Anda di halaman 1dari 3

JENIS-JENIS AYAT Ayat ialah susunan kata-kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna.

Ayat yang sempurna mestilah mengandungi dua komponen iaitu, subjek dan predikat. Ayat = Subjek + predikat Subjek dalam ayat ialah benda atau behagian ayat yang diterangkan. Predikat pula ialah cerita atau bahagian ayat yang menerangkan subjek. Subjek 1. Gajah itu 2. Kami 3. Pemuda itu 4. Pelajar-pelajar itu 5. Telefon itu Predikat sedang makan tebu ke bandar dengan menaiki bas. sedang dibaikpulih. sedang tekun membaca buku. berdering.

Dalam bahasa Melayu baku, ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut:1. Ayat penyata 2. Ayat tanya 3. Ayat perintah 4. Ayat seruan A. Ayat penyata Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu perkara atau hal. Contoh:

1. Penduduk di kawasan itu bekerja sebagai petani.


2. Kebanyakan sungai di daerah itu telah tercemar. 3. Penyakit demam denggi merebak melalui gigitan nyamuk tiruk. 4. Kereta nasional telah berjaya menambat hati para pembeli. 5. Gunung berapi itu masih aktif. B. Ayat tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara atau hal dan sebagainya. Ayat tanya ini ditandai dengan tanda tanya/tanda soalan (?) di hujung ayatnya. Ayat tanya terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-

1. Ayat tanya dengan kata tanya 2. Ayat tanya tanpa kata tanya
1. Ayat tanya dengan kata tanya Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila, berapa, bagaimana, mana, kenapa, mengapa, siapa dan sebagainya.

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2008

Ideal Bahasa Melayu Tahun 5

Perhatikan ayat contoh di bawah ini:1. Siapakah olahraga sekolah kamu pada tahun ini? 2. Di manakah kamu meletakkan beg kamu tadi? 3. Kenapakah emak kamu bermasam muka sahaja? 4. Bagaimanakah kemalangan itu terjadi? 5. Berapakah bilangan peserta rombongan itu? Dalam binaan ayat atau penulisan, kata tanya boleh disertai atau menerima kata penegas/partikel kah dengan syarat kata tanya itu mestilah letaknya di bahagian hadapan ayat. Contoh: 1. Bilakah air laut ini akan pasang semula? 2. Kenapakah kamu biarkan adik kamu ke bandar bersendirian? 3. Di manakah kemalangan ngeri itu berlaku? 4. Bagaimanakah keadaan pesakit jantung berlubang yang kamu lawati itu?

2. Ayat tanya tanpa kata tanya Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat penyata yang diletakkan tanda tanya/tanda soal di hujung ayatnya. Ayat tanya ini terbentuk dengan meninggikan nada suara yang berbentuk soalan/pertanyaan. Contoh: Ayat Penyata 1. Kedua-dua batang jarinya kudung. 2. Adiknya kena culik. 3. Air perigi itu cetek. 4. Dia menghidap penyakit kencing manis. 5. Cincin itu kepunyaan Alice. Ayat Tanya 1. Kedua-dua batang jarinya kudung? 2. Adiknya kena culik?. 3. Air perigi itu cetek? 4. Dia menghidap penyakit kencing manis? 5. Cincin itu kepunyaan Alice?

Untuk membentuk ayat tanya daripada ayat penyata, partikel/kata penegas kah tidak perlu diletakkan di hujung ayat tersebut. Contoh: 1.a) Sepupunya itu sudah berkahwinkah? (X) b) Sepupunya itu sudah berkahwin? () 2.a) Ayahnya kemalangankah? (X) b) Ayahnya kemalangan? () 3.a) Dia masih duduk disitukah? (X) b) Dia masih duduk disitu? ()

C. Ayat perintah Ayat perintah ialah ayat yang berbentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan denagn tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Contoh: 1. Jangan bermain di tepi lombong tinggal itu. 2. Sila beredar dari sini dengan segera. 3. Tolong tutup pintu itu. 4. Biarkan dia duduk bersendirian di situ.

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2008

Ideal Bahasa Melayu Tahun 5

D. Ayat seruan Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk menggambarkan/melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti terkejut, marah, mengejek, sakit, takut, dan sebagainya. Ayat seruan ini pada umumnya didahului oleh kata seru seperti Ah, Amboi, Nah, Wah, Cis, dan sepertinya. Pada penghujung ayatnya pula ditandai dengan tanda seru (!). Contoh: 1. Ah, aku tidak mahu mengikut kamu ke sana! 2. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman ini! 3. Eh, ke manakah pula perginya kucing itu tadi! 4. Aduhai, malang sekali nasib Pak Ya! 5. Aduh, bisanya tikaman itu, Demang! Pada umumnya, ayat seruan mengandungi kata seru yang diletakkan di awal ayat. Namun begitu, terdapat ayat seruan yang tidak didahului oleh kata seruan. Contoh: 1. Jangan tinggikan suara kamu! 2. Berambus engkau dari sini! 3. Usah tercegat di situ lagi! 4. Gemuknya badan kamu!

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2008

Ideal Bahasa Melayu Tahun 5

Anda mungkin juga menyukai