Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN Samsuri ( 1978 ) menyatakan bahawa bahasa adalah alat yang dipakai untuk membentuk fikiran dan perasaan,

keinginan dan perbuatan. Selain itu, beliau menyatakan bahawa bahasa adalah sebagai penanda bangsa, bahasa merefleksi atau menggambarkan latar belakang budaya seseorang pengguna atau penuntutnya. Albert B. Cook ( 1977 ) pula mendifinisikan bahasa sebagai a system of arbitary vocal symbols and grammatical signals by means of which the members of the speech community communicate, interact and transmit their culture. Oleh itu, maka dapatlah didefinisikan bahawa bahasa itu adalah satu bentuk nada dan alat bunyi yang terhasil daripada buah fikiran, pendapat dan perbualan yang dapat mengambarkan sebuah masyarakat atau penggunanya. Bahasa juga adalah sesuatu alat mudah yang disampaikan oleh penuturnya. Berdasarkan sumber sejarah, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman berzaman. Hal ini dapat dibuktikan apabila seorang pengembara China bernama I-Tsing telah singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masihi. Dalam perjalanannya dari China ke India, beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu digunakan meluasnya di Palembang. Keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca dapat diteruskan lagi pada zaman Kesultanan Melayu pada abad ke-14. Francois Valentin pernah meriwatkan bahawa Kerajaan Melayu sebagai bahasa perhubungan antara orang orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dengan pedagang pedagang dari Eropah dan Asia Barat. Ini kerana bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah dipelajari, bersifat sederhana, tidak terikat kepada susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem bahasa yang lebih mudah. Maka dengan itu tidak hairan mengapa bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957. Oleh itu, bahasa Melayu mempunyai potensi yang tersendiri berbanding bahasa bahasa yang lain. Ini di sokong oleh pendapat Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa ilmu adalah digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri ciri tersendiri.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA LINGUA FRANCA Kehebatan serta potensi bahasa Melayu telah mula pada abad ke-16 dan dirakamkan oleh sarjana Belanda Francois Valentin sebagai yang berikut: Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancisatau latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja difahami di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina. Tambahan, Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. Bertitik tolak daripada ini, bermulalah era Bahasa Melayu Moden. Pada era inilah bahasa Melayu banyak menerima pengaruh luar dan juga transformasi setelah Tanah Melayu dijajah oleh Jepun dan juga British. Pelbagai pertubuhan ditubuhkan bagi memperjuangkan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka, semasa dan selepas merdeka. Hasil usaha pejuang-pejuang bahasa dan kesusasteraan inilah maka bahasa Melayu dapat bertapak kukuh di tanah Melayu dan menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran, perhubungan dan juga sebagai alat perpaduan yang diterima oleh semua kaum tanpa dapat dinafikan lagi. Bahasa Melayu telah mengalami perubahan yang besar sejak negara kita mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris. Daripada bahasa sukuan, bahasa Melayu telah dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu telah mengembangkan sayapnya ke arena antarabangsa sebagai salah satu lingua franca di persada dunia. Disebabkan oleh pelbagai perubahan besar ini, tanggungjawab yang harus dipikul juga turut berubah dengan ketara. Daripada berperanan sebagai pengungkapan yang bersifat setempat dan sebahagian menjurus kepada aspek aspek kedesaan atau persekitaran kampung, bahasa Melayu kini telah dipertanggungjawabkan menjadi bahasa pengungkap dan bahasa pembicara pelbagai fenomena sosial dan politik seterusnya membicarakan pelbagai jenis ilmu. Ini adalah kerana potensi bahasa Melayu sendiri yang menyebabkan banyak perubahan telah berlaku. Selanjutnya, bahasa Melayu telah berjaya dimartabatkan sebagai bahasa ilmu dengan terbitnya daftar peristilahan untuk pelbagai bidang ilmu.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR Bahasa Melayu ditakrifkan sebagai bahasa yang sudah maju sejak ratusan tahun dahulu di kawasannya sendiri, bukan baharu sekarang. Sebagaimana yang kita tahu, bahasa ini telah berkembang sebagai bahasa pembentuk budaya dan tamadun tinggi di seluruh rantau berbahasa Melayu sejak abad ke 14 lagi. Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an (berdasarkan Akta Pelajaran 1961 hingga Akta Pendidikan 1995) memperkukuh lagi kedua-dua taraf dan fungsi bahasa Melayu itu. Pemerhatian kita mutakhir ini menunjukkan bahawa orang bukan Melayu makin lebih cekap berbahasa Melayu tinggi dengan bahasa Melayu yang betul, daripada orang Melayu sendiri. Alasan yang paling kuat ialah, bahasa Melayu mempunyai nilai tambahan yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan lain-lain, tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas. Berdasarkan dua sifat dan fungsi sosiopolitik dan dinamika sosiolinguistik yang tersebut itu, maka kita dapat berkata bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi atau kelebihan yang banyak untuk dimajukan secara tegas sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan negara serta sebagai bahasa penyampai ilmu bagi kaum kaum yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, jikalau semua papan tanda dan iklan di Malaysia disiarkan dalam bahasa Melayu, pasti tiada siapa ( kecuali penduduk bukan rakyat Malaysia) yang tidak memahaminya. Tetapi tentu banyak penduduk Malaysia dari semua golongan etnik yang tidak akan memahami iklan dan papan tanda itu jikalau mesejnya ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin atau Tamil. Ini contoh (dan banyak contoh lain) yang menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi luas ini tidak ada pada bahasa-bahasa lain di Malaysia. Keduanya, bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah maju sejak ratusan tahun dahulu dikawasannya sendiri, bukan baru sekarang. Sebagaimana yang kita tahu, bahasa ini telah berkembang sebagai bahasa pembentuk budaya dan tamadun tinggi di seluruh rantau berbahasa Melayu sejak abad ke-14 lagi. Hakikat bahawa bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan membuktikan sifat kesegaran dan dinamika sosial

bahasa ini. Sifat ini tidak ada pada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain di Malaysia atau di rantau ini. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa pengantar di Malaysia. Ianya pasti dapat merealisasikan 1Malaysia pada bahagian aspek kedua dalam gagasan 1Malaysia iaitu penerapan nilai-nilai aspirasi. Bahasa Melayu mula berperanan penting sebagai bahasa pengantar sejak Penyata Razak (1956) dilaksanakan. Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik, dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Selain itu, fungsi bahasa Melayu adalah sebagai bahasa rasmi yang membawa maksud bahasa yang digunakan dalam sisitem pendidikan negara, urusan perniagaan, pentadbiran serta dalam upacara upacara rasmi. Secara rasminya, bahasa Melayu dinobatkan pada 1 September 1967, yakni 10 tahun selepas kemerdekaan. Ini disokong oleh penyataan yang dikemukakan oleh Awang Sariyan ( 1996 : 259-261 ) menggariskan sepuluh cirri berdasarkan lima belas ciri yang dikemukan oleh Johannes ( kongres, 1978) dan salah satu daripadanya ialah tingkat bahasa rasmi maknanya bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa yang mematuhi rumus rumus bahasa. Yang terakhir adalah dasar bahasa kebangsaan itu sendiri. Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu lambang penyatuan iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi satu identifikasi kebangsaan. TERJEMAHAN ILMIAH DALAM BAHASA MELAYU Bahasa Melayu mempunyai potensi yang baik dan standing untuk mencapai , bahasa Melayu perlulah mampu untuk menterjemahkan ilmu ilmu moden pada masa kini sesuai dengan peredaran zaman. Hal ini kerana bahasa Melayu sepertimana telah diperjelaskan mudah menerima bahasa lain sebagai satu bahasa yang boleh diterima oleh semua masyarakat. Tidak hairan sebagai satu bahasa penyampai ilmu bahasa Melayu mampu menterjemah bahasa asing. Dengan banyak bahan bahan ilmiah di terjemah ke dalam bahasa Melayu hal ini dapat menimbulkan minat dalam kalangan masyarakat untuk menggunakan bahasa Melayu yang lebih mereka fahami dalam mendalami ilmu yang ingin mereka pelajari. Setiap perkataan dalam

bahasa Melayu juga mempunyai satu hubungan yang erat antara satu sama lain. Ini menguatkan lagi potensi bahawa bahasa Melayu mempunyai kekuatan yang tersendiri. Dalam bidang linguistik, pertalian makna antara satu kata dengan satu kata yang lain disebut sebagai hubungan leksikal. Ada kata yang mempunyai hubungan mendatar dengan kata lain dan hubungan begini diistilahkan sebagai hubungan sintagmatik. Ada pula kata yang mempunyai hubungan menegak yang disebut sebagai hubungan pragmatik. Hubungan ini disebut kesamaan kata dengan kata yang lain ( sinonim ) dan kata yang tidak mempunyai kesamaan ( antonim ). Menurut Abdullah Hassan ( 1981 ) kata kata mengandungi makna dan bagaimana kata kata itu berhubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna sesuatu bahasa tersebut dapat menyusun segala pengalaman dalam bentuk kata kata. Sehingga mutakhir ini, Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras laras bahasa dalam ilmu moden. Oleh itu, tidak hairanlah jika bahasa Melayu kini sedang di ajar dan dikaji di 108 buah pusat pengajian tinggi di serata dunia. RUMUSAN Bahasa merupakan satu anugerah yang tidak terhingga bagi anggota masyarakat yang menuturkannya kerana bahasa mempunyai hubungan makna dalaman ( sense ) di antara leksim leksim dalam sesuatu bahasa dan dalam bidang tata hias Bahasa Melayu. Penggolongan kata seperti sinonim, antonim, polisemi, homonim dan hiponim memberi gambaran yang cukup jelas antara satu kata dengan kata yang lain dalam bahasa Melayu yang turut menyumbang kepada perkembangan potensi bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Berdasarkan penerangan cirri cirri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai ciri ciri sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaanya. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu.

BIBLIOGRAFI Asmah Haji Omar. ( 1997 ) Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Collins James T. ( 1998 ) Bahasa Melayu Bahasa Dunia, Sejarah Singkat. Judul Asli Malay World Language : Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim ( 2006 ). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Yahya Othman, Roselan Baki, Naffi Mat. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan 2009. Pemerkasan Pendidikan Bahasa Melayu dari teori ke praktik. Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn Bhd. S. Nathesan ( 2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai