Anda di halaman 1dari 40

PERUTUSAN PENGARAH JPN SABAH 2010

DR. HAJI MUHIDDIN BIN YUSIN

PERUTUSAN PENGARAH JPN SABAH 2010 DR. HAJI MUHIDDIN YUSIN MEMBURU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN:
SABAH MELANGKAH KE HADAPAN
1
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam mesra.

Rabbisy rahli sadri wayasirli amri wahlul uqdatan millisani yaf qahu qauli.
Saudara pengacara majlis, Ketua-ketua Sektor, Ketua Nazir Negeri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua, Guru Besar, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati dan kasihi sekalian.
1. Kita bersyukur ke hadrat Allah (S.W.T) kerana dengan izin-Nya kita bersama di majlis

yang amat bermakna ini. Kepada urus setia, saya ucapkan tahniah dan terima kasih
2
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

yang tidak terhingga kerana mengatur majlis ini. Semoga khidmat bakti tuan-tuan dan puan-puan menerima simbahan kasih sayang dan kemurahan Allah. Kepada tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, terima kasih kerana hadir. Semoga masa dan tenaga yang tuan-tuan dan puan-puan gunakan untuk menghadiri majlis ini tidak sia-sia. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati dan dikasihi sekalian;
2. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi saya secara peribadi, khasnya dan

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, amnya. Pelantikan saya sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang bermula pada 12 Januari 2010 merupakan satu perkembangan yang sama sekali tidak diduga dan tidak pernah saya impikan dalam sejarah hidup dan perkhidmatan saya sebagai pendidik.
3. Dari segi umur, saya lebih tua kira-kira dua tahun daripada Y.Bhg. Datuk Normah

Gagoh. Ini bermakna saya sepatutnya bersara dulu sebelum beliau. Dari segi perkhidmatan, ilmu dan kepakaran pula, walaupun mungkin saya di antara sebilangan
3
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

kecil yang terkanan dalam kalangan pegawai-pegawai kanan pendidikan yang sama gred dengan saya di seluruh negara yang belum naik pangkat, saya bukanlah yang terbaik di antara mereka.
4. Sebagai manusia biasa saya menyedari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-

kekurangan yang terdapat pada diri saya. Saya juga menyedari bahawa jawatan dilihat sebagai pembawa nikmat di peringkat awal, tetapi mungkin membawa penyesalan di peringkat akhir seperti maksud kata-kata Sayidina Umar al-Khattab r.a. Oleh kerana itu, saya bukan saja tidak mengharap malah tidak pernah termimpi akan dilantik ke jawatan yang sangat penting ini.
5. Saya takut dan bimbang tidak dapat menghidupkan fungsi kewujudan jawatan ini.

Kebimbangan ini dan kesedaran saya tentang kata-kata Saiyidina Umal al-Khattab itu tadi, menyebabkan saya, di satu peringkat selepas saya dipanggil oleh Tan Sri Ketua
4
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Pengarah Pelajaran Malaysia ke Kementerian Pelajaran bersama dengan beberapa orang pegawai kanan Kementerian Pelajaran pada 16 September 2009 dan dimaklumkan secara rasmi bahawa saya akan dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Sabah mulai 1 Oktober 2009, terfikir untuk menolak perlantikan yang bakal dikeluarkan itu. Namun setelah berfikir panjang dan teringat pula kata orang tua-tua yang saya pernah dengar ketika saya kecil dahulu yang mengatakan pangkat jangan diminta, tetapi jika diberi, terimalah sebagai amanah, saya mengambil keputusan untuk menerima perlantikan ini sebagai amanah sekiranya benar surat akan dikeluarkan kepada saya kelak.
6. Keputusan untuk menerima jawatan ini mendorong saya untuk terus berfikir. Saya

sedar, sebagai pemegang amanah saya perlu berjanji kepada diri sendiri untuk melaksanakan yang terbaik dan termampu demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini. Namun, janji ini hanya akan membawa kesan yang menyeluruh sekiranya ada penyertaan dan dukungan semua warga pendidikan di semua peringkat di negeri ini,
5
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

iaitu Jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah, dan sekolah kerana amanah yang berat ini tidak mungkin dapat dipikul oleh sesiapapun secara berseorangan. Dengan kata lain, warga pendidikan di negeri ini perlu bekerja sebagai satu pasukan kerja yang setiap anggotanya berjuang ke untuk mencapai kecemerlangan. VISI Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati dan dikasihi sekalian;
7. Dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan di negeri Sabah, Jabatan Pelajaran

Negeri Sabah, sebagai agensi atau jabatan kerajaan yang bertanggungjawab secara langsung terhadap pembangunan dan pengurusdan pendidikan di negeri ini, perlu mempunyai Visi yang besar dan mencabar kerana visi atau impian bagi sesebuah

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

organisasi akan menentukan kedudukan organisasi itu pada masa akan datang seperti kata bijak pandai: A great life always begins with a great dream.
8. Sesuai dengan itu, visi bagi Jabatan Pelajaran Negeri Sabah ialah: Pendidikan

berkualiti penjana modal insan unggul.


9. Visi ini menuntut setiap warga dan jentera Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bergerak ke

arah mewujudkan pendidikan berkualiti bagi membangunkan murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang membolehkannya menjadi modal insan unggul. MISI
10. Untuk mencapai visi ini, seluruh warga dan jentera pendidikan di negeri ini hendaklah

berusaha bersungguh-sungguh secara berterusan untuk memenuhi misi berikut:

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Menyediakan perkhidmatan pendidikan berkualiti yang mampu melahirkan modal insan unggul serta seimbang dan berupaya membangunkan diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
11. Faktor utama yang akan mementukan tercapai atau tidaknya misi ini adalah pemimpin.

Berdasarkan definisi pemimpin yang selalu saya berikan, iaitu A leader is someone

who knows where to go, knows the way, goes the way, shows the ways, reaches the hands and touches the hearts of others, pemimpin mempunyai
peranan menyeluruh daripada menentukan hala tuju hinggalah menunjukkan contoh, memberi motivasi dan inspirasi, dorongan dan sokongan kepada orang lain, khasnya anak-anak buahnya.

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

12. Sehubungan dengan ini, saya ingin melihat kewujudan kepimpinan yang berkesan,

mantap, berintegriti, dinamnik dan dihormati di semua peringkat di Jabatan Pelajaran Sabah yang melaksanakan fungsi sebagai: 12.1. 12.2. 12.3.
12.4.

Lampu suluh; Tongkat; Payung, dan Loceng Penggera.

13.

Dalam konteks ini saya ingin menekankan bahawa Pegawai Pelajaran Daerah

mempunyai kedudukan yang sangat istimewa. Saya katakana demikian kerana dari segi struktur, PPD berada di peningkat yang strategik yang berperanan sebagai: 13.1.
9

Pemimpin tertinggi di peringkat daerah;

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

13.2. 13.3. dan


13.4.

Benteng kepada sekolah dan ibu pejabat, Jabatan Pelajaran Sabah; Penghubung di antara sekolah dan ibu pejabat, Jabatan Pelajaran Sabah, Perancang serta pelaksana program dan strategi di perinmgkat daerah.

14.

Saya berharap semua Pegawai Pelajaran Daerah di seluruh negeri ini menerima cabaran

untuk membangunkan diri sebagai pemimpin yang melaksanakan fungsi dan peranan yang telah saya nyatakan tadi. Dengan cara demikian, Pejabat Pelajaran Daerah akan dapat kita bangunkan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan di negeri ini. SLOGAN
15. Bersesuaian dengan visi dan misi itu, setiap warga pendidikan di semua peringkat di

negeri ini (ibu pejabat, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah), dari Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Sektor, Ketua Penolong Pengarah, Penolong-penolong Pengarah,
10
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

penyelia, Pengetua, Guru Besar, guru-guru dan staf sokongan bukan guru, perlu memahami dan menghayati visi dan misi itu serta mempunyai semangat dan keinginan untuk terus mara ke hadapan dalam usaha memburu kecemerlangan. Semangat dan keinginan itu perlu sentiasa dipupuk dan disemarakkan dengan slogan Melangkah Ke Hadapan.
16. Melangkah ke Hadapan bermakna meneruskan tindakan-tindakan penambahbaikan

dan usaha-usaha kecemerlangan sedia ada, tanpa tolak ansur, mencari pendekatan-pendekatan baru yang membawa kecemerlangan menyeluruh.

di samping terus pencapaian

kepada

17.Melangkah ke Hadapan juga bermakna, pantang berundur atau berhenti daripada melaksanakan usaha-usaha pembudayaan kualiti dalam kehidupan seharihari organisasi pendidikan di negeri ini.

11

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

HALA TUJU
18. Sehubungan dengan itu, hala tuju Jabatan Pelajaran Negeri Sabah meliputi 6 bidang

utama yang menjadi core business pendidikan, iaitu: 18.1. Pencapaian Akademik; 18.2. Pengurusan Kewangan; 18.3. Pengurusan Sumber Tenaga Manusia dan Kepimpinan; 18.4. Peningkatan Kualiti Perkhidmatan; 18.5. Penyediaan Prasarana dan Kemudahan Asas; dan 18.6. Pengurusan Program dan Aktiviti Sokongan. FOKUS
19. Enam bidang utama hala tuju Jabatan Pelajaran Negeri 11

12

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Sabah ini perlu digarap secara berfokus dengan menekankan penambahbaikan bagi kelemahan, masalah, dan isu-isu dominan yang dikenal pasti seperti berikut:

19.1.

Pencapaian Akademik:

19.1.1. Penguasaan kemahiran asas 3M dalam kalangan murid-murid sekolah

rendah. 19.1.2. Pencapaian akademik. 19.1.3. Tahap profesionalisme guru. 19.1.4. Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah. 19.2. Pengurusan Kewangan: 19.2.1. Ketidakakuran kepada peraturan dan prosedur.
13
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

19.2.2. Kelewatan pembayaran. 19.2.3. Mekanisme kawalan. 19.2.4. Pembaziran.


19.2.5. Audit berteguran. 19.2.6. Akaun belum terima.

19.3. Pengurusan Sumber Tenaga Manusia dan Kepimpinan:


19.3.1. Profesionalisme guru. 19.3.2. Hubungan antara staf. 19.3.3. Kebajikan anggota organisasi. 19.3.4. Penempatan pegawai, guru, dan staf sokongan. 19.3.5. Pasukan kerja.

19.4. Peningkatan Kualiti Perkhidmatan;


14
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

19.4.1. Layanan mesra kepada pelanggan.


19.4.2. Mengutamakan pelanggan dan pencapaian. 19.4.3. Mewujudkan sense of accountability yang tinggi dalam kalangan anggota

organisasi. 19.4.4. Kecekapan dan ketepatan. 19.4.5. Betul pertama kali dan setiap kali. 19.4.6. Penerapan budaya kualiti. 19.5. Penyediaan Prasarana dan Kemudahan Asas 19.5.1. 19.5.2. 19.5.3.
15

Sekolah menumpang. Sekolah tidak cukup bilik darjah. Sekolah yang perlu dinaik taraf.

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

19.5.4. 19.5.5. 19.5.6. 19.5.7.


19.5.8.

Pembaikan dan penyelenggaraan rumah guru. Asrama desa. Asrama sekolah harian. Makmal komputer. Telaga tiub dan rain harvesting. Bekalan tenaga elektrik.

19.5.9.

19.5.10. Tapak sekolah. 19.6. Pengurusan Program dan Aktiviti Sokongan. 19.6.1. 19.6.2. Masalah disiplin murid. Gejala negatif dadah, ponteng kelas, gengsterisme, buli, mencuri

dan lain-lain.

16

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

19.6.3. lain. 19.6.4. 19.6.5. 19.6.6. CABARAN

Pengamalan nilai-nilai murni hormat, jujur, kasih-sayang dan lainPembimbing Rakan Sebaya. Perancangan, pelaksanaan, pemantauan, dan mengambil tindakan Mematuhi peraturan-peraturan dalam Perintah Am Bab D.

penambahbaikan setiap program dan aktiviti kokurikulum.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati dan dikasihi sekalian;


20. Di dunia ini tidak ada pelaut yang aman dari ombak ketika meredah lautan, tidak ada

bumi yang tak basah tatkala ditimpa hujan. Demikian halnya dengan Jabatan Pelajaran Negeri utama:
17
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Sabah.

Ia

berdepan

dengan

pelbagai

cabaran

dalam

usaha

untuk

memartabatkan pendidikan di negeri tercinta ini. Saya ingin menyatakan 7 cabaran

Cabaran pertama ialah kedudukan Sabah yang sentiasa di bawah, khasnya dalam ranking pencapaian akademik yang diukur dari pencapaian dalam peperiksaan awam setiap tahun, iaitu UPSR, PMR dan SPM. Walaupun ada peningkatan dari segi kuantiti dan kualiti pada setiap tahun, malah ada kalanya pencapaian Sabah mengatasi pencapaian beberapa negeri lain dalam peperiksaan STPM dan STAM, sehingga sekarang negeri ini masih terus berada di tangga paling bawah berbanding dengan negeri-negeri lain. Ini menyebabkan warga pendidikan di negeri ini merasa rendah diri di hadapan rakan-rakan dari negeri-negeri lain di majlis-majlis ilmu dan kecemerlangan. Cabaran kedua ialah kewujudan sekolah-sekolah daif di kawasan luar bandar yang memerlukan bangunan baru atau gantian, bilik darjah tambahan, naik taraf dan pembaikan di samping keperluan rumah guru. Semua sekolah itu termasuk dalam senarai yang projeknya diluluskan untuk dilaksanakan di bawah RMK-9. Namun kerana kekangan peruntukan,
18
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan. Kita berharap agar peruntukan bagi sekolah-sekolah itu akan diluluskan di bawah RMK-10. Cabaran ketiga ialah kekurangan peruntukan untuk belanja mengurus (operational budget) pada tahun ini kesan daripada krisis ekonomi global. Ketika kita ghairah melaksanakan program-program kecemerlangan dan penambahbaikan, kita diuji dengan pemotongan di antara 20 % hingga 40 % peruntukan mengurus pada tahun ini. Keadaan ini akan membawa kesan ke atas usaha Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk melaksanakan program-program yang memerlukan peruntukan khusus. Sehubungan dengan itu saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan di semua peringkat untuk mengambil langkah-langkah penjimatan, termasuk
berbelanja secara berhemah, memantapkan sistem kawalan dalaman dalam amalan berbelanja, menyusun dan menjadualkan semula aktiviti-aktiviti dan program-program yang hendak dijalankan sepanjang tahun ini.

19

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Cabaran keempat ialah kedudukan sekolah-sekolah yang jauh dan terpencil. Daripada 1069 buah sekolah rendah di seluruh negeri Sabah, hanya 92 buah termasuk di dalam kategori sekolah Bandar

dan 977 buah dalam kategori sekolah luar Bandar. Data sekolah menengah pula mencatatkan sebanyak 154 buah sekolah luar Bandar dan hanya 54 buah sekolah di bandar daripada 208 buah sekolah menengah di seluruh negeri. Ada di antara sekolah-sekolah itu yang terletak di lereng-lereng bukit, di tepi sungai, dan di pulau. Keadaan bentuk muka bumi, sistem pengangkutan yang tidak sempurna, dan jarak perjalanan yang jauh menyebabkan pihak Jabatan Pelajaran Negeri menghadapi kesukaran untuk mengekalkan penempatan guru-guru berpengalaman dalam jangka waktu yang diperlukan di sekolah-sekolah terpencil ini. Kekurangan tenaga di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah memburukkan lagi keadaan kerana proses pemantauan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah-sekolah itu. Pada masa ini hanya terdapat 11 jawatan yang wujud secara rasmi di setiap satu daripada 16 buah Pejabat Pelajaran Daerah yang dianggap sebagai Pejabat Pelajaran Daerah Kecil di negeri ini. Akibatnya sekolah-sekolah yang jauh seolah-olah terbiar tanpa pemantauan yang sempurna.
20
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Di kawasan-kawasan itulah kedengaran berita tentang guru dan Guru Besar tidak hadir bertugas beberapa hari dalam seminggu. Cabaran kelima, kurangnya guru yang berpengalaman di kebanyakan sekolah di negeri ini, khasnya di kawasan pedalaman kerana pergerakan keluar masuk guru ke negeri ini pada setiap tahun besar jumlahnya, iaitu di antara 500 orang hingga 800 orang. Keadaan ini berlaku kerana sehingga sekarang, negeri ini masih terus bergantung kepada bekalan guru yang datang dari luar Sabah. Peraturan semasa menetapkan seseorang guru yang bertugas di sekolah-sekolah di kawasan Bandar dibenarkan bertukar ke wilayah asal masing-masing selepas berkhidmat selama lima tahun di Sabah. Manakala guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman, layak dipertimbangkan untuk bertukar ke wilayah asal selepas menggenapkan tempoh 3 tahun berkhidmat di negeri ini. Keadaan ini bertambah buruk apabila negeri ini menghadapi
21
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

kekurangan guru opsyen bagi beberapa mata pelajaran utama seperti Bahasa Inggeris yang dikenalpasti sebagai killer subject di Sabah. Cabaran keenam ialah ekspektasi masyarakat yang begitu tinggi dan pelbagai. Semua pihak dari peringkat pimpinan di Kementerian Pelajaran, pimpinan negeri, para ibu bapa dan lainlain, malah semua pemimpin dan warga pendidikan di Sabah turut mengharapkan agar negeri ini mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Oleh itu pihak Jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah cuba berusaha melaksanakan pelbagai program serta tindakan yang bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang perlu diselesaikan di peringkat sekolah, terutama isu-isu berkaitan dengan disiplin murid dan pengurusan kewangan, tetapi tindakantindakan itu ada kalanya mendapat tentangan, kritikan atau tekanan daripada pihak-pihak tertentu yang mempunyai pandangan dan ekspektasi yang berbeza. Cabaran ketujuh ialah kita berhadapan dengan beberapa perkembangan baru dalam sistem pendidikan Negara yang menuntut kita sentiasa bersiap sedia dan bertindak pantas.
22
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Pelaksanaan

Reformasi

Kurikulum

Kebangsaan

dan

Sistem

Pentaksiran

Kebangsaan,

pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI, penerimaan program prasekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan, pelaksanaan program LINUS sebagai ganti program KIA2M, peningkatan kadar penyertaan pelajar dalam aliran kemahiran dan vokasional dan proses penyediaan program untuk RMK-10, semuanya menuntut tindakan yang bijak, positif dan dinamik. Dalam keadaan perjawatan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah belum mantap ditambah pula dengan pengurangan peruntukan untuk belanja mengurus pada tahun ini, usaha-usaha Jabatan banyak yang terjejas menyebabkan Jabatan ini terbelenggu dan terbatas pergerakannya.
21. Semua cabaran ini perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh. Walaupun ada di

antaranya yang tidak mungkin dapat ditangani oleh Jabatan ini secara berkesan kerana kuasa mengenainya terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, seperti pembekalan guru, penentuan peruntukan, penawaran projeb-projek pembangunan
23
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

yang besar dan lain-lain,

Jabatan Pelajaran Sabah akan terus mencari ikhtiar dan

pendekatan untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah-masalah yang ada.


22. Bagi menangani cabaran-cabaran yang kuasa mengenainya terletak di bawah Jabatan

Pelajaran Negeri, tindakan perlu diambil untuk merancang dan melaksanakan program, aktiviti serta tindakan secara mantap dan sistematik. STRATEGI DAN PENDEKATAN Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati dan dikasihi sekalian;
23. Dalam keghairahan kita memacu kecemerlangan pendidikan di negeri ini kita perlu

sentiasa menyedari bahawa kita terikat dengan perancangan dan perkembangan semasa di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Seperti yang kita tahu, pada masa ini pihak Kementerian telah pun membangunkan NKRA nya berasaskan kepada NKRA
24
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

kebangsaan yang ketiga, iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan. Enam NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia itu ialah: 23.1. Peningkatan 86 % kadar penyertaan prasekolah pada akhir 2012; 23.2. Semua kanak-kanak normal menguasai kemahiran asas 3M selepas tiga tahun belajar di sekolah rendah pada akhir tahun 2012; 23.3. Membangunkan 100 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT); 23.4. Baiah baru melalui penilaian berdasarkan prestasi untuk menilai pemimpin sekolah pada tahun 2010; 23.5. Peningkatan 100 % kadar penyertaan ke aliran Vokasional dan Kemahiran pada akhir 2015; dan 23.6. Semua sekolah menerima bekalan elektrik 24 jam pada akhir tahun 2011.
25
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Sebagai organisasi pelaksana dasar dan perancangan pihak Kementerian Pelajaran di peringkat negeri, Jabatan Pelajaran Sabah perlu menyelaraskan NKRA nya dengan NKRA Kementerian Pelajaran ini. Ini bermakna Jabatan Pelajaran Sabah mesti membangunkan NKRA nya selaras dengan NKRA Kementerian tersebut. Manakala semua sektor, semua PPD dan semua sekolah di seluruh negeri pula perlu menyelaraskan NKRA masing-masing dengan NKRA Jabatan. Dengan cara ini Jabatan Pelajaran Sabah bukan sahaja dapat menggerakkan pembangunan pendidikan di negeri ini dengan mantap tetapi juga dapat menyumbang ke arah pencapaian

NKRA Kementerian Pelajaran secara berkesan.


TINDAKAN
24. Sehubungan dengan itu saya, mengajak semua warga pendidikan di negeri ini supaya

masing-masing bertindak untuk:

26

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

24.1.

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam melaksanakan tugas Mewujudkan rasa kekitaan dan sepunya dalam kalangan semua anggota Menghidupkan dan melaksanakan gagasan pendidikan untuk semua

serta peranan masing-masing;


24.2.

organisasi di semua peringkat agar wujud pasukan kerja yang mantap;


24.3.

dan semua untuk pendidikan yang menjadi asas penting kepada kewujudan perkongsian pintar di antara semua pihak;
24.4.

Mengutamakan pelanggan dan hasil atau pencapaian setiap tugas yang Menggalakkan pendekatan-pendekatan yang kreatif, inovatif dan kritis

dilaksanakan; 24.5. dalam memahami serta menangani isu-isu atau persoalan-persoalan yang timbul di peringkat masing-masing;

27

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

24.6.

Memberi empowerment yang lebih bermakna kepada pegawai-pegawai

bawahan di semua peringkat, termasuk peringkat sekolah dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab masing-masing; 24.7. Bertindak tanpa menunggu arahan, menunggu orang lain untuk bertindak atau menunggu masa yang sesuai kerana orang yang kita tunggu-tunggu selama ini adalah kita dan masa yang kita nantikan adalah masa ini. 24.8. 24.9. Mengelakkan birokrasi yang tidak perlu serta boleh menghambat Mengelakkan atau mengurangkan pembaziran sumber, termasuk sumber kelancaran pelaksanaan sesuatu urusan atau keputusan; manusia dengan memantau serta mengambil tindakan-tindakan perlu berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan semasa yang berfungsi untuk mengawal, mengurangkan guru-guru keluar dari sekolah semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan disebabkan mengikuti kursus atau menghadiri mesyuarat;

28

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

24.10. Mengurangkan

penyertaan

murid-murid

dan

guru-guru

dalam

penganjuran acara-acara tertentu di luar sekolah kerana penglibatan mereka dalam program-program seperti itu bukan sahaja membazirkan perbelanjaan kerajaan malah akan mengganggu pembelajaran di sekolah (sesuai dengan arahan yang terkandung dalam Minit Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2009 yang telah diadakan pada 11 November 2009. Mengikut minit itu, amalan melibatkan murid-murid dan guru-guru dalam acaraacara di luar sekolah tidak berlaku negara-negara Barat);
24.11. Memanfaatkan sebarang peluang dan sumber yang ada. Contohnya,

insentif daripada pihak kerajaan, badan-badan korporat, badan-badan sukarela, kesediaan orang atau mana-mana pihak untuk menyumbang, pemanfaatan secara maksimum tenaga guru-guru cemerlang, pengetua cemerlang dan rakan-rakan pesara pendidikan yang berkemampuan serta bersedia untuk menyumbang, khasnya dari segi idea dan kepakaran;
29
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

24.12. Merancang dan melaksanakan semua program, projek serta aktiviti berdasarkan fokus dan prioriti yang betul. 24.13. Membudayakan perbincangan yang jujur dalam mencari penyelesaian masalah secara bersama tanpa tembok pemisah dan tidak salah-menyalah antara satu sama lain dalam kalangan warga pendidikan di semua peringkat.
24.14. Menggalakkan penghasilan produk sama ada dalam bentuk hasil tulisan

kreatif dan ilmiah serta hasil seni dan reka cipta di sekolah. Dengan cara demikian peranan sekolah bukan lagi terhad semata-mata sebagai tempat untuk mendidik dan menyampaikan ilmu serta kemahiran kepada murid-murid, tetapi juga sebagai premis untuk mengeluarkan hasil yang sekali gus mendorong dan memantapkan budaya ilmu, budaya berkarya dan budaya mencipta dalam kalangan guru-guru dan murid-murid di sekolah.

STRATEGI JANGKA PENDEK


30
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

25. Selaras dengan itu, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah perlu melaksanakan beberapa

tindakan sebagai strategi jangka pendek untuk mencapai visi dan misi tadi. Di antara tindakan-tindakan itu ialah:
25.1. Menangani isu kewujudan murid-murid yang tidak menguasai kemahiran

3M dengan cara memastikan setiap murid Tahun 1 yang tidak bermasalah pembelajaran dapat menguasai kemahiran asas menulis, membaca dan mengira mengikut tahap pencapaian sepatutnya sebelum akhir tahun persekolahan berkenaan.
25.2. Mengupaya dan menggalakkan sekolah merancang serta melaksanakan

program-program kecemerlangan akademik berdasarkan kreativiti dan keadaan persekitaran masing-masing.

31

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

25.3. Memantapkan pelaksanaan program Coaching

and Mentoring dan

Immersion di samping meneruskan program Leadership Capacity Building


dalam usaha memperkasakan kepimpinan di peringkat sekolah. 25.4. Memantapkan pelaksanaan Sekolah Impian, Kelas Rancangan Khas, dan Kelas Aliran Agama.
25.5. Mengenal pasti dan menyenaraikan masalah-masalah berkaitan dengan

infrastruktur dan kemudahan asas sekolah-sekolah di semua daerah kemudian berusaha menyelesaikannya.
25.6. Melaksanakan Program Bersama Pelanggan di peringkat daerah dalam

usaha menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah pelanggan di semua daerah dengan cepat. Melalui program ini, Pengarah, Ketua-ketua Sektor, dan Pegawaipegawai berkaitan bersama Pegawai Pelajaran Daerah yang berkenaan akan

turun padang untuk sama-sama mendengar dan menyelesaikan isu-isu serta


masalah-masalah yang timbul semasa program dijalankan di setiap daerah.
32
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

25.7. Mewujudkan rangkaian kerja yang mantap dengan semua jabatan dan

agensi serta pihak berkuasa tempatan di peringkat daerah dan peringkat negeri dalam proses perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan pendidikan di negeri ini, khasnya dalam pembinaan institusi baru. 25.8. Menjadikan semua pihak yang berkaitan, khasnya PIBG dan pemimpin tempatan sebagai rakan kongsi dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademik dan sahsiah murid serta keceriaan persekitaran dan penyediaan kemudahan / infrastruktur sekolah.
25.9. Memperkemaskan mekanisme pelaksanaan urusan-urusan dan program

penting yang berkala seperti Persediaan Pembukaan Sekolah Awal Tahun, Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri, Penyediaan Perakuan Pengurniaan Darjahdarjah Kebesaran Negeri dan Persekutuan, Pelaksanaan Program-program Pendidikan Peringkat Kebangsaan yang Sabah menjadi tuan rumahnya.

33

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

25.10. Mengemaskini

mekanisme

kawalan

sedia

ada

dan

mewujudkan

mekanisme baru yang diperlukan untuk kawalan dalaman dalam pengurusan kewangan dan pengurusan perkhidmatan yang memerlukan kawalan khusus. 25.11. Mewujudkan sistem ketelusan dalam penawaran dan pelaksanaan projekprojek pendidikan yang kuasa penawaran dan pelaksanaannya terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Pelajaran Negeri dan urusan-urusan berkaitan dengan proses kenaikan pangkat. 25.12. Mewujudkan sistem pemantauan bersepadu untuk menentukan wujudnya penyampaian berkualiti di peringkat sekolah.
25.13. Memantapkan program pembangunan sumber manusia di peringkat

Jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah. Sesuai dengan keadaan peruntukan yang terbatas untuk program pembangunan staf pada tahun ini, tindakan-tindakan
34

penjimatan

yang

perlu,

termasuk

memperkemaskan

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

pelaksanaan kursus-kursus dalaman supaya ia berkesan dalam memenuhi keperluan peserta dan sekolah.
25.14. Mengadakan program-program yang boleh menggalakkan kewujudan

kreativiti, inovatif dan budaya ilmu / berkarya sama ada dalam bidang kreatif, ilmiah atau reka cipta dalam kalangan guru-guru. Contohnya menerbitkan Buletin buku yang memuatkan hasil-hasil Kajian Tindakan dan Inovasi guru-guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan lain-lain. 25.15. Membudayakan amalan kualiti dari segi sistem, susun atur dan sistem penyampaian di pejabat. Dengan demikian pelaksanaan MS ISO yang sudah pun diamalkan akan terus dimantapkan di samping melaksanakan amalan-amalan kualiti yang lain seperti 5S mulai tahun 2010 dan lain-lain. 25.16. Sesuai dengan arahan YB Menteri Pelajaran untuk menjadikan sukan sebagai program penting di sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah juga akan mengambil daya usaha untuk menggalakkan sekolah-sekolah di negeri ini
35
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

merancang dan melaksanakan Temasya Sukan di sekolah masing-masing dalam keadaan yang meriah dan menarik penyertaan ramai, bukan saja dalam kalangan warga sekolah itu sendiri tetapi juga dari sekolah lain dan para ibu bapa. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati dan dikasihi sekalian; 26.Tanpa saya sedari perkhidmatan saya sebagai seorang guru sudah menjangkau 34 tahun. Selepas ini, jika panjang umur saya hanya mempunyai kira-kira 23 bulan saja lagi untuk berkhidmat sebelum bersara wajib. Kalau tempoh 34 tahun terasa begitu cepat berlalu, sudah tentu masa 23 bulan ini akan berlalu dengan pantas. 27.Oleh itu, saya tidak akan membuang masa untuk membangunkan program-program baru yang besar kerana membangunkan sesuatu program yang besar dan mantap mengambil masa yang panjang. Saya mengambil pendekatan untuk menggembleng
36
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

seluruh tenaga bersama tuan-tuan dan puan-puan meneruskan program-program sedia ada membantu Sabah melangkah lebih pantas dan jauh ke hadapan. 28.Dalam konteks kita sebagai warga pendidikan, perkhidmatan yang dituntut daripada kita ialah untuk membangunkan modal insan cemerlang. Ini bermakna setiap tugas yang kita laksanakan, tanpa mengira jawatan yang kita sandang, tempat di mana kita bertugas atau urusan apa yang kita akan laksanakan, semuanya harus berakhir atau menyumbang ke arah kejayaan untuk membangunkan modal insan cemerlang.
29. Tugas dan amanah ini sangat besar dan berat untuk dilaksanakan oleh seorang atau

sebahagian saja daripada kita. Kita perlu memikul dan melaksanakannya bersama-sama dengan cara kita masing-masing menentukan bahawa kita melaksanakan sepenuhnya dan sebaik mungkin tugas, peranan serta tanggungjawab kita masing-masing tanpa menunggu
37

arahan

atau

mengharapkan

orang

lain

atau

masa

lain

untuk

melaksanakannya.
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

30.Dengan demikian, amanah ini akan dapat kita pikul dengan jayanya, dan dengan itu Sabah akan dapat kita julang di atas menara keunggulan secara berperingkat mulai tahun ini hingga sekurang-kurangnya enam tahun akan datang. Bercerai kita roboh, bersatu kita teguh, berdiam kita tenggelam, bertindak kita beranjak, menunggu kita membeku, melangkah kita ke puncak jaya.
31.Ayuh tuan-tuan dan puan-puan, pengayuh di tangan kita, perahu sudah di muara, usah ditangguh pelayaran lagi, nanti nelayan kempunan ikan. Air di kuali sudah dijerang, anak petani menangis kelaparan, burung terbang sudah ditangkap, tinggal kita pipiskan lada. Insya Allah, dengan kesungguhan, pengorbanan dan tekad untuk bertindak, kita akan berjaya meletakkan Sabah di tempat dan kedudukan yang sewajarnya. 32. Akhir sekali terimalah pantun ini:

Sudah lama ku tenung bulan,


38
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Anak gembala menarik pedati; Walau rintangan menghambat laluan, Tekad berjuang tertanam di hati. Bintang pagi di hujung tanjung, Selat Tebrau airnya keruh; Kalau ada tekad berjuang, Segunung halangan kita kan rempuh. Pohon beringin daunnya luruh, Indahnya warna si bunga raya; Segunung halangan kita kan rempuh, Itulah azimat untuk berjaya. Saudagar ternama mencari galian,
39
Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Pahlawan ulung membina kota; Selamat berkhidmat buat kalian, Penghormatan dan kemuliaan milik kita. Semoga Allah Yang Maha Kuasa sentiasa memberi kita petunjuk dan kekuatan untuk terus melaksanakan tugas-tugas kita dengan cemerlang. Wabillahi taufiq wal hidayah warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. Muhiddin Bin Yusin 12 Januari 2010

40

Teks Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

Anda mungkin juga menyukai