Anda di halaman 1dari 3

Acara Larian Jarak Jauh 3000m

Pengenalan
Terdapat tiga acara lumba lari yang boleh dikategorikan sebagai acara lari jarak jauh, iaitu 3000 meter lari

berhalangan, 5000 meter dan acara 10000 meter. Dalam olahraga lelaki, acara larian 3000 meter tidak pernah dipertandingkan di mana-mana kejohanan IAAF dianjurkan.Dalam beberapa perjumpaan olahraga, sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa, terdapat juga acara lari jarak jauh sejauh 3000 meter tanpa halangan. Di peringkat antarabangsa , acara ini biasanya diadakan untuk bahagian junior dan wanita.

Aturan Dan Cara Larian


Acara lari jarak jauh 3000 meter dijalankan dalam 7 pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna pelari akan

berlari sejauh tiga kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 7 pusingan, ini bermakna permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan acara 200 meter, tetapi garisan permulaan tidaklah seperti dalam acara 200 meter.

Teknik Larian 3000 meter

Berlari dilorong yang paling dalam.

Berlari di lorong yang paling dalam dapat mengurangkan jarak sebenar larian. Ini disebabkan seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih jauh jika dia menggunakan lorong luar dan permulaan untuk acara ini sebenarnya tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana pelari.

Cuba mengekalkan kepantasan.

Pelari hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan sendiri. Ada baiknya jika pelari mengikut dengan rapat mana-mana pelari yang mendahului larian.

Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri.

Pelari hendaklah mengelakkan diri daripada berlari mengikut rentak dan teknik larian peserta lain, sebaliknya hendaklah mengikut rentak dan strategi sendiri.

Meningkatkan kepantasan pada akhir larian

Walaupun kebanyakan pelari tidak terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian, namun setidak-tidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan kelajuan dalam mencapai garisan penamat.

Tempat larian

Seperti dalam acara 3000 meter, pegawai perlumbaan juga akan membunyikan loceng atau siren memberi isyarat apabila pelari mempunyai satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya. Cara menamatkan larian untuk acara ini adalah sama, iaitu dengan mendepankan bahagian torso.

Latihan Penzaliman Untuk Olahragawan

Latihan pelaziman bertujuan meningkatkan stamina pelari hendaklah diadakan sebagai persedia awal pelari. Latihan memanaskan badan yang antara lain merangkumi aspek - aspek seperti berjoging dan lari pecut untuk jarak tertentu. Latihan mingguan yang agak berlainan daripada latihan harian.

Mengadakan latihan secara berterusan mengikut jadual yang ditetapkan.

Melinder pakar jarak jauh


2010/06/18 - 06:09:22 AM Oleh Hasnira Hassan dan Nazri Abu Bakar Cetak Emel Kawan

Pecah rekod kebangsaan acara 3,000 meter lari berhalangan MELINDER Kaur semakin membuktikan dirinya pakar lari jarak jauh wanita apabila memecahkan rekod kebangsaan dalam langkah memenangi emas acara 3,000 meter lari berhalangan tatkala Rahila Othman mengejutkan barisan pelapis negara dengan mengatasi rekod kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) XIII dalam acara lontar peluru, semalam. Melinder, 22, dari Pulau Pinang, mencatatkan 10 minit 55.40s di hadapan penonton yang memberikan sorakan semangat, bagi memadamkan rekod lamanya, 11:04.14s yang dicipta di Bukit Jalil, tahun lalu. Ini bukan aksi terbaik saya. Sebenarnya saya mampu melakukan lebih baik daripada ini, saya menikmati larian saya kerana kejohanan di Malaysia jarang dihadiri ramai penyokong... maka tidak seronok berlari berseorangan, kata Melinder. Tapi, hari ini, penonton ramai dan sorakan kuat, kerana itu saya boleh berlari. Dalam lontar peluru wanita, percubaan terakhir dan keenam membolehkan Rahila meleburkan rekod kejohanan Sukma 2008 milik Asrenny Asik (Sabah) 12.74m, apabila jarak lebih satu meter, 13.39m untuk meraih emas dengan perak dimenangi rakan sepasukan, Chan Poh Ling (13.24m) dan gangsa diraih Siti Nurulain Abdul Rahim (Negeri Sembilan). Awalnya, memang saya yakin mampu menang, tetapi apabila Chan dapat mengatasi jarak awal saya, saya berusaha sedaya upaya," kata pelajar tahun dua Ijazah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merakam jarak terbaik musim ini, 13.56 meter di pra-Sukma, barubaru ini. Ratu pecut Sukma 2010, Nurul Sarah Kadir dari Melaka, meraih emas berganda apabila mengungguli 200 meter wanita dengan kepantasan 24.86 saat menewaskan S Komalam Shally dari Perak yang melakukan 25.37s manakala gangsa milik Siti Nurhayati Zulkifli dari Wilayah Persekutuan. Acara 200m lelaki pula dikuasai Amir Fakhri Ismail dari Kelantan dengan kepantasan 21.64s pada ketika raja pecut Sukma XIII, Syed Aliff Syed Noh sekadar gangsa mencatatkan 21.99s.

Anda mungkin juga menyukai