Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN UNIT HEM JADUAL KEDATANGAN TAHUN 2009

Jadual kedatangan merupakan instrument penting yang diguna pakai oleh semua sekolah bagi menentukan kehadiran setiap pelajar pada masa persekolahan. Penggunaan jadual kedatangan diwajibkan kepada semua sekolah dan ianya memainkan peranan yang amat penting. Jadual kedatangan dapat menentukan kehadiran pelajar ke sekolah, menjadi bukti kehadiran murid ke sekolah, menjadi bahan rujukan tentang maklumat terperinci seseorang murid, serta menjadi bahan rujukan guru. Maklumat pelajar dapat dirujuk dengan perlaksanaan jadual kedatangan . Pada setiap akhir bulan maklumat jumlah pelajar akan dikumpul mengikut kelas untuk dikemaskini dan diserahkan kepada GPK HEM untuk disemak dan disahkan oleh GPK 1. Akhir sekali Guru Data akan memasukkan data maklumat tersebut ke aplikasi Emis dan menghantar secara online ke JPN dan PPD serta direkodkan. Pada tahun ini unit kedatangan dapat melaksanakan tugas dengan jayanya seperti yang ditetapkan. Semua pihak memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga pada tahun-tahun yang akan datang dapat disempurnakan dengan lebih baik dan lebih bersistematik. Sekian. terima kasih.

Disahkan oleh, (PN. NORSILAWATI BT. ISHAK) GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID 2009

Disediakan oleh, (PN. HAEZAH BT. WAGE @ JINAL) PENGERUSI UNIT JADUAL KEDATANGAN 2009

Anda mungkin juga menyukai