Anda di halaman 1dari 15

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME)

Definisi Pembelajaran Konstruktivisme


Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.

Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme


Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme ialah:
Menggalakkan soalan/ idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran Menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar dan guru Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran Menyokong pembelajaran secara koperatif

Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme


Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baharu dengan memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia yang sebenar Menggalakkan proses inkuiri penemuan Mengenal pasti perubahan sikap pelajar

Berfikir

Seronok

Faham

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Kemahira n sosial Ingat

Yakin

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Kelebihan pembelajaran konstruktivisme yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar adalah seperti yang berikut:

Berfikir
Dalam proses membina pengetahuan baharu, pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, pengetahuan boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi, dan membuat kesimpulan.

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Faham
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea akan lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baharu. Seseorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baharu dalam kehidupan dan situasi baharu.

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Yakin
Pelajar yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri pemahaman mereka tentang sesuatu perkara. Hal ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran serta menyelesaikan masalah dalam situasi baharu.

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Kemahiran Sosial
Pelajar yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Seronok
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar membina sendiri pengetahuan, konsep, dan idea secara aktif. Hal ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme


PENEROKAAN
Pelajar menghadapi situasi atau masalah

SOALAN DARIPADA PELAJAR PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIK


PENEROKAAN

Pelajar mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah yang dihadapi

Pelajar memilih satu daripada soalan atau sebarang masalah yang diajukan dan menjalankan penyiasatan penuh Pelajar mencari hubungan antara soalan-soalan dan sebarang masalah yang dijanakan dan membuat generalisasi, seterusnya pelajar mungkin menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai atau disiasat

Strategi Pengajaran & Pembelajaran Konstruktivisme


Koperatif
Dirumuskan melalui formula KISSES
Keep with the group Include everyone Share ideas and feeling Stay on task Sentiasa dalam kumpulan Libatkan semua ahli Bersedia kongsi idea dan perasaan Sentiasa lakukan tugas yang diberikan

Encourage other
Six inch voice

Memberikan galakan kepada rakan sebaya


Perbincangan mesra kumpulan berdua atau berempat dalam jarak kurang 6 inci

Strategi Pengajaran & Pembelajaran Konstruktivisme


Kolaboratif
Dapat dilaksanakan dengan cara berikut:
Perkongsian maklumat antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Perkongsian kuasa antara guru dengan murid, iaitu empowerment kepada murid menentukan objektif sesuatu tugasan setelah dipersetujui oleh guru, menggunakan kreativiti mereka menyiapkan tugasan seperti menggunakan pengurusan grafik Guru sebagai orang tengah. Mewujudkan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat sesama rakan sebaya.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai