Anda di halaman 1dari 2

Nama Tajuk Cerita

: Nurul Wahida binti Mohd Rawi : Terbang, putih dan tanpa kaki.

Hari itu, hari pertama persekolah. Aku sungguh bersemangat. Baju uniform sekolah telah aku hilangkan kedutannya seminggu yang lepas. Basikal telah aku selesaikan segala masalahnya juga pada seminggu lepas. Aku bangun dari tidur pada hari itu juga awal. Selesai sarapan, aku lihat jam pada dinding. 6.40 pagi. Aku tersenyum. Tepat mengikut perkiraan aku. Aku meminta izin dari ibu untuk beransur perlahan-lahan. Telah aku maklumkan pada rakan-rakan sehari sebelum untuk bersedia lebih awal ke sekolah. Aku tidak ingin kelambatan mereka merosakkan emosi aku. Perlahan aku kayuh basikal menikmati dingin pagi. Jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang tiga kilometer. Itu sudah menjadi kebiasaan buat aku sejak darjah 4. Rumah aku adalah rumah yang paling jauh. Itu bukan menjadi satu masalah. Suasana pagi itu sejuk. Gelap pagi itu kelihatan lain dari yang lain. Awal tahun, gelapnya lebih pekat. Getus hati kecilku. Perjalanan yang sejauh tiga kilometer benar-benar membawa kami mengenal alam lebih dekat. Hutan di sekeliling perjalanan itu mendamaikan hati walau kadangkala timbul bayangan buruk pada otak. Cepatcepat aku menepis. Hari itu, aku berada di kedudukan paling belakang. Rakan-rakan yang lain seperti biasa, senyap dan bisu sambil menikmati kayuhan. Sambil juga menikmati dingin bayu pagi. Hari masih lagi gelap. Tiba di suatu kawasan hutan yang lebih tebal, dari jauh mataku menangkap sesuatu. Iya, sesuatu. Aku melepaskan kedua-dua tangan aku dari handle untuk menggosok mata. Sesuatu yang aku lihat itu masih wujud di situ. Malah ia semakin dekat. Hati aku berdebar. Rakan-rakan yang kadangkala berborak dan bersembang antara satu sama lain tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik. Aku semakin takut. Kelihatan sesuatu itu terbang. Kerana aku tidak melihat kakinya menyentuh jalan. Aku terfikir untuk menjerit. Aku mula membuka mulut. Tapi, cepat-cepat aku tutup kembali mulut ku yang terbuka. Akal cuba mencari logik tentang perkara yang ku lihat. Sesuatu yang berwarna putih itu masih lagi ada di situ. Walaupun agak jauh dari mata ku, tapi aku dapat melihat jelas. Terbang, warna putih, dan tanpa kaki. Kalau bukan benda yang bernama H itu, apa lagi? Akal ligat berfikir. Cuak. Lub dup lub dup. Aku mula mengayuh dengan lebih pantas dan mendahului rakan-rakan yang lain. Aku berbalas senyuman saat melintasi mereka. Sesuatu itu semakin dekat. Semakin dekat. Semakin dekat. Aku mula rasa seram sejuk. Terasa kedinginan yang berbeza. Tambah pula, aku terpandang sebuah rumah lama

berhampiran sesuatu yang ku lihat itu. Aku cuba beristighfar. Tapi, tidak menghilangkan resah ku. Malah makin bertambah-tambah. Ya, rupanya aku seorang yang penakut. Kemudian.. Aku gelak besar. Haha. Sesuatu itu melintasi kami. Makin bertambah gelak ku. Rupa-rupanya, sesuatu yang ku lihat itu hanya lah seorang makcik yang sedang mengayuh basikal tua. Sambil memakai telekung sembahyang. Telekung sembahyang tersebutlah yang aku sangka makhluk yang bernama H itu. Terbang, putih dan tanpa kaki. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi effect pada kain tersebut. Basikal makcik tersebut itu sudah terlalu buruk. Tiada langsung warna indah pada basikal itu. Patutlah tanpa kaki. Sebab tak nampak basikal buruk tu rupanya. Hati kecil berbisik. Aku senyum pada makcik tersebut. Sungguh, pagi itu pengalaman buat aku. Jangan cepat bersangkasangka. Kadang, apa yang aku lihat tak semestinya apa yang aku fikir itu perkaranya. Di sekolah, aku menceritakan perkara tersebut kepada rakan-rakan sekolah. Dan juga rakan-rakan yang bersama-samaku dalam perjalanan tadi. Rupa-rupanya kami berfikir perkara yang sama. Tamat cerita tersebut. Kami ketawa bersama-sama. Haha.

Anda mungkin juga menyukai