Anda di halaman 1dari 22

910619- 10- 5352

PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Pemimpin yang berwibawa telah membantu negara kita mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam usaha membangunkan negara, memajukan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Dalam usaha menjadi negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan Malaysia memperkenalkan Misi Nasional yang seiring dengan Rancangan Malaysia Kesembilan. Rancangan ini telah dirangka untuk mencapai tahap ekonomi yang lebih kukuh dengan nilai yang lebih tinggi serta memberi tumpuan kepada isu sosioekonomi dan meningkatkan mutu hidup rakyat keseluruhan. Umumnya, usaha pembangunan dalam tempoh masa ini adalah berpandukan kepada Konsep Islam Hadhari. Pada masa yang sama, satu blueprint, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan pada tahun 2006 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan dengan jelas dasar kementerian untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai- nilai murni. Pelan ini menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang 5 tahun dalam Rancangan Malaysia Ke9 bagi memantapkan sektor pendidikan negara. Sebenarnya, PIPP adalah satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh yang tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Matlamat utama PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Antara enam strategik PIPP teras yang diberi perhatian khusus adalah teras kedua iaitu Membangunkan Modal Insan. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Kesimpulannya, bekas Perdana Menteri kita, Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi menyeru bahawa rakyat Malaysia harus menjadi modal yang berkualiti dan menjadi aset berharga kepada negara yang boleh disandarkan harapan dan digembleng bagi melaksanakan strategi yang ditetapkan dalam RMK- 9 dan seterusnya berupaya memacu usaha negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. PARAMES A/P MARIAPPAN
1

910619- 10- 5352

KONSEP MODAL INSAN


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan modal bermaksud material atau kelebihan yang dimiliki seperti kecantikkan, kekayaan atau kepintaran. Manakala perkataan insan pula bermakna manusia. Jika menggabungkan dua perkataan, istilah Modal Insan ( human capital ) yang biasanya dikaitkan dengan kebolehan & kemahiran manusia dimaksudkan. Justeru itu, pembangunan Modal Insan boleh didefinisikan sebagai usaha untuk membangunkan keupayaan yang dimiliki oleh setiap manusia. Dari segi perspektif Barat, modal insan dikatakan sebagai suatu cara untuk mengenal dan mengkategorikan kebolehan dan kemahiran individu yang diguna dalam pengambilan pekerja dan dalam perkara lain dimana akhirnya, golongan tersebut memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Pada pendapat Barat, perhatian utama diberikan kepada pembangunan sumber manusia dari aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu yang memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat. Selain itu, dari sudut agama Islam, modal insan bukan sahaja sekadar mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosi malah, pembangunan spiritual juga amat diterapkan. Pembangunan kualiti insan dalam agama Islam telah lama dibangunkan dan modal insan ini merupakan suatu konsep yang luas dan lebih terperinci. Mengikut kajian, istilah Modal Insan dipercayai pertama kali dibincangkan oleh Arthur Cecil Pigou (1871- 1959) dalam karyanya yang berjudul A Study in Public Finance pada tahun 1928. Tambahan, modal insan yang diketengahkan oleh Islam, membentuk individu yang penuh dengan nilai- nilai positif selain melahirkan individu yang pakar, mahir atau profesional dalam bidang tersendiri. Pembentukan nilai- nilai positif ini bukan setakat memenuhi kehendak organisasi malah, juga untuk masyarakat dan negara. Di samping itu, konsep Modal Insan juga mempunyai banyak pendekatan dalam pelaburan terhadap sumber manusia. Sehubungan itu, aspek pendidikan dan latihan adalah salah satu bentuk pelaburan yang amat penting dan dianggap sebagai satu aspek dalam modal insan. Hal ini, demikian kerana, fitrah kejadian manusia

PARAMES A/P MARIAPPAN

910619- 10- 5352

tidak boleh dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran, kesihatan dan nilai- nilai yang mereka miliki. Seterusnya, dalam konsep Islam, pembangunan modal insan yang berteraskan Islam Hadhari menyediakan sebuah sistem hidup yang lengkap sejak lahir hingga ke akhir hayat. Kesimpulan bahawa konsep pembangunan sumber manusia dalam Islam merupakan proses menyeluruh bagi membentuk insan berguna yang baik. Pada pendapat saya, konsep modal insan bererti negara memiliki sumber manusia bagi keperluan pengisian peluang ke arah pembangunan negara. Justeru itu, semua warga Malaysia merupakan aset penting negara bagi menjayakan Misi Nasional dengan mencapai status negara maju menjelang 2020. Dalam usaha ini, guna tenaga patutlah meningkatkan kualiti agar dapat bersaing di peringkat global, mempunyai keperibadian, berketrampilan, jati diri yang utuh, menghayati serta mengamalkan nilai pekerti yang luhur dan murni yang sesuai dengan tuntutan Rukaun Negara. Saya berpendapat bahawa kejayaan membangunkan modal insan berasaskan pendidikan secara automatiknya akan merealisasikan kewujudan negara Malaysia yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang.

PARAMES A/P MARIAPPAN

910619- 10- 5352

CIRI- CIRI MODAL INSAN


Pada pendapat bekas Perdana Menteri kita, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Modal Insan bukan sahaja setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang malah, setiap individu harus mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi. Proses pembangunan modal insan bermula dengan pengukuhan asas agama dan kemudiannya, diikuti oleh proses penerokaan ilmu pengetahuan. Hakikatnya, ini merealisasikan modal insan yang benar- benar utuh dari segi akidah, iman serta amalan. Secara umumnya, sistem pendidikan negara harus membentuk sikap bertanggungjawab dan akauntabiliti murid terhadap diri sendiri dan masyarakat sejagat bagi menghasilkan Modal Insan yang menjadi aspirasi negara. Terdapat dua cabang utama dalam ciri- ciri Modal Insan. Pertama sekali, pembentukan dan perkembangan diri sendiri. Seterusnya, memperkembangkan potensi individu untuk berinteraksi dan bersosialisasi dalam kalangan masyarakat.

Rajah 1

PARAMES A/P MARIAPPAN

910619- 10- 5352

BERILMU PENGETAHUAN Bagi membangunkan modal insan, ilmu pengetahuan merupakan antara aset utama dalamnya. Pendidikan di Malaysia berkonsepkan pendidikan sepanjang hayat. Setiap individu disarankan agar sentiasa mengembangkan pengetahuan masingmasing mengikut kehendak dunia. Masyarakat yang pintar biasanya sanggup berkongsi menyebarluaskan ilmu dengan orang lain dan persekitaran. Pengetahuan yang dipelajari, akan membawa suatu perubahan dalam mencorak tindakan, amalan dan sikap individu serta masyarakat. Pengetahuan yang baik membantu seseorang untuk bertindak dengan waras dan bijaksana dalam menangani cabaran hidup. Apabila wujudnya masyarakat yang cerdik, maka negara kita dapat menceburi pelbagai bidang dan tidak hanya bergantung kepada satu bidang secara dominan. Sehubungan itu, kepintaran rakyat dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pelaburan, perniagaan, sains dan teknologi maklumat membantu negara ke arah kemajuan yang pesat. SAHSIAH YANG BAIK Ciri seterusnya dalam membangunkan modal insan adalah sahsiah yang baik. Sahsiah dimaksudkan sebagai tingkah laku yang tidak merosakkan diri imej kendiri dan orang lain. Antara contoh mempunyai perwatakan diri yang baik ialah berbudi pekerti mulia, saling menolong antara satu sama lain, bertoleransi, baik hati, bertanggungjawab melaksanakan tugas dan sebagainya. Tambahan, mereka juga akan berpegang kepada nilai- nilai murni dan moral sebagai prinsip kehidupan. Pengamalan keperibadian yang baik sudah pasti mencegah niat cemburu terhadap orang lain, sikap tamak, gejala negatif seperti pengambilan dadah, merokok dan sebagainya. Penekanan sahsiah yang baik dalam pendidikan secara beransur- ansur sejak peringkat kanak- kanak akhirnya melahirkan masyarakat yang jauh dari amalan jahat dan sentiasa memperkukuhkan nilai toleransi, kesederhanaan, dan perasaan kekitaan dalam masyarakat. Perkara ini membantu melahirkan negara yang sejahtera dan harmonis. Tambahan, negara juga dapat memberi tumpuansepenuhnya terhadap pembangunan ekonomi tanpa melengahkan masa dalam pembentukan akhlak mulia.

PARAMES A/P MARIAPPAN

910619- 10- 5352

BERKETRAMPILAN Berketrampilan bererti setiap individu mempunyai kecekapan dan kompetensi diri yang tinggi. Masyarakat yang berketrampilan berkebolehan untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna. Hal ini demikian kerana, mereka dapat berpandangan jauh dan berinisiatif dalam tugasan yang dilaksanakan. Nilai berketrampilan, membentuk masyarakat yang berdaya maju dan mereka menjadi teladan dalam keluarga, masyarakat dan negara. Nilai murni ini harus dimiliki oleh setiap warganegara supaya mereka dapat memainkan peranan dan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara dengan menjadi pemimpin masyarakat yang berwibawa. Di samping itu, nilai berketrampilan juga memupuk pembawaan diri yang baik. Penampilan fizikal dan peribadi seseorang individu yang mempesonakan merupakan salah satu aspek dalam sifat berketrampilan. Keadaan fizikal yang kemas yang meliputi kesesuaian berpakaian, cara berjalan, berbual, berdiri dan gaya duduk yang sopan mencerminkan penampilan sahsiah diri yang baik. Masyarakat yang berketrampilan dapat berinteraksi dengan formal mengikut situasi dan tempat serta mempunyai disiplin yang tinggi. Tambahan, penyesuaian diri dalam apa jua keadaan mendorong masyarakat berketrampilan untuk terus menghadapi kekangan hidup dengan penuh tabah dalam dunia globalisasi ini. BERFIKIRAN KREATIF DAN RASIONAL Seterusnya, pemikiran kreatif dan rasional menjadi tunjang utama bagi meningkatkan taraf modal insan. Sifat kreatif dalam diri individu akan membawa ke alam penerokaan baru melalui pemikiran yang lebih luas. Daya kreatif yang tinggi merujuk kepada sifat mencari sesuatu kelainan dalam menjalankan tugas dan peranan sebagai pendidik. Sebenarnya, sifat kreatif menjadi kunci bagi segala penyelesaian masalah. Daya imaginasi yang tinggi melahirkan pendidik yang kreatif. Pendidik sedemikian ini, gemar untuk mencuba pendekatan baru yang menarik dalam kehidupannya. Hasilnya, masyarakat berupaya mereka cipta produk bagi memenuhi keperluan dunia moden hari ini. Selain itu, masyarakat harus mengembangkan pemikiran rasional masing- masing kerana mereka dapat berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Biasanya, masyarakat yang rasional bersifat adil, bertimbang rasa, logik, objektif dan berfikiran terbuka. Akibatnya, melalui PARAMES A/P MARIAPPAN
6

910619- 10- 5352

masyarakat, dapat kita meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan ekonomi, memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. BERDISIPLIN Berdisiplin juga menjadi aset penting dalam membangunkan modal insan yang membantu kemajuan negara. Disiplin yang baik dapat membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab, menjauhkan diri daripada melakukan kejahatan dan menghindarkan diri daripada segala bentuk jenayah. Nilai disiplin perlu dipupuk supaya seseorang mempunyai semangat kental, berani dan kuat. Tambahan, nilai ini juga mencakupi satu nilai kehidupan yang luas seperti menjaga kebersihan, menepati masa, mematuhi peraturan dan undang- undang. Gejala sosial dalam masyarakat dapat dikurangkan sekiranya nilai disiplin menjadi benteng kekuatan individu dan masyarakat. Individu dan masyarakat yang kuat nilai disiplinnya tidak mudah diancam oleh pengaruh negatif yang membawa kehancuran kepada masyarakat. Nilai berdisiplin mengangkat diri menjadi terbilang dan disanjungi serta membantu ke arah kejayaan dan kegemilangan. PERCAYA DAN PATUH KEPADA TUHAN Berteraskan prinsip rukun negara yang pertama, iaitu, Kepercayaan Kepada Tuhan, pembangunan modal insan dapat dilaksanakan. Walaupun, nilai perubahan dan pemodenan menimbulkan konflik dalam perubahan sosial, perubahan ini penting untuk pemodenan dan kemajuan tetapi, dalam masa yang sama patut kita mempertahankan nilai yang diseru oleh adat, tradisi dan agama. Setiap agama yang wujud di dunia ini menyeru semua penganutnya untuk melakukan perkara- perkara yang baik dengan ikhlas dan jujur. Jika seseorang itu mempunyai pegangan agama yang kuat, dia akan memastikan setiap tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya, dilakukan dengan penuh komitmen kerana menyedari dirinya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan dan tindakannya. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan melahirkan individu yang cemerlang kerana membentuk personaliti unggul. Sehubungan itu, menurut Jane Medwell, (1998), individu yang mempunyai keimanan yang tinggi, lebih sabar dan tidak akan mengamalkan budaya pilih kasih atau perkauman semasa menjalankan tugas. Tambahan, nilai- nilai moral dan kerohanian membantu mengurangkan krisis dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat dalam dunia moden serta mencorakkan PARAMES A/P MARIAPPAN
7

910619- 10- 5352

haluan perubahan dan kemajuan negara yang dapat memelihara ciri- ciri dan amalan hidup yang baik. SEIMBANG DAN SEPADU JERI Sebagai usaha membangunkan modal insan, pendidikan dijadikan sebagai batu loncatan untuk memupuk nilai- nilai Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek serta Sosial. Di samping menguatkan pembinaan sahsiah, mental, ketrampilan sosial dan bermoral, langkah ini mampu mengembangkan potensi, bakat, dan kebolehan mereka dalam pelbagai bidang. Bakat yang dimiliki perlu diasah, diasuh dan dimajukan secara serentak dan menyeluruh bagi menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. Pendekatan wawasan humanistik kurikulum dan pendidikan dapat membentuk masyarakat yang sepadu serta seimbang dari segi jasmani (kesihatan diri yang baik), emosi (sahsiah yang baik), rohani (percaya kewujudan Tuhan & patuh kepadaNya), intelektual (memiliki ilmu), sosial (kebolehan berinteraksi dalam masyarakat). Masyarakat sedemikian ini memiliki ketahanan diri yang kukuh untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul dalam dunia globalisasi.

Rajah 2 PARAMES A/P MARIAPPAN


8

910619- 10- 5352

SETIA KEPADA NEGARA Dalam mengembangkan sosialisasi individu, ciri yang berteraskan prinsip Rukun Negara yang berbunyi Kesetiaan Kepada Negara harus dipupuk bagi membangunkan modal insan masyarakat. Rakyat harus patuh dan taat kepada Raja dan Negara. Hal ini membina kekuatan semangat perjuangan, kesetiaan dan meningkatkan peranan individu dan masyarakat agar lebih komited dan bertanggungjawab dalam menentukan masa depan bangsa dan negara. Setiap individu harus rela melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara dan sedia berjuang sekiranya berlaku sebarang ketidakstabilan. Secara tidak langsung, ia membantu pembangunan negara yang drastik atas sokongan rakyat yang padu. HUBUNGAN BAIK ANTARA INSAN Pembangunan Modal Insan menerapkan hubungan baik antara manusia sebagai ciri yang membantu membentuk dan mengembangkan sosialisasi masyarakat. Perkara ini demikian kerana, interaksi yang baik antara manusia seperti dalam kalangan jiran dapat memupuk hubungan silaturahim yang rapat tanpa mengenal kaum, budaya dan agama. Akibatnya, rakyat hidup bersatu dengan saling hormat- menghormati antara satu sama lain dalam keadaan yang aman. Sehubungan itu, negara dapat memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap kemajuan negara berbanding tertumpu dalam menangani masalah sosial dalam khalayak rakyat berbilang kaum. MENYUMBANG KEPADA KEMAKMURAN NEGARA Program pembangunan modal insan menyarankan masyarakat untuk berupaya menyumbang kepada kemakmuran negara. Kemakmuran negara sepenuhnya bergantung kepada masyarakat negara tersebut. Bagi mewujudkan negara yang aman dan damai serta harmoni, masyarakat harus hidup bersatu antara satu sama lain tanpa sebarang porak peranda. Tambahan, dengan mengurangkan kemiskinan dalam kalangan rakyat kemakmuran negara dapat dicapai. Hasilnya, negara kita dapat menuju ke arah kemajuan negara tanpa sebarang halangan.

PARAMES A/P MARIAPPAN

910619- 10- 5352

MEMUPUK PERPADUAN NEGARA Sekolah sebagai institusi sosial memainkan peranan yang penting dalam memupuk perpaduan negara. Perpaduan negara bererti rakyat hidup bersatu padu antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan kaum dengan membentuk suatu komuniti yang besar. Hubungan yang manis antara satu sama lain memupuk perpaduan antara mereka secara progresif dan membantu negara bersaing dalam keadaan ekonomi yang giat dan kental. Semangat kerjasama kaum merupakan asas kepada integrasi nasional, persefahaman dan perpaduan bagi mengatasi dan menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat terutama dalam usaha menuju abad ke- 21.

PARAMES A/P MARIAPPAN

10

910619- 10- 5352

PEMUPUKAN MODAL INSAN DI SEKOLAH

Rajah 3 PEMANTAPAN PROGRAM KOKURIKULUM & SUKAN Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan secara terancang dan praktikal di sekolah dapat membantu perkembangan potensi pelajar yang seimbang dari segi JERIS, iaitu, jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara. Melalui badan beruniform seperti Pengakap, Kadet Remaja dan PBSM semangat kerja berpasukan, ketahanan mental dan fizikal, semangat patriotik, tahap disiplin yang tinggi, kepimpinan yang berkesan, kemahiran bersosial dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. Penyertaan dalam persatuan dan kelab pula, dapat mengukuhkan dan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang. Contohnya, Kelab Pencinta Alam di sekolah dapat membantu pelajar memupuk sifat menghayati alam sekitar dan berupaya menjalankan program berkaitan seperti Cintai Alam Sekitar.

PARAMES A/P MARIAPPAN

11

910619- 10- 5352

Manakala penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental, membudayakan cara hidup sihat di samping membantu peningkatan minat, bakat, serta semangat bersaing dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, aspek pendidikan dalam aktivitiaktiviti kokurikulum dapat membentuk ketrampilan dan keperibadian pelajar ke arah pembangunan Modal lnsan sebagaimana yang dikehendaki dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) 2006- 2010. PEMANTAPAN KURIKULUM Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu dan masyarakat secara individual ataupun berkumpulan. Ilmu, kemahiran dan ketrampilan yang diajar di sekolah berdasarkan kurikulum boleh diaplikasikan dalam kehidupan kelak oleh para pelajar. Implikasinya, kebanyakan masalah sosial boleh diselesaikan melalui sistem pendidikan di sekolah. Lima bidang asas dalam kurikulum adalah pendidikan moral dan agama, pengajaran bahasa dan sastera, matematik, sejarah, sains dan teknologi maklumat. Melalui matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah nilai- nilai murni seperti kasih sayang, berdikari, rasional dapat dipupuk sejak kecil lagi. Pengajaran bahasa dan sastera pula, membantu pelajar mencakupi kemahiran asas seperti membaca, menulis, menghayati, dan mengalami- merasai yang membolehkan pelajar berkembang dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Manakala, dengan matapelajaran matematik, pendedahan kemahiran mengira dan penggunaan formula untuk menyelesaikan masalah kira- kira diterapkan. Matapelajaran ini banyak membantu untuk mengurus wang dan ekonomi dengan cermat oleh murid pada masa akan datang. Tambahan bidang sejarah diberi perhatian di sekolah kerana, matapelajaran ini membantu melahirkan rakyat yang cinta akan negara, taat dan setia kepada raja dan negara, mengamalkan nilai kesyukuran dalam kehidupan dan hidup bersatu padu. Seterusnya, matapelajaran sains dan teknologi maklumat juga amat ditekankan di sekolah untuk melahirkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berfikiran kritis dan kreatif dalam mencipta sesuatu selain celik ICT kerana dunia ini menuju ke arah kemajuan teknologi maklumat. Penerapan matapelajaran seperti ini di sekolah, membantu melahirkan tenaga kerja yang berketrampilan dan seimbang dalam semua aspek PARAMES A/P MARIAPPAN
12

910619- 10- 5352

secara menyeluruh. Hasilnya, negara dapat memburu kejayaan yang gemilang bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah juga dalam ekonomi, sains dan teknologi maklumat. KERJASAMA SEKOLAH DENGAN PELBAGAI AGENSI Pada zaman sekarang, pelbagai program dianjurkan di sekolah dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Kesihatan. Sebagai contoh, Jabatan Kesihatan sering mengadakan Ceramah Penyakit Kanser, Pendidikan Seks dan Pemeriksaan Gigi di sekolah. . Tambahan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) juga banyak membantu dalam menganjurkan Program Antidadah. Kerjasama sekolah dengan agensi ini dapat melahirkan murid- murid yang berilmu pengetahuan tentang pengamalan gaya hidup yang sihat dan menyedari kepentingan senaman serta tidak mudah terpengaruh dengan tabiat negatif. Akibatnya, masalah kesihatan dapat dikurangkan dan melahirkan individu yang stabil dari segi jasmani. PENGLIBATAN DALAM KEGIATAN AMAL Sekolah juga memberi tumpuan kepada nilai- nilai caring bagi mencorakkan masyarakat yang penyayang. Banyak sekolah yang memupuk amalan murni seperti menganjurkan kegiatan amal serta mengutip derma dan menyumbang kepada golongan yang kurang beruntung. Lawatan ke rumah orang tua, rumah anak yatim, rumah miskin dan rumah orang kurang upaya dengan tujuan berkongsi masa dan membantu mereka dapat mewujudkan masyarakat madani dan prihatin terhadap golongan kurang berupaya, golongan kurang beruntung, dan golongan miskin yang dapat dipupuk melalui pendidikan. Hasilnya, amalan ini mendorong membangunkan modal insan yang memupuk suatu keadaan kehidupan harmoni dan makmur. Pada masa yang sama, tumpuan sekolah dan guru terhadap pelajar yang bermasalah membantu mengatasi kesulitan dengan mudah.

PARAMES A/P MARIAPPAN

13

910619- 10- 5352

P & P YANG MEMUPUK PELAJAR MEMILIKI KEMAHIRAN DAN KETRAMPILAN Guru menjadi agen penyampai pendidikan di setiap sekolah. Mereka ditugaskan untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dengan penuh dedikasi agar murid- murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah haruslah menarik agar murid- murid tidak berasa bosan. Malahan, setiap guru haruslah berketrampilan dalam semua aspek agar mereka dapat menjadi teladan/ role model kepada para murid. Bagi memupuk pelajar untuk memiliki kemahiran yang pelbagai dan berketrampilan, budaya ilmu, berfikir, berkarya, dan pendedahan pengalaman diterapkan di sekolah. Kempen membaca, pertandingan deklamasi sajak/ puisi, pertandingan mengarang, kuiz, perbahasan, penggunaan pengurusan grafik dan peta minda dalam aktiviti, kursus, melukis, karnival seni, penciptaan lagu dan arca serta pengembaraan di luar bilik darjah menyebabkan murid- murid seronok belajar. Di samping itu, pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran membantu murid- murid menguasai pelbagai kemahiran dengan penuh minat. Ini dapat melahirkan masyarakat yang mahir dalam berbagai- bagai bidang seperti kraf tangan, kesenian, politik, bidang komunikasi dan lain- lain lagi. Tambahan, murid juga berpeluang memupuk nilai berani, kepimpinan, kebolehan mengemukakan pandangan dalam kalangan ramai. Mereka menjadi teladan bagi generasi yang akan datang pada masa kelak. Perkara ini membantu membangunkan modal insan yang menuju ke arah kejayaan negara yang unggul dalam pelbagai bidang tanpa tertumpu dalam satu bidang utama sahaja. PENGUKUHAN DISIPLIN PELAJAR Sekolah merupakan institusi sosial yang mengukuhkan disiplin pelajar di bangku persekolahan. Sekolah melaksanakan pendekatan secara holistik bagi menangani gejala disiplin pelajar secara progresif. Banyak sekolah pada zaman ini, memperhebatkan Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam PIBG dan Kempen Pencegahan Salah Laku secara giat. Hasilnya, dapat membentuk ahli masyarakat yang lebih bertanggungjawab, dapat menjauhkan diri daripada melakukan kejahatan dan menghindari diri daripada segala bentuk jenayah. Selain itu, program antidadah juga

PARAMES A/P MARIAPPAN

14

910619- 10- 5352

dilancarkan di setiap sekolah dengan matlamat memberi pengetahuan, kefahaman, penghayatan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar, guru dan ibu bapa. Akibatnya, gejala sosial dalam masyarakat dapat dikurangkan sekiranya nilai disiplin dapat menjadi benteng kekuatan individu dan masyarakat. Secara tidak langsung, masyarakat yang memenuhi ciri- ciri modal insan dapat dilahirkan kerana mereka akan mempunyai semangat yang kental, berani, dan kuat dalam menghadapi sebarang kesulitan hidup dalam dunia yang penuh cabaran.

PARAMES A/P MARIAPPAN

15

910619- 10- 5352

IMPLIKASI PEMBENTUKAN MODAL INSAN TERHADAP PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA


Pencetusan revolusi idea oleh bekas Perdana Menteri kita agar memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan merupakan satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan- santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Pembentukan modal insan yang unggul memberi kesan positif terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara yang lebih produktif. NEGARA MAJU MENGIKUT ACUAN SENDIRI Pembentukan modal insan membantu Malaysia mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri berdasarkan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang mempunyai pelbagai perincian dan dimensi memerlukan masyarakat bersedia menghadapinya dengan penuh tabah. Dalam dunia tanpa sempadan ini, negara sedang menghadapi banyak cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Sebenarnya, globalisasi memberi penekanan terhadap perusahaan berasaskan pengetahuan. Hasil pembangunan modal insan yang menyeluruh, warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia dapat dilahirkan. Hasilnya, rakyat dapat berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta peluang dan rekaan baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah- ubah.

SISTEM PENDIDIKAN YANG BERTARAF DUNIA

PARAMES A/P MARIAPPAN

16

910619- 10- 5352

Sistem pendidikan bertaraf dunia yang berkualiti, dapat dilahirkan melalui modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat mencabar. Penambahbaikan kualiti pendidikan dari segi pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada membantu menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Sebagai contoh, penglibatan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kurikulum dan kokurikulum pada peringkat antarabangsa mendorong meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. KEMAJUAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) Tambahan, pemikiran kreatif yang menjadi satu aspek dalam modal insan membantu negara memajukan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti kraf tangan, makanan ringan dan lain- lain lagi. Dengan adanya, kegigihan berusaha masyarakat mengukuhkan keupayaan dan kemampuan menghadapi cabaran globalisasi dan persaingan sengit dari pelbagai pihak. Akibatnya, kerajaan sendiri menumpukan strategi untuk pemerolehan teknologi yang mendorong IKS ke tahap yang lebih tinggi. Penekanan kepada pembangunan keupayaan teknologi menghasilkan perbezaan produk dan perkhidmatan bagi mewujudkan lebih banyak syarikat berasaskan teknologi tempatan. Hasilnya, negara kita tidak terlalu bergantung terhadap negara maju bagi sesuatu produk. Selain mengurangkan pengaliran wang asing, keadaan ini juga membangunkan negara dalam bidang perusahaan secara ansur- ansur. KESEJAHTERAAN NEGARA Selain itu, kesejahteraan negara dapat dicapai hasil daripada pembangunan modal insan. Masyarakat yang bercirikan Minda Kelas Pertama menjadi pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju yang tidak hanya tertumpu dalam pemerolehan pengetahuan semata- mata. Masyarakat yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral, beretika tinggi selain berkemahiran dan berpengetahuan mendorong melahirkan hubungan silaturahim yang erat tanpa mengenal bahasa, bangsa, kaum dan agama. Kasih sayang antara satu sama lain PARAMES A/P MARIAPPAN
17

910619- 10- 5352

mewujudkan keadaan di mana rakyat hidup bersatu padu tanpa sebarang porakperanda. Tambahan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memastikan rakyat sentiasa berbudi pekerti mulia selaras dengan ajaran agama masing- masing. Hasilnya, rakyat hidup harmonis dan sejahtera dalam negara yang makmur ini. MASALAH KETIDAKSEIMBANGAN SOSIOEKONOMI DAPAT DIATASI Di samping itu, pembangunan modal insan dapat membantu menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Usaha yang lebih gigih telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan akses yang saksama kepada peluang meningkatkan kemahiran dan menyokong golongan yang amat memerlukan. Pelbagai inisiatif latihan kemahiran yang ditumpukan kepada isi rumah 40 peratus terendah serta program penambahbaikan sekolah yang sedang dilaksanakan merapatkan jurang pencapaian bagi pelajar yang ketinggalan dalam pembelajaran di samping meningkatkan pencapaian sekolah berprestasi rendah. Langkah ini memastikan setiap pelajar di Malaysia bersifat menyeluruh, progresif, berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang. Penekanan kepada latihan industri pula, memastikan Negara membentuk modal insan yang memenuhi keperluan industri, meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi. Justeru itu, pembekalan modal insan berkepakaran tinggi ini amat menyumbang dalam sektor ekonomi utama bagi memastikan aspirasi Negara tercapai. MASYARAKAT DILAHIRKAN. Seterusnya, pembangunan modal insan secara mendadak sebenarnya melahirkan masyarakat yang berkepakaran bertaraf dunia kerana kerajaan telah melaksanakan perubahan menyeluruh di setiap tahap pembangunan modal insan sepanjang hayat, iaitu daripada menambah baik pendidikan kanak- kanak sehingga peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada. Tambahan, pembangunan dan pengukuhan kualiti guru juga diberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar yang beretika tinggi, bermoral, serta kukuh jati diri dan semangat patriotisme. Dengan menaik taraf pendidikan tertiari dengan ketara melalui pendirian autonomi PARAMES A/P MARIAPPAN
18

YANG

BERKEPAKARAN

BERTARAF

DUNIA

DAPAT

910619- 10- 5352

yang lebih besar dan pengurusan berprestasi tinggi telah membantu mencapai matlamat ke arah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan mobiliti kerja. PEMBANGUNAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI Tambahan lagi, pembangunan modal insan memberi implikasi yang luas terhadap pembangunan Sains, Teknologi, dan Inovasi. Pembangunan ini menjadi pemacu utama dalam meningkatkan keupayaan negara untuk memeroleh dan menggunakan pengetahuan serta menggalakkan inovasi yang tidak terhingga. Pendekatan yang holistik ini mengukuhkan sistem Inovasi Kebangsaan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing. Kemajuan, penyebaran serta penggunaan pengetahuan dan teknologi menambah nilai kepada kepelbagaian aktiviti ekonomi negara. Modal insan yang dipupuk ini mengukuhkan kemampuan dan keupayaan teknologi untuk menyokong pertumbuhan dorongan inovasi. Hasilnya, pada zaman sekarang, keutamaan diberikan kepada penyelidikan dan pembangunan (Research &Development) yang berorientasikan pasaran serta peningkatan kadar pengkomersilan R & D. Secara keseluruhan, pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia ke arah mencapai pendapatan yang tinggi. Pembangunan dan pengekalan modal insan bertaraf dunia amat diperlukan bagi Malaysia supaya kepelbagaian dapat dimanfaatkan ke peringkat antarabangsa serta untuk memupuk, menarik, dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi di Negara Malaysia yang terbilang ini.

REFLEKSI
PARAMES A/P MARIAPPAN
19

910619- 10- 5352

Saya Parames A/P Mariappan berasa bersyukur kepada tuhan kerana dapat menyiapkan kerja kursus pendek bagi matapelajaran Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia dalam masa yang diperuntukkan dengan lengkap. Bimbingan pensyarah kami, Encik. Abdul Rahman Haron membantu saya meneliti segala kerumitan yang berkaitan dengan tugasan ini dari masa ke semasa. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya sering mengunjung perpustakaan untuk mencari maklumat tambahan mengenai pembentukan dan pembangunan Modal Insan. Saya berpeluang untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendekatan konsep modal insan di sekolah dan implikasinya terhadap negara ke arah kecemerlangan. Sebagai seorang guru pelatih, saya sedar dengan tanggungjawab saya dalam pembentukan Modal Insan yang menjadi tulang belakang kemajuan negara. Tambahan, pelaksanaan tugasan ini menyebabkan saya untuk menyediakan diri saya bukan sahaja dalam bidang pengetahuan malah pembentukan sahsiah yang menyeluruh, seimbang dan sepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) agar dapat menempuh segala perubahan dan cabaran kehidupan dalam dunia globalisasi dan meningkatkan taraf hidup menuju ke arah mencapai kemakmuran dan kesejahteraan negara. Akhir sekali, melalui tugasan ini saya dapat memupuk kesungguhan imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri saya sendiri sepanjang

melaksanakan tugasan yang diberikan ini. Hal ini sudah tentu akan membantu saya untuk menjadi seorang guru yang bukan sahaja meningkatkan kemampuan diri sendiri malah sedia menyumbang untuk pembangunan negara. Sekian, terima kasih.

PARAMES A/P MARIAPPAN

20

910619- 10- 5352

BIBLIOGRAFI
A) BAHAN BUKU

Abdul Rahim Ad Rashid. (2001). Nilai- Nilai Murni Dalam Pendidikan, Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors SDN BHD. Abdul Rahim M. Ali. (2001). Ilmu Pendidikan DPM Pendidikan Di Malaysia dan Psikologi Pendidian. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors SDN BHD. Choong, Lean Keow Phd. (2011). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman, SDN BHD. Kamus Dwibahasa Oxfard Fajar. (Edisi Ketiga). (2004). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti SDN BHD.

Koo, Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Subang Jaya: Kumpulan Budiman SDN BHD.

Ishak Ramly. ( 2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Pahang: PTS Publications & Distributors SDN BHD.

Mohammad Shatar Sabran Jasni Sabri & Azali Mohamed. (2006). Tip Pendidik Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors SDN BHD.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Zulhilmi Paidi Rohani Abdul Ghani. (2003). Pendidikan Negara Bangsa. Pahang: PTS Publications & Distributors SDN BHD

PARAMES A/P MARIAPPAN

21

910619- 10- 5352

B) BAHAN INTERNET

Abd.Rahman Haron. (2011). Pembentukan Modal Insan. [Web Document] Retrieved on 20 Februari 2011, http://teratakman.blogspot.com/.

Ab. Aziz Yusof. (2009). Pembangunan Modal Insan: Teras Pendidikan Negara. [Web Document] Retrieved on 14 Februari 2011, http://ms.wikipedia.org/wiki/Pembangunan_Modal_Insan:_Teras_Pendidikan_ Negara.

Mohamad Kamil Ab Majid & Rahimin Affandi Abdul Rahim. (2008, May 10). Pembangunan Modal Insan Di Malaysia: Analisis Terhadap Gagasan Islam Hadhari. [Web Document] Retrieved on 12 Februari 2011, http://ummatanwasatan.net/2008/05/pembangunan-modal-insan-di-malaysiaanalisis-terhadap-gagasan-islam-hadhari/.

Eij@syndicat. (2009). Modal Insan Dalam Pembentukan Belia Minda Kelas Pertama..!!! [Web Document] Retrived 17 Februari 2011, http://reeza1983.blogspot.com/2010/03/modal-insan-dalam-pembentukanbelia.html.

C) AKHBAR

Utusan Malaysia. (2010, Julai 19). Membangun dan Mengekalkan modal Insan bertaraf dunia, mukasurat 3.

PARAMES A/P MARIAPPAN

22

Anda mungkin juga menyukai