Anda di halaman 1dari 2

Dalam mengurus bilik darjah, guru-guru menghadapi tiga cabaran besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil pembelajaran

tercapai dan hambatan masa. Bincangkan bagaimanakah guru boleh berjaya menghadapi cabaran tersebut secara berkesan di dalam bilik darjah? Dalam menghadapi arus pembangunan yang semakin moden ini, dunia kian bergerak pantas dan cabaran yang dihadapi juga semakin besar. Sedar atau tidak peranan guru juga turut berkembang dan semakin besar. Mana tidaknya, guru kini bukan sahaja bertindak sebagai tenaga pengajar malahan perlu mendidik anak didiknya menjadi manusia. Ia bukanlah perkara mudah kerana dengan waktu yang terbatas guru perlu memainkan dua tanggungjawab. Justeru, beberapa persediaan perlu dilakukan khususnya pada mereka bakal guru. Pertama, persediaan dari dari segi mental dan fizikal. Persediaan mental dan fizikal merupakan elemen utama yang perlu dibentuk dalam diri sejak mereka dilatih menjadi guru lagi. Ini kerana kognitif iaitu pemikiran saling mempengaruhi tingkah laku dan afektif. Oleh itu, guru perlu meletakkan mind set bahawa setiap pelajar boleh berubah dan berkembang menjadi baik. Hal ini dinyatakan oleh Rogers dalam Ee Ah Meng (1997). Rogers menekankan bahawa emosiemosi marah dan benci akan wujud jika manusia tidak diterima. Misalnya, dalam pengajaran di kelas pelajar terdapat pelbagai kerenah murid dan ada kalanya membuatkan guru marah dengan tindakan mereka seperti ponteng kelas, tidak menyiapkan tugasan dan melawan cakap guru. Perasaan ini akan terbawa-bawa hingga kadangkala menyebabkan guru melabel semua pelajar bermasalah. Perasaan ini sebenarnya muncul apabila guru tidak bersedia dari segi mental dan terlalu mengharapkan semuanya berjalan lancar. Namun, apabila berlaku hal sebaliknya guru akan rasa kecewa dan putus asa. Oleh itu, bagi mengelakkan situasi ini berlaku para guru harus mengubah mind set mereka. Misalnya sebelum masuk ke kelas, guru berfikir positif dan apa jua kerenah murid dia akan cuba atasi sebaik mungkin. Dengan ini perasaan guru tidak mudah terganggu jika murid bersikap negatif malahan guru akan diterima oleh murid berkenaan perlahan-lahan kerana guru dapat menyelami isi hatinya yang inginkan perhatian. Kedua, guru tersebut perlu menguasai subjek pengajarannya secara mendalam. Sekiranya guru yang mengajar mempunyai penguasaan penuh dalam subjek diajarnya, sudah pasti dia akan boleh menghuraikan, merumuskan serta memastikan keperluan utama untuk diajar. Misalnya, dalam subjek matematik tambahan, guru yang mahir akan tahu kaedah paling mudah untuk membolehkan pelajarnya memahami penyelesaian masalah dengan mudah dan disesuaikan dengan tahap kebolehan pelajarnya. Hal ini akan menjimatkan masa kerana pelajar diajar dengan cara penyelesaian yang pantas dan mudah tanpa perlu belajar kaedah yang panjang seperti kaedah easy-math. Dengan itu, masa yang ada boleh diperuntukkan bagi memperbaiki sahsiah pelajar. Kesimpulannya, persediaan guru dilihat merupakan asas utama dalam menghadapi dan melayan pelbagai kerenah pelajar dengan masa yang terhad. Persediaan mental, fizikal dan

persediaan ilmu itu sendiri dilihat mampu menjadikan guru lebih tabah dan berjaya menangani segala masalah yang timbul.

Anda mungkin juga menyukai