Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

1.0

Pendahuluan Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

2.0

Fokus kajian / Isu keperihatinan Tinjauan dan analisis masalah

3.0

Objektif kajian / Soalan Kajian

4.0

Kumpulan Sasaran

5.0

Tindakan Yang Dicadangkan 5.1 5.2 5.3 5.4 Perancangan Tindakan Perancangan Cara Mengumpul Data Perancangan Cara Menganalisis Data Perancangan Pelaksanaan Tindakan Jadual Pelaksanaan Kajian Kos Kajian

Senarai Rujukan Lampiran

KESAN LATIHAN MEMANASKAN BADAN MENINGKATKAN KETEPATAN MENJARING BOLA BALING Oleh : Mohammad Amir bin Udin amir_hebat87@yahoo.com Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 31150, Hulu Kinta Perak Darul Ridzuan 1.0 Pengenalan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Bola baling merupakan satu permainan yang memerlukan sebuah pasukan yang terdiri daripada tujuh orang setiap pasukan. Bola baling memerlukan sebiji bola baling yang dihantar menggunakan tangan dan dibaling ke dalam gol. Pasukan yang menjaringkan gol pasling banyak akan dikira pemenang. Tempoh masa permainan bola baling selama 30 minit untuk dua masa perlawanan. Bola baling moden biasanya dimainkan di dalam dewan atau di padang. Bola baling juga dimainkan di tepi pantai dan dikenali sebagai sandball. Permainan ini dimainkan dengan laju termasuklah body contact dari pemain pertahanan untuk menghentikan serangan dari penyerang yang cuba untuk menjaringkan gol.

Bola baling mempunyai kemahiran-kemahiran asas iaitu, kemahiran hantaran dan menangkap bola, menggelecek, mengacah, menghadang, menjaring gol dan menjaga gol. Kemahiran menghantar dan menangkap bola merupakan kemahiran yang paling penting kerana permainan bola baling banyak menggunakan kemahiran ini. Kemahiran hantaran merupakan hantaran yang mudah dilakukan dan dikuasai. Pemain perlu memegang bola di atas tapak tangan. Ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri dan bahu kiri menhadap sasaran. Berat badan di atas kaki kanan dan bola dibawa ke belakang, siku dibengkokkan. Bola dibawa ke hadapan, kilaskan badan ke hadapan semasa membaling. Berat badan dipindahkan ke kaki kiri semasa melakukan balingan dan ikut lajak. Berat badan terletak di atas kaki kiri sementara tumit kaki kanan diangkat.

Menjaringkan gol adalah kemahiran yang penting di dalam sukan ini. Jaringan gol yang terbanyak menentukan pasukan mana yang akan menang setelah wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan. Cara untuk menjaringkan gol adalah dengan bergerak kearah gol dengan bola dibawa ke atas kepala. Tangan pelaku diluruskan jauh ke belakang. Hayunkan tangan ke hadapan dalam aksi membaling bola. Baling bola seberapa kuat yang boleh kearah gol. Hala tuju bola ke mana-mana empat penjuru gol. Tenaga jaringan ialah gabungan kekuatan otot-otot dada, bahu dan lengan, hayunan lengan, aksi jentikan/sentakan pergelangan tangan dan kekuatan otot-otot jari. Badan dan tangan pelaku ikut lajak setelah bola dilepaskan.

Diperingkat sekolah, bola baling merupakan satu sukan yang diminati dan melalui pemerhatian penyelidik di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, sukan ini menjadi salah satu sukan yang sangat digemari oleh murid-murid disana. Ini kerana penglibatan aktif dari murid dan galakan dar guru-guru di sekolah berkenaan. Adalah menjadi satu kebiasaan, diperingkat sekolah rendah. Kemahiran menghantar, menerima dan menjaring bola menjadi satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid.

Sepanjang pelaksanaan praktikal fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, penyelidik telah banyak membuat pemerhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ramai di antara murid tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran menjaring. Seramai 16 orang murid di dalam kelas tersebut. 10 murid tidak dapat menjaring setelah 10 kali percubaan diberikan hanya dua jaring gol menepati sasaran. Ini membuatkan penyelidik ingin membuat satu kajian bagaimana perkara ini berlaku.

Melalui pemerhatian penyelidik, sebelum percubaan dilakukan murid-murid telah diarahkan untuk melakukan regangan dan latihan memanaskan badan. Sewaktu penyelidik mengajar Pendidikan Jasmani mengenai menjaring bola baling murid Tahun 4. penyelidik rasa sungguh terkejut kerana mendapati walaupun murid-murid telah didedahkan dengan permainan bola baling sebelum ini, tahap penguasaan menjaring bola ke gawang gol masih tidak mencapai tahap yang memuaskan dan pergerakan mereka tidak berkembang. Selain itu, mereka juga banyak melakukan kesilapan yang berulang-ulang. Setelah membuat satu ujian menjaring, iaitu meminta murid untuk menjaring bola baling,

saya dapati 35% daripada jumlah pelajar ini tidak dapat menjaring dengan betul. Apabila saya tanyakan kepada para pelajar bagaimana perkara ini terjadi, dengan mudah mereka menjawab cikgu tidak mengajar pun kemahiran ini... murid-murid saya juga seolah-olah telah patah semangat untuk menjaring dengan tepat. Saya perlu sedari bahawa ramai dikalangan murid saya tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran bola baling. Perlukah saya ajarkan semua kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam permainan bola baling untuk meningkatkan kemahiran menjaring dikalangan para murid-murid? Adakah cara saya mengajar selama ini dapat membantu murid saya menambah kemahiran menjaring mereka? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menambah minat mereka kepada permainan bola baling. Mampukah saya menjalankan aktiviti meningkatkan kemahiran murid saya secara bersendirian untuk membantu murid saya?. Apabila saya berbincang dengan guru panitia dan guru kokurikulum bola baling, mereka bersepakat murid tidak serius dalam menjalani aktiviti meningkatkan kemahiran dan mengambil mudah dalam setiap aktiviti.

Walaubagaimanapun, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangai masalah ini?

Latihan memanaskan badan merupakan satu aktiviti yang penting sebelum seseorang atlet memulakan latihan atau pertandingan. Menurut B.P. Garfoot (1967) sebagai suatu persediaan khas yang terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilakukan pada permulaan sesuatu aktiviti fizikal dalam sesi latihan atau sebelum sesuatu perlawanan dengan tujuan menghasilkan prestasi kerja yang optima (optimum work performance).

Menurut Unitas J. Dan Dintiman G. (1979) pembekalan nutrien secara menyeluruh dan penyahan bahan kumuh dapat ditingkatkan dan keadaan ini pula akan mempertingkatkan fungsi-fungsi otot. Latihan memanaskan badan memberi faedah yang lebih kepada sukan yang melibatkan pergerakanpergerakan yang tepat. Oleh itu, memanaskan badan juga dapat meningkatkan kesediaan untuk bertindak balas, metaboisme, koordinasi dan kelonggaran di bahagian sendi dan otot. Kecederaan sukan juga berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecerderaan itu juga termasuk latihan yang yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan. 2.0 Fokus Kajian/ Isu Keperihatinan Walaupun penyelidik mengesan begitu banyak masalah yang timbul dan dihadapi oleh murid saya dalam permainan bola baling. Penyelidik hanya akan memberi fokus kajian ini kepada masalah latihan memanaskan badan. Kebanyakan murid tidak mengambil berat terhadap latihan memanaskan badan. Murid juga tidak mempedulikan kepentingan latihan memanaskan badan. Latihan memanaskan badan yang biasa adalah untuk memastikan sistem kardiovaskular dan otot bersedia dalam permainan bola baling. latihan memanaskan badan yang lebih progresif adalah menumpukan kepada pergerakan dan kemahiran yang diperlukan ketika menjaring bola baling. Jika kita bandingkan kedua-dua teknik melalui ketepatan menjaringkan gol dalam permainan bola baling, maka kita akan mengetahui adakah latihan memanaskan badan boleh mempengaruhi ketepatan jaringan gol. Dengan lebih jelas lagi

kajian ini mengkaji tentang kesan latihan memanaskan badan terhadap ketepatan menjaringkan gol dalam permainan bola sepak di kalangan pemainpemain bawah umur 12 tahun Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak. Dengan membantu pelajar untuk menguasai kemahiran menjaring bola baling, penyelidik yakin murid boleh menjaring dengan betul dan tepat. Hal ini seterusnya dapat membantu mereka dalam kehidupan serta menyahut seruan kerajaan satu murid satu sukan. 3.0 Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan untuk mencapai objektif berikut : Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran menjaring dalam permainan bola baling melalui latihan pemanasan badan. Objektif khusus : 3.1.1 Meningkatkan kemahiran motor halus murid.

3.1.2 Mengenal pasti kekurangan murid dalam melakukan kemahiran menjaring dalam permainan bola baling. 3.1.2 Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran menjaring bola baling. 3.1.3 Meningkatkan kesedaran intrinsik murid terhadap kepentingan latihan memanaskan badan yang betul.

3.2 Soalan Kajian Kesan latihan memanaskan badan dapat meningkatkan ketepatan

menjaring bola baling. 4.0 Kumpulan Sasaran 10 orang murid lelaki dan perempuan SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak Darul Reazuan.

5.0 Perancangan Tindakan 5.1 Perancangan Tindakan Sepanjang perlaksanaan kajian ini dijalankan, tinjauan dibuat melalui pemerhatian, ujian pra pos, ujian pos dan temu bual. 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian terhadap sekumpulan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani permainan bola baling sebelum membuat keputusan untuk membuat kajian. Pemerhatian lebih berfokus kepada kesan latihan memanaskan badan dalam menjaring. Hasil pemerhatian penyelidik, murid yang membuat latihan memanaskan badan dalam keadaan yang tidak serius dan bergurau senda menyebabkan mereka tidak dapat melakukan jaringan dengan tepat. Ini dapat dilihat apabila mereka hanya boleh menjaring dua kali melepasi gawang dalam 10 kali percubaan.

5.1.2 Ujian Pra Ujian pra merupakan ujian awal untuk memperoleh data tinjauan awal bagi mengenal pasti masalah kemahiran menjaring. Sebanyak 10 kali percubaan menjaring diberikan kepada setiap murid. Seramai lima orang murid akan melakukan latihan memanaskan badan sementara lima orang murid yang lain akan terus melakukan percubaan sebanyak 10 kali tanpa latihan memanaskan badan. Selepas itu, murid yang telah melakukan latihan memanaskan badan akan membuat percubaan untuk menjaring. Borang skor akan disediakan bagi menilai setiap murid semasa ujian pra pos dijalankan. Apabila ujian selesai dilaksanakan, borang skor akan disimpan dan dianalisa. Keputusan borang skor tidak akan dibincangkan bersama murid. Selesai membuat ujian, saya akan mengajar latihan memanaskan badan dan mengajar semula teknik menjaring bola baling. 5.1.3 Ujian Pos Ujian Pos merupakan ujian untuk mendapatkan data dari hasil pembelajaran yang telah dilaksanakan bagi menilai tahap penguasaan murid terhadap kemahiran yang telah diajar. Ujian pos masih

menggunakan borang skor. Semasa mereka melakukan ujian tersebut, penyelidik akan mencatatkan skor yang disediakan. Hasil ujian ini akan dibandingbeza dengan ujian pra pos bagi menganalisis sama ada pendekatan yang telah digunakan berkesan atau tidak. Pengumpulan data untuk ujian pos akan dianalisis dan dibandingkan dengan ujian pra pos. Jika terdapat peningkatan maka ujian dikira berjaya dan mencapai objektif. Sekiranya tidak terdapat peningkatan atau data tidak berubah

melalui ujian pos maka pendekatan yang digunakan perlu diubah dan diperbaiki lagi. 5.2 Perancangan cara mengumpul data 5.2.1 perancangan langkah-langkah tindakan Beberapa langkah telah dikenal pasti bagi melaksanakan kajian ini. Antara langkah yag diambil adalah, dengan melakukan pembacaan jurnal-jurnal dan kajian-kajian yang telah

dilaksanakan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Ini bagi mendapatkan idea dan perbandingan yang terbaik sekaligus dijadikan sebagai panduan untuk penyelidik. Pemerolehan maklumat ini diperoleh melalui pelbagai sumber.iaitu sumber elektronik dan sumber bercetak. Segala maklumat yang diperoleh semasa perancangan tindakan kajian dilaksanakan akan

disimpan sebagai rujukan semasa kajian dijalankan. Setelah maklumat dari perancangan tindakan diperoleh, langkah

seterusnya adalah untuk melaksanakan kajian. Berikut adalah langkah-langkah kajian yang dilakukan : 1. Menyediakan proposal kajian. 2. Memohon kebenaran dari pihak pentadbiran Sekolah

Kebangsaan Sultan Idris II bagi menjalankan kajian. 3. Menyediakan surat kebenaran ibu bapa bagi membenarkan anak jagaan mereka terlibat untuk kajian tindakan. 4. Membuat soalan untuk kaji selidik responden. 5. Responden akan diberi soalan kaji selidik.

6. Responden akan diberi taklimat untuk melaksanakan ujian. 7. Subjek akan melakukan latihan memanaskan badan terlebih dahulu. 8. Subjek seramai 10 orang akan dibahagikan kepada dua kumpulan. 9. kan berdiri di luar kotak D dan menjaring dalam kawasan 1 meter di luar kotak D. 10. Seramai 5 orang responden akan mengambil ujian terlebih dahulu. 11. 10 biji bola akan diberikan kepada subjek. 12. Murid akan beratur secara lurus.. subjek akan berlari tiga langkah dan cuba untuk menjaringkan gol. 13. Skor dikira berdasarkan sasaran yang dicapai oleh subjek dalam kawasan gol.

5.3 Perancangan cara menganalisa data Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk melaksanakan kajian ini. Perkara yang diambil kira adalah jantina, umur, ketinggian, bangsa dan pengalaman serta pencapaian dalam sukan. Maklumat yang diperoleh akan disimpan dan dianalisa berdasarkan lima proses iaitu : 1. Tahap pra-analisis 2. Tahap Kemasan data 3. Tahap pamiran data 4. Tahap verifikasi data 5. Tahap dapat (termasuk interprestasi data) 5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan 5.4.1 Jadual pelaksanaan tindakan 5.4.2 Kos kajian

Senarai Rujukan

Amran Lee Abdullah. (2007). Bola Baling & Bola Keranjang. Petaling Jaya: Sutrapadu.

MyHEALTH PORTAL. (2008). Kecerderaan Sukan, Muat turun pada 31 March 2011, di http://portal.imateradigital.com/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa& storymaster=1155039170429&storyid=1155378714212&substoryid=1144822963 871

Anda mungkin juga menyukai