Anda di halaman 1dari 1

Jelingan ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.


Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika
aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke
kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku
disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika


sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah
punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit
itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun
faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam
itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok
imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan
latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu
dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku
dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok


imam.

Anda mungkin juga menyukai