Anda di halaman 1dari 2

Paradigma adalah sebuah model, corak dan skema konseptual.

Di dalam erti kata yang mudah, paradigma adalah asas kebiasaan kepada sesuatu. Sebagai contohnya, ialah meja. Rata-rata kita mengetahui bahawa meja mempunyai empat kaki. Biar bagaimana pun bentuk meja tersebut, sama ada bulat, bujur, memanjang mahupun empat segi, kesemua meja sememangnya mempunyai empat kaki. Rata-rata kita telah diajar di sekolah konsep membuat karangan. Cikgu kita telah mengajar kita bahawa struktur yang perlu ada di dalam karangan itu adalah PENGENALAN, ISI dan KESIMPULAN. Ini adalah struktur bagi sesebuah cerita. Setiap cerita itu mesti ada konsep ini untuk melengkapkannya. Inilah struktur linear yang menjadi paradigma bagi sesebuah cerita. Struktur Linear adalah asas yang menjadikan sesebuah cerita itu berdiri. Begitu juga dengan LAKON LAYAR. Di dalam sesebuah LAKON LAYAR struktur linear yang menjadi paradigmanya adalah PERMULAAN, KONFRONTASI dan RESOLUSI. Ia adalah struktur yang tetap dan sememangnya tidak boleh diubah lagi. Di dalam keterangan di bawah saya akan menjelaskan konsep struktur tersebut dengan mengikut format Screenplay FINAL DRAFT. Dengan menggunakan format ini, konsepnya sangat mudah. Anggaran perkiraan minit bagi setiap skrip itu adalah SATU HALAMAN bersamaan dengan SATU MINIT. Andaikan durasi standard bagi sesebuah filem itu ialah 120 minit. Ini bermakna skrip anda haruslah mempunyai 120 halaman. PERMULAAN Permulaan bagi sesebuah filem itu boleh diolah dengan pelbagai cara yang kita rasakan menarik. Pada kebiasaannya permulaan ini akan mengambil masa 30 minit. Di dalam permulaan yang dikenali sebagai SETUP ini, menjadi tanggungjawab kepada penulis skrip untuk melakarkan perjalanan pembukaan cerita yang menarik. Ini adalah untuk memberikan pemahaman kepada penonton berkenaan apakah cerita yang kita buat itu. Pada kebiasaannya, apabila kita menonton sesebuah filem itu kita akan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk membuat penilaian sama ada kita suka sesebuah filem itu ataupun tidak. Apabila sesebuah filem itu bermula, pada 10 minit yang pertama ini kita juga harus memperkenalkan WATAK UTAMA di dalam cerita itu dengan cara yang paling menarik. Ini bertujuan untuk menarik minat penonton untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya. Pada akhir permulaan ini terdapat sebuah titik plot I. Titik plot yang pertama adalah pencetus kepada konflik yang akan berlaku berikutnya. Dalam erti kata lain titik plot yang pertama ini adalah satu insiden atau kejadian yang akan menganjakkan filem ini untuk terus ke hadapan. Pada kebiasaannya ia berlaku pada minit / halaman yang ke 25-27.

KONFRONTASI Ia merupakan bahagian yang paling besar di dalam LAKON LAYAR. Pada kebiasaanya terletak pada halaman 30 hingga ke 90. Pada asasnya kita telah mengetahui bahawa asas dramatik di dalam filem itu adalah KONFLIK. Konfrontasi ini adalah konflik yang berlaku selepas tercetusnya titik plot yang pertama. Di dalam KONFRONTASI ini kita bertanggungjawab untuk meletakkan perjalanan konflik / plot utama / subjek dengan cara yang penuh dramatik bersesuaian dengan konsep cerita yang kita bina itu. Harus tidak dilupa juga sub plot yang akan mewarnai perjalanan sesebuah filem itu agar ia menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Sekiranya kita terlalu tertumpu kepada plot utama sesebuah cerita di dalam penulisan kita, ini akan menjadikan sesebuah filem itu amat membosankan penonton. Asasnya mudah, plot utama itu adalah sayur yang kita hendak masak. Sub plot pula adalah perencah atau bahan-bahannya. Jika tidak ada rencahnya manakan masakan kita itu menjadi sedap? Setelah itu, kita akan bertemu dengan TITIK PLOT II yang pada kebiasaannya berlaku pada minit yang ke 8590. TITIK PLOT II ini berfungsi sebagai pencetus kepada RESOLUSI. Senang kata biasa yang kita tengok dalam filem bila Si Hero mendapat idea untuk menyelesaikan konflik yang berlaku. Hehehe RESOLUSI Resolusi biasanya tercetus selepas TITIK PLOT II berlaku. Biasanya pada minit yang ke 90 hingga ke 120. Ini adalah kesimpulan kepada cerita. Kita harus memikirkan bagaimanakah sesebuah cerita itu berakhir. Persoalan yang selalu dimainkan adalah apakah yang berlaku kepada watak utama? Garapan pengakhiran yang perlu dibuat haruslah mempunyai nilai dramatik yang baik. Ini bertujuan untuk memberikan kesan yang mendalam kepada penonton. Sebaiknya pengakhiran sesebuah cerita itu haruslah sesuatu yang diluar jangkaan penonton

Anda mungkin juga menyukai