Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Garisan merupakan cantuman satu siri titik-titik, dengan sambungan titik-titik maka wujudlah GARISAN.

PENGENALAN
Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam semulajadi, alam benda, flora mahu pun fauna.

Titik Hujan (Garisan Berputus)

Kulit Harimau

(Garisan Berulang)

Jenis-Jenis Garisan

Jenis-Jenis Garisan
Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik yg menentukan rupa bentuk dan sifatnya. Contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal, pen memberikan kesan garisan halus manakala berus dan dakwat memberi kesan garisan kasar.

Jenis-Jenis Garisan
Garisan Tebal Garisan kasar Garisan nipis Garisan berlingkar Garisan berbulu Garisan pancaran Garisan beralun Garisan zig-zag Garisan Putus-putus

FUNGSI GARISAN
Hubungan garisan dengan unsur seni 1. Garisan menghasilkan rupa Melalui cantuman garisan dipenghujungnya. Melalui kontur garisan

FUNGSI GARISAN
2. Garisan menghasilkan ton Garis-garis yang disusun berdekatan akan mewujudkan ton gelap, manakala garis-garis yang mempunyai ruang berjauhan mewujudkan ton cerah. Perbezaan tebal atau nipis garisan juga menimbulkan ton. Lebih nipis garisan yang dilukis maka lebih cerah penghasilan tonnya dan lebih tebal garisan itu lebih gelap tonnya.

FUNGSI GARISAN
2. Garisan menghasilkan ton Garisan menegak dan melintang digunakan untuk melukis ton berbentuk permukaan rata. Garisan melengkung digunakan untuk menghasilkan bentuk permukaan bulat.

FUNGSI GARISAN
3. Garisan dan jalinan Garisan dapat menunjukkan jalinan Setiap objek semulajadi dan buatan manusia mempunyai jalinan tertentu Kebanyakkan jalinan berupa garisan yang beraneka ragam.

FUNGSI GARISAN
4. Garisan dan ruang Garisan dapat menimbulkan ilusi ruang Ruang dihasilkan oleh garisan melalui penggunaan garisan yang berlainan saiz, kegelapan jarak, dan berpandukan grid perspektif. Garis-garis yang tebal serta panjang kelihatan mara ke hadapan. Garis-garis yang halus dan pendek kelihatan jauh ke belakang.

FUNGSI GARISAN
5. Garisan dan warna Garisan dapat menghasilkan ton warna Kontra warna juga boleh membezakan garisan Warna mempengaruhi nilai garisan yang melahirkan perasaan tertentu dalam jiwa pemerhati.

FUNGSI GARISAN
5. Garisan dan warna Garisan dapat menghasilkan ton warna Kontra warna juga boleh membezakan garisan Warna mempengaruhi nilai garisan yang melahirkan perasaan tertentu dalam jiwa pemerhati.

FUNGSI GARISAN
6. Garisan dan bentuk Garisan dapat menghasilkan bentuk ilusi Garisan mewujudkan bentuk melalui jarak kekerapan garis-garis berulang, garisan bersilang, atau melalui saiz ukuran garisan, ilusi cahaya dan pembayangan. Garisan yang rapat menghasilkan ton gelap manakala garisan yang jaraknya jarang menimbulkan ton cerah. Kesan ini menjelaskan isipadu serta berat sesuatu objek

FUNGSI GARISAN
Garisan dan lambang Garisan boleh melambangkan sesuatu mesej dan benda. Reka bentuk logo, lencana, simbol, dan isyaratisyarat jalan raya banyak menggunakan unsur seni.

FUNGSI GARISAN
Garisan dan corak Dengan menggunakan elemen garisan, corak boleh dihasilkan melalui perbezaan saiz garisan, kepelbagaian media dan garisan membentuk rupa pelbagai saiz. Garisan menghasilkan motif reka corak yang dibuat secara berulang-ulang. corak-corak biasanya terhasil melalui panduan garisan grid.

Anda mungkin juga menyukai