Anda di halaman 1dari 3

Latihan 13.

1. Namakan dua jenis metamorfosis? Metamorfosis terbahagi kepada dua iaitu metamorfosis lengkap dan metamorfosis tidak lengkap.

2. Berapakah peringkat yang terdapat dalam metamorfosis tidak lengkap ? Namakan peringkat-peringkat ini. Metamorfosis tidak lengkap mempunyai tiga peringkat iaitu telur, nimfa dan dewasa.

3. Berapa peringkat yang terdapat dalam metamorfosis lengkap ? Namakan peringkatperingkat ini. Metamorfosis lengkap mempunyai empat peringkat iaitu telur, larva, pupa dan dewasa.

4. Apakah jenis metamorfosis yang ditunjukkan di atas ? Metamorfosis yang ditunjukkan pada rajah di atas ialah metamorfosis lengkap. 5. Apakah jenis metamorfosis yang dijalankan oleh katak ? Katak menjalankan metamorfosis tidak lengkap.

6. Terangkan kepentingan metamorfosis ? Metamorfosis sangat penting kepada hidupan.Persaingan untuk mendapatkan

makanan dapat dikurangkan dalam sesuatu habitat contohnya makanan bagi larva rama-rama ialah daun manakala makanan untuk rama-rama dewasa pula ialah

madu.Jadi sumber makanan yang berbeza ini dapat mengurangkan persaingan untuk mendapatkan bekalan makanan. Tempat tinggal yang berbeza contohnya larva nyamuk yang tinggal di air manakala nyamuk dewasa yang terbang di udara dapat memastikan penyebaran spesies berlaku. setiap generasi mempunyai peluang untuk mendapatkan makanan dan

membiak.Nyamuk dewasa yang mempunyai sayap dapat memberi penyebaran yang baik kepada serangga. Tempat tinggal yang berbeza dapat meningkatkan kemandirian spesies.Contohnya larva nyamuk hidup di air manakala nyamuk dewasa terbang di udara.Kedua-dua haiwan ini tidak bergantung pada habitat yang sama dengan ini kemandirian spesies adalah lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai