Anda di halaman 1dari 11

KAJIAN KESAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Nurdadilla Farhanna Bt Jamaludin1 Supli Affendi Bin Rahim2

Mahasiswa Ijazah Pendidikan Kemahiran Hidup daripada Jabatan Pendidikan Teknik/Vokasional Fakulti Teknikal Dan Vokasional, UPSI. Email : dilla87@yahoo.com.my

Profesor di Jabatan Pendidikan Teknik/Vokasional, Fakulti Teknikal dan Vokasional, UPSI. Email: sup_effendi@yahoo.co.id

ABSTRAK Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsur teknologi yang bermatlamat untuk mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan proaktif. Oleh yang demikian, kertas kerja ini membincangkan tajuk kesan pembelajaran berasaskan projek dalam pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup terhadap pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penekanan dalam kertas kerja ini lebih kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang menggunakan pendekatan berasaskan projek dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dan bagaimana pendekatan tersebut dapat memberi impak kepada kehidupan seharian pelajar. Selain itu, kertas kerja ini menghuraikan pendekatan pembelajaran dan pengajaran serta kebaikan dan keburukan dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang melibatkan 30 orang pelajar yang dipilih daripada pelajar-pelajar Fakuti Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrument soal selidik dengan skala 5 mata bagi mengukur kesan pembelajaran berasaskan projek dalam pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup terhadap pelajar. Kata kunci : kesan pembelajaran, projek, pembelajaran dan pengajaran KH.

ABSTRACT

Life Skills is a practical subject centric technology that aims to enhance national productivity through the involvement of creative, innovative and proactive. Therefore, this paper discusses the impact of project-based learning subject in the learning and teaching life skills to students at the Universiti Pendidikan Sultan Idris. The emphasis in this paper is the subject of the Life Skills project-based approach in subjects living skills and how these approaches can impact the daily lives of students. In addition, this paper describes the approach to learning and teaching as well as the advantages and disadvantages of teaching and learning in project-based Life Skills subjects. The study was conducted at the Universiti Pendidikan Sultan Idris, involving 30 students selected from students Faculty Technical and Vocational Education. The study is descriptive and used a questionnaire instrument with a 5 point scale for measuring the impact of project-based learning in the learning and teaching life skills to students. Key words: learning effects, projects, learning and teaching KH PENGENALAN Bab ini akan menerangkan secara keseluruhan tentang apa yang hendak dikaji dan dilaksanakan melalui beberapa subtopik kecil iaitu, latar belakang masalah, objektif dan persoalan kajian. Latar belakang masalah menceritakan tentang keseluruhan tajuk yang ingin dikaji dan merangkumi aspek aspek secara langsung atau tidak. Pernyataan masalah pula menceritakan tentang masalah-masalah yang timbul sehingga menyebabkan kajian ini dilaksanakan. Objektif dan persoalan kajian turut dibincangkan dalam bahagian ini. Tajuk penyelidikan yang dibincangkan ini ialah berkaitan dengan kesan pembelajaran berasaskan projek dalam pembelajaran dan pengajaran kemahiran hidup terhadap pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kesan Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat, 2005), bermaksud sesuatu iaitu dari segi kebaikan atau keburukan yang timbul dari sesuatu kejadian seperti keadaan, perbuatan, tindakan dan lain-lain lagi. Selain itu, ianya juga membawa maksud kesudahan iaitu hasil atau akibat daripada sesuatu efek. Menurut Thondike (1991), projek merupakan segala bentuk kerja atau tugasan yang mesti dilaksanakan oleh pelajar sebagai memenuhi syarat dan keperluan sesuatu kursus. Kursus Kemahiran Hidup merupakan satu kursus yang berlainan dengan kursus-kursus yang lain di Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana isi kandungannya lebih menekankan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran dari segi kreativiti dan inovasi serta keusahawanan yang merupakan aset berguna dalam membentuk sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh Malaysia pada masa hadapan. Kemahiran yang ditekankan bagi subjek ini juga berbeza dengan subjek lain. Kemahiran Hidup bukan sahaja melibatkan pengajaran teori di dalam kelas semata-mata tetapi juga melibatkan kerja-kerja amali seperti memasak, menjahit, berkebun dan sebagainya. Penggunaan pembelajaran berasaskan projek dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kursus Kemahiran Hidup memberi kesan kepada pelajar. Selain itu, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan kepada pelajar yang dikenalpasti akibat penggunaan projek di dalam pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan projek ini mempengaruhi kesan pembelajaran dan pengajaran terhadap pelajar dari segi tahap kefahaman mereka dan kemahiran yang diperolehi hasil daripada projek yang dilakukan. LATAR BELAKANG KAJIAN

Kebanyakan pelajar mengambil ringan dengan kursus Kemahiran Hidup kerana beranggapan bahawa mata pelajaran ini tidak sepenting kursus lain seperti Sains dan Matematik atau sebagainya yang memerlukan tumpuan yang penuh tetapi sebaliknya pula bagi kursus Kemahiran Hidup banyak melibatkan kerja-kerja amali dan kemahiran dalam melakukan projek-projek. Kementerian Pelajaran Malaysia menganggap Kemahiran Hidup sangat penting kerana dapat menyediakan asas teknologi yang kukuh kepada rakyat Malaysia bagi menjayakan wawasan 2020. Kementerian juga telah memberikan penekanan tentang kaedah pengajaran Kemahiran Hidup supaya melibatkan pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar dikehendaki melakukan sendiri pelbagai aktiviti atau projek secara aktif untuk menguasai pengalaman praktis yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian.

PERNYATAAN MASALAH Perancangan dan pembangunan kursus Kemahiran Hidup adalah selaras dengan matlamat utama Falsafah Pendidikan iaitu melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Oleh yang demikian, maka wujudlah pembelajaran berasaskan projek dalam Kemahiran Hidup yang dapat membantu pelajar dalam mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kreatis (KBKK) dalam menghasilkan projek. Kita dapat lihat terdapat beberapa projek yang wujud dalam kursus Kemahiran Hidup antaranya projek yang melibatkan bidang elektronik, penghasilan kerja kayu dan logam, masakan, jahitan, perkebunan dan sebagainya. Kaedah pembelajaran berasaskan projek ialah pensyarah akan mengajar sesuatu tajuk atau topik kepada pelajar dan seterusnya pensyarah akan memberikan tugasan projek kepada pelajar untuk disiapkan mengikut tempoh tertentu. Contoh pembelajaran berasaskan projek dalam bidang jahitan ialah penghasilan blaus. Melalui pembelajaran yang berunsur teori yang telah dipelajari, tugasan projek iaitu blaus tersebut harus dibuat dan dilaksanakan mengikut pengetahuan sedia ada atau pembelajaran yang diajar sebelum ini, memerlukan peralatan yang tertentu seperti benang, jarum, kain dan sebagainya dalam menghasilkan blaus tersebut, memperoleh penyelesaian dan seterusnya membuat laporan. pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menilai pelajar serta mengembangkan kemahiran pelajar sendiri kerana ia mewujudkan satu situasi yang tersendiri dan memerlukan pelajar mengadaptasi apa yang telah dipelajari dari segi teori kepada bentuk praktikal atau amali. Penghasilan projek merupakan satu perkara yang bukan mudah, ia memerlukan perancangan, tanggungjawab, komitmen, kemahiran berfikir yang tinggi bagi menyiapkan projek tersebut. Pembelajaran berasaskan projek dalam Kemahiran Hidup mampu menyediakan pelajar dalam menghadapi cabaran yang lebih hebat dan besar pada masa hadapan. OBJEKTIF KAJIAN a)
b)

Mengenalpasti keberkesanan pembelajaran dan pengajaran berasaskan projek Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pembelajaran dan pengajaran berasaskan projek

c)

Mengenalpasti keberkesanan pembelajaran dan pengajaran berasaskan projek

mengikut semester.

BATASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sampel. Responden terdiri daripada 30 orang pelajar-pelajar dari Program Pendidikan Kemahiran Hidup yang telah mengikuti kursus Kemahiran Hidup. Walaupun kajian ini melibatkan satu tempat kajian, namun ia banyak memberi kebaikannya. Pelbagai efektif instrumen yang digunakan oleh pengkaji antaranya ialah set borang soal selidik untuk mendapatkan keputusan. METODOLOGI KAJIAN Kaedah di dalam kajian ini amat penting dan membincangkan tentang apakah cara dan langkah-langkah yang digunakan oleh penyelidik dalam proses untuk membuat kajian bagi mendapatkan keputusan dan kesimpulan terhadap persoalan yang ingin di kaji iaitu kesan pembelajaran berasaskan projek dalam pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup terhadap pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. INSTRUMEN KAJIAN Istrumen atau alat yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah borang soal selidik. Menurut Balck (1993) dalam Mohd. Nuzi (2000), instrumen kajian jenis ini memberikan maklumat tentang latar belakang, pendapat, reaksi dan sikap responden. Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada responden dan dikutip semula untuk dianalisis data-data yang diperoleh dengan menggunakan salah satu kaedah seperti perisian SPSS. Menggunakan perisian ini untuk menganalisis data adalah lebih mudah. Data yang diperoleh akan dapat menjawab persoalan kajian tentang kesan pembelajaran berasaskan projek dalam pembelajaran dan pengajaran kemahiran hidup terhadap pelajar di universiti pendidikan sultan idris. BORANG SOAL SELIDIK Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 2 bahagian. Di dalam borang selidik pada bahagian 1 terdiri daripada beberapa soalan yang melibatkan latar belakang responden seperti jantina, umur, semester, etnik, kursus dan minor. Pada bahagian 2 pula, terdapat 15 item yang melibatkan perspektif dari pelajar Kemahiran Hidup terhadap kesan pembelajaran berasaskan projek dalam pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup terhadap pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Lima pilihan jawapan diberikan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, bersetuju, sangat bersetuju yang harus dipilih oleh responden. PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA Pengumpulan dan analisis data adalah perkara penting dalam menentukan hasil sesuatu kajian yang dilakukan ianya dilakukan selepas semua data dikumpul daripada responden yang terlibat. Kiraan peratus (%) yang diperoleh hasil daripada pengumpulan data akan di analisis untuk

membuat kesimpulan. Dengan adanya kaedah analisis data ini, penyelidik akan dapat melihat samada persoalan-persoalan kajian terjawab atau tidak. Penyelidik juga akan dapat membuat kesimpulan, perbincangan dan mengemukakan beberapa cadangan yang boleh diterima pakai. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bab ini membentangkan hasil kajian yang telah dianalisis. Data yang diperolehi melalui soal selidik dari responden dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan peratus. Dapatan kajian bagi perspektif dianalisis menggunakan peratusan. Hasil dapatan kajian juga akan memastikan objektif dan persoalan kajian dapat dicapai. Bahagian A : Latar Belakang Responden JANTINA BILANGAN (orang) PERATUS (%)

Lelaki 10 33.33 Perempuan 20 66.66 JADUAL 1: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Jadual dapat disimpulkan bahawa pelajar perempuan adalah lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Seramai 10 orang terdiri daripada pelajar lelaki atau sebanyak 33.33% manakala pelajar perempuan pula seramai 20 orang atau sebanyak 66.66%. Semester Responden SEMESTER BILANGAN (Orang) PERATUS (%) Satu 6 20 Dua 1 3.3 Tiga 2 6.6 Empat 2 6.6 Lima 2 6.6 Enam 4 13.3 Tujuh 13 43.33 JADUAL 2: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT SEMESTER Jadual 4.3 di atas menunjukkan bilangan responden mengikut semester. Hanya seorang sahaja responden dari semester 2 mewakili 3.3 peratus, seramai 6 orang responden dari semester 1 mewakili 20 peratus dan dari semester 7 seramai 13 orang responden mewakili 43.33. Responden dari semester 7 yang paling ramai.

Bahagian B : Perspektif Dari Pelajar Kemahiran Hidup Terhadap Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Kemahiran Hidup Terhadap Pelajar Di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sangat Tidak Setuju Bil Pengajaran Kemahiran Hidup secara kaedah biasa adalah menarik dan tidak menjemukan Konsep Kemahiran Hidup yang disampaikan dalam pengajaran secara kaedah biasa agak sukar difahami Saya dapat memahami pelajaran yang diajar dengan baik dan jelas dengan menggunakan pembelajaran berasaskan projek Dalam kumpulan kecil saya dapat belajar secara berdikari dan saling bekerjasama antara rakan Daya ingatan saya meningkatkan apabila pensyarah menggunakan %

Tidak Setuju Bil %

Tidak Pasti Bil %

Bersetuju

Sangat Bersetuju

Bil

Bil

1.

13.33

12

40

26.66

13.33

6.66

3.33

16.66

12

40

26.66

13.33

16.66

12

40

30

13.33

16.66

20

12

40

23.33

3.33

13.33

26.66

30

26.66

kaedah pembelajaran berasaskan projek Saya semakin berminat pada mata pelajaran 0 Kemahiran Hidup apabila pensyarah menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek Pensyarah memberikan respon dan 0 bimbingan yang baik sepanjang proses pembelajaran berasaskan projek dilaksanakan Saya berasa bosan apabila pensyarah hanya 0 menggunakan satu kaedah sahaja semasa mengajar mata pelajar Kemahiran Hidup di sekolah. Melalui kaedah pembelajaran 1 berasaskan projek, saya berasa lebih yakin untuk berkomunikasi dan

16.66

26.66

11

36.66

20

13.33

10

33.33

11

36.66

16.66

10

10

33.33

11

36.66

16.66

3.33

23.33

10

11

36.66

26.66

10

menyuarakan pendapat Kaedah pembelajaran 0 berasaskan projek menarik minat saya untuk pembelajaran seterusnya Tugasan berasaskan projek dapat 0 mengalakkan perbincangan, yang dianggap penting dan perlu bagi memahami Kemahiran Hidup Pembelajaran berasaskan projek tidak 2 menggalakkan daya saing antara sesama pelajar Tempoh masa yang diberikan 2 untuk menyiapkan sesuatu projek adalah terlalu lama Adakah pembelajaran berasaskan projek membantu pelajar mendalami sesuatu

10

10

12

24

26.66

11

13.33

26.66

11

36.66

23.33

12

6.66

13

43.33

26.66

16.66

13.33

13

6.66

11

36.66

10

33.33

16.66

13.33

14

13.33

10

33.33

10

33.33

20

pelajaran 15 Pembelajaran berasaskan projek memantapkan kemahiran pergerakkan pelajar

13.33

10

33.33

23.33

30

JADUAL 3 : TABURAN RESPONDEN KEMAHIRAN HIDUP TERHADAP KESAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TERHADAP PELAJAR DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Jadual 3 menunjukkan taburan responden kemahiran hidup terhadap kesan pembelajaran berasaskan projek dalam pembelajaran dan pengajaran kemahiran hidup terhadap pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Item 4 mencatatkan responden paling tinggi memilih jawapan sangat tidak setuju. Manakala item 3, 4, 6, 7, 8, 10, 11, 14 dan 15 masing-masing tidak mencatatkan sebarang responden. Bagi sangat setuju pula, item 15 mencatatkan responden yang paling tinggi dan item 1 pula mencatatkan responden paling sedikit untuk pilihan jawapan ini. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Bab ini membincangkan dengan lebih lanjut tentang dapatan kajian, rumusan kajian dan cadangan kajian. Ia merangkumi perbincangan dan cadangan kajian tentang kesan pembelajaran berasakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup terhadap pelajar di Univeriti Pendidikan Sultan Idris. Di samping itu, terdapat beberapa cadangan terhadap kajian ini dan kajian lanjutan juga dibincangkan. PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan pembelajaran berasaskan projek dalam pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup terhadap pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelbagai faktor yang dapat memberi kesan pembelajaran berasaskan projek dalam pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup terhadap pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris antaranya ialah minat, persekitaran dan sebagainya. Dalam kajian ini, jumlah responden yang dipilih adalah seramai 30 orang. Responden kajian terdiri daripada pelajar yang mengikuti Program Kemhiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris dari pelbagai semester. Dapatan kajian menunjukkan, keberkesanan pembelajaran berasakan projek dalam matapelajaran Kemahiran Hidup telah menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, pembelajaran berasakan projek juga menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri. Hal ini jelas menunjukkan pembelajaran berasakan projek

memberikan impak yang besar terhadap kefahaman pelajar dan membantu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati ramai daripada responden yang menyokong kajian ini dan perlu diberi penambahbaikan. Oleh itu keseronokkan pelajar juga akan bertambah dan menghilangkan rasa jemu dan bosan dalam diri pelajar. CADANGAN Para guru perlulah memikirkan cara yang sesuai untuk memastikan semua pelajar dapat menghasilkan projek dengan baik dan tersusun. Para guru perlulah memantau segala projek yang dilakukan oleh pelajar dan membuat demonstrasi terlebih dahulu agar pelajar dapat mengikuti apa yang telah ditunjukkan oleh guru. Pemantauan penting untuk memastikan pelajar mengikuti segala arahan dan membuat projek dengan bersungguh-sungguh. Guru juga perlu memantau semasa pelajar menghasilkan projek kerana terdapat segelintir pelajar yang menggunakan alat yang tidak betul semasa menghasilkan projek. Perkara ini perlu diberi perhatian yang teliti agar pelajar tidak lagi mengulang kesilapan yang dilakukan. Guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang subjek Kemahiran Hidup yang lebih banyak melakukan amali berbanding teori. Walaubagaimanapun, ini juga harus dirancang dengan saksama supaya seimbang antara teori dan amali. Apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang yang lebih berdikari dan berkemahiran dalam meningkatkan kualiti modal insan negara yang diharapkan. KESIMPULAN Memandangkan kepentingan perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah sangat penting pada diri setiap individu pelajar, kajian yang lebih luas dan menyeluruh perlu dijalankan untuk mencari, membantu dan meneruskan kejayaan pelajar. Diharapkan pada masa akan datang, kualiti dan kuantiti kajian yang berkaitan dengan topik ini akan dipertingkatkan lagi seiring dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara.

RUJUKAN Ab. Hadi Bin Mohamed (2004). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keazaman Pelajar Menengah Rendah Memilih Pendidikan Teknik Dan Vokasional: Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah Kawasan Senggarang, Batu Pahat Johor. Universiti Teknologi Mara : Tesis Sarjana Muda. Azizi Yahaya et. Al. 2007. Menguasai penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Dra. Roestiyah Nk (1990), Strategi Belajar Mengajar, Jakarta, Rineka Cipta. Richard Dunne Dan Ted Wragg (1996), Pembelajaran Efektif, Indonesia Jakarta, Penerbit Pt Gramedia Widiasarana. Kamarudin Hj. Husin Dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise. Kamus Dewan, edisi Keempat, 2005. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Prentice Hall, Pearson. SUMBER INTERNET Diperolehi daripada http://www.slideshare.net/cilib0h/pembelajaran-berasaskan-projek pada 20 Ogos 2010. Diperolehi daripada http://www.docstoc.com/docs/18549058/PENGAPLIKASIANKEMAHIRAN-AMALI-MATA-PELAJARAN-KEMAHIRAN-HIDUP-DI-DALAM pada 20 Ogos 2010 Diperolehi daripada http://www.docstoc.com/docs/24845805/PELAKSANAANPENTAKSIRAN-KERJA-KURSUS-KEMAHIRAN-HIDUP-BERSEPADU-DI pada 20 Ogos 2010. Diperolehi daripada http://www.scribd.com/doc/29823199/Tesis-Pembelajaran-KopertifIjazah-Sarjana-Muda-Pendidikan-Kejuruteraan-Mekanikal pada 22 Ogos 2010 Diperolehi daripada http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-danpembelajaran.html pada 26 Ogos 2010 Diperolehi daripada http://www.scribd.com/doc/37705460/Faktor-GAYA-PEMBELAJARAN pada 27 Ogos 2010. Diperolehi daripada http://www.scribd.com/doc/16429506/Implikasi-Teori-PembelajaranKognitif-Dalam-Proses-Pengajaran-Dan-Pembelajaran pada 25 September 2010.

Anda mungkin juga menyukai