Anda di halaman 1dari 8

APLIKASI MULTIMEDIA UNTUK PEMBELAJARAN ASAS MEMBACA BERDASARKAN KAEDAH FONETIK : REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP Farah Nadia

Azman, Mohamad Lutfi Dolhalit, Ibrahim Ahmad Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka. farah@utem.edu.my, lutfi@utem.edu.my, ibrahim@utem.edu.my Abstrak Di Malaysia, seorang kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran membaca dalam lingkungan 7 tahun ataupun sebelum mereka memasuki alam persekolahan formal. Ini memberi petunjuk jelas bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif harus diaplikasikan dalam membimbing kemahiran asas membaca yang dijalankan di peringkat pra-sekolah. Antara pendekatan yang pernah diambil adalah dengan memanafaatkan penggunaan aplikasi multimedia dalam proses pengajaran. Walaupun ini dilihat sebagai pencapaian yang positif, satu kaedah berprinsip perlu dikenalpasti dalam membangunkan aplikasi pendidikan multimedia interaktif bagi membantu pelajar menguasai kemahiran membaca. Dalam kertas ini, kaedah fonetik disarankan dalam menyampaikan pengajaran kemahiran membaca dibantu dengan persembahan dan rekabentuk multimedia yang kukuh. Ini dilaksanakan dengan membuat pemantauan terhadap media bercetak yang dijual seluruh negara yang berpandukan pendekatan fonetik secara umum. Kajian ini meminjam idea-idea asas daripada pemerhatian bahan-bahan tersebut dan membuat klasifikasi dari segi kesetaraan kandungan. Jika ilmu fonetik difahami dengan tepat dan diaplikasikan dengan berkesan, satu impak yang mantap boleh dicapai bagi pengajaran membaca berbantukan aplikasi multimedia dalam persekitaran bilik darjah. Kata Kunci: Aplikasi Interaktif, Rekabentuk Berarahan Multimedia, Fonetik, Alat Bantuan Pembelajaran 1. Pengenalan Statistik rasmi daripada Menteri Pelajaran Malaysia Malaysia telah dilaporkan oleh Sapidin (2005) bahawa kira-kira 100,000 pelajar tempatan tidak berupaya membaca, menulis atau mengira. Perangkaan ini membuktikan bahawa satu usaha khusus harus dititiberatkan dalam mengatasi masalah buta huruf di kalangan kanak-kanak. Sebagaimana yang dihuraikan oleh Ab. Ghani et al (2009), dengan transformasi sistem pendidikan Malaysia yang memberi penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, integrasi antara teknologi multimedia dan pendidikan adalah satu prospek yang kian berkembang dan terus diterokai. Perisian CD dan alatan pengajaran multimedia jelas memberi tarikan kepada pelajar dari segi visual dan penyampaian yang menarik. Walau bagaimanapun, menurut Howles dan Pettengill (1993), satu proses pembelajaran berkesan menggunakan teknologi komputer sukar dijayakan tanpa keupayaan untuk mengintegrasikan unsur pedagogi secara sistematik. Bagi memastikan keberkesanan rekabentuk aplikasi multimedia untuk pembelajaran Bahasa Melayu, satu orientasi teori yang sistematik perlu digunakan dalam mendidik kemahiran mengenal abjad dan mengeja. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membangunkan satu prototaip perisian khusus interaktif berasaskan ilmu fonetik secara umum. Pendekatan ini dipilih kerana strategi pengajarannya yang dinamik berbanding dengan kaedah mengajar

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

666

membaca tradisional seperti menghafal senarai suku kata sebagimana yang dibincangkan oleh Yee(2007). Oleh itu, dengan berdasarkan fahaman kepada teori fonetik, pengajaran dalam prototaip perisian khusus ini mampu mengurangkan kesukaran pelajar membezakan bunyi bahagian huruf gabungan atau secara individu. Ini diatasi dengan membataskan pelajar untuk hanya fokus pada bunyi simbol huruf tanpa menghafal nama huruf. Aplikasi multimedia interaktif ini boleh juga dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai alat bantuan mengajar elektronik bagi guru Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penyelidikan ini hanya akan bertumpu pada asas sebutan seperti yang diamalkan dalam program bacaan fonik. 2. Kaedah Fonetik Teori atau ilmu fonetik tulen dan fonemik adalah dua bidang yang berkait rapat dan dibicarakan bersama dalam kajian ini. Ia bertujuan mendapat gambaran tepat bagaimana kaedah fonetik boleh diaplikasikan dalam mengajar kemahiran asas membaca. Secara ammnya, ilmu fonetik adalah satu disiplin linguistik yang berpusat kepada penyelidikan bagaimana bunyi dihasilkan dan digunakan dalam pertuturan manusia. Fonem pula merujuk prosidur pendengaran yang mengkategorikan bunyi dengan memadankan huruf bercetak dengan bunyi yang betul. Dalam kertas ini, fonem dipamerkan dengan menggunakan baris slash / / bagi pengasingan simbol-simbol. Menurut Samsudin (2007), dengan menyusun inventori dan struktur bunyi suatu bahasa, transkripsi fonemik boleh dibentuk bagi mengklasifikasi bunyi sebutan secara menyeluruh. Dalam bahasa Melayu, analisis segmental telah mengenalpasti bahawa terdapat 24 fonem tulen dan 10 fonem pinjaman. Sepertimana yang dimaklumkan oleh Zahid et al (2006), daripada 24 fonem tulen, terdapat 6 fonem vocal (/a, e, , i, o/) dan fonem 18 fonem konsonan (/p, t k, b, d, g, c, j, s, h, 1, r, m, n, , , w, y/) dalam bahasa Melayu. Fonemfonem ini telah diberikan huruf simbolik dalam ejaan rumi termasuk huruf gabungan seperti /kh/, /gh/, /ng/, /ny/, /sy/ dan satu fonem bagi setiap huruf masing-masing. Menurut sistem ejaan baru yang diperkenalkan oleh jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka huruf e' melambangkan dua fonem yang berlainan iaitu /e/ dan //. Berpandukan statistik yang telah dibuktikan oleh Yopp (1995), faedah maksimum diperoleh dengan wujudnya kesedaran fonemik dalam amalan membaca. Penyelidikan ini bergantung kepada peraturan umum fonem Bahasa Melayu dalam proses rekabentuk dan pembangunan kandungan aplikasi multimedia. Dengan menggunakan huruf simbolik dalam sistem tulisan abjad Melayu moden, perkataan dihasilkan oleh suku kata yang dibentuk oleh segmen-segmen fonem konsonan dan vokal. 3. Kajian Bahan Pengajaran Sedia Ada Pemerhatian telah dilaksanakan ke atas sekelompok bahan bercetak yang memanafaatkan kaedah fonetik sebagai asas pengajaran pembacaan Bahasa Melayu bagi kanak-kanak prasekolah. Beberapa buku bersiri ini digunakan secara meluas dalam kelas-kelas bahasa di prasekolah di seluruh negara. Tujuan tinjauan dijalankan adalah untuk mengkategori dan mengenalpasi persamaan utama dari segi kandungan buku-buku bersiri tersebut. Judul buku bersiri yang dipilih disenaraikan seperti berikut: Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku Kaedah Fonetik (9 buku) Pakej Cepat Baca Kaedah Fonemik (2 buku) Buku Besar Pantas Membaca(8 buku)
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 667

Siri Bistari Pantas Membaca(8 buku) Siri Pintar Membaca(8 buku) Kaedah Mudah Membaca Adikku Bijak Membaca(1 buku)

Analisa terhadap kandungan buku menemui bahawa kebanyakan daripada siri tersebut menggunakan dua warna utama yang berlainan bagi membezakan antara bunyi vokal dan konsonan iaitu merah dan hitam. Dua warna tersebut turut digunakan bagi mengasingkan dua atau tiga pasangan suku kata dalam sepatah perkataan. Dua daripada buku bersiri tersebut menyediakan panduan kepada ibu bapa bagi membantu melatih kanak-kanak supaya memberi penekanan terhadap bunyi abjad dan sebutan gabungan huruf dan suku kata. Berbeza dengan kaedah hafalan tradisional yang mengulang suku kata yang jarang digunakan seperti va, ve, vo, vi, vu' , pengajaran fonetik merangsang suku kata lazim dalam perkataan Melayu. Kanak-kanak tidak perlu menghafal nama-nama abjad itu tetapi sebaliknya bunyi simbol huruf itu sahaja. Pengajaran biasanya bermula dengan pengenalan kepada kesemua 6 vokal fonem. Kemudian, pengajaran akan fokus pada fonem vokal sering digunakan Melayu yang iaitu /a/, /i/ dan /u/. Kemudian, sejumlah fonem konsonan diperkenalkan kepada pembaca secara berperingkat seperti /m/ dan /n/ atau /b/ serta /k/ dan seterusnya. Dengan bilangan bunyi huruf yang terhad, ia mengurangkan beban pelajar untuk menstruktur suku kata dengan huruf yang sedia ada. Sebelum konsonan dan vokal yang belum digunapakai diperkenalkan, selanjutnya pengajaran akan membimbing kanak-kanak tentang bagaimana membina satu perkataan yang secara purata terdiri daripada dua hingga tiga suku kata. Suku kata yang dipelajari ialah gabungan satu huruf konsonan dan satu huruf vokal bagi suku kata terbuka. manakala suku kata tertutup ialah gabungan satu huruf konsonan, satu huruf vokal bagi dan satu lagi huruf konsonan di hujungnya. Pengajaran diteruskan di mana pelajar dibimbing membaca ayatayat pendek yang bermakna yang juga terhad kepada dua hinga empat patah perkataan. Setelah pelajar menunjukkan prestasi yang positif kepada abjad-abjad yang sedia ada, mereka akan maju ke modul berikutnya dengan pengenalan kepada konsonan baru yang tidak ditemui daripada pelajaranpelajaran sebelumnya. Proses ini berulang dengan menstrukturkan suku kata menggunakan fonem konsonan, fonem vokal dan diftong sehingga selesai. Selepas menamatkan siri pengajaran, pelajar dijangka dapat menguasai kemahiran mengeja perkataan mudah dan membaca ayat-ayat pendek. Namun begitu, pengajaran dalam bukubuku bersiri yang ditinjau tidak meliputi tatabahasa Melayu lanjutan seperti imbuhan, kata sendi dan sebagainya. 4. Pembangunan Aplikasi Multimedia Mengeksploitasi barisan idea daripada buku-buku bersiri yang ditinjau, kajian dibuat bagi merekabantuk dan membangunkan prototaip perisian khusus berdasarkan pemahaman bahawa segmentasi huruf konsonan dan vokal yang menghasilkan sesepatah perkataan. Aplikasi multimedia yang dibangunkan direkakhas untuk platform Windows. Bersandarkan keputusan kajian oleh Clark et al (2003), prototaip yang dibina mestilah memenuhi prinsipprinsip multimedia sebagimana yang dirumuskan oleh mereka. Isu dan pertimbangan rekabentuk multimedia dibincang selaras dengan elemen berikut.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

668

4.1 Kandungan Pembelajaran Abjad dan suku kata dipilih secara strategik sebagai item utama pengajaran. Perhatian khusus diberikan kepada suku kata yang mengandungi konsonan-vokal mudah(KV, KVKV atau KVKVK). Penilaian analisis meta kuantitatif yang dijalankan oleh Ehri et al (2001) melaporkan bahawa dengan wujudnya kesedaran terhadap fonem, pengajaran membaca meningkat dalam satu sesi yang tempohnya berlanjutan antara 5 hingga 18 jam atau lebih. Lantaran itu, bagi memberi lebih pengalaman bermakna ketika sesi bacaan teks, suku kata yang sama diguna semula dalam pembentukan ayat pendek. Huruf-huruf vokal yang pertama kali dipilih ialah /a/, /i/ dan /u/ diikuti oleh konsonen /m/ /n/ atau /b/ dan /k/ serta selebihnya. Fonem diftong yang digunapakai di peringkat permulaan ialah /ai/ dan /au/ manakala /ng/ dan /ny/ ialah fonem gabungan dipilih dalam prototaip tersebut.

Rajah 1 : Sesi Pengajaran Huruf Tunggal 4.2 Rekabentuk Antaramuka Aplikasi multimedia terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu modul abjad tunggal (hurufhuruf vokal dan konsonan) , suku kata terbuka dan bebas serta pembinaan perkataan dan ayat-ayat pendek bersama dengan dua modul tambahan iaitu latihan pengukuhan dan panduan ibu bapa. Pelajar akan melayar dan melengkapkan sesi pengajaran setiap modul bergantung kepada kemajuan sendiri sehingga seluruh modul selesai. Modul latihan ialah satu modul pilihan bagi menilai pelajar pencapaian masing-masing. Halaman panduan ibu bapa menyenaraikan fungsi butang-butang yang disediakan dalam perisian khusus. 4.3 Teks Elemen teks mempunyai peranan paling penting dalam pembelajaran asas membaca. Dalam prototaip ini, font san erif yang konsisten digunakan untuk mengajar ejaan. Hanya huruf kecil diskopkan untuk keseluruhan pengajaran. Kombinasi warna teks bagi setiap sesi diterangkan seperti berikut: Huruf tunggal: Setiap huruf dipapar dengan warna merah. Suku kata tunggal: Huruf pertama dipapar dengan warna merah manakala huruf kedua dipapar dengan warna hitam. Pasangan dua suku kata(satu perkataan): Suku kata pertama dipapar dengan warna merah manakala suku kata kedua dipapar dengan warna hitam. Pasangan tiga suku kata(satu perkataan): Suku kata pertama dipapar dengan warna merah, suku kata kedua dipapar dengan warna hitam manakala suku kata ketiga dipapar dengan warna merah semula.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

669

Kepiawaian penggunaan warna teks juga diaplikasi untuk semua suku kata terbuka dan tertutup.

Rajah 2 : Sesi Pengajaran Gabungan Suku Kata dan Ayat 4.5 Audio Satu lagi media yang sangat penting dalam aplikasi ini ialah elemen audio. Segmen-segmen suara telah dirakamkan terlebih dahulu diintegrasi dengan setiap fonem, suku kata, perkataan dan ayat pendek yang dipamerkan dalam modul. Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan mengingati simbol huruf yang mereka pelajari sepanjang pengajaran. Arahan berbentuk audio juga diperdengarkan bagi membimbing pelajar melayari seluruh proses pengajaran. Muzik latar yang ceria hanya dimainkan semasa halaman pertama bagi menjana minat pelajar. 4.6 Grafik dan Animasi Grafik digunakan secara minimum dalam alikasi ini bagi membolehkan pelajar memberi tumpuan penuh kepada sesi pengajaran tanpa gangguan animasi yang tidak berkaitan dengan kandungan pembelajaran sepertimana yang disarankan oleh Sindhu et al (2006). Bagaimanapun teks utama dipaparkan di dalam blok putih mirip kepada flash card. Simulasi yang ringkas dipamerkan, menunjukkan bagaimana dua simbol huruf digabungkan yang membentuk suku kata. Dalam animasi tersebut, kedua-dua blok abjad akan bergerak daripada lokasi asal mereka (kiri dan kanan) sehingga blok-blok tersebut tersusun di sebelah menyebelah. Animasi yang sama digunapakai dalam penggabungan pasangan suku kata yang membentuk perkataan. Animasi montaj yang ceria dimainkan dalam halaman hadapan perisian khusus. 4.7 Interaktiviti Dalam modul-modul pengajaran, interaksi pelajar berlaku secara secara linear iaitu dari satu muka ke halaman berikutnya. Pelajar boleh memainkan semula simulasi penghasilan suku kata atau perkataan dan kembali untuk halaman utama dengan menekan butang-butang yang disediakan. Pelajar dibenarkan untuk mengulang seberapa banyak siri pengajaran sehingga mereka selesa untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi. Modul latihan dicipta untuk menguji sama ada pelajar menguasai topik yang telah dipelajari dalam perisian aplikasi multimedia. Pelajar dikehendaki memadankan abjad tunggal, diftong atau gabungan huruf dengan bunyi yang betul. Latihan ini tidak termasuk gabungan lebih dari satu suku kata, perkataan dan ayat.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

670

Rajah 3: Modul Latihan Pemadanan Suku Kata 5. Kesimpulan Kertas kerja ini telah menerangkan kajian dan penerokaan bagaimana peraturan am fonetik boleh digunakan dalam menghubungkan fonem konsonan dan vokal yang membentuk suku kata. Penyelidikan ini turut mengaitkan unsur yang penting dalam meningkatkan kualiti prototaip perisian khusus demi kajian masa depan. Salah satu daripada matlamat utama kajian ini adalah untuk menstruktur dan memperkemas persembahan multimedia berasaskan formula fonetik yang lebih. Penyelesaian lain termasuklah menambah teks bacaan dengan gabungan huruf kecil dan huruf besar. Fasa yang seterusnya ialah untuk mengkaji keberkesanan prototaip yang dibangunkan dalam kajian ini bagi melihat sejauh mana ia dapat membantu pelajar mengenalpasti dan mentranskripsi barisan huruf dan suku kata dalam suatu ayat. Harapannya, dengan integrasi prinsip rekabentuk multimedia dan strategi pengajaran yang unggul, satu sumbangan yang optimum dapat dijana dalam melatih pelajar menguasai kemahiran asas membaca dalam tempoh masa tertentu. 6. Rujukan Ab. Ghani., A, Azmi. & Mohd Nor, H. (2009). ICT Literacy (ICTL) Programme : THE MALAYSIAN EXPERIENCE. Proceedings of UNESCO- APEID International Conference World Bank-KERIS High Level Seminar on ICT in Education: ICT Transforming Education Canapero, M. (2004). Connecting motivating and raising awareness via WELL Developing elearning environments for science students. ReCALL,16/2, 330-344 Choi, S., Cairncross, S. & Kalganova, T. (2001). Use interactive multimedia to improve your programming course. PROGRESS 2001 Clark, R.C., Mayer, R.E. (2002). e-Learning and the Science of Instruction: Proven Guidelines for Consumers and Designers of Multimedia Learning. Pfeiffer. Clark R, Lyons C. (2004). Graphics for Learning: Proven Guidelines for Planning, Designing and Evaluating Visuals in Training Materials. John Wiley & Sons. Ehri, L., Nunes, S., Willows, D., Schuster, B., Yaghoub-Zadeh, Z., & Shanahan, T. (2001). Phonemic awareness instruction helps children learn to read: Evidence from the National Reading Panel's meta-analysis. Reading Research Quarterly, 36, 250-287 Howles, L. & Pettengill, C. (1993). Designing instructional multimedia presentations: A seven-step process. T.H.E. Journal,20, 58-61

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

671

Kutz, D.A. (2005) . The use of the Lexia Phonics computer software program for children in kindergarten and first grade. Thesis, Widener University Macchi, M. J. & Kahn, D.( 2005). A software tool for teaching reading based on text-tospeech letter-to-phoneme rules. Proceedings of the Second Workshop on Building Educational Applications Using NLP, 77-84. Mayer, R. E. (2009). Multimedia learning. New York: Cambridge University Press. Musa, A. B (2002). Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat. Universiti Putra Malaysia Serdang. Mohler, J. L. (2001). Using interactive multimedia technologies to improve student understanding of spatially-dependent engineering concepts. GraphiCon'2001. Nakjan, S. (2002). A content analysis of reading software commercially available for pre-k to 3rd grade children. UNT Libraries, Retrieved April 18, 2010 from UNT Electronic Theses and Dissertations on the World Wide Web: http://digital.library.unt.edu/ark:/67531/metadc3124/ Nong , T. H., Yunus, J. & Salleh, S.H.(2001). Classification of Malay speech sounds based on place of articulation and voicing using neural networks. Proceedings of IEEE Electrical and Electronic Technology, TENCON. 170-173. Omar, A .(1975). Essays on Malaysian Linguistics. Dewan Bahasa dan Pustaka. 6, 8, 9. Sampath, H., Sivaswamy, J. & Indurkhya, B. (2010). Assistive systems for children with dyslexia and autism. SIGACCESS Access. Comput. , 96, 32-36. Samsudin, N.H. (2007). Study on phonetic context of Malay syllables towards the development of Malay speech synthesizer. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia. Sapidin, A.M. (2005, October 12). 100,000 Murid Tahun 2 Hingga 6 Tidak Tahu Membaca. Utusan Malaysia, Arkib Sindhu, S. Manjit, S. & Ramesh, S. (2006). Multimedia Learning Packages: Design Issues and Implementation Problems. Malaysian Online Journal of Instructional Technology, 3 (1). 43-56. Snape, L., Nicol, T. & MacFarlane, S. (2003). Phonics for young children: a computer based approach. Proceedings of the 2003 Conference on interaction Design and Children, 157-157 Petry B.A & Edwards M.L. (1984). Systematic development of an applied phonetics course. Springer New York Journal of Instructional Development, 6-11 Wise, C.M. (1957). Applied phonetics. Prentice Hall. Mountain speech, 303-21. Yang, J. C., Lin, Y. L., Wu, J. J. & Chien, K. H. (2008). Design and Evaluation of a Physical Interactive Learning Environment for English Learning. Proceedings of the 2008 Second IEEE international Conference on Digital Game and intelligent Toy Enhanced Learning DIGITEL, 36-43 Yee, W. (2007, October), Malay Phonics - Easy, Essential And Elusive, Retrieved April 19, 2010 from the World Wide Web: http://www.isnare.com/?aid=113213&ca=Education Yopp, H. K. (1995). A test for assessing phonemic awareness in young children. The Reading Teacher, 49(1), 20-29. Zahid, I. & Omar, M.S. (2006). Fonetik dan Fonologi. Malaysia: PTS Professional

Authors Biography Farah Nadia Azman Farah Nadia Azman holds the position as a lecturer at the Department of Interactive Media, Faculty of Information and Communication Technology(UTeM). She educationally received

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

672

her Masters of Information Technology at Universiti Kebangsaan Malaysia. Her major interest is in the intersection between entertainment computing, e-learning, e-commerce, multimedia courseware, web application, web based open source, applied game design, 2D & 3D animation and digital art. Mohamad Lutfi Dolhalit Mohamad Lutfi Dolhalit is an academician at the Department of Interactive Media, Faculty of Information and Communication Technology(UTeM). He holds a Master of Information Technology (Multimedia) at Universiti Sains Malaysia. His primary interests include virtual reality, audio and video production, multimedia applications and multimedia networking. Ibrahim Ahmad Ibrahim Ahmad serves as a lecturer at the Department of Interactive Media, Faculty of Information and Communication Technology(UTeM). His research interests include Computer Scinece Education, Information & Multimedia Technology, Problem-Based Learning, Design, Development and Evaluation of Mutlimedia & Internet-Based Learning, Games-Based Learning and Mobile Learning.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

673

Anda mungkin juga menyukai