Anda di halaman 1dari 1

Ciri-ciri kepimpinan Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa

mengira budaya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin. Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. Begitu juga dengan kepimpinan di sekolah SJK(T) Simpang Lima. Pengurusan sekolah mereka agak memuaskan kerana kerana pengurusan tersebutlah kini sekolah tersebut hangat diperkatakan oleh orang ramai. Melalui temu bual kami dengan salah seorang penolong kanan sekolah tersebut kami mendapati bahawa kepimpinan sekolah di bawah guru besar agak adalah punca sekolah tersebut menjadi sekolah kecemrlangan cluster berbanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Ciri-ciri kepimpinan guru busar dan pengikutnya agak menonjol apabila diperkatakan oleh salah seorang guru penolong kanan semasa membentangkan slaid sewaktu seisi ceramah.

Anda mungkin juga menyukai