Anda di halaman 1dari 4

2.

Tindakan menangani isu-isu persekitaran bilik darjah Menurut Albert Bandura (1977), manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang lain menerima hukuman daripada perlakuan. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Sebagai insan yang banyak meluangkan masa bersama pelajar, guru mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam membantu pelajar mencapai proses pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, kita sebagai guru haruslah menunjukkan tingkah laku yang sesuai dan memandang serius tentang perkara ini supaya dapat membentuk generasi muda yang bijak pandai dan berdaya saing. 2.1 Masalah persekitaran fizikal Masalah persekitaran fizikal yang sering dialami di sekolah merangkumi aspek-aspek seperti susun atur kelas yang tidak kondusif, sumber bahan pembelajaran yang tidak mencukupi, tiada sudut pembelajaran, pencahayaan dan pengudaraan yang mengecewakan dan kebersihan yang kurang memuaskan. Menurut Gagne dan Berliner (1991), salah satu prinsip pendekatan humanisme ialah pelajar dapat belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman. Ini dijelaskan lagi dalam teori pembelajaran humanisme di mana situasi pembelajaran, hubungan dan penerimaan guru dan rakan-rakan ialah faktor penting dalam menghadapi pembelajaran. Bilik darjah juga merupakan contoh utama persekitaran pembelajaran.

Bagi menangani masalah ini, saya sebagai guru, mestilah membantu dalam menyediakan susun atur kelas yang sesuai. Susun atur ini mestilah mengambil kira segala aspek seperti keselesaan, keselamatan dan yang paling penting ialah kesesuaian dengan pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, murid-murid diperkenalkan dengan susun atur kelas di awal tahun persekolahan. Pada masa ini, saya mestilah peka dengan apa yang berlaku dalam bilik darjah. Sekiranya terdapat pelajar yang menunjukkan tingkah laku kurang selesa ataupun risiko untuk terjadinya kemalangan adalah tinggi, maka saya mestilah melakukan perubahan dalam susunan kerusi dan meja. Perubahan ini akan berterusan sehingga menemui satu susun atur yang sesuai. Di samping itu, masalah yang sering dijumpai di dalam bilik darjah ialah tiada kemudahan sudut pembelajaran. Sudut pembelajaran amat penting kerana ia dapat membantu mewujudkan persekitaran belajar yang lebih kondusif, malah pelajar akan lebih bersemangat untuk menambahkan ilmu. Sebagai seorang guru yang profesional, saya akan mewujudkan satu sudut pembelajaran di ruang belakang kelas yang lengkap dengan nota-nota subjek mahupun bukubuku rujukan tambahan. Ruangan ini mestilah dilengkapi dengan satu meja bulat berketinggian sederhana sesuai untuk pelajar melakukan ulang kaji secara berkumpulan. Selain itu, saya juga akan meminta bantuan pelajar untuk membuat sumbangan dari segi buku-buku peribadi yang sudah tidak digunakan. Dengan cara ini, sudut pembelajaran akan menjadi lebih meriah seterusnya menyumbang kepada suasana pembelajaran yang selesa. 2.2 Masalah persekitaran psikososial

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Antara isu persekitaran psikososial bilik darjah yang sering terjadi ialah guru tidak peka kepada perbezaan individu. Dalam erti kata lain, guru mengambil inisiatif mudah dengan membuat anggapan bahawa setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang sama. Masalah ini sering terjadi terutamanya di dalam bilik darjah yang mempunyai bilangan murid yang ramai. Bagi menangani masalah ini, saya sebagai guru hendaklah menerima setiap pelajar tanpa syarat, mengikut potensi dan keupayaan masing-masing. Hal ini dikuatkan lagi dengan anggapan daripada Carl Rogers bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi yang tinggi. Jika seseorang pelajar itu gagal belajar, puncanya ialah suasana pembelajaran yang kurang sesuai, bukan ketidakupayaan pelajar berkenaan. Di samping itu, Rogers juga menyarankan agar semua pelajar diterima sebagai insan yang ada potensi dan sedang berkembang. Menurut Kohn

(2005) sebagaimana dipetik oleh Eggen dan Kauchak (2007), pelajar yang diterima oleh guru lebih terdorong untuk belajar dan melakukan tugasan yang lebih mencabar kerana mereka tahu yang mereka akan berjaya. Pembelajaran berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenang dengan layanan sewajarnya yang diberikan oleh guru. Oleh itu, saya sebagai guru mestilah membina hubungan yang mesra dengan kesemua murid agar mereka selesa berada dalam kelas dan lebih bersemangat untuk belajar. 2.3 Masalah disiplin

Masalah disiplin di dalam bilik darjah seperti murid bising dan tidak dapat tumpukan perhatian semasa proses P&P adalah situasi normal yang sering berlaku di Malaysia. Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku ialah proses P&P guru yang tidak berkesan. Apabila kawalan guru terhadap kelas adalah lemah, murid akan mudah bosan dan tidak berminat untuk belajar. Bagi mengelakkan masalah ini, guru harus mempunyai ciri-ciri kecindan supaya dapat menarik minat murid untuk belajar. Selitkan unsurunsur jenaka dalam pengajaran dan jika perlu, galakkan penglibatan murid sepanjang proses pembelajaran berlaku. Selain itu, saya sebagai guru mestilah menjadi fasilitator murid yang bijak. Di dalam teori pembelajaran humanisme, Carl Rogers menekankan mengenai hubungan personal antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar. Sebagai guru, kita tidak seharusnya menyalur pengetahuan dan sumber bagi segala ilmu pengetahuan secara langsung kepada pelajar, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya. Hal ini bertujuan untuk menimbulkan

perasaan inkuiri pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Apabila perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri, pelajar akan mencari alternatif sendiri dalam mencari maklumat dan hanya meminta bimbingan guru bagi masalah-masalah tertentu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai