Anda di halaman 1dari 7

Dipetik dari laman sesawang : http://www.slideshare.

net/Cikgu_Marzuqi/tugasan-212547638 Bismillahi al-Rahman al-Rahim Peranan Matematik dalam sesebuah

masyarakat tidak boleh dipertikaikan. Kemajuan dalam bidang ini boleh dijadikan kayu penyukur bagi tamadun fizikal sesebuah bangsa yang mana bangsa yang maju tidakmengabaikan matematik (Rosaimi,1994). Assalamualaikum dan salam hormat. Dengan kata-kata itu maka lahirlah sebuah usahasama yang saya lakukan. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghormatan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak menyumbang ilmu dan melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu, juga mengajar saya dalam subjek MTE 3102. Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkankedua-dua tugasan ini (MTE 3102) yang bertajuk Bagaimanakah program -program pendidikan Matematik dari Negara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysia secara positif?.Tambahan pula, dapat saya siapkan tugasan ini pada masa dan waktu yang ditetapkan. Disamping itu, semangat, kesabaran, keikhlasan dan kesungguhan adalah lahirnya dari perjuangan saya sendiri. Harapan saya ialah berharap agar tugasan ini dapat membantu dalam peperiksaan akhir dan memberi markah yang lebih baik. Akan saya katakana sesuatu kejayaan adalah bermula daripada kegagalan, malah peluang akan mencurah selagi manusia akan mencari. Dengan kata-kata itu saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih, wassalam. Bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari Negara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysiasecara positif? Berpandukan program-program luar negara yang dikenali pasti,bincangkan

pengaruh program-program tersebut, khususnya kesan positif ke atas pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Pendidikan matematik merupakan sektor penyokong yang penting dalam perancangan kerajaan bagi menyediakan sumber manusia yang mempunyaipelbagai keupayaan dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan. Kepentingan sektor pendidikan matematik ini telah diterjemahkan ke bentuk perancangan dan perlaksanaan kurikulum sistem pendidikan yang direka bentuk untuk melahirkanindividu yang bukan sahaja berpengetahuan, menguasai

kemahiran tertentu,berfikiran kritis dan analitis, cekap menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, imaginatif dan kreatif serta mempunyai sifat ingin mencipta dan

menghasilkan

sesuatu

rekaan

baru.

Perkembangan

yang

berlaku

kepada

masyarakat dunia, telah memberi kesan terhadap rakyat Malaysia yang mana turut sama mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar.Sebagai mekanisme asas bagi perkembangan tersebut, sistem pendidikan negara perlu menerima cabaran ini dengan penuh kedinamikan. Selaras dengan itu proses pendidikan merupakan satu faktor penting untuk mencorak dan menggerakkan kegiatan manusia. Di Malaysia, perkembangan profesional dalam pendidikan khususnya pendidikan matematik pada zaman maklumat ini seharusnya

dilaksanakan dalam rangka usaha merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Untuk memenuhi hasrat ini, kita perlu menjadi pengurus dan pemimpin pendidikan yang cekap, dedikasi dan berpandangan jauh (Nik Azis, 1996). Oleh sebab itu bagi melaksanakan proses ini para guru haruslah mempunyai daya pintar yang cerdas dan tinggi semasa pengajaran dan pembelajaran. Matlamat pendidikan khususnya Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis,bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan Matematik supaya individu dapat berfungsidalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988). Perbezaan Matematik dengan pelajaran lain ialah dari segi penekanan terhadap beberapa komponen kognitif tertentu yang digunakan. Tiga komponen penting yang ditekankan ialah pengetahuan dan kefahaman, penggunaan konsep dan penyelesaian masalah (Nik Azis, 1996). Dengan adanya ketiga-tigaelemen tersebut maka pembelajaran matematik akan menjadi lebih mudah,berkesan dan pencapaian pelajar juga lebih baik. Persoalannya,bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari Negara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di

Malaysiasecara positif? Pertama program-pramgram yang telah dipengaruhi oleh negara luar ialahPembangunan Ruangan Statistik Dan Sejarah Dalam Majalah Web DinamikDunia Matematik. Dunia Matematik merupakan sistem e-pembelajaran yangdilihat berpotensi sebagai alternatif yang berkesan dalam pembelajaran. Projekini menekankan pembelajaran secara terbuka yang menjangkaui batasan silibusmatapelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah web yangdinamik, perisian sistem kandungan dipilih sebagai medium penyampaian keranaperisian ini mudah digunakan dan percuma. Seterusnya, model ADDIE dipilihsebagai model rekabentuk kerana ia bertepatan dengan ciri-ciri majalah webyang menekankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk Dunia

Matematik

menyokong

prinsip

sosial

konstruktivisme

yang

menekankanpengetahuan terbina semasa aktiviti social seperti perbincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan. Sehingga kini,sebanyak tujuh keluaran Dunia Matematik telah dihasilkan. Dunia Matematikdikeluarkan setiap bulan dan ia memuatkan beberapa ruangan yang memberikanpendedahan tentang kepelbagaian cabang matematik termasuklah Fokus, IsuSemasa, Kesenian, Sejarah, Statistik Kerjaya, Tokoh, Aplikasi, Tahukah Andamanakala aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti Pelajari

Matematik,Perisian Matematik, Uji kefahaman, Permainan, Uji Minda dan Kuiz. Matematikmasih lagi dianggap mata pelajaran yang sukar dikuasai oleh

kebanyakanpelajar. Terdapat sistempendidikan pelbagai perubahan dan usaha yang dilakukan mutu dan dalam kualiti

matematik negara

untuk meningkatkan

dalampendidikan matematik namun ia masih lagi berada di tahap sederhana. Pelajarsering mengganggap pembelajaran matematik itu sangat membosankan keranaanggapan mereka matematik itu hanyalah lebih berfokus kepada

pengiraan,penggunaan rumus-rumus kompleks dan sebagainya (Zawawi, 2003). Kesanpositif, Kesedaran bahawa bidang matematik hanya melibatkan

pengiraansahaja perlu diperbetul agar matematik tidak dilihat dari pandangan yang sempit.Ini kerana matematik itu adalah luas dan ia turut mencakupi keindahan sejarah dalam matematik dan aplikasi statistik dalam kehidupan serta pelbagai disiplinyang perlu dipatuhi. Maka selari dengan dengan perkembangan teknologi yangmengikuti maklumatdan arus permodenan, digunakan pembelajaran untuk berlandaskan masalah teknologi tersebut.

komunikasi

menangani

Pelaksanaandalam e-pembelajaran dalam dunia pendidikan digunakan dalam memperbaikikecacatan dalam sistem pendidikan matematik negara. Oleh itu, DuniaMatematik merupakan projek majalah web matematik yang dilaksanakan supayadapat menyediakan bahan dan aktiviti yang berkualiti serta dapat mewujudkanpembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kedua, Perbandingan

pengajaran berasaskan Multimedia danTradisional ke atas pencapaian matematik dan sikap matematik dikalangan pelajar berisiko. Mengikut sumber dan literatur berkaitan,pengajaran menggunakan multimedia dipercayai mampu

merangsangpembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar.

Namun,bukti nyata yang menyokong atau menyangkal pernyataan ini khususnya dikalangan pelajar berisiko masih lagi kurang. Tujuan kajian adalah untuk mengkajiperbandingan pengajaran Matematik berasaskan multimedia dan

tradisional keatas pencapaian Matematik dan sikap Matematik khususnya di kalangan parapelajar berisiko. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimenkuasi yang berlangsung selama 10 minggu dan melibatkan 54 orang pelajar.Ujian pencapaian Matematik dan soal selidik sikap Matematik digunakan sebagaiinstrumen. Data dianalisis menggunakan teknik ujian-t berpasangan danANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatanpencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kedua-dua kelas Matematikberasaskan multimedia dan tradisional. Namun, pencapaian Matematik pelajarberisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secarasignifikan dengan pencapaian

Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematikberasaskan tradisional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapatpeningkatan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematikberasaskan multimedia, sebaliknya berlaku penurunan sikap terhadap Matematikpelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Walaubagaimanapun, kajian mendapati sikap Matematik pelajar berisiko dalam kelasMatematik berasaskan multimedia juga tidak berbeza secara signifikan dengansikap Matematik pelajar berisiko di dalam kelas Matematik

berasaskantradisional. Kesan positif, Pencapaian adalah ukuran seseorang individu tentangapa yang diketahuinya setelah mengikuti sesuatu kursus ataupun

latihan(Glossary of Terms 2008). Mengikut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM),pencapaian akademik seseorang pelajar bagi peringkat Ujian Penilaian SekolahRendah (UPSR) bermaksud skor atau gred yang diperoleh berdasarkan sistempiawaian gred (ABCDE) bagi setiap mata pelajaran melalui sebuah peperiksaankhusus. Dalam kajian ini, pencapaian yang ingin dilihat secara khusus ialahpencapaian Matematik pelajar yang diperoleh daripada skor dan gred mengikutsistem pengredan A,B,C,D (lulus) dan E (gagal) berdasarkan status atau takrifyang ditetapkan oleh LPM. Akhir sekali, tahap perlaksanaan amalan pengajaran Matematik dalambahasa Inggeris. Pelaksanaan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeristelah dilaksanakan sejak tahun 2003 secara peringkat demi

peringkat.Pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris melibatkan perubahan komponenorganisasi pengajaran dalam kurikulum Matematik. Perubahan itu adalahpertukaran bahasa pengantar dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris danpenggunaan ICT dan bahan-bahan interaktif multimedia sebagai bahan bantumengajar (BBM). Kedua-dua perubahan ini dalam komponen

organisasipengajaran matematik menuntut perubahan besar dan serta-merta daripadaguru-guru selaku agen pelaksana perubahan kurikulum sekolah. Guru-guru perluberubah daripada segi tingkah laku , kebiasaan, dan amalan pengajaran dalammelaksanakan perubahan kurikulum (Ornstein & Hunkins 1998). Peranan gurusebagai agen pelaksana dasar kerajaan yang menjadikan Bahasa

Inggerissebagai pengantar subjek Matematik amat penting demi menjamin pencapaianakademik yang tinggi. Objektif-objektif kajian yang ingin dicapai melalui kajian iniadalah seperti mengkaji tahap perlaksanaan pengajaran matematik dalambahasa Inggeris oleh guru-guru sekolah rendah, mengkaji perbezaan tahapamalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris di antara sekolah bandardan luar Bandar, mengkaji kesan amalan perlaksanaan pengajaran matematikdalam bahasa Inggeris terhadap sikap pelajar dalam mata pelajaran matematik,mengkaji kesan amalan perlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasaInggeris terhadap persepsi pelajar kepada guru matematik dan mengkaji kesanamalan perlaksanaan matematik dalam bahasa Inggeris terhadap

pencapaianpelajar dalam mata pelajaran matematik sekolah rendah. Berdasarkan analisiskajian ini , secara keseluruhannya tahap amalan pengajaran matematik dalambahasa Inggeris di sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Analisis data yangtelah dibuat adalah berasaskan kepada lima persoalan kajian yang

telahdiutarakan di peringkat awal kajian ini. Antara perkara utama yang telah dicapaimelalui analisis ini didapati bahawa tidak terdapat perbezaan terhadap tahapperlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris di antara sekolahbandar dan luar bandar, wujudnya hubungan yang signifikan

antaraperlaksanaan matematik dalam bahasa Inggeris dengan persepsi murid terhadapguru dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik, dan tidak terdapathubungan yang signifikan antara perlaksanaan matematik dalam

bahasaInggeris dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Secara kesimpulannya, pada masa kini penggunaan Matematik telahbertambah dengan luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Kalau dahulumasyarakat hanya

berpendapat bahawa Matematik adalah untuk pengiraansahaja, tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh Matematik meliputipelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusandan komunikasi. Walaupun demikian jika dilihat situasi terkini kita akanmendapati banyak isu yang membincangkan tentang pendidikan Matematik.Salah satu isu yang hangat diperbincangkan adalah tentang kemerosotanpencapaian keputusan Matematik. Soalnya, dimanakah punca sebenarnyakeadaan ini? Banyak faktor yang

menyumbang kepada kemerosotan pencapaianpelajar dalam mata pelajaran Matematik. Faktor-faktor tersebut mungkinberpunca dari pelajar itu sendiri, kurikulum yang digunakan, budaya persekitarandan juga guru yang mengajar. Para pelajar menganggap matematik suatu matapelajaran yang sukar dan menjemukan. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan minat mereka terhadap mata pelajaran ini. Selain itukemerosotan pencapaian ini juga banyak berpunca dari sikap pelajar itu sendiriterhadap mata pelajaran matematik serta wujudnya kekurangan

dalampengetahuan, kemahiran dan kefahaman matematik sejak dari peringkat rendahlagi

Rujukan yang dibuat oleh Cikgu Marzuki 1. Tan Lay Hong and Peggy Leong 2003. Professional Development of ITE Teachers Through Learning Circles. Paper presented at Teachers Education Institute 2003 Conference, Arizona. Feb. 2003. 2. Zaidatol Akmaliah 2005. Pengenalan. Dalam Zaidatol Akmaliah dan Foo Say Fooi. Memperkasa Pendidikan Pelajar Berisiko (hlmn. 1-4). Serdang: UPM. 3. Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd. 4. Abd. Rahim Abd. Rashid (2005) Profesional Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Abu Hassan Kassim (1998) Pengajaran dan Pembelajaran KBSM Universiti Teknologi Malaysia Skudai.6. Abu Zahari (1967) dalam Shamsuddin Idris (1999)

Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sains di Sekolah Menengah Rendah Arab Bandar Pontian Johor. Tesis Sarjana Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai