Anda di halaman 1dari 5

5.1 Perbezaan Individu Guru seharusnya mengerti akan perbezaan dalam kalangan murid.

Ini dapatdikenalpasti mencari pengamatan dan pemerhatian terhadap personaliti individutersebut. Keperibadian dan sikap seseorang menjadikan manusia ini mempunyaibanyak ragam serta menunjukkan bahawa manusia itu berbeza.Woodcock (2000) mengkategorikan perbezaan individu kepada dua jenis iaituinterindividu dan intraindividu. Personaliti intraindividu dipengaruhi oleh masa,tempat dan kead aan. Contohnya seorang doktor yang serius semasa bertugasketika di hospital merupakan seorang yang peramah semasa dirumah. Sebagaiseorang guru, kita harus mengenalpasti personaliti intraindividu bagi memahami danmenyelami naluri pelajar tersebut, dalam usaha membina hubungan dankesefahaman antara guru dan anak murid.Perbezaan individu hadir dalam pelbagai bentuk dan perkara.Perkara inimenerangkan bentuk perbezaan yang kedua iaitu perbezaan interindividu. 5.1 KECERDASAN Dalam setandan pisang tidak semestinya semuanya elok. Begitu juga dalam situasi bilikdarjah. Tidak semua murid mempunyai tahap kecergasan yang sama. Kebanyakkanahli psikologi percaya bahawa keturunan dan persekitaran sama-sama memainkanperanan dalam menentukan tahap kecergasan setiap individu.Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti.Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaituberdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr.Gardner telah mengemukakan8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensikecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telahdikenal pasti adalah seperti berikut: Kecerdasan Linguistik Kecerdasan logikal matematik Kecederdasan ruang-visual

Kecerdasan muzik Kecerdasan kinestetik Kecerdasan interpersonal Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan Naturalist

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati `seven ways of know ing, preceiving and understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anakanak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya.Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.

* Kecerdasan Verbal-Linguistik

Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain.

* Kecerdasan Logik-Matematik

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

* Kecerdasan Visual-Ruang

Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak

menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

* Kecerdasan Kinestetik

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

* Kecerdasan Muzik

Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.

* Kecerdasan Intrapersonal

Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan dir i sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan

serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan.

* Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

* Kecerdasan Naturalis

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

Anda mungkin juga menyukai