Anda di halaman 1dari 3

CATATAN FAHMI

Catatan
Fahmi dan kawan-kawannya telah pergi ke perpustakaan Kuala Lumpur. Mereka ingin merujuki
ensiklopedia di perpustakaan itu. Fahmi telah membuat catatan aktiviti yang dilakukannya pada
hari tersebut. Mari kita baca catatan Fahmi.

8.30 pagi
Linggam, Ali dan Siew Lin berkumpul di rumah saya. Kami hendak pergi ke Perpustakaan Kuala
Lumpur. Kami menaiki monorel ke Stesen Sentral KL.
9.00 pagi
Kami sampai di Stesen Sentral KL. Selepas sarapan, kami menaiki teksi ke Perpustakaan
Kuala Lumpur.
10.00 pagi
Kami sampai di Perpustakaan Kuala Lumpur. Sesampainya kami di sana, kami dihampiri oleh
dua orang pelancong. Mereka bertanya tentang arah ke Muzium Kesenian Islam. Kami
memberikan tunjuk arah yang betul kepada pelancong tersebut.
10.30 pagi
Kami masuk ke perpustakaan dan membuat rujukan.
12.00 tengah hari
Kami balik ke rumah masing-masing. Kami perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

KATA SENDI NAMA

1. Pelancong _________ Jepun sedang memilih beberapa helai kain batik


untuk dijadikan oleh-oleh.
A. oleh

B. dari

C. daripada

D. dengan

2. Fatimah sangat rindu _________ neneknya yang berada di kampung.


A. kepada

B. pada

C. akan

D. ke

3. Kek hari jadi adik yang sedap itu dibuat _________ ibu.
A. daripada

B. dari

C. untuk

D. oleh

4. Layang-layang adik yang baru dibeli itu tersangkut __________ pokok yang
tinggi.
A. di

B. pada

C. kepada

D. ke

5. Perabot yang dijual di kedai perabot itu semuanya diperbuat ___________


kayu jati.
A. dari

B. daripada

C. untuk

D. demi

6. Bapa telah membeli sebentuk cincin berlian ________ ibu sempena ulang
tahun perkahwinan yang ke-20.
A. untuk

B. kepada

C. ke

D. demi

7. Kita haruslah bersenam setiap hari __________ kesihatan kita.


A. kerana

B. untuk

C. demi

D. kepada

8. Pak Kassim sanggup bekerja ________ pagi ________ malam untuk


menyara kehidupan keluarganya.
A. daripada ...sampai

B. daripada...hingga

C. dari....sampai

D.

dari....hingga
9. Perdana Menteri menyaksikan perjanjian persefahaman ________ keduadua buah syarikat perkapalan itu di Putrajaya.
A. dengan

B. untuk

C. dalam

D. antara

10. Guru kelas sedang berbincang dengan murid-murid ___________


sambutan Hari Guru akan diadakan pada minggu hadapan.
A. tentang

B. bahawa

C. dengan

D. antara

Anda mungkin juga menyukai