi penerangan. Saya dan si baju hitam anggukkan kepala. Dulu, diruang ini aku belajar berzanji, berkhasidah dan belajar Quran, sambung datuk lagi sambil merenung ke kiri dan ke kanan ruang. Datuk menarik dan melepaskan nafas. Buat beberapa saat dia termenung panjang. Barangkali dia mengingati zaman lalu yang indah yang tidak mungkin dapat di kecapinya lagi. Tiba-tiba datuk mengigit bibir. Dulu, kalau ada pembesar datang melawat kampung, semua orang kampung duduk disini. Mereka menyampaikan masalah kepada pembesar dan selalunya bila sudah berbincang, mereka makan beramai-ramai di sini, ujar datuk lagi. Dia masih bernostalgia dengan zaman yang hilang. Sudahlah, kenapa mesti dikenang, datuk mengeluh sendirian. Dia bagaikan menyesali diri sendiri dan marah-marah dengan zaman lampaunya. Saya dan si baju hitam hanya melihat saja telatah datuk yang agak melucukan itu. Mari kita periksa, barang-barang yang ada dalam bilik berkunci. Sebelum tu kita tengok dulu apa yang ada dalam bilik tak berkunci, mari. Saya dan si baju hitam terus mengekori datuk menuju ke arah pintu bilik yang terbuka separuh itu. Dengan perlahan-lahan datuk menolak daun pintu, setelah memastikan tidak ada apa-apa merbahaya menanti, datuk pun melangkah ke dalam bilik. Saya dan si baju hitam turut sama. Harapan untuk melihat sesuatu yang baru dalam bilik itu tidak berhasil, kecuali longgokkan akhbar dan majalah lama yang tersusun rapi. Kami segera keluar dari bilik tersebut. Sekarang bilik mana yang nak kita buka, ujar datuk dalam nada suara yang ragu. Bagaimana kalau kita buka bilik di depan kita ni, si baju hitam mengesyorkan kepada datuk. Boleh, aku setuju, mari, datuk menarik tangan si baju hitam menuju ke bilik yang di maksudkan itu. Saya terus mengekori dari belakang hingga sampai ke tempat yang dihajati. KUNCI

Tanpa berkata-kata apa-apa, datuk terus membuka kunci pintu bilik. Daun pintu ditolak dengan tenang. Datuk jengukkan kepala ke dalam bilik seketika. Bila sudah dipastikan keadaan selamat, barulah datuk menyuruh saya dan si baju hitam pula menjengok ke dalam kamar. Kamu tengok sendiri apa yang di dalamnya, kata datuk. Saya dan si baju hitam menggigit bibir . Di depan mata kami tersusun pedang, lembing, sundang, perisai yang jumlahnya beratus-ratus bilah . makin lama senjata-senjata lama itu direnung, saya terasa seram. Mendadak saja bulu roma dan bulu tengkuk saya berdiri. Macam ada sesuatu yang tidak kena di dalam bilik tersebut. Siapa yang punya semua ini tuk? Saya menyoal. Semua ini, senjata orang-orang kampung yang pernah digunakan semasa menentang Belanda dulu. Kenapa mereka tak simpan sendiri tuk? Nak simpan macam mana, tuan punya senjata ni, semuanya dah jadi arwah. Senjata mereka sengaja dikumpul dan dsimpan di sini. Kalau nak tahu berapa ramai orang kampung yang mati, kira saja senjata yang ada di sini, terang datuk. Begitu, boleh saya kira jumlahnya tuk. Jangan, datuk melarang. Datuk pun membongkokkan badannya lalu mengambil sebilah sundang yang matanya sudah berkarat. Kamu berdua tengok, darah musuh yang sudah sebati dengan mata sundang, lanjut datuk sambil menayangkan mata sundang yang berkarat di depan mata saya dan si baju hitam. Datuk terus membelek-belek tulisan jawi yang terukir atas kepingan buluh kuning. Buluh kuning selebar dua jari dan sepanjang kira-kira empat inci itu diikat kepada ulu sundang. Kalau kamu nak tengok senjata lama silakan. Tetapi, hati-hati bila memegangnya, kata-kata itu datuk tujukan kepada si baju hitam yang begitu minat sekali dengan senjata lama itu. Kata-kata datuk itu amat mengembirakan hati si baju hitam. Tanpa mahu membuang masa, dia terus mengambil sebilah lembing. Mata dan hulu lembing digosoknya berkali-kali. Kemudian lembing itu di timang- timang dan dikucup berkali-kali. Kelakuan si baju hitam agak aneh ketika itu. Entah macam mana, saya terpandangkan sepasang mata si baju hitam bertukar

menjadi merah. Mukanya berpeluh. Wajahnya nampak bengis sekali. Urat-urat di belakang tangan dan di lengan mula timbul. Datuk yang asyik membelek-belek sundang, tidak menyedari perubahan yang terjadi pada diri si baju hitam. Belumpun sempat saya memberitahu datuk tentang keanehan diri si baju hitam, dia (si baju hitam) terus melompat lalu menikam dinding rumah dengan lembing bertalu-talu. Tidak memadai dengan itu, dia terus melompat keluar dari bilik. Saya dan datuk dirempuh dengan keras. Kami jatuh terlentang, nasib baik tidak jatuh atas senjata lama. Biala berada di ruang rumah yang luas itu, si baju hitam terus membuka silat. Ia bagaikan orang gila. Lembing di tangan terus saja ditikam sesuka hati. Datuk tercengang dengan kejadian yang tidak diduga sama sekali itu. Datuk menyuruh saya menurunkan ibu tingkap. Dalam keadaan terketar-ketar suruhan datuk saya lakukan. Si baju hitam terus bersilat. Gerak-gerinya datuk awasi. Sekiranya si baju hitam menyerang saja, pasti datuk bertindak. Saya bersyukur pada Allah, perintah datuk dapat saya lakukan dengan sempurna. Sekarang kamu sembunyikan diri di balik pintu. Dia tak boleh ke mana-mana, ibu tingkap sudah kita tutup. Kalau dia mengamuk hanya dalam rumah ni saja, tidak sampai keluar mencederakan orang, beritahu datuk kepada saya. Tapi tuk. Jangan banyak kerenah, pergi sembunyikan diri si balik pintu. Ingat jangan usik senjata lama, pesan datuk. Tanpa membuang masa, datuk terus melompat ke ruang tengah rumah. Sebaik saja datuk di situ, mata lembing melayang ke arah dada datuk. Nasib baik datuk dapat mengelak dan mata lembing melekat di dinding. Hulunya bergoyang. Belum sempat datuk mengambil lembing, si baju hitam terlebih dahulu berjaya mencabutnya dari dinding. Andi Kamarool, serahkan lembing itu pada aku, tutur datuk. Si baju hitam yang sudah naik minyak, tidak menghiraukan permintaan datuk, malah dia bertindak lebih ganas lagi. Dengan lembing di tangan dia menyerang datuk dari arah rusuk. Ditikamnya bertubi-tubi. Datuk terpaksa mengelak ke kiri dan ke kanan. Ada seketika datuk melompat, setiap kali melepaskan tikaman, si baju hitam terus menjerit. Anehnya, setiap kali si baju hitam menjerit, senjata lama yang berada dalam bilik khas bagaikan melompat. Keris bagaikan mahu keluar dari sarungnya. Semuanya yang berlaku di depan mata membuat saya menggeletar sendiri. Tidak tahu bagaimana mahu saya gambarkan perasaan ketika itu.

Anda mungkin juga menyukai