Anda di halaman 1dari 3

Kepada Guru-guru Kelas dan Guru Ganti,

Sila ambil peraturan Latihan Kebakaran dan Pelan untuk ditampal di dalam kelas. Sebelum ditampal, tolong bacakan pada murid-murid mengenai peraturan sewaktu berlakunya kebakaran. Guru-guru juga perlu mengingatkan murid-murid beberapa peraturan yang mesti dipatuhi : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Padamkan suiz kipas dan kipas. Tutup pintu dan tingkap Murid-murid berartur dengan senyap Turun ikut tangga yang betul Jangan berlari semasa turun tangga. Murid-murid dikehendaki menuju ke tempat yang telah ditetapkan Semua guru dan kakitangan sekolah harus berada di padang. Jaga disiplin murid semasa di padang. Tolong tentukan bilangan murid.

KEDUDUKAN KELAS SEMASA KAWAD KECEMASAN 2007 BLOK A 3A 3C 3D 3K 5A 5C 5D 6M 4C BLOK B 5K 6A 6C 6D 6K BLOK C 1A 1C 1D 1K 2A 2C 2D 2K 4A 4D 4K

SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA JAYA

PEKELILING UNTUK SEMUA GURU


LATIHAN KEBAKARAN Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berlaku kebakaran di kawasan sekolah: 1) Loceng akan dibunyikan dalam masa yang panjang ketika berlaku kebakaran. 2) Guru-guru yang berada di dalam kelas hendaklah mententeramkan muridmurid supaya tidak terkejut. 3) Arahkan murid-murid supaya beratur di luar bilik darjah untuk berkumpul di padang. 4) Pastikan SEMUA murid telah keluar dari bilik darjah. Barang-barang tidak perlu dibawa bersama. Guru hendaklah membawa BUKU JADUAL KEDATANGAN kelas, sekiranya buku tersebut berada di dalam kelas ketika itu. 5) Pastikan SEMUA murid turun dengan tenang dan teratur. 6) Guru yang berada berdekatan dengan tangga hendaklah mengawal murid-murid supaya bertenang tetapi pantas. 7) Guru-guru hendaklah memastikan SEMUA murid telah turun. Guru adalah orang yang terakhir sekali turun. 8) Setiap kelas dikehendaki turun melalui tangga yang telah diarahkan. SETELAH BERHIMPUN DI PADANG 1) Ambil kedatangan murid-murid sekali lagi dan PASTIKAN semua murid telah berada bersama GURU. 2) 3) 4) BUKU JADUAL KEDATANGAN akan diberi oleh PEMBANTU AM. Murid-murid yang tercedera diasingkan dan diberi rawatan yang perlu. Bertenang dan tunggu arahan yang selanjutnya.

TINDAKAN UNTUK KERANI SEKOLAH 1) Dalam apa jua keadaan sekalipun, perkara-perkara berikut perlu diselamatkan terlebih dahulu: Buku jadual kedatangan SEMUA kelas. Buku-buku kewangan sekolah. Lain-lain dokumen penting seperti yang diarahkan.

PENGUSAHA KANTIN 1) Pastikan murid-murid tidak berada di kantin pada masa itu. 2) Berkumpul bersama di tempat perhimpunan. PEKERJA AM 1) Sesiapa yang ternampak berlakunya kebakaran di bangunan sekolah atau kantin, hendaklah segera membunyikan loceng kecemasan atau memberitahu guru yang bertugas. 2) Menghubungi pihak bomba dengan segera. 3) Membawa peti kecemasan dan alat pembesar suara ke tempat perhimpunan. PENGAWAL KESELAMATAN 1) Apabila terdengar loceng kecemasan dibunyikan hendaklah segera membuka semua pintu pagar atau laluan kecemasan. 2) Memeriksa semua kelas bagi memastikan tiada murid yang tertinggal di dalam bangunan.

KE ARAH SEKOLAH SELAMAT


Saya yang menurut perintah,

Anda mungkin juga menyukai